.

.

KARTiKEL

Rabu, 12 Februari 2014

Kes Buli di SDAR

Buli, bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Buli ini ada pelbagai ragam. Di dunia siber kita puas menonton cerca nista pada sesetengah individu, khususnya remaja yang memuat naik video sama ada video lagu, lawak dan sebagainya di YouTube. Ini adalah bentuk buli. Ada juga buli secara emosi, yang kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja di sekolah dan rakan sejawatan di pejabat.

Kes Buli di SDAR

Malah lagi teruk, buli secara fizikal sama ada bentuk kekerasan atau seksual. Ini juga boleh diperhatikan banyak berlaku dalam kalangan remaja. Ada orang cakap, tak mengapa hal ini berlaku nanti mereka akan belajar. This is learning curve for them.

Untuk mereka yang berpendapat begini, sila bagi penampar sebelum membalas hujah mereka.

Ini mukadimah saya, sebelum saya menceritakan kisah buli di Sekolah Dato' Abdul Razak atau popular dengan panggilan akronimnya, SDAR. Ia baru sahaja berlaku iaitu kira-kira minggu lalu. Apatah lagi salah seorang mangsa buli ini merupakan adik kepada rakan saya, maka saya rasa bertanggungjawab untuk menulis dan memberitahu kepada awam kisah buli yang berlaku di SDAR.
 
Kita maklum, ini perangai kebanyakan sekolah berasrama penuh. Mereka sedaya upaya cuba menyembunyikan perkara hitam dan buruk yang berlaku dalam sekolah mereka. Cuba selak halaman akhbar setiap hari, pernah terjumpa berita tentang kes buli atau kes rogol atau kes liwat yang berlaku di sekolah berasrama penuh?

Tentu tidak bukan?

Mana mungkin, maruah dan nama baik sekolah perlu dijaga biarlah nyawa dan emosi anak remaja yang dibuli itu terus terancam dan rasa tidak selamat.

Kisahnya bermula apabila pasukan ragbi SDAR tewas kepada MCKK. Pasukan sorak bagi SDAR dianggotai oleh junior iaitu Tingkatan 1 dan 2. Mereka tewas dan kecewa. Tambah parah apabila pasukan ragbi ini, yang anggotanya sudah tentu senior sakit hati dan melunaskan kekecewaan mereka terhadap pasukan sorak dengan mendenda mereka.

Dendanya adalah, memperalatkan seorang pemegang tali pinggang hitam taekwondo yang juga seorang senior menumbuk dada setiap seorang pelajar Tingkatan 1 dan 2. Kesannya, adik rakan saya mengalami lebam dan bengkak pada dadanya. Katanya, sakit.

Rakannya yang lain juga mengalami derita yang sama. Sesiapa yang pernah hidup di sekolah berasrama penuh akan tahu betapa berpengaruhnya senior, dan betapa takutnya junior terhadap senior.

Ada yang lagi teruk, seorang rakannya yang memang sedang menderita sakit jantung terpaksa dikejarkan ke ICU akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam taekwondo tersebut.
Mangsa yang lain, kebanyakannya tidak berani untuk bersuara. Adik rakan saya juga, pada mulanya cuba menyembunyikan kisah itu. Tidak lain tidak bukan, dia takut dan bimbang. Itu sangat-sangat kita faham kenapa mangsa akan bersikap repulsive.

Akhirnya, dia membuka cerita. Dia menunjukkan dadanya yang lebam akibat ditumbuk oleh si tali pinggang hitam. Dia menceritakan kenapa dia ditumbuk. Emaknya bertindak membawa dia ke pemeriksaan kesihatan (medical check-up). Doktor mengarahkan emaknya membuat laporan polis kerana ini kes buli.

Parahnya, ibu bapa rakan saya mendapat maklumat ini lambat kerana pihak sekolah tidak memaklumkan kepada seluruh ibu bapa mangsa. Nasib baik mereka melawat anak mereka di SDAR dan mengetahui berita ini. Kemungkinan ada mangsa yang bertindak memberitahu ibu bapa mereka terlebih awal jadinya polis mula bertindak.

Rakan saya memberitahu, polis sedang mengambil keterangan semua mangsa buli. Daripada cerita adiknya, semua mangsa ini takut untuk memberitahu kisah sebenar sehinggakan polis terpaksa meminta mereka berkumpul di dalam dewan dan masing-masing menulis kisah mereka pada sehelai kertas.

