.

.

KARTiKEL

Isnin, 15 Disember 2014

Pengalaman Siapkan Modul Online iThink

Saya nak kongsikan pengalaman saya menyiapkan Modul Online iThink. Pihak sekolah saya telah mengeluarkan arahan supaya guru-guru terus menyiapkan Modul Online tersebut, sekalipun pada mulanya ada ura-ura penangguhan akan dijalankan. Tapi, dengan menggunakan perkataan 'menangguhkan' itu tidak bermaksud 'menghentikan', maka pihak sekolah mengambil keputusan meneruskan juga pelaksanaan Modul Online iThink.

Penyelaras iThink sekolah saya telah membahagikan 100 orang guru kepada 10 penyelaras kecil. Salah seorang nya saya. Sebagai penyelaras, kami dikehendaki memantau proses pelaksanaan Modul Online iThink bagi guru di bawah seliaan kami. Dalam masa yang sama, kami punya modul pun perlu juga disiapkan.


Bagi memudahkan kerja, kami semua diberi tarikh tertentu dan sasaran modul yang perlu disiapkan. Maka proses pelaksanaan modul ini dapat berlangsung dengan teratur dan aman jika mengikut jadual seperti yang telah dicadangkan. Tak perlu tergesa-gesa. Tak perlu last minute punya kerja. 

Malah bagi menggalakkan guru-guru mempercepatkan lagi proses menyiapkan Modul Online iThink ini, senarai guru yang belum siap seperti yang dicadangkan akan dipaparkan di papan notis, beserta galakan. Memang sungguh menggalakkan!


Saya mulakan Modul Online iThink ini pada tanggal 17 september dan dapat siapkannya dalam tempoh hampir 2 bulan, iaitu pada 9 November. Rakan-rakan lain ada yang mampu siapkan dalam tempoh hanya 1 minggu. 24 jam menghadap Modul Online iThink! Hak3.. Saya memang orang yang ikut jadual. Skema badak. Jadi buat slow-slow. Markah akhir adalah sebanyak 2451. ok lah kan.. Cukup-cukup makan.. ;)


Proses Awal
Kami diberi username dan password untuk log in ke akaun masing-masing. Username adalah no kad pengenalan atau emel masing-masing, dan password pula adalah mengikut penyelaras iThink sekolah masing-masing. 



Muka depan Modul Online iThink
Muka depan Modul Online iThink


Kemudian boleh terus log in, pilih bahasa (Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris) dan mulakan sesi Modul Online iThink anda!



Pengenalan
Sebagai pengenalan, ada 24 modul kesemuanya yang perlu anda siapkan. 1 modul terdiri daripada beberapa lagi subtopik dan kuiz serta aktiviti. Ada modul yang mengambil masa pendek, ada juga yang mengambil masa lebih panjang. Tetapi yang bagusnya sebab sistem akan menyimpan aktiviti anda secara automatik. Jadi boleh belajar, stop sekejap, mandi, makan, sambung balik siapkan iThink.

Anda boleh tengok prinstcreen di bawah bagi mendapatkan sedikit info awal mengenai sistem yang ada pada Modul Online iThink.



Page pertama anda masuk selepas Log In


Peta Kursus yang mengandungi 24 modul online untuk disiapkan


Direktori Pengguna yang mengandungi maklumat pengguna modul yang lain


Anda boleh kemaskini STATUS, KOMEN dan LIKE di bahagian Berita


Buletin mengandungi maklumat STATUS, KOMEN dan LIKE anda dalam MOdul Online iThink


Ruangan MESEj untuk anda berbincang secara lebih sulit


Profil pengguna yang lengkap dengan markah akhir dan juga info penuh modul yang anda dah siapkan


Sebagai makluman, Modul ke 24 adalah Ujian Akhir yang perlu dijawab dengan baik oleh anda. Terdiri daripada 2 ujian kecil, markah purata bagi kedua-dua ujian WAJIB 60% ke atas. Anda dikira GAGAL jika mendapat markah lebih rendah daripada nilai tersebut. Maka cubalah sebaik  mungkin!



Tips 
#01 - Bagi memudahkan anda menjawab dengan baik, saya nasihatkan anda sediakan senarai kata kunci yang penting yang berkaitan dengan istilah tertentu. Boleh rujuk juga nota saya mengenai iThink : Pemikiran Kreatif dan Inovatif sebagai panduan untuk anda.

#02 - Untuk Ujian Akhir yang memerlukan anda mendapat 60% ke atas, jangan tekan butang HANTAR jika anda dapat markah lebih rendah daripada itu. Terus pangkah, dan buka sekali lagi. Kemudian jawab seperti biasa. Dah dapat markah seperti yang dikehendaki, baru lah tekan butang HANTAR. ;)

#03 - Markah terkumpul bagi keseluruhan Modul Online iThink juga boleh ditambah lagi menjadi lebih banyak dengan lebih kerap menghantar komen dan mengemaskini status anda. Butang LIKE juga dapat memberi markah tambahan untuk anda.




10 ulasan:

  1. huhu.. x siapkan lagi modul ni.. bila ntah nk smbung semula... nice tips cikgu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq cikgu Maria.. saya nih pun jenuh berpeluh nak siapkan Modul Online iThink nih.. ;)

      Padam
  2. Rindunya sy dgn ithink. Thn lepas beria ajar cikgu2 bt ithink, suruh bdk hafal lagu ithink tp akhirnya sy y xbuat...rindu nk balik skola.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu3.. saya pun dah hampir2 tak siap.. tapi paksa gak diri untuk buat.. alhamdulillah siap jugak

      Padam
  3. sy dh buat dua kali bru terbaca blog cikgu ni....erm...xpe ker klu dh terhantar ujian akhir tu....tp xlulus lagi....

    BalasPadam
  4. dah siap semua, dah dapat voucher.. sedihnya SU LDP nk tgu sijil dari KPM baru nk key-in SPLG.. apa daaa..

    BalasPadam
  5. Saya dh lengkapkan semua modul.ttpi tiada sijil bukti maka apa yg saya buat tdk diterima dan sah..kini saya kena buat semula ithink online yg baru.
    nak tnya ...ada butang print sijil ke ???

    BalasPadam
  6. SAYA BRU BWT SEMALAM..DALAM 3-4 JAM JUGA MENGAHADAP... TP BILA QUIT.. DAN SAYA TRY BUKA LAGI SEKALI.. PUNYA LAH BEST.. BACK TO BASIC...PUNAH HARAPAN HATI MENYIAPKAN..HUHUHUHU

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pon back to basic.. cmne nie huhu

      Padam
  7. Saya baru siap module akhir, nak mula buat ujian akhir, betulkah Kira boleh jawab banyak Kali sehingga dapat markah lebih drpd 60%, janji jgn tekan hantar dulu jika markah kurang drpd 60%..

    BalasPadam