.

.

ISU DAN KONTROVERSI PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Imbas kembali isu dan kontroversi dunia pendidikan Malaysia sepanjang 2016

80 HARI DI KOREA

Ikuti kembara saya sebagai guru pertukaran di Korea

PANDUAN LENGKAP PEMBELAJARAN ABAD 21

Menelusuri segenap sudut Pembelajaran Abad 21

PANDUAN MEMOHON GURU CEMERLANG

Panduan Memohon Guru Cemerlang : Dokumentasi dan Filing

KOLEKSI 100+ IDEA KREATIF SAINS

Dapatkan idea kreatif pengajaran dan pembelajaran Sains

Sabtu, 17 Februari 2018

Sains Lah 2 - Bahan Bacaan STEM

Di Malaysia, sebenarnya sangat sedikit bahan bacaan yang berkaitan dengan STEM. Dalam keadaan kita nak menghebahkan lebih banyak info dan kebaikan bidang STEM nih, maka kisah-kisah inspirasi dan motivasi, "From Zero to Hero" dalam dunia STEM, patutlah diperbanyakkan lagi. Namun, mujurlah ada Sains Lah 2!

Sains Lah 2 : Bahan Bacaan STEM untuk Murid
Sains Lah 2 : Bahan Bacaan STEM untuk Murid

Sains Lah 2 ini adalah novel kedua kompilasi kisah-kisah inspirasi dan motivasi 25 orang saintis muda Malaysia. Macam-macam cerita. Ada yang cerita macam mana boleh terjebak dengan bidang STEM nih. Ada yang cerita kisah suka duka dalam bidang STEM. Dan macam-macam lagi. Tapi semuanya akhirnya sekali happy ending lah dalam bidang STEM!

Untuk Sains Lah 2 nih artikel saya juga terpilih sebagai salah seorang daripada 25 penulis kisah hidup hebat nih. Tak sangka, sekalipun bergelar guru, tapi dapat jugak kisah hidup saya dirakamkan sebaris dengan Saintis-saintis Malaysia yang lain. Bangga weyh!


Kisah hidup saya juga dirakamkan dalam "Hari Ini Secupak, Esok Mesti Segantang"
Kisah hidup saya juga dirakamkan dalam "Hari Ini Secupak, Esok Mesti Segantang"

Dah tentu saya kongsikan kisah hidup saya, dengan pengalaman sedih masa universiti, siap extend 3 semester, hampir kena buang, sehingga lah berjaya bangkit dan menuju kejayaan. Sedih weyh! Kalau nak baca, sila ready tisu sekotak kat sebelah..

Dan sebab ada lagi 24 kisah inspirasi dan motivasi lagi yang semuanya menuju ke arah STEM, maka saya jadikan juga novel ini sebagai bahan bacaan STEM kepada anak murid saya, iaitu semasa relief class (guru tak ada) dan juga semasa aktiviti Kelab Sains dan Matematik


Sains Lah 2 bahan bacaan STEM yang sesuai semasa perjumpaan aktiviti Kelab STEM / Kelab Sains Matematik
Sains Lah 2 bahan bacaan STEM yang sesuai semasa perjumpaan aktiviti Kelab STEM / Kelab Sains Matematik

Murid seronok membaca kisah sebenar inspirasi dan motivasi 25 saintis muda Malaysia
Murid seronok membaca kisah sebenar inspirasi dan motivasi 25 saintis muda Malaysia

Budak pun sangat suka. Sebab kisah yang mereka baca ini, adalah kisah sebenar hero-hero dalam bidang STEM, yang dekat dengan mereka. Bersemangat mereka, bila baca macam-macam kisah pengorbanan dan kesusahan yang ditempuh oleh 25 saintis ini, tapi akhirnya semuanya berjaya. Pendek kata, anda boleh confirm berjaya selagi anda kuat berusaha!


Pihak Pusat SUmber Sekolah juga boleh jadikan buku ini sebagai bahan bacaan STEM kepada murid di sekolah. Bila lagi nak pupuk minat membaca, dalam masa yang sama boleh beri galakkan dan motivasi kepada murid dalam bidang STEM. Kan?


Yang berminat nak dapatkan buku Sains-Lah 2, sila hubungi nombor telefon di atas ya!

