.

.

KARTiKEL

Sabtu, 9 November 2013

i-THINK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif, Kritis dan Inovatif

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.


Kenapa Diadakan Program i-THINK?
Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.

1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

iThink circle map peta bulatan


2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

iThink bubble map peta Buih


3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

iThink Double bubble map peta Buih Berganda


4. Tree Map (Peta Pokok) 
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

iThink Tree map peta Pokok


5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

iThink brace map peta dakap


6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

i-THINK Flow Map Peta Alir


7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir


8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

i-THINK Bridge Map Peta Titi


Selamat Mencuba!!

50 ulasan:

  1. baru sahaja selesai LDP KBAT yang diselitkan sekali pasal i-think ni...rasanya Inshaa Allah jika semua cikgu mengaplikasikan semua yg di LDP kan itu...kita boleh melahirkan generasi baru yang pandai dan bijak menggunakan minda mereka...termasuk cikgu tu sendiri hehehe

    BalasPadam
  2. he3.. betul tu cikgu adrenalina.. baik diorang tekankan perkara2 yang camnih daripada perkara2 yang mcm PBS, SPPBS tuh.. inshaAllah ada hasilnya nanti.. ;)

    BalasPadam
  3. assalamualaikum,,,,
    best... saya suka cikgu2 buat cam nih... sekolah saya pun dah mula dah ngan i-THINK ni... :)

    BalasPadam
  4. x sukalah i think.. sbsb ckg tetapkan kna buat bulat & petak je.. bentuk lain x leh.. :( kata kreatif & inovatif tp bulat & petak je bentuknya.. pastu kna buat border lah.. lecehlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Secara peribadi, sy longgarkan format peta ni.. Yg penting pljr buat scr kritis & kreatif.. Cuba ckgu bygkan, kalo xde i-Think, ramai pljr mngeluh xpndai buat mind-map la, x kreatif la.. Kite pandang dr sudut positif..

      Padam
    2. Sebenarnya menggaris atau membuat petak tu bkn masalah besar...guru blh kreatif dgn menggunakan 3r ..mudah,ringkas,menarik dan npk lbh kbkk...dari kita sj bah itu...slmt mencuba..PdP lg menarik dan lbh mudah mengaplikasi KBAT...hanya share sj.

      Padam
  5. susah. stress. pening. sedih.

    BalasPadam
  6. hak 'ah kan bru prasaan mmg smua skolah cm tu eh?skolah sy pun cm 2 kata kreatif ,inovatif bglah plajr buat sndiri bbas dyeorg nk buat ape xsy0k laa cm ni

    BalasPadam
  7. I use the bubble map & the flow map most of the time. I guess the other maps have their individual uses too. I have no ideas about these mind-maps until I read this post. Thanks, buddy!

    BalasPadam
  8. THANK FOR THIS INFORMATION

    BalasPadam
  9. best la bende nie..

    BalasPadam
  10. Cantik.........

    BalasPadam
  11. Wow!Thx 4 This Information....Best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape le ko..memang le best

      Padam
  12. ..........................

    BalasPadam
  13. Flow maps senang difahami

    BalasPadam
  14. INSYA ALLAH AKU BOLEH LAKUKAN

    BalasPadam
  15. rasa jangan pilih yang senang

    BalasPadam
  16. peta buih juga boleh dibuat rangka karangan...:-( PLEASE JANGAN CAKAP BOSAN

    BalasPadam
  17. siapa yang tulis bosan ni

    BalasPadam
  18. Mind Mapping paling best..emergency visit pun blh tetiba terer kalau gune mind mapping ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak3.. yer.. hampir semua orang pun terer bila bab nih

      Padam
  19. Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Zulkifli.. Moga dapat manfaat!

      Padam
    2. CIKGU BOLEH TAK BAGI NASIHAT .

      Padam
  20. Baru selesai kursus iTHINK yang disampaikan oleh PPD LANGKAWI .Tahniah cikgu Ismail dan Cikgu Hailmi telah membuka mata saya.

    BalasPadam
  21. BEST NYE CIKGU PUN DAH MULA SUKA KAN I-THINK

    BalasPadam
  22. Salam, setakat yg sy baca di atas, ithink fokus kpd bahasa, sains dn math... utk bahasa dn sains sy nampak keperluan penggunaannya. tp utk math sy x nampak... ada sape2 blh komen???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Math terlalu sedikit yg bleh diterapkan, x sperti subjek2 lain

      Padam
  23. kalau dh selesai i think ni, macam mana nak print sijil? mohon pencerahan

    BalasPadam
  24. sedang berjinak2 guna benda ni semua dlm pdp bm.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah cubaan yang bagus cikgu.. kalau ada bahan mungkin boleh share2 nanti.. ;)

      Padam
  25. Tahniah Cikgu Hailmi. Usaha yang sangat baik dan membantu rakan guru yang lain. Saya mohon izin cikgu untuk menggunakan bahan yang cikgu sediakan untuk kegunaan tugas mendidik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhhhhhhhhhh..memang bagus untuk murid2 ni !!!!!!!!!.......

      Padam
  26. best jugak la...senang lg nak mengajaq ...

    BalasPadam
  27. memang berguna utk nota, dan sebagainya.. saya menggunakan kaedah ini.. ternyata saya mendapat markah tambahan dalam PBS kerana menggunakan Peta Buih Berganda utk mencari pbezaan...

    BalasPadam
  28. maaf kawan2....saya ni xpernah pergi kursus ithink....dan xde penerangan tentang ithink ......so saya nk try buat ithink.....boleh saya tahu macamana nk login masuk ithink ....pswd n id????terima kasih

    BalasPadam
  29. MUDAH DAN RINGKAS...mula2 aje leceh..pastu cikgu mahir, murid pun expert..

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum Cikgu Hailmi. Sy mohon kebenaran untuk kongsi ilmu ini :)

    BalasPadam