About Me

Isu Pendidikan dan Kontroversi Sepanjang Tahun 2014

Isu pendidikan dan juga kontroversi dalam dunia pendidikan yang berlangsung sepanjang tahun 2014 ini. Seperti biasa, isu guru dan pendidikan di Malaysia memang isu yang popular dan selalu dimainkan di media massa. Perkara biasa, tetapi kalau dilakukan oleh insan-insan yang bergelar guru, maka hebohlah satu dunia. Jom kita tengok balik isu-isu pendidikan sepanjang tahun 2014, serta kontroversi yang melandanya.



Isu Pendidikan dan Kontroversi Sepanjang Tahun 2014



Isu 01 : PT3 Tetiba Wujud
Rasanya isu pendidikan paling besar pada tahun 2014 adalah pelaksanaan PT3 yang boleh dikatakan tiba-tiba sahaja 'diwujudkan'. Bermula dengan tentangan segolongan guru dan ibubapa dengan sistem PBS, KPM kemudiannya mengeluarkan arahan PBS dihentikan seketika bagi memberi laluan untuk penilaian semula. 





Menjelang April, diumumkan pula 3 penambahbaikan pada PBS, iaitu DSP ditukar kepada PPPM, SPPBS secara Offline dan PMR digantikan dengan PT3. Dah tentu perkara ini menyebabkan banyak pihak yang lebih resah. Tak pernah dinyatakan langsung akan ada peperiksaan atau penilaian, tiba-tiba umum pula ada PT3. Format penilaian pun belum dikeluarkan, sedangkan pelaksanaan adalah dijangka pada bulan Oktober. 

Kemudian barulah KPM melalui Lembaga Peperiksaan mula mengeluarkan format dan contoh soalan, bermula pada bulan Jun / Julai. Guru-guru terpilih juga mula giat dihantar berkursus mengenai pelaksanaan PT3. Dan dalam keadaan semua orang blur-blur, kekurangan bahan, tak ada idea, maka berlangsunglah PT3 pada bulan Oktober. Keputusan PT3 bakal diumumkan pada bulan Disember ini. 



Isu 02 : UPSR Bocor Sebocor Bocornya
Isu UPSR bocor ini jugak isu besar untuk tahun ini. Dimulakan dengan pendedahan soalan bocor Sains di laman sosial dan media massa, tak sampai sehari, kecoh pula subjek Bahasa Inggeris juga mengalami masalah yang sama! Kemudian Bahasa Tamil juga diumumkan akan menjalani peperiksaan ulangan.



UPSR Bocor Sebocor Bocornya


Banyak pihak menyelar tindakan mereka yang tak bertanggungjawab. Malah beberapa orang guru dan Guru Besar juga turut diheret ke lokap, sebelum kemudiannya dibuktikan tidak bersalah. Ujian ulangan berlangsung sebaik sahaja peperiksaan terakhir UPSR seperti yang dirancangkan pada kali pertama.

Kesan daripada kes tersebut, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Naimah kemudiannya digantung tugas berserta Timbalannya. Jawatan Pengarah Lembaga Peperiksaan kemudiannya diambil alih oleh Dato Misrah Haji Ibrahim. 



Isu 03 : Buli Kembali Lagi
Nampaknya drama buli masih tak habis-habis lagi dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Bermula dengan penyebaran secara viral kes buli budak perempuan Pailang di Samarahan, sehinggalah kes buli yang terkini, budak singlet hitam, semuanya ditangkap kerana sebaran secara berleluasa melalui laman sosial.





Malah sekolah-sekolah elit juga tak lepas daripada dugaan dalam menguruskan perkara-perkara sebegini. SDAR, MRSM Balik Pulau adalah antara sekolah yang terpalit dengan kejadian buli sehingga ke media massa. Antara tindakan yang diambil terhadap para pelajar ini adalah dimasukkan ke sekolah pemulihan akhlak, dibuang dari sekolah.



