About Me

Terpilih Untuk Honeywell Educators at Space Academy 2018

Rezeki yang tertunggak. Itulah yang saya dapat katakan bila terpilih untuk menerima tajaan penuh daripada Honeywell Hometown Solution bagi mengikuti latihan Honeywell Educators at Space Academy 2018 di US Space and Rocket Center, Alabama, Amerika Syarikat.

Terpilih Untuk Honeywell Educators at Space Academy 2018
Terpilih Untuk Honeywell Educators at Space Academy 2018


Rezeki Tertunggak
Kenapa saya katakan ianya adalah rezeki tertunggak? Ini kerana, sebenarnya saya sudah pun terpilih bagi mengikuti program yang sama bagi tahun 2017, tahun lepas. Hanya rakan terdekat yang tahu. Setahun saya memendam rasa dan cerita. Hahahahha.. Tapi kenapa tak pergi? Meh nak cerita..

Ketika mula dapat tawaran bagi HESA 2017 pada awal Januari 2017, saya memang rasa sangat teruja. Ye lah, sapa senang-senang nak bagi sponsor penuh pegi balik ke Amerika Syarikat untuk ikuti kursus kan? Amerika oi! Dah tu berkaitan dengan bidang yang saya minat pulak tu, STEM dan bidang aeroangkasa. Peluang rare orang kata!


US Space and Rocket Center, Alabama, Amerika Syarikat

Tetapi, disebabkan kurang arif dengan pengurusan berkaitan surat kebenaran dan permohonan visa ke US, maka banyak masalah yang timbul. Terutama sekali yang berkaitan dengan Visa ke US yang perlu didapatkan sebelum pihak Honeywell boleh tempah tiket untuk peserta. Pening tau nak urus Visa ke US nih. Dah ler tak tahu langsung siapa lagi guru dari Malaysia yang juga terpilih. Akhirnya, peluang terlepas begitu saja, walaupun surat kebenaran daripada KPM semua dah settle.

Oleh sebab memang dah macam tak dapat pergi, maka saya maklumkan juga kepada pihak penaja. Yang bestnya, respond mereka sangat bagus, iaitu mereka minta saya maklumkan bahawa saya sudah terpilih bagi HESA 2017 semasa memohon bagi tahun seterusnya nanti. Maka ada ler sket harapan yang saya simpan untuk setahun tu. 

InshaAllah jika rezeki saya, memang tak ke mana. Itu yang saya pegang. Setahun beb, setahun. Alhamdulillah, rupanya Allah nak bagi rezeki tu untuk tahun 2018 nih.


Permohonan Online
Jadi bila keluar permohonan pada tahun 2017, lebih kurang dalam bulan September macam tu, maka saya cubalah peluang kali kedua. Kali nih syarat dia berbeza sket dengan yang sebelumnya. Tapi masih valid untuk cikgu sekolah rendah dan menengah sama-sama mohon.  

Tidak ada hebahan daripada KPM kerana program ini tidak ada kerjasama dengan KPM. Maka cikgu-cikgu yang nak cuba nasib tu, memang kena alert dan usaha sendiri lah yer. Tapi jangan lupa, kalau dah dapat, kena mohon kebenaran ke luar negara daripada KPM. Macamnya jadi urusan rasmi lah. Ini yang ramai cikgu-cikgu kita tak buat. Biasanya ramai yang hanya apply pada peringkat JPN dan terus pergi. 

Untuk urusan prosedur mohon kebenaran KPM bagi perjalanan yang macam nih, nanti saya buat tutorial dan perkongsian ya! 


Bagi program Honeywell Educators at Space Academy nih, permohonan secara online boleh buat kat https://hesa.fluidreview.com/. Create akaun peribadi, kemudian sign in dan seterusnya isi maklumat asas yang diperlukan. Yang berminat nak join lepas nih, bolehlah selalu menjenguk ke laman web ini ya.

