About Me

Tajuk-tajuk Bagi Sains Tingkatan 4 KSSM

Berikut adalah tajuk-tajuk bagi matapelajaran Sains Tingkatan 4 mengikut sukatan baharu KSSM. Sukatan terdiri daripada 4 tema, dengan 11 bab yang perlu dikuasai oleh pelajar. Selain itu, ada 7 eksperimen wajib yang perlu murid Tingkatan 4 Sains KSSM laksanakan dalam tempoh pembelajaran. Selamat maju jaya!



Tajuk-tajuk Bagi Sains Tingkatan 4 KSSM
Tajuk-tajuk Bagi Sains Tingkatan 4 KSSM




TEMA 1: KESELAMATAN DAN KESIHATAN

1.0  LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL

1.1  Peralatan Perlindungan Diri

1.1.1      Menjelaskan dengan contoh peralatan perlindungan diri serta fungsinya

1.2  Pembuangan Bahan Sisa

1.2.1      Menjelaskan dengan contoh bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki

1.2.2      Mencirikan bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki

1.2.3      Mengurus bahan sisa biologi

1.2.4      Berkomunikasi mengenai langkah mengurus kemalangan dalam makmal

1.3  Pemadam Kebakaran

1.3.1      Berkomunikasi mengenai jenis pemadam kebakaran

1.3.2      Menerangkan kaedah penggunaan pemadam kebakaran

1.3.3      Menjalankan audit alat pemadam kebakaran di sekolah

1.3.4      Mencipta alat pemadam kebakaran ringkas


2.0  BANTUAN KECEMASAN

2.1  Resultasi Kardiopulmonari (CPR)

2.1.1      Menyatakan apakah itu CPR dan situasi yang memerlukan CPR

2.1.2      Mendemonstrasi kaedah CPR

2.1.3      Menerangkan kepentingan CPR

2.2  Helmich Maneuver

2.2.1      Menerangkan Helmich Maneuver dan kepentingannya

2.2.2      Membuat demonstrasi Helmich Maneuver


3.0  TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN

3.1  Suhu Badan

3.1.1      Mengukur suhu badan menggunakan teknik yang betul

3.1.2      Menginterpretasi suhu badan

3.2  Kadar Denyutan Nadi

3.2.1      Mengenal pasti titik nadi pada badan

3.2.2      Menjalankan eksperimen bagi menentukan kadar denyutaan nadi manusia

3.3  Tekanan Darah

3.3.1      Mengenal pasti alat mengukur tekanan darah

3.3.2      Mengukur dan merekod tekanan darah

3.3.3      Menginterprestasi data daripada bacaan tekanan darah

3.4  Indeks Jisim Badan (Body Mass Index, BMI)

3.4.1      Mengira dan menentukan Indeks Jisim Badan

3.4.2      Mengintepretasi Indeks Jisim Badan dan membuat keputusan mengenai tindakan yang perlu diambil





TEMA 2: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

4.0  TEKNOLOGI HIJAU DALAM MELESTARIKAN ALAM

4.1  Kelestarian Alam Sekitar

4.1.1      Mendefinisikan dan mewajarkan Teknologi Hijau dalam kehidupan

4.1.2      Menghubung kait kecekapan tenaga dengan teknologi hijau

4.1.3      Mengenal pasti sektor dalam Teknologi Hijau

4.2  Sektor Tenaga

4.2.1      Memerihalkan isu sosiosanitifik

4.2.2      Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sector tenaga

4.2.3      Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintfiik sector tenaga

4.3  Sektor Pengurusan Sisa dan Air Sisa

4.3.1      Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sector pengurusan sisa dan air sisa

4.3.2      Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sector pengurusan sisa dan air sisa

4.4  Sektor Pertanian dan Perhutanan

4.4.1      Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan

4.4.2      Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pertanian dan perhutanan

4.5  Sektor Pengangkutan

4.5.1      Menerangkan isu sosiosaintifik dalam sektor pengangkutan

4.5.2      Mewajarkan aplikasi Teknologi Hijau dalam menangani isu sosiosaintifik sektor pengangkutan

4.6  Teknologi Hijau dan Kehidupan

4.6.1      Mewajarkan peranan setiap individu dalam menangani fenomena pemanasan global dan perubahan iklim dalam mengurangkan jejak kaki karbon


