.

.

KARTiKEL

Isnin, 31 Oktober 2016

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01

Hari ini bermulalah episod kursus antarabangsa saya di Bandung, Indonesia. Kursus mengenai pendekatan STELR dalam pendidikan STEM ini dikelolakan oleh SEAMEO - QITEP in Science yang berpusat di  Indonesia. STELR bermaksud Science and Technology Education Leveraging Relevance.

Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Tag nama untuk peserta Kursus STELR -STEM Education, Bandung Indonesia

Kursus 5 hari yang diadakan di Atlantic City Hotel ini, disertai oleh lebih kurang 42 orang peserta yang terdiri daripada guru-guru Sains di negara ASEAN, juga guru-guru Sains dari negara tuan rumah, Indonesia. Juga yang menyertai kami adalah pegawai-pegawai dari Bahagian Perbukuan (Buku Teks) dan juga Bahagian Penilaian (Peperiksaan) dari Kementerian Pendidikan Indonesia.

Untuk hari pertama ini, sesi bermula dengan ucapan kata aluan daripada Dr Indarjani yang merupakan Timbalan Pengarah Program SEAMEO - QITEP in Science. Antara intipati ucapan beliau adalah mengenai keperluan kursus ini dalam menghadapi keperluan dunia seperti isu yang berkaitan dengan pengurusan air dan juga pencemaran.


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Ucapan remark daripada Peter Pentland, Australia Academy of Technology and Engineering

Sesi kemudian diteruskan dengan keynote speech oelh Natalie Bain, Global Community Manager daripada Orica, sebuah syarikat multinasional yang banyak menjalankan bisnes yang berkaitan dengan bidang Sains dan pembangunan teknologi. Orica juga banyak menyokong usaha melaksanakan STELR di Australia.

Sesi remark pula oleh Peter Pentland, Executive Manager, Program Sekolah ATSE, Australia Academy of Technology and Engineering. Dalam sesi ini, beliau banyak menjelaskan lagi mengenai STELR dan STEM, serta bagaimana integrasi disiplin ini mampu memberi nafas baru kepada bidang Sains. Tak dilupakan juga adalah konsep STELR yang menekankan kepada problem solving dan juga konsep yang relevan dengan pelajar.


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Buku kerja murid yang dikeluarkan bagi menyokong modul STELR oleh ATSE

Sesi Official opening pula dilakukan oleh Prof Dr Triyanto yang merupakan Pengarah SEAMEO QITEP in Science di Jakarta, Indonesia. Beliau sangat-sangat mengalukan kedatangan semua delegasi, dan dalam masa yang sama menyeru kepada semua untuk menggunakan kesempatan menimba ilmu dengan sebaik mungkin.


Sesi seterusnya diteruskan dengan perkongsian daripada Pennie Stoyles dengan tajuk 'What is STELR?" Bagi perkongsian ini, beliau menjelaskan 4 konsep utama dalam STELR iaitu:
1. Hands-on
2. In-curriculum
3. Inquiry based
4. Ready to use resources


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Penekanan kepada hands-on, in curriculum, inquiry based dan juga ready to use resources

Kebanyakan perkara atau isu yang dipertimbangkan dalam STELR adalah berfokus kepada renewable energy, tenaga boleh diperbaharui. Dan bagaimana perkara ini dikaedahkan? Semuanya bermula di Australia pada tahun 2007, di mana STEM mula diperkenalkan dan disebarluas kepada pelajar.

Beberapa isu yang dikenalpasti adalah:
1. Penyertaan pelajar yang menurun dalam bidang Sains
2. Pelajar tak dapat menghubungkait apa yang dipelajari dengan kehidupan seharian
3. Praktikal di kelas yang sangat sedikit
4. Masalah guru yang mengajar bukan subjek

Penyelesaian yang dilaksanakan adalah seperti:
1. mengintegrasikan dengan kurikulum baharu Australia
2. memfokuskan kepada kemahiran inkuiri Sains

Tujuan semua perkara ini dilakukan dan perlu melalui transformasi adalah untuk:
1. menambah bilangan murid yang minat kepada Sains
2. meningkatkan literasi terhadap Sains
3. memberi imej baharu kepada kerjaya yang berkait dengan teknologi
4. meningkatkan kualiti pengamalan dan pengajaran guru-guru Sains

Beliau juga turut menekankan mengenai pendekatan 5E's dalam pembelajaran berasaskan inkuiri, iaitu engage, explore, explain, elaborate dan juga evaluate. Bagi memantapkan lagi pemahaman kami semua terhadap apa yang dilakukan oleh mereka, maka kami diberi peluang untuk mencuba sendiri eksplorasi yang boleh dilakukan dengan kit yang mereka bawa.


