About Me

Siapa Cikgu Idayu?

Sedang sibuk dengan isu pertukaran, tiba-tiba meletup mengenai kisah Cikgu Idayu di laman sosial. Tertanya-tanya saya siapa Cikgu Idayu dan kenapa ramai sangat yang meminta agar beliau tidak dikenakan tindakan. Hmm.. aneh.. pertukaran? kena tindakan?. jangan? Selepas membuat sedikit kajian, maka baru lah saya tahu siapa itu Cikgu Idayu. Meh saya nak cerita sket.

Siapa Cikgu Idayu?

Nama penuh Cikgu Idayu ialah Farita Idayu binti Jusoh. Beliau berasal dari Terengganu dan di awal penempatan, beliau juga pernah ditugas mengajar di Sarawak. Kemudian Cikgu Idayu bertemu jodoh dengan juga orang Terengganu, jadi beliau sekali lagi memohon perpindahan. Pertukaran berjaya, tapi ke negeri Johor, bukan Terengganu tempat suami bertugas. Maka bermulalah episod dalam kisah mereka, iaitu berulang alik suami ke tempat isteri dan isteri ke tempat suami. Dan perkara ini berlangsung selama 8 tahun!

Setiap kali gagal juga, maka Cikgu Idayu akan terus berusaha buat rayuan. Tetapi masih berterusan gagal. Ini membuatkan Cikgu Idayu tertekan. Ditambah lagi dengan belum mendapat cahaya mata (mungkin sebab tidak tinggal sebumbung), maka tekanan tersebut telah menyebabkan Cikgu Idayu menjadi sangat tertekan dan difahamkan juga sedang mendapat rawatan akibat tekanan. 

Saya yakin, sudah tentu lebih ramai lagi yang seperti Cikgu Idayu di luar sana. Masih terus-terusan menunggu bila akan adanya pengakhiran untuk satu penantian. 8 tahun tidak di samping pasangan, merupakan tempoh yang penuh dengan ujian dan cabaran. Seperti yang saya katakan pada entri sebelum ini, tidak ada mekanisma pertukaran yang jelas dan teratur. 

Bagi kes Cikgu Idayu, tempoh 8 tahun, serta status sudah berkahwin juga tidak memberi apa-apa kelebihan untuk beliau. Alasan tiada penempatan merupakan alasan yang tak berapa nak logik untuk diterima akal. Kalau tidak masakan masih ada guru yang berjaya kembali ke Terengganu saban tahun. 

Semoga dengan penyiaran kisah Cikgu Idayu di Utusan Online ini akan berjaya membuka minda pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan dan pertukaran terutamanya. Sila pertimbangkan dan ambil tindakan segera akan isu pertukaran guru sebelum lebih ramai guru-guru yang memenuhi wad kesihatan mental!


p/s: Kawan saya di Kementerian Kesihatan pelik bin ajaib dengan kisah pertukaran guru-guru. Mungkin KPM boleh tiru mekanisma pertukaran KKM plak lepas nih.
 

Catat Ulasan

39 Ulasan

  1. As Salam,

    Kasihanilah cikgu-cikgu yang berjauhan dari keluarga.Teruskan perjuangan cikgu mendidik anak bangsa.

    Kak Ros

    BalasPadam
  2. Sebenarnya guru sains berlebihan. Tidak banyak sekolah yang nak terima guru yang mempunyai option sains. Ada sekolah merasa terbeban dengan lambakan guru sains di sekolah mereka. Siapa yang berjaya tukar kemungkinan perlu menukar option mengajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa yg sanggup nak gaji lebihan guru tu ? Sbb tu guru besar/pengetua, PPD atau JPN x nak kena surcaj .......

      Padam
    2. Ppd baling masih kekurangan guru sains

      Padam
  3. Ada masa memang perlu teguran-teguran yang seumpama ini.Dengan harapan segala kelemahan yang wujud dlm sistem dapat ditambah baik.Saya sangat menyokong usaha menyatukan kembali pasangan guru yang tinggal berjauhan, kurangkan birokrasi..:)

    BalasPadam
  4. kedengaran karenah birokrasi di KPM menyebabkan cikgu-cikgu alami tekanan dan stress....semuanya ini akan diluahkan kepada pelajar-pelajar yang akan menerima impaknya........