Rakan saya mendesak adiknya untuk "memperkenalkan" dia kepada si tali pinggang hitam itu. Tapi adiknya takut untuk berbuat demikian. Kita faham kenapa mereka takut. Ini masalah yang dibutakan oleh kebanyakan pentadbir sekolah.

Ayah rakan saya pergi bertemu dengan warden asrama untuk kepastian keselamatan anaknya. Jawapan yang diterima adalah begitu cliché, "Tak mengapa encik. Keselamatan anak encik di bawah jaminan kami!"

Oleh kerana jaminan keselamatan yang begitulah, adik rakan saya mendapat lebam dan bengkak di dadanya.

Salah seorang mangsa buli, ibu bapanya bertindak memindahkan dia ke Victoria Institution. Kata mereka, tinggal di sekolah itu pun bukannya selamat untuk anak mereka. Namun pihak sekolah SDAR ini umpama menempah sakit. Dengarnya, salah seorang mangsa adalah anak kepada saudara TYT Negeri Sembilan. OK, mari kita saksikan lagak tempang sekolah yang cuba menyembunyikan kes buli ini.

Ini realiti. Apabila ibu bapa mendesak sekolah mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan pembuli ini, desakan itu hanya hilang dalam tiupan angin. Mana mungkin, si tali pinggang hitam itu anak emas sekolah. Ayam tambatan, mewakili sekolah ke Korea dalam taekwondo dan mengharungi nama sekolah merata ceruk dunia.

Pasukan ragbi pula, mana boleh disentuh pelajar mereka. Kalau tiada ragbi, maka tiadalah SDAR. Seolah-olah begitu lagaknya pihak pengurusan SDAR yang cuba membela kumpulan pembuli dalam kalangan pemain ragbi tersebut.

Saya masih ingat ketika bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Terengganu, mana-mana pelajar yang menjadi ayam tambatan pasukan bola sangat disayangi oleh pengurusan sekolah. Saya faham kenapa mereka sayang, tapi jikalau ada dalam kalangan pelajar itu melakukan kesalahan serius maka hukumlah.

Jangan play favorite. Ini yang membuatkan saya benci dengan perangai pilih kasih tidak bertempat. Bagaimana perasaan mangsa buli?

Saya menulis ini, kerana saya tahu bagaimana rasanya dibuli secara keras dan emosi ketika saya masih di sekolah menengah. Cuma saya bernasib baik kerana ia tidak berbentuk fizikal. Saya pernah melihat depan mata seorang junior dibuli secara brutal oleh senior, iaitu dengan membelasahnya secara beramai-ramai dalam bilik dorm yang sempit sehinggakan berdarah. Ini juga kisah di sekolah berasrama penuh.

Kalau di Terengganu, mereka yang pernah menjalani kehidupan di asrama sama ada asrama penuh atau harian akan biasa dengan istilah "gulai". Ini istilah yang diguna pakai bagi aktiviti belasah beramai-ramai seorang mangsa oleh sekumpulan pembuli. Kumpulan ini boleh mencapai angka 15 orang pada satu masa. Maka saya menonton depan mata sendiri bagaimana junior saya ini digulaikan oleh senior.

Saya tidak mampu berbuat apa-apa, apalah daya saya ketika itu untuk menghalang. Semuanya takut kalau-kalau diri sendiri pula bakal menjadi target gulai.

Kepada pihak sekolah SDAR, bertindak tegas terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini. Jangan biarkan hal ini berlalu tanpa sebarang tindakan. Kepasifan anda untuk berbuat sesuatu bagi menghalang budaya buruk buli ini terus menular adalah jenayah. Kamu bertoleransi dengan hal ini, hanya akan mengundang jujukan lagi permasalahan yang sama bahkan lagi teruk.

You did nothing to change things, you created an environment where this kind of hate and arrogance isn't just tolerated, but it's silently encouraged. What did you think would happen?
Saya menulis bukan semata-mata adik rakan saya malah untuk semua mangsa buli di Malaysia. Adik rakan saya menjadi subjek perbualan kami. Saya yakin, ibu bapa mangsa jauh lebih sakit hati apabila mendapat tahu anak mereka dibuli, dipukul. Jika mereka tidak lagi mampu meletakkan kepercayaan pada pihak sekolah untuk menguruskan hal ini dengan sebaik mungkin, maka sekolah wajib bermuhasabah.

Saya dikhabarkan, tidak lama lagi akan diadakan pertemuan PIBG. Sudah tentu ini peluang ibu bapa mangsa untuk menyuarakan isi hati mereka. Kepada pihak pengurusan SDAR, dengarlah dan bertindaklah!

