.

.

KARTiKEL

Ahad, 3 Mac 2013

Luahan Hati Guru Kerana PBS

Luahan hati guru ini saya ambil daripada perkongsian rakan di facebook. Menarik untuk kita sama-sama renungkan. Bacalah dan cuba fahami tekanan yang dialami oleh guru-guru yang menjalankan tugas Penilaian Berasaskan Sekolah PBS yang baru dilaksanakan. 

Ada yang kadang-kadang buat-buat tak paham. Lalu cikgu-cikgu pun macam biasa, kena fitnah, kena tuduh keja senang banyak komplen. Untuk yang cakap banyak macam nih, senang cerita, cuba ambil masa seminggu jer untuk jadi cikgu yang ada buat PBS. Pastu boleh datang komen dan ceritakan kat bawah nih pengalaman "menarik" anda sepanjang melaksanakan PBS!

Luahan Hati guru kerana Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS

Perlu diingat.. Walau pun ramai yang stres sebab banyaknya beban kerja nak jalankan PBS nih, tapi guru-guru terpaksa masih mampu untuk melaksanakannya lagi. Satu tepukan gemuruh untuk semua rakan guru! TAHNIAH! ;)


Luahan hati seorang guru :
Isu PBS… apa bebannya… senang je kate deme … Mari tengok beban ke tidak …. Untuk memberi lebih gambaran / perkongsian pengalaman dan pemerhatian saya …


Contoh
1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar
2. Selesai menilai 1 evidens bertulis … guru perlu memasukkan evidens ke dalam fail individu pelajar setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali nak masukkan dan keluaran evidens)
3. Waktu memasukkan evidens adalah pada masa waktu luang (free period) cikgu
4. Kelas cikgu2 mengajar 24 waktu (1 waktu = 30-40 minit) kadang2 ditambah waktu ganti kelas guru yg tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu
5. Ada ketika cikgu diminta melaksanakan tugas luar (termasuk Sabtu dan Ahad perkara biasa)
6. Kemudian cikgu perlu key in secara online band yang telah dilaksanakan oleh pelajar secara individu (alah … senang saja … cikgu tik saja kata deme…. Haaa…haaa…)
7. Cikgu pun buka lap top … mengajar sessi petang … tiba2 talian internet pulak ditutup konon dah lebih pukul 5 (adusss!!!)
8. Cikgu pakai broadband sendiri …. Berpusing2 (rendering) kekadang sampai 10 minit baru dapat … elok saja nak key in … loceng bunyi … masuk kelas … laksanakan PBS utk kelas berikutnya …
9. Ada pulak pelajar tidak hadir pada hari berkenaan … tidak ada band utk pelajar berkenaan … kerana ada band 1 tidak dilaksanakan … suPBS sekolah dan pengetua panas punggung kerana disergah PPD … cikgu ditekan supaya beri band pada pelajar tersebut dgn ayat “walau apa cara pun cikgu bagi band kat pelajar berkenaan” … mahu x mahu cikgu pun kadangkala gunakan masa luang utk menyelia pelajar berkenaan dan curi masa cikgu lain … maka berebut2 lah cikgu nak ambil pelajar berkenaan utk siapkan PBS … hu..hu… hipokrit … ada juga yg ambil jln mudah tik saja online habis cerita…
10. Cikgu sakit … masuk wad tertekan PBS… bila sihat datang balik sekolah terpaksa kejar masa utk siapkan kerja PBS yg terbengkalai … kelas pulak dibatalkan sebab ada program sekolah seperti raptai sukan, tuan rumah pertandingan dsb.
11. Ada juga kelas PBS termiss sebab kebetulan cuti umum jatuh pada hari yg ada subjek tertentu … problem lagi …
12. SUPBS sekolah pun wujudkanlah keseragaman ‘konon’ utk memudahkan guru2 … beban lagi kalau x buat, dituduh ingkar perintah… kata LPM beri kebebasan pada guru (bila sampai sekolah jadi slogan aja la)
13. Guru perlu menyediakan evidens tidak kurang dari 50 (50 x 8 kelas x 36 pelajar = 14400 evidens) kalau setiap evidens bercetak, katakan sehelai setiap eviden dah ada 14400 helai kertas. Kalau ada 8 subjek (8 x 14400 = 115200 helai kertas … banyak tu). Kalau di Malaysia ada10,066 (10066 x115200 helai kertas = 1158912000 helai kertas) Berapa banyak pokok yg perlu ditebang kerana PBS/ berapa banyak duit perlu dibazirkan. Guru nak buat secara lisan … boleh tapi ada “pihak” nak bukti pulak … ada yg minta gambar aktiviti … kena cetak …heeemmm 2x5 saja.
14. Boss kata pulak “saya x kira … cikgu tidur ke, bangun tengah malam ke … saya nak benda ni siap pada sekian… sekian haribulan” patut ka cakap macam tu … ingan mesin kea pa? mesin pun kena rehat jugak … kalau tidak lingkup! Kos lagi mahal … kalau cikgu “lingkup” apahal?
15. Bila mesyuarat PBS cikgu2 bagi cadangan nak meringankan beban … dicap pembangkang … hantar nama kat PPD minta tukarkan cikgu berkenaan … parasit!
16. Fail individu pelajar sebenarnya boleh diganti dengan fail mengikut subjek … satu kelas ada 8 subjek … baru 8 fail … x perlu fail tebal kerana evidens akan dipulangkan pada pelajar selepas keyin online … jimat masa guru dan pelajar … Boss kata takut pemantau … jawb ja la rasional kat pemantau …. apa masalahnya … yg jadi masalah kalau cikgu x buat PBS …
17. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir … isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa lagi … Surat Lantikan Pentaksir pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira sebagai arahan utk melaksanakan PBS
18. Setelah semua keadaan di atas diambil kira berapa baki waktu luang cikgu untuk buat perancangan / persediaan PBS untuk kelas dan subjek berikutnya … tepuk dada tanya …
19. Cikgu/mereka yg kata PBS ni mudah … x mengajar pun kelas PBS… kadang2 JU yg bagi kursus dan bagi idea yg cukup hebat pun x pernah mengajar kelas PBS pun…
20. Harap pihak Pegawai KPM buka mata dengan tulisan ni …