    BalasPadam
  5. tahun ni, mekanisme pertukaran guru telah ditukar. selalunya jpn yang uruskan pertukaran guru, tp mulai thn ini satu jawatankuasa khas di kementerian yg urus pertukaran guru 1malaysia. sbb tu egtukar lambat keluarkan senarai pertukaran guru.

    BalasPadam
  6. Apabila memegang prinsip...Family First. ..saya tersentuh hati dgn nasib Cgu Idayu...mudah2an Allah mem udahkan urusannya...

    BalasPadam
  7. Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !

    BalasPadam
  8. moga cikgu idayu dapat ditukarkan segera.takut juga kalau dah sampai tahap tekanan perasan.huhu..

    BalasPadam
  9. semoga dengan keluarnya kes2 yang macam ni, segala kerenah2 akan dikurangkan.. yang mudah patut dipermudahkan..

    BalasPadam
  10. try aje. dapat tak dapat. itu lain ceritanya. Kita buat kerja macam biasa. Usaha itu tangga kejayaan. :)

    BalasPadam
  11. tiada dah nak tulis..hanya sabar sahaja...susuh bila berurusan dgn jabatan yg besar ni..memang tiada mekanisma yg jelas

    BalasPadam
  12. Kita yang kecik nih kena terpaksa redho terima ja pa2 keputusan.. hu3
    Redho kerana terpaksa

    BalasPadam
  13. Cakap semo ore boleh cakap. Yang menanggung Tuhan saja yang tahu.

    BalasPadam
  14. Kesian Cikgu Idayu. Sepatutnya 8 tahun dah boleh berpindah. Khabar angin memang Kelantan & Terengganu susah nak masuk. No vacancy. Mungkin boleh pindah ke negeri Perlis / Kedah / Penang. Dekat lagi.

    Kesian juga, Cikgu Hailmi. Susah nak jumpa jodoh dalam pedalaman Sarawak.

    BalasPadam
  15. yup.. memang kesian kat cikgu idayu
    sampai tak terkawal emosi dan tekanan..
    ha3.. bab cikgu hailmi tu u doa bnyk2 la Cikgu Jik Kam Yong.. ;)

    BalasPadam
  16. di sekolah saya (Johor) cikgu muda..belum kahwin.. baru mengajar 3 tahun..mohon tukar ke kelantan ...BERJAYA TUKAR KE KELANTAN 2014 ..dengan mudah nya..dia pun tak sangka dapat tukar.. sorang lagi guru sudah bersuami..suami di Terengganu ..tapi tak dapat tukar ikut suami.. stress agaknya terus terbersalin anak kedua lebih awal dari tarikh sepatutnya bersalin selepas tau x dapt tukar..kesian dia sebab anak pertama pun dia jaga sorang2 kat johor ni..ni tambah lg satu..

    BalasPadam
  17. Betul.. Itulah yang saya katakan, tak faham dengan mekanisma yang digunapakai oleh Bahagian Pertukaran..
    Boleh jadi pelik, boleh juga jadik musykil.. ;)

    BalasPadam
  18. cikgu idayu patut istihar je keluar UMNO.. masuk PAS kerana isu pertukaran ni... sure kementerian ambik tindakan punya....

    BalasPadam
  19. Suami cikgu idayu ni x reti nak cuba mintak tkr ke johor ke? Asyik nk duduk negeri sendiri je. Mmg terengganu dan kelantan dh terlebih guru kecuali bg subjek tertentu shj, anak2 murid di johor nak belajar jg, perlu guru jg, jgn penting diri sendiri, suami cikgu idayu cuba minta tkr pula ke johor.

    BalasPadam
  20. bagi la seribu macam alasan. klu dh KPM pn main tgkap muat je siapa yg dia nk lepas. klu tak, knape cgu yg tak mohon pindah, ye pindahkan. yg btul2 brmslh nk pindah,tak pindah2 plk. nk kata guru tu mngjr ikut opsyen nya pn tak jgk.