Jadi, bagi yang berminat nak dapatkan buku Sains-Lah 2 ini, anda boleh hubungi nombor di atas. Nak senang, ikut jer arahan pada poster tu. Selesai semua perkara. Terima kasih!





Mee Udang Viral Perlis

Sebenarnya jarang saya nak menulis pasal makanan nih. Tapi disebabkan sedapnya mee udang viral Perlis nih dan saya rasa patut dikongsi keenakkannya lagi dengan orang lain, maka saya up sket status pasal Mee Udang Viral Perlis nih. Sangat recommend ok!

Mee Udang Viral Perlis
Mee Udang Viral Perlis


Kedai Mee Udang Dalinda nih terletak di Kuala Sungai Padang, jalan dari Simpang Ampat Perlis nak menghala ke Sanglang. Kedainya terletak atas sungai gitu. Hahaha. Kadang-kadang kalau sepintas lalu, memang kurang perasan sket kedainya. Tapi jika anda dah sampai area tandop di muara Kuala Sungai Padang tu, maknanya kedai tu dah dekat la.


Lokasi Mee Udang Viral Perlis
Lokasi kedai Mee Udang Viral Perlis
  
Kena seberang sungai nak ke Kedai Mee Udang Dalinda
Kena seberang sungai nak ke Kedai Mee Udang Dalinda
 
Kedai atas sungai
 
Makan mee udang bersama sahabat

Yang specialnya mee udang kat sini, sebab rasa kuah dia yang memang sedap dan juga saiz udang freshnya yang besar-besar. Boleh bayang tak, bayar RM10 untuk mee udang saiz gedabak. Kalau selera besar lagi, boleh bayar RM18 untuk mee udang special, dengan saiz udang lagi gedabak!


Pastu bagi mereka yang tak berminat dengan mee kuah-kuah nih, boleh lah try diorang punya Nasi Goreng Udang, atau pun Mee Goreng Udang. Pun Sedap oi!! 

Kalau pula tak minat benda-benda udang nih, boleh order Mee Ketam. Huuuhhhhhh.. Dapppp!!! Meleleh habaq ang..


Mee Udang Viral Perlis ~ RM10 jer weyh
Mee Udang Viral Perlis ~ RM10 jer weyh

Kalau tak nak mee udang, anda boleh try Mee Ketam... dapppp!
Kalau tak nak mee udang, anda boleh try Mee Ketam... dapppp!

Cakap banyak pun tak guna, sila pi try sendiri. Serius saya recommend sangat sebab sedap. Lagi sedap daripada mee udang yang dok viral kat negeri lain, ala yang terkenal tuuuu. Dua-dua saya dah try, dah pilihan saya, Mee Udang Perlis nih jauh lagi sedap oiiii.

Jadi bagi yang berhajat nak mai, mungkin orang jauh, maka saya bagitau sket waktu operasi diorg mula jam 6.00 petang sampai ke malam. Anda boleh mai awal sket, sambil tengok sunset kat Kuala Sungai Padang tu yang lawa gila baq ang. Boleh selfie-selfie masuk instagram. Hahahahaa..


Keindahan sunset di Kuala Sungai Padang, Perlis
Keindahan sunset di Kuala Sungai Padang, Perlis

Ada nombor fon yang tertera kat situ, boleh call jugak lah kalau betui-betui nak make sure kedai Dalinda tu bukak. Sian lah kan, datang jauh-jauh, sekali kedai tutup. 

Ok, apa-apa pun, sila gi cuba dan selamat menjamu selera!



Rabu, 14 Februari 2018

Langkah Mudah Mohon Visa ke USA

Rezeki saya pada tahun nih apabila mendapat tawaran bagi mengikuti satu kursus berkaitan Sains di Alabama, Amerika Syarikat. Seperti ramai yang sedia maklum, bukan senang prosedur dan proses untuk mendapatkan visa ke US. Maka saya kongsikan di sini, langkah mudah bagi memohon visa ke Amerika Syarikat, daripada pengalaman saya untuk ke program tersebut. Semoga membantu!


