About Me

PBS Sains Tingkatan 2 : Senarai Tugasan Band 6

Bagi memudahkan lagi urusan adik-adik pelajar menyiapkan tugasan PBS Sains Tingkatan 2, terutamanya bagi Band 6, maka saya kumpulkan kesemua tajuk di sini. Ada lengkap soalan dan juga senarai semak bagi membantu adik-adik pelajar memahami kehendak tugasan dan juga lengkap beserta contoh. Semoga menjadi panduan yang berguna dan dimanfaatkan oleh kita bersama. Sila SHARE dengan kawan-kawan lain juga ya! Rujuk juga dari masa ke semasa bagi update terkini.. ;)


Senarai PBS Band 6 Sains Tingkatan 2




Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.

ARAHAN:
1. Anda diminta untuk menyediakan buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.
2. Pastikan dalam buku skrap itu mengandungi sekurang-kurangnya 4 atau lebih gambar alat teknologi bagi setiap had deria (penglihatan dan pendengaran).
3. Tempoh yang diberikan  untuk menyiapkan buku skrap adalah selama seminggu. Anda perlu membentangkan hasil kerja di dalam kelas.



2. B6D2E1
Pembentangan hasil penulisan ”makanan dan amalan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:

• kepentingan makan makanan berkhasiat
• mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/ memerlukan

#Ada 4 bentuk. Boleh pilih salah satu / mengikut arahan guru.


B6D2E1



B6D2E1 (Bentuk A)
Anda perlu melibatkan diri di dalam pameran Sains sempena minggu Sains dan Matematik. Sila sediakan bahan untuk pameran Sains Tingkatan 2 berkaitan salah satu tajuk berikut :

• Kepentingan makan makanan berkhasiat
• Mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/ memerlukan

Anda boleh membuat persembahan pameran secara persembahan ‘powerpoint’, poster atau rekacipta bahan seperti piramid makanan, roda putaran makanan seimbang dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Anda diberi masa selama 2 minggu untuk menyediakan bahan.

Aktiviti ini juga boleh dijalankan untuk menyediakan bahan berkaitan Sains untuk diletakkan di dalam kelas atau makmal.


Ujian SEGAK diadakan untuk mengesan kesihatan fizikal murid sepanjang perkembangan mereka di sekolah menengah. Ujian ini juga dibuat setelah berlaku masalah obesiti di kalangan murid.

Tuliskan karangan berkaitan amalan pemakanan yang betul untuk mengelak obesiti di kalangan murid.

Karangan anda hendaklah mengandungi
-          maksud obesiti dan gizi seimbang.
-          punca obesiti
-          langkah-langkah mengelak obesiti
-          kesimpulan.

Karangan anda hendaklah melebihi 250 patah perkataan. Karangan terbaik akan dipersembahkan di dalam kelas.


Pada tahun 1845, pernah berlaku kejadian Kebuluran Terbesar Dunia yang berlaku di negara Ireland. Jalankan kajian berkaitan kebuluran dan hasilkan sebuah laporan berkaitan masalah kebuluran. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi kebuluran daripada berlaku kembali dan pengajaran daripada kejadian kebuluran yang telah berlaku.


Anda seorang ahli pemakanan. Bentukkan jadual menugizi seimbang sehari untuk rakan sebaya. Nyatakan kelas-kelas makanan bagi setiap menu yang dipilih.  Jadual ini perlu dibentangkan di dalam kelas mengikut kreativiti anda.



Anda perlu menghasilkan risalah  mengenai kepentingan interaksi dalam ekosistem dan membentangkan hasilnya kepada kelas dalam bentuk forum.

Kandungan risalah perlu merangkumi aspek seperti di bawah:
  • Kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.

B6D3E1



Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:
·       Pencemaran air
·       Pengawalan
·       Pembersihan
·       Cara penjimatan penggunaannya
1.     Anda dikehendaki mengumpul maklumat tentang kesan pencemaran air ke atas benda hidup, cara mengawal pencemaran air, cara memulihara dan memelihara kualiti air dan cara penjimatan penggunaan air dalam satu minggu.
2. Satu pelan tindakan aktiviti pengumpulan maklumat diperlukan
3. Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan (Eg: Power point, Model, Video, Ekspo dan lain-lain)
 
B6D4E1



1. Anda  dikehendaki untuk membina model permainan  dengan mengambil kira konsep kestabilan dengan menggunakan bahan-bahan terbuang sahaja.
2. Anda dibenarkan membuat rujukan dari internet dan media bercetak.
3. Laporan anda hendaklah mengandungi :
a.     Bahan-bahan yang digunakan,
b.    Langkah-langkah pembinaan
c.     Faktor-faktor keselamatan.
d.    Gambarajah
4. Pelajar perlu membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
5. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ialah selama 1 minggu.


B6D5E1



1. Pelajar  dikehendaki untuk membina model yang menggunakan prinsip tuas.
2. Anda dibenarkan membuat rujukan dari internet dan media bercetak.
3. Pelajar  membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.
4. Tempoh waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ialah selama 1 minggu.



B6D6E1

Catat Ulasan

62 Ulasan

  1. nak tau jugak,,, best ke kalau masuk kelas Tingkatan 6 ni???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bukan tingkatan 6 tapi band 6..benda ni untuk tingkatan 2..

      Padam
  2. it sound like interesting.........