    BalasPadam
  21. Klau anda ada org politik atau kabel (kuprum, fiber optik, dsb), lupakan aje tips di bawah :
    1. Cuba mohon berpuluh-puluh kali2 tanpa kenal erti jemu & putus asa (mcm aku buat la...Hah...ha....hah...). Bukan susahpun 'key-in' data dlm. e-gtukar. Klau malas, hanya 'copy & paste' data lama ke e-gtukar. Lagipun pertukaran hnya 2 x sethn. Bukannya setiap bulan atau hari-hari. Takpe....ni hak anda. Takde sape yg larang pun. Takde sapa yg nak marahkan anda.
    2. Cari mana-mana guru yg sudi & bermurah hati utk ambil alih tempat anda. Biasanya guru besar / pengetua x hal dlm meluluskan permohonan anda tapi dengan BERSYARAT. Hah....ha.....hah (nie yg den malas benor....).
    3. Buat rayuan setiap kali permohonan anda tidak diluluskan. Bukannya susah manapun buat surat rayuan tu.... Penting, jumpa terus pihak atasan di JPN atau KPM (jgn guna pos laju) atau medium elektronik (e-mel, sms, mms dsb.). Buat tebal muka walaupun muka dah tebal ngan 'make-up'. Bawa sekali gajet, oppss ...semua dokumen 'rahsia' yg boleh menyokong kuat permohonan anda tu (jgn datang lenggang kangkung sambil tersengih-sengih- mmmg confirm x dilayannya. He...he.hahh...hah...).
    4. Mohon cuti belajar utk. sambung belajar (nie tips yg aku praktikkan slps x diluluskan berpuluh-puluh kali). Biasanya lps habis belajar, anda akan di'reposting' semula, sama ada di sek. lama atau sek. baru (yg boleh anda pilih -bab nie yg paling den gemor).

    BalasPadam
    Balasan
    1. 5. Cuti separuh gaji atau tanpa gaji dlm jangka masa yg lama (dlm bercuti nie bolehlah anda settlekan segala masalah anda. jika ada - cth masalah keluarga dsb). Tapi cara nie aku x galakkan sbb kedua-dua cuti nie boleh mencacatkan Buku Perkhidmatan & sekaligus menjejaskan pencen anda (lainlah kalau anda anak 'tauke' @ korporat). Prestasi tahunan anda juga x dapat dinilai jika anda cuti dlm jmasa yg lama.
      6. Cuba buat 'hal' atau anda buat hal sendiri kat sekolah spt dtg lewat, selalu MC (alasan sakit, stress, burn out), dtg hadiri prog. anjuran sekolah dsb. Confirm GB/Pengetua akan cuba luluskan permohonan pd kadar segera. Diaorg pun xnak peningkan kepala hotak pikirkan masalah anda. Cara nie pun aku x galakkan (kecuali anda sorg yg berhati kering kontang) sbb anda boleh diberi amaran lisan, surat cinta (surat tunjuk sebab) atau Memo Perkhidmatan (akan dimasukan dlm Fail Peribadi Guru di sek.).

      Apapun sabor ajelah...sbb kita nie Insan Yang Menurut Perintah. Kih....kih...kih.....

      Padam
    2. Kisah benar..akibat duduk berjauhan dengan isteri, padahal 1 negeri je pun, si suami ada perempuan simpanan..isteri mengandung bulan 3, perempuan simpanan bulan 4..

      Padam
  22. Org yang mengalami aje merasainya. Saya sendiri sgt stress sebab duk jauh dgn suami urus anak sendiri ditambah dgn kerenah pelajar yg tak berdisiplin. Tapi apa nak dikata sabar selagi mampu...insya'allah Allah maha berkuasa n mngetahui

    BalasPadam
  23. sistem pend kita pn kacau bilau..... ni kn pulak nk uruskn cikgu2 di bawahnyee..... biasa la klu stail melayu bkerja. politik.....korupsi......lepas tangan.......tp still bodoh mmbanggakn pncapaian sendiri

    BalasPadam
  24. Betul tu...ada yg xminta pindah tiba2 dpt surat suh pindah...yg minta pindah btahun2 xdpt...cigu ayu mg perlu cuba mt kwsn slain yg slalu dmintanya...mg mmg betul daerah yg dia mt tu xda kekosongan...sya pon thun br niu dluluskan...alhamdulillah walaupun bukan daerah yg dminta...ada kwn sya dgn sengaja mengisi egtukar pastu xsetuju dpindahkan ke daerah lain...sya xtau permasalahan sbnr cgu ayu tp sya doakan yg terbaik utk cgu ayu...sabar jga kunci kejayaan...wallahua'lam...

    BalasPadam
  25. Tukarkan aje Menterinya hantaq dok Kudat nu baru dia tahu................

    BalasPadam
  26. sabar ajelah ye.

    kalau negarri yang memang susah nak masuk tu..faham-faham ajelah ye..