Langkah Mudah Mohon Visa ke US
Langkah Mudah Mohon Visa ke US


Langkah 1
Sebaik sahaja mendapat surat tawaran daripada penganjur, saya cuba membuat persediaan dengan membuat beberapa bacaan di internet, bagaimana memohon visa ke Amerika Syarikat. Pening jugak kepala, sebab macam banyak prosedur online dan offline. 


Langkah Mudah Mohon Visa ke US
Sekadar gambar hiasan

Tetapi sebab teruja nak mengikuti kursus tersebut punya pasal, maka saya cuba study juga benda nih slow-slow. Antara laman yang menjadi rujukan saya adalah:

1) Laman Rasmi Memohon Visa ke US 
http://www.ustraveldocs.com/my_bh/index.html

2) Hannah on Earth
https://hannahonearth.com/2015/07/20/langkah-langkah-untuk-memohon-visa-ke-usa-mudah/



Langkah 2
Kemudian saya kena tentukan jenis visa yang saya boleh mohon. Untuk kes saya, bagi mengikuti kursus pendek seminggu ini, jenis visa yang saya perlu mohon adalah B2. B2 adalah sama saja dengan jenis visa yang dimohon jika anda ingin melancong ke Amerika Syarikat. 


Yuran Permohonan Visa ke US (28 Januari 2018)
Yuran Permohonan Visa ke US (28 Januari 2018)


Bagi jenis visa B2, yuran yang saya perlu bayar adalah sebanyak USD160, iaitu bersamaan dengan RM656, semasa tempoh saya memohon. Kadar dalam RM mungkin boleh berubah pada bila-bila masa, bergantung kepada tukaran wang semasa. Mujur duit Malaysia tengah naik masa nih. Sebelum nih pernah sampai hampir RM800.



Langkah 3
Langkah seterusnya adalah memilih bank atau pun cara bayaran untuk membayar yuran visa ini. Saya pilih secara Tunai di Ambank, sebab ini yang paling dekat dengan tempat tinggal saya. Boleh tengok juga lebih banyak lagi cara pembayaran yang lain kat SINI

Tapi sebelum tu, jangan lupa download dulu "Slip Deposit Permohonan Visa US", mengikut bayaran yang anda kena bayar di SINI. Saya punya Ambank Deposit Slip USD160 - MRV Fee

Contoh Ambank Deposit Slip bagi permohonan Visa ke US
Contoh Ambank Deposit Slip bagi permohonan Visa ke US

Masa anda download tu jugak, ada tertera tarikh expired Slip Deposit tersebut. Biasanya dalam tempoh 5 hari. Maka cepat-cepatlah buat bayaran, sebelum cecah tarikh expired tu. Kalau tak, kena download semula, supaya dia dah auto generate nombor resit yang baharu kat situ. 

So selepas buat bayaran di Ambank, maka simpan lah elok-elok resit yang diberi oleh pihak bank. Sebabnya nombor resit tersebut akan digunakan sekali lagi untuk set up temujanji dengan pihak Kedutaan Amerika nanti. Kalau hilang, tercicir, so kena bayar semula. Oh tidak!



Langkah 4
Bayaran dah dibuat, maka bolehlah membuat permohonan untuk temujanji. Tapi sebelum tu kena lengkapkan dulu Pengesahan DS-160 (apply kat SINI).

1. Applying Location adalah KUALA LUMPUR
2. Jenis Visa : B2 / NON IMMIGRANT
3. Pastikan gambar passport semua dah discan, sebab nanti kena upload. Ukuran gambar pasport bagi visa ke US adalah 2 X 2, dengan latarbelakang putih. 




4. Jika pernah ke US, maka sediakan juga maklumat lawatan anda sebelum ini.

 
Banyak juga soalan nak kena jawab. So ready lah yer dengan info yang mencukupi, macam tarikh lahir ibu dan bapa etc. Selesai mengisi borang, yuran pun dah bayar, maka boleh proceed untuk jadualkan temujanji untuk temuduga bersama pihak Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.

Jangan lupa print Pengesahan DS-160 untuk disimpan dan dibawa semasa temuduga di Kedutaan nanti. Wajib ok!