Isu 04 : Malang Tidak Berbau
Tahun ini juga menyaksikan banyak kejadian malang yang berlaku di sekolah, atau pun yang melibatkan sekolah. Bermula dengan kejadian viral pada awal tahun sesi persekolahan, iaitu tersepit celah kerusi, dan berterusan lagi dengan kes-kes sedih yang menyayat hati.



Kes tersepit celah kerusi


Antaranya adalah kes budak tercucuk besi, kes budak sekolah rendah jatuh dari siling di Sabah, bas rombongan sekolah yang kemalangan dan paling menyayat hati adalah kes pelajar sekolah menengah di Perlis yang meninggal dunia selepas jatuh dari siling dewan sekolah.

Jika dilihat kepada kejadian yang berlaku, maka usaha-usaha menambahbaik aspek keselamatan di sekolah perlu dipertingkatkan. Tak kisah lah apa pun puncanya, faktor pencegahan haruslah diberi perhatian. Semoga banyak kejadian malang yang berlaku tahun ini menjadi pengajaran kepada pihak sekolah dan mereka yang berkaitan.  



Isu 05 : Saman Jangan Tak Saman
Rasanya tahun nih tak banyak sangat kes saman menyaman cikgu nih. Kalau ada pun tak banyak yang mendapat perhatian. Hanya beberapa kes kecil antaranya kes Cikgu meLembukan murid, dan kes cikgu mualaf yang dihalang datang ke sekolah dengan bertudung. Namun kesemuanya diselesaikan dengan baik selepas campur tangan pihak lain.





Kes saman yang popular tahun nih tentulah kes Cikgu Mimi. Mula-mula ibu saman cikgu, pastu cikgu saman balik sebab tuduhan palsu.


Ianya bermula dengan kisah viral penderaan terhadap seorang pelajar sekolah rendah. Ibu mangsa tampil dan mahu menyaman guru tersebut. Dalam tengah HOT, rupa-rupanya barulah diketahui punca sebenar yang berlaku pada pelajar tersebut, iaitu alahan. Maka ramai lah yang pula tampil dan memberi galakan kepada Cikgu Mimi untuk saman balik ibu tadi.

Perkembangan kes terkini tak pula diketahui. Tapi saya harapkan semuanya berakhir dengan aman, dan memuaskan hati semua pihak. Hanya tuan punya badan dan yang terlibat sahaja yang tahu permasalahan sebenar. Jangan terpengaruh dengan hasutan dan bobrokan orang lain. Sebab akhirnya, kita juga yang akan menanggung akibat.



Isu 06 : Mana Laptop Kami?
Mula-mula ianya adalah berita gembira buat warga pendidik, apabila diumumkan akan diberi Netbook 1Malaysia bagi menghargai jasa warga pendidik. Walaupun pada mulanya respon dari rakan guru adalah bercampur, ada yang setuju, dan ada juga yang tak setuju atas alasan kualiti Netbook yang bakal diterima, namun semua harapan hanya tinggal harapan.



warga pendidik, apabila diumumkan akan diberi Netbook 1Malaysia


Sejak diumumkan sehingga lah kini, tiada sebarang tanda bahawa guru akan benar-benar menerima Netbook tersebut. Tiada siapa yang tampil bagi memaklumkan perjalanan terkini Netbook tersebut. Walaubagaimanapun, pada perkembangan terkini, di dakwa guru-guru di KL bakal menjadi penerima pertama Netbook ini, sedikit masa lagi. Wallahualam. Sama-sama kita nantikan!




Isu 07 : Transformasi Pendidikan
Tahun ini juga KPM nampak nya sungguh-sungguh berusaha untuk mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia. Seperti biasa, pasti ada kelompok yang tak berkenan di mana-mana bahagian perubahan yang dilakukan, namun usaha yang bagus haruslah dipuji. Nak berjaya, mesti kena ada pergerakan, mesti ada perubahan.

Antara yang sering dipromosikan sekarang adalah PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia) kerana segala transformasi adalah berdasarkan kepada pelan yang dirancangkan ini. Selain daripada mengupayakan PPD, PLC (Professional Learning Communities) juga diperkenalkan. Program peningkatan profesionalisme guru sedia ada dan guru baharu juga giat dijalankan melalui Kursus CPD (Continuous Professional Development) dan juga melalui PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu). Penilaian PBPPP juga bakal dijadikan instrumen penilaian utama menjelang tahun depan.