5.0  GENETIK

5.1  Pembahagian Sel

5.1.1      Menerangkan gen, asid deoksiribonukleik (DNA) dan kromosom dalam nucleus

5.1.2      Membanding dan membezakan mitosis dan meiosis

5.1.3      Mewajarkan kepentingan mitosiss dan meiosis

5.2  Pewarisan

5.2.1      Menerangkan pewarisan dalam manusia

5.2.2      Berkomunikasi tentang mekanisme perwarisan

5.3  Mutasi

5.3.1      Menjelaskan maksud mutase dan jenis mutase

5.3.2      Menerangkan dengan contoh faktor yang menyebabkan mutasi gen dan mutasi kromosom

5.3.3      Menerangkan dengan contoh penyakit gangguan gen dengan ciri-cirinya dan kaedah mengesan penyakit tersebut

5.3.4      Membincangkan aplikasi penyelidikan genetic dalam meningkatkan kualiti kehidupan

5.4  Teknologi Kejuruteraan Genetik

5.4.1      Mewajarkan teknologi kejuruteraan genetic

5.4.2      Membahaskan kesan teknologi kejuruteraan genetic dalam kehidupan

5.4.3      Mewajarkan etika dalam teknologi kejuruteraan genetik

5.5  Variasi

5.5.1      Berkomunikasi mengenai variasi selanjar dan variasi tak selanjar


6.0  SOKONGAN, PERGERAKAN DAN PERTUMBUHAN

6.1  Sokongan, Pergerakan dan Pertumbuhan Haiwan

6.1.1      Menjelaskan dengan contoh jenis sokongan pada haiwan

6.1.2      Menghubungkaitkan saiz rangka luar dengan pertumbuhan

6.1.3      Menghubungkaitkan rangka hidrostatik dengan pergerakan

6.1.4      Menghuraikan fungsi rangka dalam bagi haiwan

6.1.5      Mencerakinkan sistem rangka manusia

6.1.6      Menjalankan eksperimen untuk membandingkan kekuatan tulang yang padat dan tulang yang berongga

6.1.7      Menghubungkait sistem sokongan dengan faktor kestabilan haiwan

6.2  Pergerakan dan Pertumbuhan Manusia

6.2.1      Menerangkan fungsi sendi dan otot dalam dalam pergerakan

6.2.2      Menjanakan idea yang masalah berkaitan sendi dan otot dalam kehidupan harian

6.2.3      Menerangkan pola pertumbuhan manusia

6.2.4      Membanding dan membezakan pola pertumbuhan antara lelaki dan perempuan

6.3  Sokongan, Pertumbuhan dan Kestabilan Dalam Tumbuhan

6.3.1      Menerangkan sistem sokongan tumbuhan daratana dan akuatik

6.3.2      Menentukan usia tumbuhan berkayu

6.3.3      Menghubungkait sistem sokongan dan kestabilan dalam tumbuhan

6.3.4      Menjalankan eksperimen untuk mendapatkan pola pertumbuhan tumbuhan


7.0  KOORDINASI BADAN

7.1  Sistem Endokrin Manusia

7.1.1      Menerangkan sistem endokrin dan fungsinya

7.1.2      Menjelaskan dengan contoh punca dan kesan ketidaseimbangan hormon ke atas kesihatan

7.2  Gangguan Kepada Sistem Koordinasi Badan

7.2.1      Menerangkan dengan contoh jenis dadah

7.2.2      Menaakul mengenai kesan penyalahgunaan dadah dan alkohol ke atas koordinasi badan dan kesihatan mental

7.3  Minda yang Sihat

7.3.1      Mewajarkan keperluan masyarakat yang mempunyai minda yang sihat





TEMA 3: PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM

8.0  UNSUR DAN BAHAN

8.1  Asas Jirim

8.1.1      Menerangkan dengan contoh bahan atom, bahan molekul dan bahan ion

8.1.2      Menjelaskan kewujudan unsur dalam pelbagai bentuk

8.2  Jadual Berkala Unsur Moden

8.2.1      Mencerakinkan Jadual Berkala Unsur Moden

8.2.2      Mendeduksikan prinsip susuan unsur dalam Jadual Berkala Unsur Moden

8.2.3      Melakar dan menulis susunan elektron unsur dalam kumpulan

8.2.4      Menjelaskan pembentukan ion positif dan ion negative

8.2.5      Mewajarkan pendermaan dan penerimaan elektron untuk mencapai susunan elektron stabil

8.3  Isotop

8.3.1      Menerangkan isotop dengan contoh

8.3.2      Menentukan bilangan proton, bilangan neutron dan nombor nucleon dalam isotop

8.3.3      Berkomunikasi mengenai kegunaan isotop dalam pelbagai bidang


9.0  KIMIA INDUSTRI

9.1  Aloi

9.1.1      Mentakrif dan memberi contoh aloi berdasarkan komposisi unsur dalam aloi