Langkah 5
Selesai semua, maka boleh lah mula buat permohonan untuk temujanji di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Semuanya dilakukan secara atas talian kat SINI. So, masa nak apply tu pastikan beberapa perkara seperti di bawah ini ya:

1. Tarikh expired passport lebih daripada 6 bulan (daripada tarikh nak pergi)
2. Resit pembayaran visa
3. Pengesahan DS-160 (apply kat SINI)
4. Alamat emel yang berfungsi
5. Dokumen yang berkaitan dengan pemergian kita ke Amerika Syarikat 

Pemilihan tarikh pula bergantung kepada queue orang-orang yang memohon visa dan juga jenis permohonan visa anda untuk ke Amerika Syarikat. Kalau time tu ramai nak pegi sana, maka banyak hari ler anda terpaksa menunggu sampai giliran anda. Kes saya, saya kena tunggu queue 10 hari untuk sesi temujanji. Nasib baik buat awal.


Langkah 6
Hari temuduga saya tiba 30 minit lebih awal, supaya jika ada benda yang belum print atau sedia kena bawak masuk sempat lagi nak uruskan. Sebab lokasinya yang tengah KL tu, dan macam susah nak parking, maka saya syorkan anda gunakan pengangkutan awam, teksi atau guna saja Grab atau Uber. 

Antara yang saya bawak semasa temuduga, adalah:

Dokumen Wajib
1. Gambar passport 1 keping
2.  Borang Permohonan Online DS 160
3. Resit Bayaran 
4. Appointment Confirmation

Dokumen Sokongan
1. Surat jemputan kursus
2. Slip gaji 3 bulan terkini
3. Penyata akaun bank
4. Surat pengesahan jawatan daripada majikan


So, bawak saja semua dokumen yang pernah anda gunakan sepanjang proses permohonan visa ini dijalankan. Standby bawak semua dokumen yang berkaitan, dan tunjukkan jika diminta. Kalau tak, nanti jenuh anda nak menjawab dan kena lalui proses permohonan sekali lagi. 


Langkah 7
Prosedur masuk ke Kedutaan Amerika Syarikat agak strict. Guard hanya akan benarkan anda masuk mengikuti masa temujanji sahaja. Anda perlu beratur di luar, tunjukkan IC / lesen untuk ambil pas pelawat. Kemudian lalu mesin pengimbas dan kena tinggalkan fon anda. So jangan dok berharap nak selfie dalam kedutaan tu ok.

Kemudian masuk ke bangunan utama pun kena lalu mesin pengimbas sekali lagi. Selesai di sana, beratur untuk ke kaunter pertama.  Di sini anda serahkan passport akan semua jari akan discan. Masa saya pergi, kesemua jaga kaunternya adalah warga Malaysia.

Peta Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia
Peta Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia

Selesai di sini, kena beratur ke kaunter ke-2 pulak. Di ruang sebelah nya saja. Di sini, anda akan ditemuramah oleh penjaga kaunter. Masa tu, kesemuanya warga Amerika. Kecut perut jugak dok dengar diorang dok tanya orang-orang sebelum saya. Macam-macam diorang tanya ok, macam apa tujuan, berapa hari, stay mana etc. 

Kebetulan pula ada pasangan sebelum saya, tidak fasih berbahasa Inggeris. Maka ada khidmat translator digunakan. So jangan bimbang ok bagi yang kurang pandai berbahasa Inggeris.

Alhamdulillah sebab ada surat sokongan daripada penganjur program, maka segala urusan saya menjadi lebih mudah. Diorang pun tak banyak soal sebab memang dah banyak kali kot uruskan cikgu yang pergi join program nih. So penting untuk anda sediakan dokumen sokongan untuk tujuan anda tu jika ada.


Langkah Mudah Mohon Visa ke US
Langkah Mudah Mohon Visa ke US
 
Kemudian dia berikan helaian maklumat untuk tuntutan passport jika berjaya. Sebenarnya kita sendiri dah set masa kita isi secara online, sama ada nak pick up di Kedutaan atau mana-mana Konsul. Pilih yang terdekat dan paling mudah ok. Biasanya 2-3 hari akan ada emel atau sms yang sampai memaklumkan bahawa visa kita ke US dah berjaya. So boleh lah pegi ambil. Doakan segala urusan saya dipermudahkan ok!


Nanti saya update lagi sebaik saja saya dapat visa tersebut. Semoga panduan ini membantu tuan puan untuk memohon Visa ke Amerika Syarikat dengan lebih mudah. Semoga membantu!