    BalasPadam
  27. Alhamdulillah, slps 2 thn posting sy dpt tkr wlupun xda alsn kukuh sprti khwin, GB mmg bgtau siap2 sume guru mntk pndh dia xsokong..
    Tp sy meyakinkn dri, semua urusn mutlk milik Allah, mntk la dgn Dia. Walau guna kabel cmna pun klu Allah xgerak ht org yg urus tu, xla jg kta dpt pndh..
    Alhmdlh wpun xmntk kat ngri sndri(mntk daerah sempdn) dpt la jg blk tiap hjg mgu jenguk mak kat kg.. Terima ksh Allah..:-)

    BalasPadam
  28. saya dan suami pn dh 8thn berjauhan xpernah tggl bersama...setiap thn isi borang..tp hmpa...

    BalasPadam
  29. As salam..hanya org yg berada dlm keadaan mcm cgu idayu je faham...huhu..sedih sy pn dh 5 tahun berjauhan...kpm tau nk suruh keja x pernah pk keadaan emosi guru....ya Allah kau permudahkan urusan guru2 yang berjauhan dengan suami utk meneruskan hidup n kerjaya

    BalasPadam
  30. Kalau nak mintak tukor dengan senang, kena la kasik rasuah kat orang bahagian pertukaran kat putrajaya tu..nak lagi best & afdal bagi la rasuah sex...cepat je dapat tukor!!

    BalasPadam
  31. Tips Mudah Utk Dapat Pindah (Sambungan Dr Di Atas Yea.....) :
    7. Mohon jawatan pihak pentadbir sama ada di sek, PPD atau Kmenterian. Berkhidmatlah dulu selama beberapa thn pastu minta sambung belajar atau minta tukar ke PPD, JPN atau sek yg anda mohon. Ada msalah, minta bantuan ngan rakan sekerja atau pihak atasan. Insya-Allah boleh sbb anda dah join group pihak pentadbir urus.

    8 Beri alasan yg kukuh, telus & benar (x tipu punya).
    Biasanya jika anda punyai masalah penyakit kritikal yy teruk (kronik) cam kanser, jantung dll. Biasanya permohonan anda akan dipertimbangkan apatah lg jika anda pernah 'berhadapan' ngan Lembaga Perubatan (Medical Board). Setakat ahli keluarga terdekat yg sakit, diorg (pihak atasan) x pandang sgt pun sbb beribu guru bagi alasan sama cam tu masa minta tukar.

    Apapun, teruskan berusaha minta tukar dlm e-gTukar setiap masa & ketika tanpa rasa jemu (selagi terdaya & termampu). He...he...he......

    BalasPadam
  32. Pengalaman saya sendiri (orgSelangor)...alhamdulillah. Suami (orgSelangor juga) mula bertugas di Terengganu (bukan guru) pd awal thn 2001...saya sedang sarat mengandung anak ke-4. Saya tinggal dgn family mertua. Kami berdua gi pej KPM, isi borang tukar utk ikut suami pd awal thn 2002. Bawa belaka dokumen yg berkenaan. Di sana, saya seorg jer dipanggil masuk dlm bilik 'bertemu pelanggan'...suami kat luar. Saya di'interview' oleh pegawai KPM yg saya langsung x kenal. Baik jer orgnya. Mula2 tu...ia cuba pusing2 soalan ngan saya sebab2 pertukaran dipohon. Saya kabor terus-terang. Saya kata:
    1. saya dah 8 bulan ni, siapa nak bantu saya kalau bukan suami
    2. saya kesian ngan suami yg terpaksa ulangalik jauh utk 'bekalan'
    3. bimbang kalau2 suami buka' cawangan ' lain kat sana.
    4. kalau bukan krn perkara2 di atas, saya tak ingin langsung masuk keluar Selangor, nak buat apa nyusahkan diri di tpt org sdgkan di Selangor saya memang telah diiktirafkan (dpt APC thn 2000)..amat disenangi oleh pihak pentadbiran & pengurusan ...ada kaum keluarga bagai di Selangor.

    Akhirnya...bulan Mac tahun tu jugak dpt tukar ikut suami tercinta..ambik toh!

    BalasPadam
  33. Kesimpulannya, tak payah ikut prosedur sangatlah,
    mana yang terdesak sgt nk tukar n urgent, korang pegila cari org yg urus pertukaran, bincang terus direct ngan dia, mcm cikgu di atas. Org yg tukar tu bukan robot, ada hati, tunjuk kesungguhan, cerita benda betul.
    dah jgn sedey lagi ok....banyakkan zikir

    BalasPadam