KARTiKEL

Selasa, 8 Oktober 2013

PBPPP : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PBPPP : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan



PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.



Sumber

8 ulasan:

  1. sy masih blur lg tth PBPPP. ade org kate, selain ujian, kena g kursus jugak

    BalasPadam
  2. itu lah pasal.. banyak sangat benda baru yang nak dibuat..
    Maklumat dari rakan saya di Kedah, guru yang wajib menyertai kursus PBPPP ini adalah guru-guru yang mula posting pada tahun 2010..
    Semoga ada maklumat tambahan lain yang dapat membantu

    BalasPadam
  3. Klau yg memberi taklimat mengatakan dia sendiri blur, tak jelas... bgimn dgn kita yg mendengar dan melaksanakan? adakah sesiapa yg blh berikan tunjuk ajar ttg template instrumen? s, ks, skor telah di`lock', jadi kita nak tengok hubungan (link), dari mana pun tak dapat. ade siapa blh tlg?
    Manual pun tiada penerangan yg kita nak. sy nak permudahkan, klau dah tahu tu nak linkkan je dr daftar kehadiran, marksheet dll yg sedia ada.

    BalasPadam
  4. tu lah pasal, banyak sangat 'peningkatan' yang nak dibuat, sampai jadi membebankan dan mengelirukan plak.. semoga dipermudahkan lagi urusan kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. guru umpama seekor tikus dijadikan eksperimen untuk perubahan dalam pendidikan yang sehangat tahi ayam,,,guru bersedia menerima perubahan semasa tetapi pastikan pelaksaanannya berbaloi fikir fikirkan guru sebagai agen pelaksana...guru lebih banyak mendokumentasi daripada merancang...hanya luahan sahaja...

      Padam
  5. Saya nak PTK semula....tidak memeningkan kepala & membolehkan saya fokus dengan PdP.

    BalasPadam
  6. Pb3p lebih kepada kejadian seseorg murid. Apa yang telah kita laksanakan sepanjang tahun tersebut. Manakala ptk lebih kepada teori. Yang belum di aplikasikan. Insyaallah.

    BalasPadam
  7. Semoga tak ada yang terbeban dengan pelaksanaan ini..

    BalasPadam