34 ulasan:

  1. dan lebih menyedihkan sekolah masih nak jalankan peperiksaan selaras, peperiksaan tengah thn, peperiksaan akhir tahun. kononnya kalau x de exam, sekolah bising, ganggu murid lain jawab exam, dan kononya boleh catch up murid y x dtg mase pbs dijalankan dalam p&p

    BalasPadam
  2. stuju tuh cikgu zamrud.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. sistem yang nak dilaksanakan masih kurang jelas, penuh kekaburan.. harap2 diberi perhatian oleh mana2 pihak yang boleh berbuat sesuatu terhadap pelaksanaan pbs nih..

    BalasPadam
  3. SUPBS sekolah pula nak setiap guru ada fail pentaksir … isinya jadual waktu, biodata guru, evidens, surat lantikan pentaksir, tugas guru dll… (ini semua kerja mengarut … apa guna Buku Persediaan Mengajar lagi kalau dah macam tu … semua maklumat tu dah ada dalam buku tersebut … nak apa lagi … Surat Lantikan Pentaksir pun sebenarnya dah x relevan kerana jadual waktu dah dikira sebagai arahan utk melaksanakan PBS >>>>> arahan yang paling bodoh dr SUPBS sekolah tuan ni... mana ada arahan disuruh buat file ni plak....

    BalasPadam
  4. Mintak maaf En Tanpa Nama..

    Perkongsian pos tuh saya ambik tak tahu dari cikgu mana ntah..
    Dia yg mengadu pasal SUPBS sekolah dia..
    SUPBS sekolah saya cerdik!.. xdek wat camtuh.. ;)

    BalasPadam
  5. pelik jugak yer nape diorg masih mcm tak berbuat apa2, sedangkan bukannya sket cikgu yang komplen PBS nih menyusahkan.. sekurang2nya bagi lah penyelesaian untuk memudahkan sket pelaksanaan..

    BalasPadam
  6. di buatnye dapat kelas yang belakang2 dengan selalu pontengnye..mmg tak tercapai bandnye...huhuhu..sadis..

    BalasPadam
  7. betul tuh.. saya nih pun dah berapa kali dah sangkut sbb budak tak hadir.. yg hadir lak, tak lepas2 jawab.. asyik salah, wat pembetulan.. pun tak betul2 jugak.. memang menguji kesabaran tol..

    BalasPadam
  8. SUPBS tu pn tpaksa ikut arahan kalu tak kna marah kalau dipantau....memang trsgt azab filing2 PBS ni...

    BalasPadam
  9. SUPBS pn tpaksa ikut arahan .....kalau tidak kna marah.....memang azab filing2 PBS ni.....sgt mengarut..

    BalasPadam
  10. yup stuju tuh cikgu.. bab filing2 tuh yang mmg bagi kesengsaraan sket.. kadang2 lagi banyak buang masa untuk benda mcm tuh daripada kerja mengajar.. harap ada yang buka mata la dengan entri kecil nih..

