KARTiKEL

Isnin, 3 Jun 2013

Adab Makan Yang Menepati Sensitivity dan Kepercayaan Agama di Malaysia

Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama di Malaysia. PBS Sains Tingkatan 2 B6D2E1. Saya kongsikan maklumat mengenai adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama Islam, Buddha, dan Hindu di Malaysia ini sebagai bahan rujukan dalam menghasilkan buku skrap . Bagi yang mempunyai maklumat dan rujukan bagi adab makan agama lain, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini. 

Secara ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan daging babi dan meminum arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan sumber protein daging. 


Adab Makan Yang Menepati Sensitivity dan Kepercayaan Agama di Malaysia


1) Islam

Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak. Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim . Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan, tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan mengikut kaedah Islam.
Jadi bagaimana hendak memilih  makanan yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.
Kategory Makan yang Halal dimakan

  1. Semua jenis buah-buahan yang bersih
  2. Semua jenis sayur-sayuran yang bersih
  3. Semua kehidupan laut yang tidak beracun
  4. Binatang yang disembelih dengan Nama Allah
Kategori makanan yang Haram dimakan

  1. Binatang yang mati dengan sendiri
  2. Binatang yang mati dalam kemalangan
  3. Binatang yang dibunuh
  4. Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor
  5. Buah-buahan yang beracun dan kotor
Ketegori Binatang yang haram dimakan


  1. Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )
  2. Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa  )
  3. Binatang yang hidup di dua alam – air dan darat – ( Kura-kura , Buaya ).
  4. Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)
  5. Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )
  6. Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )
  7. Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.  Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.   5:3


2. Buddha
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang, hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.

Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation). Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang manusia.

Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.

Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan merosakkan saraf dan usus manusia.
Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun, sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.


3) Hindu
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang salah sebenarnya.


Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu. Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari zaman dahulu lagi.

Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar  “Mattu Ponggal”.  “Ponggal” merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan pada hari berikutnya mereka meraikan sebagai “Mattu Ponggal” di mana mereka mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan, manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka di sawah padi.

Mattu_Pongal2
Lembu yang telah dihias cantik

Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina dihormati sebagai ibu di India.

Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang, manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-kerja perladangan. Pada zaman dahulu setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.

mattu_ponggal
Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya

Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia, kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum manusia.

Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk melakukan kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, beruk, anjing dan sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di tengah panas selain bebanan kerja yang berat.


54 ulasan:

  1. terima kasih cg..akhirnye dpt jugak jwpnnyer,penat saye mencr selama beberapa jam.

    BalasPadam
  2. terima kasih ckgu

    BalasPadam
  3. wow!!! info ini sangat berguna..terima kasih cikgu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. cikgu hailmi mmg best

      Padam
  4. terima kasih cikgu.....byk membantu utk menyiapkan folio ini

    BalasPadam
  5. Sama2 buat semua kerana memberi sokongan yang tak henti kepada blog cikguhailmi.com ini.. teruskan menyokong yer! ;)

    BalasPadam
  6. terima kasih cikgu ^^

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, cikgu. Untuk pbs ini, dalam persembahan powerpoint, saya harus letak tentang semua agama atau tentang agama Islam sahaja? Maafkan saya kerana bertanya. Terima kasih :)

    BalasPadam
  8. terima kasih cikgu, tapi cikgu yang kaum hindu tu dia makan apa, saya tak faham.

    BalasPadam
  9. terima kasih banyak-banyak cikgu! tanpa info ini, tidak siaplah folio saya! nota2 yg cikgu berikan amat berguna sekali.. terima kasih cikgu!

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Yer.. terima kasih semua!! ;) luv y'all

    BalasPadam
  12. hope that cikgu will post banyak jawapan untuk pbs akan datang and we all we suport u

    BalasPadam
    Balasan
    1. and we will support u

      Padam
  13. inshaAllah saya cuba usahakan.. Doakan cikgu sentiasa ada kekuatan untuk terus mengkongsikan ilmu.. ;)

    BalasPadam
  14. terima kasih cikgu krn telah memberi sedikit idea untuk membuat folio ni:):):):):):D:D

    BalasPadam
  15. thanks..coz this info can help me do my folio ..

















    BalasPadam
  16. terima kasih cg kerana telah menyediakan info ini ..

    BalasPadam
  17. SANGAT BERMANFAAT TERIMA KASIH

    BalasPadam
  18. Cikgu Hailmi terbaik!!!... hihi

    BalasPadam
  19. terima kasih cikgu.....:)

    BalasPadam
  20. Ty :) i done my work <3

    BalasPadam
  21. thanks cg.....

    BalasPadam
  22. thanks..c'gu.............klaw cikgu x beri penerangan seterang ni.......saya x tahulah nak cari kat nerrrrrr........tq<><><>

    BalasPadam
  23. cikgu tumpang tanya....info tentang agama laen ada juge x?

    BalasPadam
  24. maaf.. tak ada..
    tapi kalau anda nak mnyumbang, boleh hantarkan ke emel cikgu
    tq yer

    BalasPadam
  25. tq cikgu...saya sebagai seorang pelajar tingatan 2 contoh contoh ni sangat membantu saya...

    BalasPadam
  26. sama2.. moga bermanfaat yer.. ;)

    BalasPadam
  27. cg..kesimpulannya mana???x ada ya???:(

    BalasPadam
  28. btol 2 ckgu..kesimpulannya mana?

    BalasPadam
  29. maaf,cikgu bagi kaum india lembu dianggap sebagai tuhan mereka,iaitu 'komatha'.Saya berharap bahawa cikgu menukar kepada kenyataan yang betul.TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas maklumat. boleh sertakan sumber link rujukan supaya saya dapat letakkan pada pernyataan tersebut?.. terima kasih..

      Padam
    2. tolg lah saye...sume yg ckg bgi tu x boleh bergune pon..

      Padam
  30. terima kasih ckgu

    BalasPadam
  31. tpi..dye bkn 1 tajuk ...dye mrgkumi adat makanan seimbang n sume lah...
    macam mne toh??

    BalasPadam
  32. Terima kasih cikgu. :)

    BalasPadam
  33. thank u cikgu

    BalasPadam
  34. cikgu, boleh tolong bagi amalan pemakanan di afrika tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok.. kalau cikgu ada jumpa nanti cikgu kongsikan yer.. ;)

      Padam