About Me

Biodata Cikgu Hailmi

Pemilik nama penuh Norhailmi bin Abdul Mutalib ini merupakan anak jati Perlis yang mendapat pendidikan awal di SK Datuk Ahmad Musa (1988 - 1993) dan SMK Agama Arau (1994 - 1998). Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Kimia di Universiti Sains Malaysia (1999 - 2005), sebelum menimba pengalaman sebagai guru Sains dan Kimia di SMK Luar Bandar No.1 Sibu Sarawak (2007 - 2014) selama 8 tahun.

Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hailmi
Cikgu Norhailmi bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Cikgu Hailmi


Kini berkhidmat di SMK Jerlun, Kedah (2015 - kini) sebagai Guru Cemerlang Sains, beliau aktif berkongsi amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan STEM dalam bilik darjah menerusi blognya, www.cikguhailmi.com (sejak 18. 11.2012) dengan lebih 500 siri ceramah dan bengkel di seluruh negara bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

Antara pencapaian beliau adalah:
1. Agent for National Transformation 2014 oleh SKMM
2. Ikon Guru STEM Kebangsaan 2017
3. Naib Johan Guru Adiwira PAK21 anjuran PADU
4. Guru Adiwira Kebangsaan 2019

Beliau aktif dengan penyertaan antarabangsa, termasuk pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School, fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia, pembentang best practises bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul dan peserta program angkasa guru antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat. 




September 2018, beliau dinobatkan sebagai Malaysia Best Science Teacher oleh SEAMEO bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia. 2019 beliau melakar sejarah sebagai guru Malaysia pertama yang terpilih bagi mengikuti kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland.

Kemuncak kejayaan bila beliau disenaraikan sebagai Finalis Top 50 bagi Anugerah Guru berprestij, Global Teacher Prize 2020 oleh Varkey Foundation yang berpusat di London pada Mac 2020 yang lalu. Tahun 2021 pula beliau terpilih mewakili negara Malaysia sebagai penerima Anugerah Princess Maha Chakri tahun 2021 daripada kerajaan Thailand bersama 10 orang guru dari negara ASEAN. 


Dokudrama 'Pendidik' 



pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School
Pertukaran guru Malaysia ke Korea pada tahun 2015 di Daegu Girls Commercial High School

fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia
Fasilitator bagi Bengkel STELR STEM Bandung, Indonesia

 
Pembentang best follow up activities bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul
Pembentang best follow up activities bagi Seminar SSAEM 2016 di Seoul


program angkasa guru antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat
program angkasa guru antarabangsa bersama NASA di US Space and Rocket Center, Amerika Syarikat

Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia
Anugerah Ki Hajar Dewantara Award 2018 di Bali, Indonesia

Guru Malaysia pertama bagi kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland
Guru Malaysia pertama bagi kursus guru antarabangsa di CERN, Pusat Nuklear Eropah di Geneva, Switzerland tahun 2019




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tahniah cikgu idola, semoga terus cemerlang dan sihat sentiasa cikgu,Aamiin

    BalasPadam
  2. The title "The first Malaysian teacher" does not refer to a specific individual but may be a reference to the earliest known educators in Malaysia or someone recognized as a pioneer in the field of education in the country. To provide a more detailed definition, additional information or context about the person or historical figure is needed.
    trucking accident lawyer near me
    Abogados de Accidentes de Camiones

    BalasPadam
  3. cikgu mengajar sains tingkatan berapa ye

    BalasPadam