Permohonan Online bagi Honeywell Educators at Space Academy
Permohonan Online bagi program Honeywell Educators at Space Academy

Setelah semua maklumat diisi, saya juga perlu siapkan 3 buah esei yang berkaitan dengan :
1. Masalah yang saya hadapi dalam kelas, dan bagaimana saya atasinya
2. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan dalam kelas
3. Jika terpilih, apa yang saya harapkan dapat belajar daripada pengalaman ini?


Untuk ketiga-tiga esei nih, memandangkan Bahasa Inggeris saya tak ler power sangat, maka saya mintak tolong rakan baik yang juga merupakan seorang guru muda berbakat yang hebat untuk membantu. Proof reading lah lebih kurang. Beliau adalah Cikgu Azrul Arefe, guru Matematik berbakat daripada SK Desa Tun Hussein Onn. 


Guru muda lagi berbakat, Cikgu Azrul Arefe
Guru muda lagi berbakat, Cikgu Azrul Arefe

Walaupun beliau merupakan cikgu Matematik, tetapi English beliau sangat power. Hahahha. Secara jujurnya juga saya merasakan peluang terpilih ini juga banyak dibantu oleh usaha beliau. Banyak giler grammar dan struktur ayat yang beliau tolong betulkan dan powerkan semula. Sangat terhutang budi. Terima kasih banyak Cikgu Arefe! Nanti saya beli cenderamata dari US ok. Muah! Hahahhaa..


Keputusan 2018
Akhirnya keputusan bagi HESA 2018 keluar pada awal Januari 2018. Yay! Alhamdulillah rupanya Allah takdirkan saya untuk ke Amerika Syarikat pada tahun ini. Maka misi saya, adalah saya nak uruskan semuanya cepat-cepat supaya tak berulang kes yang sama, terutama sekali bab Visa nak ke US.

Sebenarnya Visa nak ke US nih boleh tahan rumitnya. Dah beberapa kali baca kat laman web dia pun masih kurang clear apa step by step nak buat. Terpaksa buat bacaan tambahan kat blog juga. Alhamdulillah, sangat membantu sehingga akhirnya saya sendiri pun buat satu artikel mengenai Langkah Mudah Memohon Visa ke Amerika Syarikat. Mudah-mudahan boleh membantu orang lain pula. 


Kebenaran KPM
Dalam masa yang sama, saya menghubungi KPM bagi mendapatkan surat kebenaran ke luar negara. Sekalipun HESA 2018 ini berlangsung pada masa cuti sekolah, tak perlu mintak cuti, tetapi saya tetap juga uruskan surat kebenaran ini sebagai rekod kepada KPM bahawa ada guru Malaysia yang terpilih mengikuti program di luar negara. 

Surat kelulusan KPM bagi menghadiri Honeywell Educators at Space Academy 2018
Surat kelulusan KPM bagi menghadiri Honeywell Educators at Space Academy 2018

Sekurang-kurangnya rekod pemergian saya ke sana, ada dalam pengetahuan KPM. Mana tahu mereka nak gunakan pengalaman dan kemahiran kita pada masa akan datang, maka sekurang-kurangnya mereka boleh rujuk melalui rekod yang ada. 


Saya mula hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) seawal hujung Januari bagi kelulusan ini. Disebabkan tak dapat senarai siapa lagi guru Malaysia yang terpilih, maka pihak BPG putuskan untuk menunggu lagi permohonan kelulusan sehingga awal Mac. Mana lah tahu ada yang mohon, jadi boleh diurus sekali sebab program yang sama.


Ucapan tahniah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana terpilih untuk HESA 2018
Ucapan tahniah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia kerana terpilih untuk HESA 2018

Saya cuba juga hubungi pihak Honeywell Malaysia, namun gagal untuk mendapatkan senarai guru-guru lain yang mungkin terpilih. Maka atas nasihat BPG, akhirnya kami bersetuju untuk teruskan permohonan kelulusan, takut nanti tak sempat pula baki masa yang tinggal.