9.1.2      Menjalankan eksperimen untuk menbanding ciri aloi dengan logam tulennya

9.1.3      Mewajarkan kegunaan aloi dalam kehidupan seharian

9.2  Kaca dan Seramik

9.2.1      Memerihalkan komponen kaca dan seramik

9.2.2      Menerangkan dengan contoh aplikasi kaca dan seramik

9.2.3      Mewajarkan kesesuaian penggunaan kaca dan seramik dalam kehidupan harian

9.3  Polimer

9.3.1      Menerangkan polimer semula jadi dan polimer sintetik

9.3.2      Menerangkan proses pempolimeran penambahan

9.3.3      Berkomunikasi mengenai ciri dan proses pemvulkanan getah

9.3.4      Menjana idea tentang teknologi terkini berasaskan getah


10.0       KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN

10.1       Perubatan tradisional, perubatan moden dan perubatan komplementari

10.1.1   Menerangkan ciri perubatan tradisional, moden dan komplementari

10.1.2   Menerangkan ubat-ubatan yang digunakan dalam perubatan tradisional, moden dan komplementari

10.1.3   Mewajarkan penggunaan perubatan tradisional, moden dan komplementari

10.1.4   Menaakul mengenai penggunaan ubatan dari sumber semula jadi dan buatan manusia dalam perawatan dan penjagaan kesihatan

10.1.5   Merumuskan kesan penyalahgunaan ubat-ubatan

10.2       Radikal bebas

10.2.1   Mendefinisikan radikal bebas

10.2.2   Menaakul mengenai kesan radikal bebas terhadap kesihatan manusia

10.3       Bahan antioksida

10.3.1   Memerihalkan bahan antioksida

10.3.2   Menerangkan tindakan bahan antioksida ke atas radikal bebas

10.3.3   Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengoksidaan makanan

10.4       Produk kesihatan

10.4.1   Menerangkan maksud bahan aktif dalam produk kesihatan

10.4.2   Mewajarkan penggunaan produk kesihatan yang terdapat dalam pasaran





TEMA 4: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

11.0       DAYA DAN GERAKAN

11.1       Gerakan Linear

11.1.1   Menerangkan perbezaan antara jarak dan sesaran serta unit ukuran dalam kehidupan seharian

11.1.2   Menjelaskan dengan contoh maksud laju, laju purata, halaju dan pecutan serta unit ukurannya dalam kehidupan harian

11.1.3   Menyelesaikan maslaah yang melibatkan laju, laju purata, halaju dan pecutan dalam kehidupan harian

11.1.4   Membezakan jenis gerakan linear

11.2       Graf Gerakan Linear

11.2.1   Mentafsir jenis gerakan dari graf gerakan linear untuk menentukan jarak, sesaran, halaju, halaju purata dan pecutan

11.3       Pecutan Graviti dan Jatuh Bebas

11.3.1   Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti bumi, g

11.3.2   Mentafsir graf gerakan untuk objek yang mengalami keadaan jatuh bebas

11.3.3   Menjalankan eksperimen mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas

11.4       Jisim dan Inersia

11.4.1   Menerangkan jisim

11.4.2   Menerangkan dengan contoh maksud inersia

11.4.3   Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia

11.4.4   Berkomunikasi tentang kesan inersia dalam kehidupan harian



12.0       TENAGA NUKLEAR

12.1       Penggunaan Sumber Tenaga Nuklear

12.1.1   Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang telah dikenal pasti

12.2       Penghasilan Tenaga Nuklear

12.2.1   Memerihalkan penghasilan tenaga nuklear melalui pembelahan nukleus dan pelakuran nukleus

12.2.2   Memerihalkan penjanaan tenaga elektrik daripada tenaga nuklear

12.2.3   Mewajarkan penggunaan tenaga nuklear bagi negara yang menggunakannya

12.3       Impak Penggunaan Tenaga Nuklear

12.3.1   Menceritakan impak penggunaan senjata nuklear kepada hidupan dan persekitaran

12.3.2   Merumuskan impak ujian nuklear ke atas persekitaran

12.4       Tenaga Nuklear di Malaysia

12.4.1   Mewajarkan pembinaan stesen janakuasa nuklear di Malaysia



Catat Ulasan

0 Ulasan