.

.

KARTiKEL

Khamis, 21 November 2013

Refleksi Saya Sepanjang Tahun 2013

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat tamatkan sesi persekolahan pada tahun ini dengan jayanya. Dalam pada setahun "menghabiskan" masa di sekolah, terpikir juga saya sendirian, dengan apa yang dah saya capai untuk sepanjang tahun ini. Refleksi kendiri. Saya bukan lah guru hebat yang menjadi teladan kepada semua guru lain. Sekadar seorang guru biasa yang menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik dengan sebaik mungkin, sedaya upaya saya, dengan kudrat yang terdaya.

Refleksi Guru Sepanjang Tahun
Refleksi Sepanjang Tahun 2013

Guru Cemerlang
Awal tahun ini juga saya mendapat perkhabaran baik apabila permohonan kali pertama saya sebagai Guru Cemerlang Sains berjaya. Alhamdulillah! Saya memohon GC sebaik saja cukup tempoh untuk saya pohon dan rezeki saya, permohonan tersebut berjaya. Bermakna saya jimat hampir 2 tahun untuk menunggu tempoh time-based yang sepatutnya, iaitu 8 tahun. Dengan segala usaha, susah payah melakukan persediaan, maka dah tentu lah perkara tersebut merupakan sesuatu yang sangat mengujakan.


Penceramah
Tapi gelaran tersebut pada saya sebenarnya datang dengan tugas dan tanggungjawab yang sangat berat. Tidak semudah itu untuk kita memikul gelaran GC. Bukan sedikit kredibiliti GC yang dipertikaikan di luar sana. Maka atas kesedaran tersebut juga saya beranikan diri menyahut cabaran untuk keluar memberi Ceramah Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga sebagai langkah permulaan.

Malah saya juga bersedia untuk dijemput oleh mana-mana sekolah lain yang memerlukan khidmat saya sebagai penceramah. Keutamaan saya sudah tentulah pada sekolah-sekolah kategori luar bandar / pedalaman yang kurang mendapat akses daripada penceramah-penceramah lain. InshaAllah saya akan cuba penuhi ruang tersebut.


Penulis Buku
Melalui blog ini juga, muncul pula rezeki lain yang tak disangka-sangka, iaitu rezeki menulis buku. Syukur kerana untuk tahun ini, saya sudah menyiapkan 3 buah buku kerja bagi subjek Kimia dengan syarikat penerbitan buku, Cerdik Publications. 2 daripadanya sudah berada di pasaran, manakala 1 masih menunggu untuk diterbitkan. Kesemuanya adalah untuk pasaran bagi tahun 2014. Ini juga satu bidang baru untuk saya cuba teroka dan inshaAllah, saya akan tingkatkan lagi usaha untuk menimba pengalaman dalam bidang baru ini.


Bagi bidang ko-kurikulum pula saya fokuskan kepada Drama (Video) dan sukan Sofbol. Sekalipun saya juga aktif dengan Kadet Pertahanan Awam (KAPA), namun atas beberapa faktor, maka saya hadkan penyertaan hanya pada peringkat sekolah sahaja. Biarlah mereka yang lebih 'arif' untuk mengusahakannya pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.


Jurulatih Sofbol
Untuk sukan sofbol, selaku Jurulatih  bagi pasukan sekolah dan pasukan Sibu, saya turut gembira apabila pada tahun ini, 2 orang pemain sekolah saya telah terpilih untuk mewakili negeri Sarawak ke Kejohanan Sofbol MSSM Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan. Saya turut bersama mereka 3 hari sepanjang berlangsungnya kejohanan tersebut sekalipun nama saya sebenarnya tiada dalam senarai kontinjen Sarawak. 

Kehadiran saya tak lebih kepada nak beri semangat kepada 2 pemain saya, di samping saya sendiri nak belajar kemahiran dan teknik sofbol peringkat lebih tinggi. Atas galakan beberapa rakan sofbol di Sarawak, ternyata kehadiran saya di sana tak sia-sia. Banyak ilmu yang saya belajar dan kutip sepanjang berada di sana. Pasukan Sarawak muncul Naib Johan bagi kategori plate. Tahniah untuk mereka!