Alhamdulillah kerana pada penghujung bulan Mei, semua urusan berkaitan kelulusan berjaya didapatkan. Rasa seronok sebab semuanya selesai dengan baik.


Misi Ekspedisi 38
Sementara itu pula, pihak Honeywell bagi program HESA 2018 telah berurusan dengan saya dari masa ke semasa. Banyak perkara yang dimaklumkan untuk diuruskan dalam tempoh 5 bulan ini. 

Antaranya adalah :
1. Surat sokongan bagi permohonan Visa ke Amerika Syarikat
2. Isi maklumat berkaitan dengan kehadiran saya sebagai peserta untuk HESA 2018
3. Tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat
4. Senarai baju dan alatan yang perlu dibawa semasa program


Barulah saya tahu rupanya ada 2 batch untuk setiap tahun, yang melibatkan lebih 200 orang guru daripada seluruh dunia. Batch 1 adalah bagi minggu pertama, dan Batch 2 adalah minggu kedua. Saya merupakan peserta bagi Batch 1 untuk HESA 2018 ini, dengan gelaran misi Expedition 38. Wahh.. dah bajet jadik astronaut nih!



Honeywell Educators at Space Academy 2018 - Expedition 38
Honeywell Educators at Space Academy 2018 - Expedition 38


Cikgu-cikgu boleh baca apa lagi persediaan lain yang saya buat untuk persiapan ke HESA 2018 nih selepas ini. Ada perkara yang tak diberitahu, tapi perlu juga disediakan. Macam contoh cenderahati dan hadiah kenangan dari Malaysia. Terima kasih buat Cikgu Suwiti, peserta HESA 2017 yang saya temui semasa program Honeywell bertemu dengan Penerima Nobel, Robert B Laughlin. Perkongsian beliau sangat membantu!

Apa pun saya sangat teruja dengan rezeki bagi mengikuti program Honeywell Educators at Space Academy pada tahun 2018 nih. Namun pada saya, yang lebih penting, bukan lah peluang yang saya dapat ini, sebaliknya apa yang saya boleh buat dan kongsikan daripada pengalaman ini selepas kembali semula ke Malaysia. 

InshaAllah saya akan cuba buat perkongsian pengalaman di blog dan travelog video perjalanan saya di Youtube untuk Misi ke HESA 2018 nih. Saya yakin ramai guru Malaysia yang berminat nak tahu pasal ilmu STEM dan ilmu aeroangkasa ini dengan lebih lanjut. Maka,   teruskan follow blog dan youtube saya ok.

Salam raya daripada perantauan!




Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Tahniah cg hailmi. Semoga selamat pergi & selamat kembali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Next year cikgu Nurul apply pulak yer

      Padam
  2. Tahniah cg Hailmi. Didoakan ckg hailmi selamat pergi dan selamat kembali. Pergi dgn harapan, pulang membawa pengalaman. Jgn lupa share pengalaman itu. Ckg hailmi, sy cadang ckg buat buku tulis pengalaman yg akan datang ni dan pengalaman di korea yg lepas. Saya masih suka baca buku. Hihihihiiiii...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhahahaha... terima kasih. InshaAllah akan cuba diusahakan. Buku memang legend. NNti Cikgu Ruth apply pulak ye

      Padam
  3. Tahniah....satu lagi kejayaan buat warga pendidik...

    BalasPadam

  4. CiKGUHAiLMi

    Blog cikgu Sains dan Kimia yang fanatik dengan Sofbol dan Drama


    masih lagi kekal "kata kata ini".....

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Hahaha.. terima kasih Cg Khairul. InshaAllah akan beraya di sana.

      Padam
  6. subhanallah, tahniah Cikgu Hailmi.. semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi

    BalasPadam
  7. Terima kasih guru-guru sekelian. Biasa saja, cuma rezeki saya je Allah nak bagi..

    BalasPadam
  8. tahniah semoga dapat memberi impak yang terbaik kepada semua guru.

    BalasPadam