.

.

KARTiKEL

Sabtu, 13 September 2014

Isu UPSR Bocor : Makin Kritikal, Makin Parah

Selepas satu negara gempar dengan isu Soalan Sains UPSR yang bocor sebelum ujian, tak sampai sehari, esoknya keluar plak pengumuman mengenai penangguhan ujian Bahasa Inggeris. Malah dalam ura-ura tersebut, khabarnya Matematik juga bocor sehingga ada yang berpendapat bahawa keseluruhan ujian UPSR patut diadakan semula!


Isu UPSR Bocor : Makin Kritikal, Makin Parah


Memang mengecewakan. Sangat memalukan.

Bukan sekadar ibubapa, dan guru sahaja, malah pihak lain juga turut merasakan tempias kekecewaan dan kegeraman tersebut. Dan yang paling mengesiankan adalah para pelajar yang merupakan calon UPSR tahun ini. 

Mana tak kecewa, di saat segala persiapan dilakukan dengan seterbaik mungkin, segala harapan dan usaha dikecewakan dengan tindakan tidak amanah dan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang mau untung senang!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia


Perbuatan yang sebegini merupakan satu jenayah yang sangat besar dan mencemarkan imej Kementerian Pendidikan Malaysia serta profesion guru, selain daripada menyusahkan hampir 472 853 calon UPSR yang terpaksa menduduki semula ujian ini pada 30 September nanti. Sumber

Dalam perkembangan terbaru isu UPSR bocor ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan Malaysia menggantung tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM) Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR ini. Sumber


Pengarah Lembaga Peperiksaan (LPM) Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh


Tindakan ini kemudiannya disokong oleh beberapa pihak lain seperti Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Malaysia (NUTP), Institut Integriti Malaysia dan juga Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan. Sumber

Sambil menegaskan tindakan 'menggantung tugas' tidak bermaksud kedua mereka didapati bersalah. Tetapi penggantungan tersebut dapat memberi ruang yang lebih luas untuk proses siasatan dilakukan.

Tempat tersebut kemudiannya akan digantikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan), iaitu Datuk Misrah Ibrahim. Sumber


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Perguruan), iaitu Datuk Misrah Ibrahim


Ramai pihak yang berharap, isu ini akan ditangani dengan sangat berkesan. Cari dalang yang bikin kekecohan nih, hukum dengan hukuman yang maksimum mungkin supaya jadi pengajaran kepada yang lain, dan juga pastikan perkara ini tidak akan berulang lagi!

Dalam keadaan masyarakat dan juga segelintir puak minoriti dalam kalangan ahli pendidikan sendiri yang sering mempertikaikan kebolehan Kementerian Pendidikan dalam menguruskan hal-hal pendidikan, isu sebegini tidak boleh dibiarkan menjadi barah dan modal untuk mereka terus mengkritik.

Tangani isu ini dengan bijaksana. Bukan dengan menuding jari ke sana ke sini, sehingga yang tak bersalah menjadi mangsa dan habuan pelepas diri masing-masing. Lakukan siasatan sehingga ke akar umbi. Ambil tindakan dengan hukuman yang seberatnya bila dah dapat penjenayah.

Dan,

Kembalikan semula maruah dan kepercayaan masyarakat terhadap integriti mereka yang bergelar guru!




10 ulasan:

  1. Mana hilang integriti guru, atau bukan guru dalang nya?

    BalasPadam
  2. Mana hilang integriti guru, atau bukan guru dalang nya?

    BalasPadam
  3. Tak pernah terjadi lagi camni dalam sejarah pendidikan Malaysia. Semoga dijadikan iktibar bagi semua pihak

    BalasPadam
  4. masturanakomar411@gmail.com15 September 2014 11:43 PG

    tiada 'mengesiankan' dlm kamus bm-bm,cikgu

    BalasPadam
  5. Sian la anak2 kecik yg dah buat preparation utk paper sains ari tu... baru jer berangan nak bawak diaorg gi holiday, dah tertangguh... tapi takpelah, mungkin ada hikmahnya...

    Nak baca celoteh saya?

    BalasPadam
  6. buat macam PT3 baru selamat.

    BalasPadam
  7. gua cuma mampu sabar aje. huh..

    BalasPadam
  8. Juruteknik komputer22 September 2014 12:21 PTG

    Saya pun terkilan juga dengan apa yang berlaku. Cuma saya nak cadangkan untuk tahun hadapan dan tahun berikutnya, guru-guru yang ditugaskan untuk menggubal soalan dan pegawai-pegawai LP yang berkenaan dikuarantin selama setahun di satu tempat khas. Mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit yang berkamera dan smartphone. Mereka juga tidak dibenarkan menggunakan komputer yang bersambungan dengan internet. Tempat khas tersebut hendaklah bebas daripada perayauan wifi. Sampai ke hari peperiksaan barulah mereka bebas dari 'penjara' ini. Demikian cadangan saya. Sekian terima kasih.

    BalasPadam
  9. Diharap tragedi ini dapat diambil pengajaran oleh semua pihak dengan memperbaiki segala kelemahan.jangan disalahkan stu pihak sahaja.

    BalasPadam
  10. Setuju dgn penulis, siasatan menyeluruh diperlukan. Jgn ada yg jadi 'kambing hitam'.
    Sebagai rakyat Malaysia, saya sgt malu sebenarnya.

    BalasPadam