Ini kisah buli di SDAR, bukan lagi di sekolah lain. Mahukah hal itu berterusan? Tuntasnya, sekolah adalah laman untuk mendidik manusia menjadi manusia. Didiklah anak remaja menjadi manusia, bukannya menjadi produk berupa sekumpulan monyet yang hanya tahu makan dan tidur, yang tidak punya hati dan perasaan.

Ini amanah anda! – 11 Februari, 2014.

* Penulis ialah Pembaca The Malaysian Insider.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.  

Sumber

37 ulasan:

  1. walaupun bukan berrlaku kat sekolah lain, pihak sekolah lain harus peka tentang kes buli ni. jangan tunggu dah jadi baru nak tegah. cam tak berbaloi lak

    BalasPadam
  2. perkara macam ni cikgu n ibu bapa kene ambil peranan

    BalasPadam
  3. budak-budak sekarang ni semakin berani

    BalasPadam
  4. itu lah.. kadang2 budak2 nih sukar jugak nak diramal tindakan mereka walaupun dah ada tindakan awal yang kita ambil..

    BalasPadam
  5. Bagi pendapat saya buli ni bagus untuk memastikan pelajar sentiasa tegas

    BalasPadam
  6. macam mengarut je sampai masuk icu

    BalasPadam
  7. ini semua cerita rekaan, tiada pelajar sakit jantung yang dibenarkan masuk Sekolah Berasrama Penuh, paling hardcore pun asma shaja, yang masuk icu itu disebabkan denggi, jadi jangan fitnah dengan mambabi buta dan mmperbodohkan diri ...kaji dahulu sebelum sebarkan. Allah sahaja yang tahu..kan free2 je dapat dosa memfitnah :D

    BalasPadam
  8. Ini satu tradisi SDAR yg akhirnya menjadi
    Pemimpin versatile .
    Cuma mereka hilang pedoman masa.
    Masih lagi membuat amalan lama.
    Raging mereka berlarutan.
    Tak ada limit time dan tak ada pemantauan
    Oleh guru besar.
    Tak ada warning buang sekolah.
    Bukan keys buli saja, SDAR terminal
    Juga dengan kecurian mungkin pao
    Duit juga.
    Siasah mereka rosak.
    Banyak kes kecurian tidak di lapor.
    Guru besar mental blok.
    Asrama macam sarang tikus.

    BalasPadam
  9. Semalam anak kawan suami baru bawa anak beliau balik TERPAKSA berhenti dari SDAR .. telah cuba sedaya upaya untuk menghadapi ragging .....walau banyak wang telah dibelanjakan semasa pendaftaran mencecah RM3000.. ...YA .kes buli pelajar tingkatan Satu.....kalau baru2 mendaftar kena buli boleh diterima ini dah masuk bulan April .. sebelum ni jumpa guru hal ehwal pelajar dan semalam pengetua ...bapa pelajar minta ambil perhatian akan pekara ini dan ajak jumpa pelajar tersebut .. pengetua kata tidak ada kes macam ni semua ok...bila buat surat berhenti bagi alasan pekara2 buli ..o tak boleh bagi alasan macam tu ..habis nak tulis alasan apa? anak manja tak dapat sesuai diri .. dah habis sesuai diri dah...macam2 disuruh .pelajar ni dah cuba sesuaikan diri buat apa yang abang2 suruh ...
    apapun sekolah SBP berprestih Tinggi tapi sedih kita kalau pelajar-pelajar senior tidak boleh menjaga dan membimbing adik-adik yang kecik dan daif ini ....kita bangsa Melayu ugama Islam apa lagi kita mampu bantu dan buat kalau ini yang terjadi ...nasihat saya pada pelajar-pelajar terutama geng Ragbi di SDAR ingatlah ini bukan tempat nak tunjuk body atau bermegah dengan ragbi ...banyak lagi yang harus di korek ilmu ini...perangai ini tidak bawa anda kemana-mana...bagi pihak pengurusan ambil lah pandangan dan mohon kerjasama beri lah sedikit perhatian atas apa terjadi ....sebab sebelum ini ada yang keluar dari SDAR juga ...bantu lah anak bangsa sendiri,,,, sayang pelajar pandai tapi peluang terlepas sebab masaalah macam ini ....saya bercakap atas pengalaman 3 orang anak di SBP dan MRSM...

