About Me

Pembudayaan PLC : Professional Learning Communities

Professional Learning Communities (PLC) 
PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.   


professional learning communities Komuniti Pembelajaran Profesional


Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )


PLC boleh dijalankan dalam 4 bentuk aktiviti. Sila rujuk jadual di bawah.





Penswastaan Amalan (De-Privatization of Practice)


Belajar Secara Berjalan (Learning Walks)
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran  guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik. 

Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
(Peer Coaching/
Instructional Coaches)
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran  pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle).

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian 
(Lesson Study)
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran/memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.

Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik.




Satu trend menarik dalam perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru. 

Konsep komuniti pembelajaran profesional boleh didefinisikan sebagai aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah. 

Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. 



langkah professional learning communities Komuniti Pembelajaran Profesional


Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. 

Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah, dan pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching).  





Lesson Study sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju.  Baca juga Sejarah Perkembangan Lesson Study di Malaysia

KLIK SINI Baca pengalaman saya dan rakan guru Sains melakukan aktiviti lesson study dalam membentuk komuniti pembelajaran profesional di sekolah 

KLIK SINI Baca pengalaman saya menjadi Coach dalam Strategi PLC - Peer Coaching di SMK Bawang Assan



Catat Ulasan

17 Ulasan

  1. ada x contoh perancangan pelaksanaan teacer sharing?

    saya pening nak buat mcamana..baru diperkenalkan di sekolah ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut kursus yg saya dpt.. Ticer sharing tu sbg contoh antaranya cikgu2 pilih satu video pengajaran yg bersesuaian dan kongsikan strategi pengajaran dan kaedah perlaksanaan yg menarik dlm video tersebut dan sesuai diaplikasikan dlm pdpc cikgu

      Padam
  2. Assallammualaikum cg... minta izin nak guna bahan cg untuk program sandaran saya (NPQEL)..
    Terima kasih cikgu...

    BalasPadam
  3. Mohon perkongsian maklumat. T/kasih.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Sifu.Perkongsian yg baik.Sememangnya PLC melancarkan sst tugasan dgn mudah.Sharing is caring Sifu!

    BalasPadam
  5. Satu perkongsian ilmu untuk memantapkan PdPC

    BalasPadam
  6. terima kasih cikgu hailmi. info yg lbh ringkas tapi jelas. nak ulangkaji.. mohon kongsi ye..

    BalasPadam
  7. PLC berteraskan lima strategi..boleh tak jelaskan apakah lima strategi itu?

    BalasPadam
  8. Perlukah kumpulan PLC dianggotai oleh SEMUA guru yang mengajar subjek yang sama (misalanya - hanya semua guru Matematik dalam kumpulan PLC bagi menangani permasalahan dlm pembelajaran Matematik) ATAU ia boleh dianggotai oleh seorang dua guru dari disiplin lain (misalnya PLC bagi masalah Matematik tetapi dianggotai oleh 3 guru Matematik, seorang guru Komputer dan seorang guru Sains)?

    BalasPadam
  9. Ideal and also Most inexpensive Jabodetabek Exclusive Coaching, all of our staff as well as instructors can come to your property, placed your personal study routine which enable it to decide on any kind of industry with research ... visit https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-jatinegara.html for further

    BalasPadam
  10. The ideal Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The most beneficial private teachers graduated from well-known state universities. The nearest tutoring place online to your home at inexpensive ... visit https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-pasar-minggu.html for more information

    BalasPadam
  11. You could possibly will see a cheaper fee compared to the table above, be certain again regarding the qualifications with the teacher / Kindergarten teacher recommended for you ... click for more detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-ipa-di-online-terdekat-murah.html

    BalasPadam
  12. Join our esteemed language of choice course at Executive-Education.id and start a linguistic adventure on the lifetime. Immerse yourself in the richness of your target language, guided by expert instructors who know the nuances and intricacies of effective language acquisition. Whether you're a newbie or a complicated learner, our tailored curriculum will empower you to navigate diverse cultures with finesse and flair. Click https://kursus-korea.github.io/kursus-bahasa-korea-ciracas.html for latest information.

    BalasPadam