Video Antartika
Rezeki saya melalui drama video adalah jauh lebih berhasil. Penyertaan filem pendek 'Aku Antartika' dalam Pertandingan Video Kreatif Antartika anjuran polar@USM telah berjaya menggondol Naib Johan Kebangsaan. Dah tentu peluang tersebut juga kami gunakan untuk bertemu dengan tokoh yang sangat saya segani, iaitu Penaung YPASM, Sultan Mizan Zainal Abidin. Satu pengalaman baru apabila berdepan dengan protokol adat istiadat istana.


Liga Remaja Kreatif
Seminggu kemudian, satu lagi berita gembira datang apabila pasukan sekolah kami berjaya menjadi Johan Zon Sarawak bagi Pertandingan Mencipta Video Liga Remaja Kreatif 2013 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia SKMM. Sekaligus ini juga melayakkan pasukan tersebut mewakili negeri Sarawak ke Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Angkasapuri RTM.

Ternyata, segala usaha jerih perih kami dalam menyiapkan video tersebut, membuahkan hasil apabila berjaya menggondol gelaran Johan Kebangsaan Liga Remaja Kreatif 2013. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sukarnya nak digambarkan perasaan saya pada ketika itu. Tak malu juga untuk saya katakan di sini bahawa menitis air mata saya pada saat itu. Terasa sangat berbaloi segala susah payah dan cabaran yang terpaksa diharungi dalam menjayakan kesemua itu.


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Setelah hampir 7 tahun berkhidmat, tahun ini juga saya dianugerahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC bagi tahun penilaian 2012. Tidak lah terlalu mengujakan, namun saya yakin Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Penganugerahan ini tak lebih daripada memberi motivasi tambahan kepada saya untuk bekerja dengan lebih kuat pada tahun mendatang.


Anugerah Proaktif dan Inovatif
Bagi peringkat sekolah pula, semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan, saya dianugerahkan dengan Anugerah Proaktif dan Inovatif 2013. Saya sangat menghargainya, memandangkan ini juga menunjukkan pihak dalaman mengiktiraf segala usaha saya dalam bidang penghasilan video. Kelab Drama juga memenangi anugerah Kelab dan Persatuan Paling Aktif 2013. Tak ketinggalan, anak didik saya, Pressly Palong anak John Noel muncul sebagai penerima Anugerah Ko-Kurikulum Terbaik dengan 3 penyertaan peringkat kebangsaan. 


Refleksi Cikgu Sepanjang Tahun
Perjalanan sebagai pendidik masih panjang

Adakah saya sudah patut berhenti dengan semua kejayaan ini? TIDAK. Adakah saya rasa dah hebat dengan semua anugerah ini? SUDAH TENTU TIDAK. Adakah semua pengiktirafan ini yang saya nantikan dan harapkan? JUGA TIDAK!

Sama ada anda mahu percaya ataupun tidak, saya lakukan semua ini adalah demi kepentingan pelajar saya dan untuk diri saya sendiri. Tanyalah teman-teman rapat saya yang menyaksikan susah payah jatuh bangun saya dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan. Alhamdulillah dengan sokongan mereka juga saya dapat berada di sini seadanya. Terima kasih teman!

Kesemua kejayaan dan anugerah ini tak lebih kepada suntikan motivasi kepada saya untuk melakukan lebih banyak perkara luar biasa pada masa hadapan. Dalam melakukan sesuatu perkara, cuba lah untuk sentiasa ikhlas, inshaAllah ada ganjaran dariNya. Berpegang pada diri, jika apa yang kita inginkan tidak ditunaikan sekarang, maka Allah akan gantikan dengan perkara yang jauh lebih baik pada masa akan datang. Itulah kekuatan saya!



p/s: Entri ini juga saya dedikasikan khas buat sumber kekuatan saya dalam dunia pendidikan, kakak saya sendiri, Cikgu Norzuraini Abdul Mutalib, SMK Kuala Perlis, Perlis. Terima kasih kakak atas segala doronganmu!

47 ulasan:

  1. kunjungan perdana cikgu,,, slalam blogger

    BalasPadam
  2. Cikgu Hailmi!! Tahniah berjaya menjadi Guru Cemerlang Sains! Cikgu mengajar berapa lama?

    BalasPadam
  3. oh 7 tahun~~ baru baca betu2l entri di atas

    BalasPadam
  4. Tahniah2x....semoga terus sukses di masa hadapan.....

    BalasPadam
  5. tahniah cgu!!..smoga lgh bjaya msa akan datang

    BalasPadam
  6. Tahniah cgu!!..smoga lbh bjya pada msa akan dtang..hehe

    BalasPadam
  7. Bravo...all the hard work and sacrifices have finally paid off...

