Pintu
Pintu memainkan peranan penting bagi sebuah kelas. Seumpama penyambut tetamu pertama yang akan memberikan ekspresi dan impresi mendalam kepada para pengunjung. Justeru itu, hiaslah pintu kelas anda cantik-cantik, sesuai dengan tema kemerdekaan kita kali ini.
Papan Kenyataan
Tak lengkap jika ruang papan kenyataan tak hias dengan hiasan bertemakan Kemerdekaan. Beberapa gambar, artikel, kronologi Sejarah Kemerdekaan boleh dipaparkan bagi memberikan pengetahuan berguna kepada pelajar. Kata-kata pujangga bersempena merdeka juga boleh dimasukkan sekali.
Sudut Khas
Bagi memberi kelainan, kehadiran Sudut Khas Kemerdekaan dalam kelas juga boleh memberi impak menarik kepada keceriaan kelas. Jika ruang dalam kelas tidak mencukupi, cukup lah sekadar menyediakan ruang khas di dinding untuk bahan bertemakan Kemerdekaan. Pasti kelas akan tampil lebih cantik, tertarik, menarik, kau memang da boom!
Tugu
Kehadiran tugu atau pun struktur binaan tambahan di dalam kelas juga ternyata akan membawa kelainan kepada kelas anda. Replika bangunan-bangunan ikonik di Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Menara KL, dan rumah tradisional boleh memberi nilai tambah kepada kelas anda. Lebih menarik, jika bangunan bercirikan tempatan turut menyerikan kelas anda.
Pendek kata, kelas tentu tampak jauh lebih menarik jika dihias indah bertemakan Kemerdekaan. Secara tak langsung juga dapat menaikkan mood pelajar dan guru sendiri untuk menyambut Hari Kemerdekaan dengan lebih rasa patriotik dan rasa cinta negara. Jom kita mula hias sekarang!
* Gambar-gambar hiasan yang saya kongsikan ini adalah gambar hiasan kelas daripada SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak untuk sambutan Kemerdekaan pada tahun 2014. Semoga memberi idea dan inspirasi kepada kita untuk menghias kelas dengan lebih menarik pada tahun ini.
25 Ulasan
wah, hebat! terima kasih sudi berkongsi.
BalasPadamSilakan cikgu
PadamSAYA SUKA INI
PadamSaya suka! Tak sabar nak buat kat kelas nanti :) terima kasih kongsi idea..
BalasPadamYer.. nanti share kat sini cikgu
PadamDi sekolah saya..murid lekatkan bendera Malaysia kecil (yg boleh stand, siap ada pelekat) di sudut setiap meja.. maaf..x ada gmbr.
BalasPadamItu pun ada kelas yang buat, tapi xde gambar lak nak share. Tq cikgu untuk perkongsian..
PadamBOLEH SYER BAGAIMANA PENILAIAN DIBUAT UNTUK PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS SEMPENA MERDEKA INI?
BalasPadaminfo yang bermanfaat dari blog ni. memang best
BalasPadamBanyak idea menarik hari kemerdekaan boleh diambil kira, terbaik
BalasPadamSeronok tgk...bersemangat nk hias kelas...saya share idea yer....
BalasPadamTerima kasih..dah bersedia nak sambut merdeka bulan 8 nanti dengan anak2 pelajar. Terima kasih berkongsi idea..
BalasPadamIdea kreatif...mohon utk share..
BalasPadamIdea kreatif...mohon utk share..
BalasPadamSangat menarik! Terima kasih cikgu!
BalasPadamSgt menarik.. Terima kasih cg. Sy mohon share ya.
BalasPadamsangat menarik.
BalasPadamTerima kasih cikgu atas idea yang sangat kreatif, menarik dan cantik untuk disemai kepada rakyat Malaysia cinta akan negara dan tanah air kita Malaysia..saya minta izin untuk ambil idea kreatif ni ye cikgu..terima kasih.
BalasPadamterima kasih cikgu atas idea-idea yang sangat memberi inspirasi kepada saya!!!!!
BalasPadamOf course, there are a lot of students and teachers that are busy seeking for classroom decoration ideas.
BalasPadamVery best along with Least expensive Jabodetabek Confidential Coaching, our own personnel and also instructors come to your home, placed your very own analyze plan which enable it to choose just about any discipline of study ... visit https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-pancoran.html for more information
BalasPadamThe most beneficial Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The most effective private teachers graduated from well-known state universities. The nearest tutoring place online to your house at low priced ... visit https://kursus-jerman.vercel.app/ for more details
BalasPadamYou will discover a cheaper fee compared to the table above, be sure again around the qualifications of the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... for more information https://matematika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-matematika-terdekat-di_01237456492.html
BalasPadamI simply want to say I am new to blogs and actually loved your website. Very likely I’m going to bookmark your blog post. You amazingly come with exceptional posts. Bless you, for sharing with us your website.https://www.tecreals.com/sams-club-credit-card
BalasPadamJoin our esteemed foreign language course at Executive-Education.id and attempt a linguistic adventure of any lifetime. Immerse yourself within the richness of the target language, guided by expert instructors who view the nuances and intricacies of effective language acquisition. Whether you're just starting out or a high level learner, our tailored curriculum will empower you to navigate diverse cultures with finesse and flair. Go to https://kursus-korea.github.io/kursus-bahasa-korea-kramat-jati.html for latest details.
BalasPadam