    BalasPadam
  11. saya SOKONG !! pbs stress bila banyak borang kena isi..dgn borang transit, borang individu..sy ni mengajar 4 kelas geo + 2 kelas math..bayangkan pen merah baru bulan 3 dah baper batang habis ink..sekarang ni mls lagi fikir pasal key in online..su pbs suruh baru buat..nk tanda evidens pun terkial2 ni..

    BalasPadam
  12. ha3.. itu baru cerita pasal pen merah, belom lagi citer pasal berapa batang pokok kena tebang dek PBS nih.. he3.. pa2 pun, "Saya Yang Menurut Perintah"..

    BalasPadam
  13. hehe..betul tu.."Saya Yang Menurut Perintah"..boleh komplen belakang jer..hehe

    BalasPadam
  14. kesian cikgu2 kat Malaysia skrng nie
    klau ade pmr lagi bgus sye rse
    sbb sye pon slh seorng plajar yng kne menjalankan
    pbs jugak
    kdng2 kte tk telus buat bnda ni
    tiru kwn sblh...tnye ckgu..bukak buku..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang sedihnya Menteri pelajaran buat pekak jer. loantak hangpa lah cikgu. Sapa suruh jadi cikgu.

      Padam
  15. betol tu..kesian cikgu2..murid2 pon kesian kene balik lambat :(

    BalasPadam
  16. betul tu cikgu. bukan cikgu je yang susah . murid pun susah. kadang2 pbs ada yg mcm tah pape. macam matematik kena fkir formula baru. ingat kita ni org lama ke.

    BalasPadam
  17. pengalaman saya pula, saya mengajar sain t1,sains t2, matematik tambahan ting 4 dan matematik tambahan ting 5. Kesemua mp ini saya penyelarasnya. Dah la Mate Tambahan saya seorang aje yg mengajar. Peratus lulus pep dalaman selalu yang terendah sebab markah lulus 40. Pelajar ting 1 dan 2 pulak satu kelas 30 lebih dan perangai budakbudak sungguh.

    BalasPadam
  18. stuju sngat-2 .. ksian kt ckgu-2 skola .. murid-2 pon sme laa .. sdehh .. xtau nk buat pe .. addoiii !!!!!! ..

    BalasPadam
  19. kesian laa kat kitorang nii... buat la senang2 pbs ni...ni x , mcm2 kene buat...klau da ade pbs nihh x pyah la buat exam .. mnyusahkan je ! .. perahh otakk bnyakk gile ! .. mlam-2 kne tdorr lewat .. pagi-2 da kne bngun awl pgi skola smate-mate nk buat pbs .. knonye tkut ktinggalan .. kne buat buku skrap lg .. tolongla jgann buat exam .. exam mmbuatkann kmi jd gile ! ..kesian laa kt kitorang nii .. tolongla !!!! .. sy mohonn sngat-2 .. HAPUSKAN EXAM ! .. kitorang xnakkkkkkkk ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud sy .. HAPUSKAN EXAM PERTENGAHAN TAHUN DAN AKHIR TAHUN .. ;) .. bkann PMR ..

      Padam
  20. bagus laa org atas sy niiii...hahaha
    (Y)

    BalasPadam
  21. Nampaknya ramai juga yang memahami permasalahan sebenar bila PBS nih dilaksanakan.. Semoga ada yang mengambil iktibar atas perkongsian ini

    BalasPadam
  22. Saya bukan cikgu tapi saya pelajar tingkatan 2 yang dah lalui bermacam-macam masa buat PBS ni, tahun lepas memang perasaan kita orang semua, happy, excited sebab konnonya.. Takda PMR, so kita orang pun macam happy.

    Tapi lepas beberapa bulan buat PBS dah, ada sedikit tekanan, memang sebelum buat PBS, masa sekolah rendah, tak pernah rasa stres macam ni pun, tapi rilek-rilek je tahun lepas, sebab first batch kan buat PBS so, semua senang, lulus.

    Lepas tu dah gembira, dah, syok semua, masuk tahun ni, lagi kuat tekanannya, macam-macam. Nak masuk aktiviti luar sekolah pun susah sebab PBS nak kena kejar itu ini, memang semua dah stres sangat tahap melampau sebab tiba-tiba cikgu announce ada final exam dengan folio yang berlambaknya, memang kita orang semua dah macam nak menangis bagai.