    BalasPadam
  3. pbs ni membebankan sesangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy skong sngt pbs nie sngt lahh membebankan

      Padam
    2. mmang pown..wt strez jer...

      Padam
    3. itu la tu . bagus kyta pmr lagi bah . nda menyusahkan lagi

      Padam
    4. hurm... betul2 pbs ini memang membebankan ==

      Padam
    5. COMFRIM SUSAH

      Padam
    6. ni kerajaan punye salah. fikir kote sendiri je. menyusahkan org je.

      Padam
    7. Kalau usaha ofc berjaya...be strong k...

      Padam
    8. yelah, kan masyarakat sekarang katanya semakin pandai. benda banyak yang tinggal di hujung jari. kena lah susah sikit. Sabar ye...

      Padam
  4. Sokong..... tk terlarat rasenye. rase muak pown ada....^_^

    BalasPadam
  5. sabar.. inshaAllah, setiap usaha pasti ada kejayaan.. ;)

    BalasPadam
  6. Mengapa B6D2E1 (BENTUK A) tak boleh buka?

    BalasPadam
  7. trima kasih.berguna sgt.....mmbantu wat projek b6.

    BalasPadam
  8. arhh...ssah nyer nak cri mkmlt nieth...

    BalasPadam
  9. thanks..mende ni sgt membantu saya untuk buat pbs

    BalasPadam
  10. bah . bah . bah . bikin cya pning seja ow mao buat band 6 nhe !

    BalasPadam
  11. CGUUU ,. KNAPA PILIHAN PERTAMA TAK LEH ?

    BalasPadam
  12. nice blog...
    so beautiful....
    handsome man..

    BalasPadam
  13. saye bru form 1 . tahun dpn form 2 . sje nk tgk2

    BalasPadam
  14. Bagus lah.. tengok2 dulu apa yang menanti kamu tahun depan.. Semoga berjaya yer..

    BalasPadam
  15. pbs...knp mesti ader pbs??menyusahkn lha...lebih baek pmr drp pbs...

    BalasPadam
  16. sye skang form 1,nk msk form 2 dh...keje x siap2 lgi.camner ni??

    BalasPadam
  17. Tq Cikgu Hailmi.Inshaa Allah kami boleh buat,

    BalasPadam
  18. Cikgu kenapa B6D2E1 (BENTUK A) tak boleh buka??

    BalasPadam
  19. Bentuk A tak dapat dibuka sebab cikgu tak sediakan nota tersebut.. ;)
    Boleh rujuk yang lain yer

    BalasPadam
  20. p-penyeksaan
    b-budak
    s-sekolah
    m-makin
    r-rancak

    BalasPadam
  21. Thank you..benda ni sangat membantu.

    BalasPadam
  22. srabut je pbs nih..

    BalasPadam
  23. Terima ksh krna mmberi contoh2 jawapan sprti ni.cikgu kmi pun mnyruh mmbuat buku skrap band 6 ni.

    BalasPadam
  24. terima kasih cikgu kerna cikgu isyaalah saya akan mendapat band 6

    BalasPadam
  25. siapa yg mencipta kanta pembesar, sinar-x periskop,teropong dan mikroskop?

    BalasPadam
  26. mcm mana nk tahu siapa yg mencipta alat-alat berikut?

    BalasPadam
  27. best je tgk.. thun sy dlu mne ada mcm ni... untung btl bdk2 sklh skrg...

    BalasPadam
  28. huarghh..this thing is killing me silently..*sob*

    BalasPadam
  29. cikgu, pbs band 8 takde ke?

    pelajar SMK Air Tawar

    BalasPadam
  30. bagus dijadikan rujukan

    BalasPadam
  31. Assalamuailakum cikgu , boleh cikgu bagi sedikit cadangan untuk saya membuat persembahan tentang band 6 tahun ini , saya tak ada idea lah .. saya dari SMK Bandar Baru Darulaman Kedah , sekian .

    BalasPadam
  32. boleh dijadikan rujukan nnti..tenkiu

    BalasPadam
  33. trima kaseh...cause blog nie sye dpat siapkan tugasan sye..<3 THANKS

    BalasPadam
  34. hri nie hri rabu,,tapi tugasan utk b6d3e1 tk siap lgi mcm mna nie..??
    tpi sye rse blog nie dpt m'bantu sye utk menyiapkan tugasan sekolah nie..

    BalasPadam
  35. cikgu kalau saya buat busur boleh x? cikgu

    BalasPadam
  36. mulut celupar sungguh..... orang pbs ni la yg dpt bantu kita untuk menghadapi peperiksaan .......

    BalasPadam
  37. terima kasih cikgu hailmi kerana banyak menunjukkan cara dan tunjuk ajar tentang prpojek band 6

    BalasPadam
  38. Jabodetabek private tutoring services with teachers visiting the house. Greater than many hundreds of active tutors decide to teach various skills and lessons for children to adults ... visit https://privatmurah.vercel.app/les-privat-koja-murah.html for more details

    BalasPadam
  39. Best in addition to Cheapest Jabodetabek Personal Training, our own team and trainers can come home, placed your personal review schedule and may pick out any kind of industry regarding analyze ... visit https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-johar-baru.html for more information

    BalasPadam
  40. Perhaps you will find a cheaper fee compared to table above, make sure again concerning the qualifications in the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... click for more detail https://matematika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-matematika-terdekat-di-tebet.html

    BalasPadam