Sabtu, 10 Februari 2018

Tutorial Untuk Mulakan Kursus Online EPSA

EPSA adalah merupakan akronim kepada E-Pembelajaran Sektor Awam. Ini merupakan langkah meningkatkan profesionalisme pekerja sektor awam, secara pembelajaran atas talian. Saya kongsikan sket tutorial untuk mula mendaftar dan mengikuti kursus secara online dengan EPSA. 


Langkah 1
Mula-mula sekali bukak laman web EPSA E- Pembelajaran Sektor Awam di https://www.epsa.gov.my 
 


Tutorial Untuk Mulakan Kursus Online EPSA


Langkah 2
Log Masuk  dengan menggunakan kad pengenalan anda masing-masing. Passwordnya boleh rujuk dengan SU LADAP di jabatan masing-masing.

Langkah 3
Tukar password mengikut kesukaan anda. Password baharu anda mesti lah mengandungi kombinasi huruf, simbol dan nombor untuk password yang lebih kuat. Jangan lupa juga catatkan di mana-mana, bagi yang mengalami masalah nak ingat password.


Langkah 4
Klik DASHBOARD untuk melihat profil anda. Banyak maklumat yang berkaitan dengan peribadi dan perkembangan terkini kursus online yang anda sedang dan telah ikuti.


Tutorial Untuk Mulakan Kursus Online EPSA


Langkah 5
Klik KATALOG KURSUS untuk memilih senarai kursus online yang anda berminat untuk ikuti. Sehingga pada tarikh 10 Februari 2018, sebanyak 258 kursus online telah ditawarkan dengan pelbagai pilihan kategori.


Tutorial Untuk Mulakan Kursus Online EPSA


Untuk kes saya, saya pilih kursus PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG BERBUDI BAHASA. 


Tutorial Untuk Mulakan Kursus Online EPSA


Untuk menyiapkan kursus ini, saya perlukan lebih kurang masa 2.5 jam, dengan masa pembelajaran yang diberi selepas berkursus adalah 44 jam.


Langkah 6
Ikuti kursus online dengan gembiranya!


Tutorial Untuk Mulakan Kursus Online EPSA


Setelah anda selesai mengikuti kursus online ini dengan jayanya, anda akan diberikan sijil online yang boleh dimuat turun dan dicetak bagi kegunaan peribadi. 

Untuk memastikan kursus online ini turut didaftarkan dalam SPLG anda, kursus 7 hari setahun tersebut, maka jangan lupa register sendiri ke eSPLG. Kemudian maklumkan kepada SU LADAP, untuk pengesahan kursus tersebut. Fotostat juga satu salinan untuk diberikan kepada SU LADAP sebagai bukti dan rekod disimpan pihak sekolah.


Selamat berkursus!




Ahad, 4 Februari 2018

Perkongsian PAK21 di MRSM Jeli

Kali ini saya berpeluang buat perkongsian di MRSM Jeli, Kelantan. Menerima jemputan sejak dari tahun lepas, tapi baru tahun ini dapat jugak dilaksanakan. Alhamdulillah dapat juga merasa untuk ke sekolah sebelah Pantai Timur. 


Perkongsian PAK21 di MRSM Jeli


Sebab kali pertama ke kawasan Jeli, (sebelum nih lalu saja, sebab nak ke Terengganu) maka bas yang saya naiki turunkan saya kat Machang. Sejam jugak nak patah balik ke Jeli semula. Angkara sedap sangat tidur. So tunggu hari siang sket, baru lah saya ke Jeli dengan menaiki teksi pulak.

Layanan daripada pihak MRSM Jeli sangat lah terbaik. Puan Pengetua dan Timbalan sendiri yang temankan saya makan malam. Rasa terharu sangat!

Esoknya hari program saya cuba kongsikan sebaik mungkin amalan terbaik Pembelajaran Abad ke 21 saya dengan warga guru MRSM Jeli. Segalanya berjalan dengan lancar. Perkongsian juga jadi sangat bermakna.








Jutaan terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan buat warga pendidik MRSM Jeli dengan layanan yang baik. Tak lupa juga Cg Khairul sebab bawak saya jalan-jalan sekitar Jeli. InshaAllah ada rezeki saya ke sini lagi.