    So, susah jugaklah.. Nak dapat markah untuk aktiviti luar sekolah susah sebab PBS pun kena kejar macam-macam.. Memang kita orang pun dah macam tak tahu nak buat apa... Stres sangat-sangat..

    Ni baru pelajar.. Cikgu pun apatah lagi nak handle evidens-evidens..... Susah nak aturkan masa.. Cuti pun kena datang, nak settlekan PBS.. Masa cikgu mengajar pun cikgu ajar cepat-cepat.. Sebab banyak lagi PBS yang nak kejar... So tak dapat faham dengan .. mendalam, tu yang susah..

    Cikgu pulak kena failkan PBS.. Key-in markah.. Hadoiiii. Tak tahulah macam mana tahu depan dengan PBSMR lagi..


    BalasPadam
  23. Tahniah! walaupun kamu baru tingkatan 2, tapi pemikiran lebih matang dari usia..
    Hanya kita (pelajar+guru) sahaja yang memahami susah payah dan penderitaan sepanjang tempoh buat PBS nih..

    BalasPadam
  24. salam saya bukan cikgu tapi saya seorang murid dari tingkatan dua pasal PBS ni amat meyusahkan kami dari segi keuwangan keran harus beli bahan untuk buat model kalau 1 xpalah ni nak 4 model nak kene siapkan dan buku skrap harus 5 buah buku ..... ramai cikgu sekolah saya yang merugut kerana PBS ni meyusahkan dan 1 sabjek ade 100 eveden yg kene buat dari band 1-6 dahlah tak dapat biasiswa nak beli barang lagi

    BalasPadam
  25. Saya tak tahu apa benda sistem ni, tapi saya SEDIH sebab ibu saya yang dah berumur 50++ TERPAKSA BERSENGKANG MATA, DUK DEPAN LAPTOP SAMPAI BERJAM JAM LAMANYA. WALAUPUN DIA FAHAM MACAMANA NAK BUAT, TAPI KONSIDER LA SIKIT KAN ORANG TUA TU, BARU NAK BELAJAR, BUKAN CIKGU SEMUANYA MUDA. KESIAN, DAH LAMA DUK BUAT, PASTU TER TEKAN / COMPUTER SANGKUT / MASALAH2 LAIN, TERPAKSA BUAT BALIK..... SEDIH SAYA TGK MAK SAYA SETIAP BULAN MACAMTU. SAYA KALAU DUK KAT KG TAKPER, SAYA BELAJA UNIBESITI KAT KL NIE, MAK SAYA SELALU CALL TANYA, SAYA NAK AJAR PUN TAK PANDAI BENDA2 NIE. KAWAN2 DIA KAT SEKOLAH PON SEMUA AJAR ACAH2 KONON MACAM MAK SAYA NI PANDAI DAN SENANG BELAJAR JE. PASTU BILA TANYA LAGI TAKNAK AJAR DAH SEBAB BOSAN.. HOI KEMENTERIAN PELAJARAN, MANSUHKANLAH BENDA MENGARUT NI!

    BalasPadam
  26. PBS yang dilaksanakan kini adalah sistem lemah yang bakal menghancurkan negara.
    PBS perlu dibaiki sistemnya kerana:

    1. Sistem PBS sedang menghancurkan semua bangsa di Malaysia.
    PBS bukan sahaja membebankan guru malah juga membebankan murid. Perlu diingat alam persekolahan
    adalah alam dimana murid/pelajar majoritinya "perlu disuap" atau ditunjuk ajar setiap masa tidak
    seperti mahasiswa yang perlu membuat kajian ilmu sendiri. Murid mengambil masa untuk memahami
    suatu perkara tetapi dalam sistem PBS, pentaksiran perlu dilaksanakan selepas PnP atau sekerap mungkin
    menyebabkan murid tertekan. Hal ini menyebabkan (1.) murid yang sepatutnya faham suatu topik akhirnya
    gemuruh hingga tak faham. (2.) murid hanya dapat menjawab pada waktu pentaksiran tetapi kemudian
    melupakannya sebab sudah dianggap tiada keperluan untuk mengingati kerana markah sudah diberi.

    2. Sebaik-baik pengajaran adalah yang mempunyai musim peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan, murid akan
    sentiasa mengingati apa yang diajarkan sepanjang masa sehginggalah hari peperiksaan. Dengan sistem PBS
    yang ada kini, murid tiada semangat langsung untuk mengingati apa-apa kerana mereka tiada target musim peperiksaan.
    Suasana PBS adalah suasana jemu bagi mereka malah mereka menganggap PBS itu tiada apa-apa. Jika anda guru, anda
    pasti memahami perkara ini. Cuma guru yang layak memberi komen berkaitan PBS.