    BalasPadam
  8. tahniah cikgu...banyak ilmu yang dimanfaatkan yg cikgu ajarkan menjadi pahala yg berpanjangan...amin..salam kenal...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih anajingga.. InshaAllah dengan semuanya..
      salam kenal jugak dari cikgu

      Padam
  9. Setahun sudah berlalu.
    Terus melangkah maju. Ayuh!

    BalasPadam
  10. Setahun sudah berlalu.
    Terus melangkah maju. Ayuh!

    BalasPadam
  11. InshaAllah.. jom langkah sama-sama... ;)

    BalasPadam
  12. tahniah cikgu..dapat GC lagi tu..moga dapat terus berjuang memandaikan anak bangsa..:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq reezluv.. sekadar yang terdayanya saya.. ;)

      Padam
  13. entri ni ada soul. mmg sincere. indahnya apabila sabar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesan kopi kawwwwww sampai xleh lena.. ini lah dia.. ;)
      tq Cik Nell!

      Padam
  14. Tahniah Cikgu...banyak pencapaian yang dikecapai sepanjang tahun ini...alhamdulillah. Moga terus berusaha dan terus berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih saudara Shubhi.. rezeki lebih..
      inshaAllah terus berusaha lagi.. ;)

      Padam
  15. Ini la yg dikatakn kepuasan bkerja. Tidak mgharapkan apa2 balasan, bkerja dgn penuh ikhlas, tabah mnghadapi dugaan dan cbaran. Cgrats cikgu hailmi....terbaek!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Chek Biey.. motivasi utama adalah untuk pelajar dan rakan-rakan.. ;)

      Padam
  16. Wahh. Ni mmg cemerlang! Ohsem. Congrats, bro!!

    BalasPadam
  17. tahniah ! pencapaian yang memerlukan pengorbanan & usaha yang kental ! CN baru 4 thn mengajar, masih banyak yang perlu diperbaiki dan dipelajari, InsyaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih cikgu norazimah.. jangan risau, banyak masa lagi tuh.. semga berjaya yer!

      Padam
  18. Tahniah 3x ckgu hailmi.Teruskan istiqamah dengan usaha murni cikgu..untuk menghasilkan modal insan berkualiti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih.. doakan saya jugak yer.. ;)

      Padam
  19. Salam hormat daripada saya, tahniah atas kejayaan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih Ahsfantasy Ryu.. kejayaan kecil..
      orang lain jauh lebih hebat..

      Padam
  20. Tahniah diucapkan...semoga sentiasa bersemangat dalam kerjaya....ingat...anugerah Allah tak siapa yang tahu...rezeki pun dari ketentuan Allah juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah.. doakan juga supaya saya sentiasa ada smngt dalam kerjaya.. semua dari Allah dan kepada Allah..

      Padam
  21. Tahniah cikgu...semoga usaha murni & ikhlas berkekalan... Blog cikgu ni meriah...suka tengok...sya pulak baru jer nak berblog...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah.. doakan saya yer.
      Xpe.. saya pun bermula kosong juga dulu.. ;)

      Padam
  22. Tahniah, Alangkah beruntungnya kalau semua guru saya mempunyai semangat dan visi seperti tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan.. saya hanya sekadar guru biasa dengan kudrat yang ada saja.. Doakan juga supaya saya terus bersemangat mendidik anak bangsa..

      Padam
  23. Alhamdulillah tahniah.. semoga lebih sukses...

    BalasPadam
  24. Tahniah buat Cikgu Hailmi di atas kejayaan yang telah dicapai. Berkat kesabaran, kesungguhan dan keikhlasan dalam menyampaikan ilmu, sedikit sebanyak memberi kepuasan pada diri cikgu. Saya yakin cikgu mampu pergi jauh lagi.

    Teruskan berkongsi ilmu di alam maya kerana ramai mendapat manfaat dari blog ini. InShaaAllah setiap apa yang cikgu dikongsi akan mendapat ganjaran di sisi-Nya.
    Good luck!

    BalasPadam
  25. Terima kasih CIkgu Diana.. InshaAllah saya akan usahakan lagi sebaik mungkin untuk tahun 2014 nih.. Doakan saya juga yer.. ;)

    BalasPadam