Kit yang pertama adalah kit mengenai penggunaan tenaga solar sebagai tenaga. Dengan menggunakan panel sel solar, beberapa ujikaji dijalankan oleh kami. Antaranya adalah menguji bilangan sel solar yang diperlukan untuk menyalakan mentol, buzzer, LED dan juga mencatatkan bacaan voltan yang dapat dikesan. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01


Bukan itu saja, kami juga mencuba pelbagai lagi pembolehubah, seperti jenis litar yang kami gunakan (selari / bersiri) dan juga menguji dengan permasalahan, sebagai contohnya sudut matahari yang sesuai untuk mendapatkan tenaga solar paling optimum.


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Kit STELR untuk solar dan angin yang dibekalkan oleh ATSE 

Kit kedua adalah mengenai penggunaan tenaga angin sebagai tenaga alternatif yang boleh diperbaharui. 3 jenis bilah kipas diberikan untuk kami uji. Di sini lebih banyak lagi eksperimen yang boleh dijalankan, antaranya adalah bilangan bilah kipas yang sesuai, sudut bilah kipas, susunan bilah kipas, panjang bilah kipas. 


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01


Masing-masing adalah bertujuan bagi mendapatkan nilai bacaan tenaga elektrik paling maksimum yang boleh dihasilkan oleh kipas tadi. Ujikaji yang menyeronokkan, tetapi kurang masa kerana terpaksa berkongsi kipas angin dengan kumpulan lain.


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Aktiviti ringkas membina mainan mudah daripada beberapa perkara sekeliling

Perbincangan aktiviti tidak selesai di situ sahaja. Hasil keputusan tadi, akan dikaitkan dengan perkara sebenar yang juga berlaku di Australia. Pelajar akan jelas dapat mengaitkan hubungan ujikaji yang mereka jalankan dengan bagaimana hasil ujikaji itu tadi diaplikasikan kepada dunia sebenar. 

Baru lah saya faham dengan jelas apa yang mereka maksudkan dengan 'relevance' pada perkataan STELR itu.



Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Kit station bagi menguji kehadiran arus elektrik dengan menggunakan  LED, buzzer, lampu dan resistor

Pengajaran untuk hari ini, ada tiga perkara yang perlu saya tambahbaik dalam aktiviti STEM di kelas selepas ini iaitu:

1. Banyak melakukan aktiviti inkuiri dalam kelas supaya murid lebih banyak berfikir dan menghubungkaitkan dengan situasi sebenar

2. Setiap kali selesai pembelajaran, berikan situasi sebenar pada kawasan setempat kita bagi membolehkan murid menggunakan kemahiran problem-solving mereka untuk menyelesaikan masalah dengan ilmu yang mereka pelajari


Kursus STELR - STEM Education di Bandung - Hari 01
Contoh-contoh soalan yang terkandung dalam buku kerja murid bagi modul STELR 

3. Soalan-soalan yang terkandung dalam buku latihan murid untuk modul STELR di Australia ini memang menggunakan KBAT, dengan memberi penekanan kepada kemampuan pelajar untuk menganalisa dan mengaplikasikan apa yang mereka pelajari.



8 ulasan:

  1. Sharing idea dan ilmu yg sungguh bermanafaat dan dapat mempertingkatkan kualiti pdp guru2 seluruh malaysia. Ayuh guru2 semalaysia.....lihatlah perubahan dan transformasi seluruh dunia....andaikata kita masih kekal dgn kaedah tradisi pdp kita sesungguhnya kita engkar dgn sunnah Rasululluh utk mendidik anak2 mu mngikut zaman mereka....Bertanggungjawabkah kita semua yg bergelar pendidik.?...Semoga usaha cg ahailmi sentiasa mndapat kberkatan ilahi dan mohon kebenaran utk share bhn ini....Jazakallah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Perkongsian yang sangat Baik Dari cg Hailmi. Alangkah Baik jika guru-guru di Malaysia juga dapat pendedahan hands on sebegini. In shaa Allah. Mungkinkah boleh diaturkan program sebegini untuk cikgu-cikgu kita? Ramai cikgu yang tercari- Cari program pendedahan sebegini.

    BalasPadam
  3. Penulisan ilmiah yang membantu guru Sains utk lebih praktikal adaptasi KBAT dalam sains dan kehidupan seharian. Terima kasih, cikgu.

    BalasPadam
  4. terima kasih cikgu hhailmi...senang kita bisa berjumpa dan belajar bersama :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kembali pak guru Okky.. saya juga senang berkenalan dengan anda!

      Padam
  5. Training yang sangat menginspirasi, Semoga bermanfaat ilmunya bagi Anak-anak bangsa...

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian ilmu yang amat bermanafaat. semoga dapat membimbing pelajar sebaik mungkin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih..ilmi berguna tuk hadapi ujian stem hjg mggu ni

      Padam