    3. Ingatlah betapa bersemangatnya anak-anak kita menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM, STPM. Malah jika melanjutkan
    pelajaran ke Universiti Luar Negara pun akan ada peperiksaan semester. Bayangkan jika dari kecil dididik hidup tanpa peperiksaan,
    bagaimana kehidupan mereka di universiti yang mengamalkan budaya peperiksaan? Kejutan budaya.

    4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah bermakna pentaksiran berasaskan guru. Adalah mustahil PBS
    adalah sistem yang selaras kerana berbeza guru berbeza permarkahan, berbeza penilaian dan
    berbeza corak pengajaran yang juga menyebabkan murid berbeza mendapat kualiti pemahaman yang berbeza. Malah lebih tragis
    kerana sistem PBS membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk merasuah guru untuk memastikan markah anaknya tinggi.
    Sistem ini tidak adil dan tidak selaras dan tidak sama di mana mana sekolah. Jika begini, di alam pekerjaan nanti, majikan tidak akan
    mengambil pekerja berdasarkan keputusan penilaian PBS mereka tetapi cuma berdasarkan di sekolah mana mereka bersekolah.

    5. Saya sangat terkilan apabila ada menteri yang menuduh guru tidak berkualiti sedangkan sistem PBS yang menyebabkan guru sugul, kurang bertenaga,
    kelam kabut dan tertekan. Bayangkan pengisian markah setiap hari bagi setiap murid yang diajar. 1 kelas 34 murid. Setiap hari ajar 4 kelas. Maka 136
    markah murid perlu diberi setiap hari. Bagaimana pula dengan seminggu, sebulan, setahun? Dalam 4 kelas itu, ada sahaja murid yang tidak hadir, maka
    guru kena ulang balik PnP dan pentaksiran. Yang dikejar akhirnya tak dapat, yang dikendong akhirnya berciciran. Malah guru selalu kena tinggalkan kelas
    untuk urusan lain, maka kacau bilau lah sistem PBS kita. Belum masuk lagi dengan buku latihan yang perlu ditanda setiap hari. Balik sekolah terus mesyuarat,
    kursus taklimat. Tambah pula macam macam borang nak diisi. Nak kena online pulak, dengan server lembab dan macam macam pula kena isi onlina.
    Maka guru jadi gila dengan sistem PBS dan pelbagai beban yang mengarut ngarut.

    BalasPadam
  27. 6. Guru dalam dilema untuk memberi markah PBS kepada anak muridnya. Kalau nak diikutkan hati, semua murid nak diberi markah penuh
    demi masa depan mereka. Ada juga guru yang menyatakan 100% muridnya sebenarnya layak dapat band tertinggi. Ya memang benar kebiasaannya murid akan faham sebaik sahaja
    setiap PNP tetapi akan melupakannya kerana tiada keperluan memandangkan tiada peperiksaan.

    7. Pendidikan Malaysia sebenarnya sudah berada diantara yang terbaik di dunia sebelum PBS dilaksanakan. Tak perlu dengar laporan dunia tentang
    ranking Malaysia. Biar kita rakyat Malaysia sendiri yang menilai. Di Perancis, Jepun, China, India, Turki, Thailand, Indonesia,
    Arab Saudi, Korea MAJORITI RAKYATNYA TIDAK TAHU BERBAHASA INGGERIS walaupun subjek Bahsa Inggeris diajar sejak dibangku sekolah.
    Sistem KBSR dan KBSM telah membuktikan pendidikan kita berjaya membuatkan rakyatnya boleh berbahasa Inggeris. Begitu juga subjek lain. Majoriti
    anak anak kita juga tahap penguasaan matematik mereka lebih baik berbanding anak-anak negara lain. Sinivers matematik kita jauh lebih tinggi daripada negara lain pada usia yang sama.
    Sistem pendidikan Malaysia adalah lebih baik tanpa PBS.

    8. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian 4 kali setahun di peringkat sekolah. PBS perlu dibaiki dengan mengadakan Ujian setara/selaras seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM.
    Sistem tanpa peperiksaan kini perlu dihapuskan segera sebelum terlambat.

    BalasPadam
  28. Perkongsian dan komen yang menarik.. Semoga bermanfaat.. Terima kasih cikgu ;)

    BalasPadam
  29. bentuk soalan pt3 nanti macam spm eh? kalau nak masuk mrsm or sbp result pbs tu macam sekadar sokongan je?mohon pencerahan

    BalasPadam