.

.

KARTiKEL

Rabu, 10 September 2014

Isu Soalan Sains UPSR Bocor : Bukan Kali Pertama!

Berita petang yang mengejutkan ramai pihak. Pihak KPM terpaksa membuat keputusan menangguhkan semula ujian Sains UPSR pada tahun ini kerana didapati telah dibocorkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Saya yakin ramai pihak yang kecewa dengan peristiwa yang berlaku, dan dalam masa yang sama juga mendedahkan 'apa sebenarnya' yang berlaku dalam dunia pendidikan kita sekarang ini.


Isu Soalan Sains UPSR Bocor : Bukan Kali Pertama!


Dan yang paling menarik perhatian saya tentulah soal etika pegawai yang menguruskan. Mana pegi amanah? Mana pegi rasa tanggungjawab? Memang ke laut!!! 

Ini bukan isu baru. Tahun lepas juga kita dikejutkan dengan isu soalan bocor Matematik SPM. Riuh rendah juga sampai keluar suratkhabar. Tapi kemudiannya didapati tidak bocor. Beza dengan tahun ini, diumumkan dengan segera di semua media sosial, ujian akan ditangguhkan sehingga 30 September.



Isu Soalan Sains UPSR Bocor : Bukan Kali Pertama!


Ibu bapa, guru dan pelajar sendiri tentu merasa letih dengan segala apa berlaku. Mental exhausted. Bersusah payah berusaha, tiba-tiba, dengan kebodohan sesetengah pihak nak untung cepat, maka terpaksa menunggu satu tempoh yang panjang. Padahal baru 2 hari UPSR bermula. 

Diharapkan semua pihak dapat mengambil positif perkara ini. Nasi dah jadi bubur. Tak perlu nak fikir benda yang lepas.

Mudah-mudahan dengan adanya penangguhan Sains UPSR ini, maka pelajar dapat memberi lebih fokus kepada subjek esok, iaitu Bahasa Inggeris. Dan pelajar juga mendapat lebih panjang tempoh untuk mengulangkaji bagi subjek Sains nanti.

Apa pun cikgu ucapkan kuatkan semangat dan terus berusaha lebih kuat kepada calon UPSR 2014. Jangan jadikan ini sebagai penghalang kepada semangat juang anda. Semoga berjaya!


p/s: Khabarnya soalan Matematik juga dah bocor. Sumber   Hmmm.. apa nak jadi nih.. ;(


15 ulasan:

  1. siapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. :(

    BalasPadam
  2. Idris jusuh ni memang bawak SIAL. dulu masa jadi menteri besar trg, byk bumbung runtuh dan bocor...skang ni kat kementerian pendidikan, soalan exam plak dia kasi bocor.

    BalasPadam
  3. rombak lp, banyak hantu, banyak kutu, nak duit gaji je tuk men jek.....

    BalasPadam
  4. Rasuah lah.....tu....

    BalasPadam
  5. Untuk mengatasi masalah sebegini berulang pada masa hadapan, saya mencadangkan supaya :

    Sistem penilaian dirombak supaya murid-murid tidak terlalu terbeban kerana mengikut sistem sekarang 100% markah adalah daripada peperiksaan UPSR. Rombakan yang saya maksudkan ialah kita bahagi-bahagikan markah iaitu 10% untuk public speaking, 10% untuk communication, 10% untuk projek, 10% untuk tugasan, 10% untuk kuiz, 10% untuk aktiviti kelab dan persatuan, 10% untuk aktiviti sukan dan permainan, 10% untuk aktiviti unit beruniform dan 20% untuk UPSR. Dengan ini murid-murid tidaklah terlalu tertekan kerana sekurang-kurangnya 80% markah telah dikumpul.

    BalasPadam
  6. walaupun anak masih kecil, tetap rasa sedih n risau dengan masa depan pendidikan negara… :( yang jadi mangsa adalah anak2 kita juga..

    BalasPadam
  7. Mungkin pernah berlaku dulu dan tahun-tahun lepas. Cuma tak kena tangkap.
    Makin berani lah dan kalau buat survey, jangan surprise. - dengar kata Cikgu di sekolah - berapa ramai yang cari serta contact kawan untuk tips. Tips itulah yang makin berani menonjol jadi soalan sebenarnya.

    BalasPadam
  8. AA pon ada dengar2 yang kertas Matematik pon bocor

    BalasPadam

  9. sebenarnya ujian bm dan matematik pon dah bocor sepenuhnya.tapi kpm malas nak letak ujian balik..tak adil betul

    BalasPadam
  10. Yg dpt soalan bocor ni puak2 guru yg nak tengok anaknya dpt 5A+ & tempat di sbpa , nakkan nama dirinya & sekolahnya naik tanpa mengira sumber itu halal @ haram .
    Yg jujur dinafikan haknya didunia dsbbkan pengkhianat melalui pintu belakang utk cemerlang.sistem pendidikan malaysia memalukan

    BalasPadam
  11. APALAH BUAT KESIAN MURID- MURID JE KALAU TAKDA SIAPA. YANG BOCORKAN MESTI TAK JADI MACAM NI .ISHHHHH...SIAPALAH YANG BOCORKAN.

    BalasPadam
  12. Geramnya...aku.Dah la kakak aku calon UPSR.RASA NAK TUMBUK JE SAPA YANG BOCORKAN TU.EEEEEEE GERAM AKU.

    BalasPadam
  13. ini adalah takdir allah....

    BalasPadam
  14. marilah kita berdoa banyak-banyak supaya perkara ini tidak akan berlaku lagi..:)

    BalasPadam