    BalasPadam
  10. Maaf berita yg anda sampai kan mungkin kurang tepat dan sahih...mungkin kamu dpt info ini dari pelajar yg sudah keluar sekolah dan sekarang sudah membenci sekolah ini....sepatutnya dpt kan berita dari semua yg terlibat bukan nya dari pelajar yg sudah keluar...akhir kata saya memohon maaf jika saya bertindak kasar dll

    BalasPadam
  11. dah tau jadi mcm tu , kmpul semua bukti dan saksi dedahkn..panggil semua tv dan akhbar siarkn bnda ni..biar panas punggung pihak pengurusan sekolah tu, jgn kite dok mgata kt sni tpi tindakan tak amik...zaman sekarang x pyh lagi dok bncang2 yg tak berfaedah, yang benar tetap benar

    BalasPadam
  12. Terlalu berani sangat pemuda jaman sekarang'

    BalasPadam
  13. emang parah anak zaman skarang

    BalasPadam
  14. SDAR..satu nama kebanggaan yang tersemat di hati..once a sdarian, always a sdarian..saya bangga pernah jejak kaki belajar di sana..

    BalasPadam
  15. saya rasa senior & junior dua-dua salah. senior patutnya didik junior, bukan BULI. junior pulak kalau senior dah buat baik jangan besar kepala & tak hormat. dua-dua kena main peranan.

    BalasPadam
  16. Cerita ini banyak ditokok tambah...sebenarnya apa yg terjadi tidaklah seteruk yang diceritakan di atas...pelajar tingkatan 1 & 2 hanya didenda sahaja....pihak yg berkenaan sepatutnya perlu melakukan lebih banyak research tentang perkara ini...cerita rekaan ini hanyalah untuk menjatuhkan nama SDAR sahaja... harap maklum.

    BalasPadam
  17. Salam ibu bapa yg menghantar anak ke SDAR thn 2016 ini.. ada aduan tak drpd anak2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya ada masalah...pada siapa saya harus mengadu...siapa yang akan dengar...jika masalah sosial tu senior yg ajar

      Padam
  18. Anak saya dpt sek ini..rayuan SBP. Takut pulak dgr cerita buli ni ditambah dgn prestasi akademiknya yg merosot.

    BalasPadam
  19. Bukan sahaja di SDAR, di STAR Ipoh pun sama, budaya high council masih wujud buli junior is a must itu ada tradisi STAR yg dibanggakan, tak percaya tanya STAROBA, malah anak2 STAROBA yg masuk STAR ni yg ramai jadi pembuli. Pihak sekolah dan STAROBA akan melindungi pembuli2 ni atas nama tradisi. Selalunya junior2 yg dibuli ni kena tukar sekolah dan pembuli akan dilindungi kerana itulah warisan STAR Ipoh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maka akan lahirlah pemimpin yg rendah akhlaknya...

      Padam
    2. Mmg betul pun. Kalau tak tahan kena buli blah la tak payah masuk STAR Ipoh

      Padam
  20. Jika dipaksa ke bilik senior... dipegang2 tangan n kemudian disuruh tdo bersama.
    Adakahh itu normal? dianggap perkara remeh?
    Sejauh mana tindakan yg diambil jika ia berlaku....

    BalasPadam
  21. SDAR skarang dah brubah......sifar pembulian....sye skang form 1....ok je.....xdela steruk mane khabar angin 2 org cakap......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kena diri sendiri boleh lah cakap...
      Sbp memang sering simpan masalah disiplin utk jaga nama

      Padam
    2. Byk yg sy dgar ttg buli di sbp..klu buli dibenar kn sepatutnya diwarkn semasa permohonan lagi..klu buli utk pertahankn nama sek itu tidak wajar krn sek tdk akn ke mana...tp jiwa pljr nya yg akn rosak smd pembuli atau yg kena buli...klu buli hafal surah al quran mungkin akn mmbantu pljr dr segi rohani..cuba fikirkn yg cenderung kpd memotivasikn anak2 sdar dr segi rohani dan jasmani nya..

      Padam
  22. memberikan pencerahan dan ilmu yang bermanfaat bagi pengunjung selalu trus membuat artikel yang menjadi acuan kita semua jaket kulit asli terima kasih

    BalasPadam
  23. pengalaman baru buat saya berkunjung ke sini dan selalu sukses trus admin tozca

    BalasPadam
  24. makasih atas pengetahuanya,,, salam

    BalasPadam
  25. saya sangat suka dengan blog agan sungguh sangat informatif cara membuat instagram

    BalasPadam