About Me

Senarai Sistem Online Paling Penting Dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)


Sama ada anda semua sedar atau pun tidak, terdapat lebih kurang 35 perkhidmatan online atau e-perkhidmatan telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke arah mentransformasikan sistem pendidikan di Malaysia.

Ini juga tidak termasuk, sistem online yang dibuka pada kala masa tertentu seperti sistem keputusan peperiksaan dan semakan kemasukan ke mana-mana sekolah atau institusi.

Di sini saya senaraikan beberapa sistem online yang memang selalu sangat digunakan oleh guru-guru. Harap memberi manfaat kepada semua!



#1
SAPS
(Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS

 Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah sistem yang dibangunkan untuk memudahkan guru dan ibu bapa bagi menyimpan markah dan membuat semakan markah secara analisis dari masa ke semasa. Bermakna guru, pelajar dan ibu bapa dapat memantau markah murid secara online serta mengatur strategi bersama bagi meningkatkan lagi pencapaian murid.


p/s: "SAPS" juga merupakan carian yang paling popular di Google bagi sepanjang tahun 2012!


#2
SPPBS
(Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah SPPBS

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) pula dibangunkan bagi tujuan menguruskan segala maklumat dan data yang berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Guru akan mengisi prestasi murid mengikut evidens atau pun tugasan yang telah dilaksanakan mengikut senarai murid dan subjek.



#3
eGTUKAR
(Sistem Pertukaran Guru)

Sistem Pertukaran Guru eGTUKAR

Sistem Pertukaran Guru eGTUKAR juga merupakan salah satu sistem online yang popular dalam Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Inilah sistem yang menguruskan pertukaran guru-guru yang berada di seluruh Malaysia. Sama ada guru yang bertukar dalam daerah yang sama, atau bertukar dari negeri lain, semuanya perlu memohon secara online di eGTUKAR ini. Dibuka hanya dua kali dalam setahun, iaitu bulan April bagi pertukaran bulan Jun dan bulan September bagi pertukaran bulan Januari, sistem inilah yang menjadi igauan ngeri dan mimpi indah buat sesetengah guru.

p/s: Blom rezeki lagi  ;(


#4
e-OPERASI
(Sistem Pengoperasian Data)

Sistem Pengoperasian Data e-OPERASI

Sistem Pengoperasian Data (e-OPERASI) pula berperanan dalam menyimpan data dan maklumat guru secara terperinci, termasuk maklumat akademik, maklumat ikhtisas, maklumat perkhidmatan dan juga maklumata latihan / kursus. Sistem ini juga berhubungkait dengan Sistem eGTUKAR dan juga Sistem ePANGKAT. Oleh itu guru-guru dinasihatkan supaya sentiasa mengemaskini maklumat dan data yang terkandung dalam sistem tersebut bagi memudahkan sebarang urusan pada masa akan datang.



#5
eSPLG
(Sistem Pengurusan Latihan Guru)

Sistem Pengurusan Latihan Guru eSPLG 

Sistem Pengurusan Latihan Guru eSPLG ini pula adalah sistem yang menyimpan semua maklumat mengenai kursus atau latihan atau bengkel atau taklimat yang telah dihadiri oleh guru.  Tambahan pula semua guru diwajibkan untuk mengikuti kursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun bagi mempertingkatkan lagi kualiti profesionalisma perguruan. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP / LDP) merupakan salah satu kursus yang boleh diadakan bagi mencukupkan 7 hari tersebut, selain daripada membuat Book Review mengenai buku yang berkaitan dengan profesionalisma perguruan.


#6
ePANGKAT
(Sistem Kenaikan Pangkat)
Sistem Kenaikan Pangkat ePANGKAT

Ini pula Sistem Kenaikan Pangkat ePANGKAT yang dibangunkan bagi menguruskan hal yang berkaitan dengan kenaikan pangkat guru-guru. Laluan kenaikan pangkat bagi guru-guru sekarang seperti laluan Kecemerlangan, laluan time-based (8, 8, 6, 3, 3), laluan Guru Tingkatan 6, laluan Pentadbiran dan banyak lagi laluan naik pangkat yang lain.




Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. jgn lupa isi egtukar bulan april yer..hehe

    p/s: ada kabel beso tak? nk tukar ke selangor ni, susah benor..

    BalasPadam
  2. hak3.. tak pernah lupa nak isi egtukar, cikgu azie.. rezeki lom ade.. ;)

    BalasPadam
  3. The ideal Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The best private teachers graduated from well-known state universities. The closest tutoring place online to the home at affordable ... visit https://privat-sbmptn.vercel.app/les-privat-sbmptn-setiabudi.html for more information

    BalasPadam
  4. Best in addition to Most affordable Jabodetabek Private Instructions, each of our workers along with teachers appear to your house, collection your individual research program which enable it to pick out every area with research ... visit https://kursus-akuntansi.netlify.app/kursus-akuntansi-kalideres.html for more details

    BalasPadam
  5. This site offers private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an integrated and accelerated method, it is hoped which it should be able to foster an era of individuals with good morals... click for more detail https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-online-terdekat_13.html

    BalasPadam
  6. Jasmine Rasmussen5 Jun 2023 pada 9:40 PG

    Join our esteemed language you are studying course at Executive-Education.id and start on a linguistic adventure of a lifetime. Immerse yourself within the richness of this target language, guided by expert instructors who understand the nuances and intricacies of effective language acquisition. Whether you're a beginner or a high level learner, our tailored curriculum will empower someone to navigate diverse cultures with finesse and flair. Go to https://kursus-arab.github.io/kursus-bahasa-arab-gading-serpong.html for further.

    BalasPadam