PPPM (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia)


Penggunaan pelbagai sistem online adalah seiring dengan perkembangan teknologi. Cuma beberapa aspek perlu diberi perhatian, seperti sistem tunggal yang stabil, cekap dan dapat dilayari ketika apa jua keadaan. e-Kehadiran yang diperkenalkan pada lewat tahun ini juga memberi banyak faedah, jika tak perlu lagi nak isi rekod berulangkali.

Bagi menjadikan transformasi ini seiring dengan keperluan dan kehendak pasaran dunia sekarang, maka program seperti Ujian TIMSS dan PISA, KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) dan iThink diperkenalkan. Guru-guru juga dikehendaki menyiapkan Modul Online iThink yang bertujuan menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif.

Jika dilihat dengan teliti, sebenarnya tidak banyak dasar baharu yang diwujudkan pada tahun ini. Sebaliknya lebih berfokus kepada usaha memastikan dasar-dasar yang telah wujud, dilaksanakan dengan lebih mantap. 



Isu 08 : Isu Posting dan Pertukaran
Isu posting dan pertukaran memang isu hot tak kira tahun. Tapi masalah posting makin menjadi sehingga memaksa universiti-universiti kini menawarkan ijazah terbuka, bukan lagi ijazah pendidikan. Posting kalau ada kekosongan, tidak dijanjikan seperti dulu lagi.

Dikatakan juga hampir seramai 2000 yang sudah dipanggil temuduga, namun masih dalam senarai menunggu. Tempoh sah temuduga hanya untuk setahun. Jika tamat tempoh, perlu mohon sekali lagi untuk temuduga. Perit!



Isu Posting dan Pertukaran


Maaf bagi yang mengharap. Tapi berdasarkan situasi semasa, maka saya sangat merasakan KPLI dan DPLI berkemungkinan besar tidak akan ditawarkan lagi. Yang masih mempunyai kecintaan yang mendalam terhadap dunia pendidikan, anda boleh cuba 11 lagi alternatif lain untuk menjadi guru.

Isu pertukaran tahun ini, masih lebih kurang sama. Cuma tidaklah sehot kisah Cikgu Idayu pada tahun lepas. Apa pun kita doakan yang terbaik buat semua. Semoga urusan semua orang dipermudahkanNya. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahNya.



Isu 09 : Warna Warni 2014
Bagi menyerikan lagi dunia pendidikan di Malaysia, saya turut kongsikan beberapa lagi kisah sensasi yang mewarnai sepanjang tahun 2014 ini. Antara yang menarik adalah Che Ta hadiahkan anak kereta mewah sebab cemerlang SPM, cikgu beranak di sekolah, cikgu makan katak, dan isu pelajar bakar sekolah kerana bergaduh dengan rakan sekelas.



Che Ta hadiahkan anak kereta mewah sebab cemerlang SPM



Semoga isu-isu pendidikan dan kontroversi panas sepanjang tahun ini, menjadi iktibar dan pengajaran yang berguna kepada kita di masa akan datang. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Selamat menjadi guru yang lebih hebat untuk tahun 2015! 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. terima kasih, dapat juga ringkasan berita pendidikan.

    BalasPadam
  2. Wah....dlm byk2 isu, isu yg paling gembira ialah anak Che ta dpt BMW.

    BalasPadam
  3. wah ! terbaiklah..tp byk2, isu pertukaran guru masih sama setiap thn, kesian cikgu hailmi..ada hikmah tu, mungkin selepas bertemu jodoh di sarawak, tup2 terus dpt tukar !

    BalasPadam
  4. saya sedang mencari isu berkaitan guru untuk kerja kursus saya.. apa yang terdapat dalam blog tuan saya ambil dan olah.. terima kasih atas info yang banyak dan berguna untuk saya.

    BalasPadam