.

.

KARTiKEL

Khamis, 2 April 2015

15 Alasan Popular Untuk Pertukaran Guru

Musim pertukaran tiba lagi. EGTukar yang dibuka secara online pada April dan September setiap tahun, memang sangat-sangat ditunggu terutamanya bagi yang mahu bertukar tempat bekerja. Pelbagai alasan yang ada, dan hanya tuan badan sahaja yang faham apa tujuan sebenar mahu berpindah. Saya senaraikan beberapa alasan popular yang mungkin boleh membantu mereka-mereka yang perlukan alasan untuk berpindah semasa mengisi borang pertukaran. Selamat mencuba!



15 Alasan Popular Pertukaran EGTukar
Alasan Popular Untuk Guru Berpindah


01. Cukup Tempoh
Alasan popular ini hanya boleh digunapakai oleh guru yang sudah berkhidmat lebih 4 tahun di sekolah semasa. Kalau masih belum cukup 4 tahun, maka sila fikirkan alasan lain. Yang dah cukup 4 tahun pun, alasan ini belum tentu menjamin anda pasti akan dapat bertukar!


02. Ikut Pasangan
Ini juga alasan popular yang guru yang mahu berpindah sekolah. Alasan ini dikatakan lebih kukuh, kerana keprihatinan pihak bertanggungjawab terhadap pasangan yang terpaksa berjauhan. Perlu dikepilkan dengan dokumen sokongan. Namun jangan pelik, jika ada ramai rakan anda yang tidak berjaya sekalipun menggunakan alasan ini.


03. Ancaman Keselamatan
Keselamatan merupakan antara aspek penting dalam memastikan guru dapat berkhidmat dengan baik. Maka jika ada gangguan kepada anda, beserta dengan report polis, maka gunakan alasan ini untuk menyokong permohonan pertukaran anda.


04. Sakit
Kesihatan juga antara aspek yang diberi perhatian dalam faktor menentukan pemilihan guru yang layak dipertimbangkan untuk berpindah. Sudah beberapa kes rakan terdekat yang sakit, mendapat pertukaran kerana alasan tersebut. Surat doktor dan dokumen sokongan lain perlu disertakan sebagai bukti mengukuhkan permohonan anda.


05. Menjaga Ibubapa
Ini memang antara alasan terpopular digunakan oleh rakan guru yang memohon bertukar, terutamanya bagi guru-guru yang belum berkahwin. Setelah beberapa tahun menggunakan alasan yang sebegini, rasanya alasan seperti ini memang tak boleh jalan lagi. Alternatif yang diorang akan bagi adalah, "kenapa tak bawa mak ayah stay dengan cikgu yer?." hmmm... Sakitnya tuh di sini.. 


06. Tak Ajar Subjek Major
Beberapa orang rakan guru juga menggunakan alasan ini untuk berpindah. Iaitu tidak mengajar subjek major. Alasan ini digunakan dengan harapan pihak bertanggungjawab akan melihat itu sebagai satu pembaziran modal insan dan seterusnya menghantar cikgu berpindah ke tempat yang dipohon. Selamat mencuba!


07. Sambung Belajar
Selain itu, alasan sambung belajar juga merupakan satu lagi alasan popular yang sering digunakan oleh rakan guru semasa memohon pertukaran. Rasanya tidaklah sekukuh mana alasan ini untuk digunakan. Lagipun dah hampir semua tempat dalam Malaysia, mempunyai akses kepada pendidikan tahap tinggi.


08. Jaga Rumah
Ini kisah benar. Seorang rakan saya mendapat pertukaran kerana menggunakan alasan ini selepas rumah beliau dimasuki pencuri. Maka beserta report polis dan juga dokumen sokongan, alasan menjaga rumah digunapakai. Mungkin anda yang mempunyai rumah yang baru dibeli juga boleh menggunakan alasan yang sama.


09. Stres
Ada juga sebahagian guru yang lebih berani menggunakan alasan stress ini untuk pertukaran. Saya katakan berani kerana setiap borang permohonan akan disemak oleh pentadbir. Maka mungkin timbul masalah jika ada yang tersinggung dengan situasi tersebut. Nasihat saya, berhemah lah.


10. Tidak Serasi Dengan Budaya Setempat
Bagi yang ditugaskan di tempat yang jauh dari kampung halaman, budaya semasa dan tidak dapat membiasakan diri dengan budaya setempat, mungkin anda boleh gunakan alasan ini untuk memohon pertukaran. Tapi kesannya, tentulah rakan kerja yang berasal dari kawasan tersebut akan berkecil hati dengan alasan yang anda gunakan.


11. Cari Jodoh
Jangan tak tahu, ada kes yang menggunakan alasan ini dan berjaya. Seorang kenalan rakan yang bertugas di sebuah sekolah di persempadanan Sabah dan Sarawak, pernah berjaya permohonan pertukarannya dengan menggunakan alasan ini. Atau pun memang dah sampai rezeki nya kot.. 


12. Perlukan Suasana Baru
Bagi guru yang mahu alasan anda kelihatan lebih positif, anda boleh gunakan alasan ini, iaitu anda mahukan suasana baru yang positif. Seperti yang kita ketahui, tempoh yang berpatutan bagi seseorang guru untuk berada di sesebuah sekolah adalah dalam 5 -6 tahun. Maka ini adalah alasan terbaik untuk anda gunakan jika mahu persekitaran baru.


13. Motivasi Diri
Ini juga alasan positif yang boleh digunakan untuk guru yang mahu berselindung niat sebenar mahu berpindah. Nyatakan bahawa tujuan anda berpindah adalah untuk meningkatkan motivasi diri di sekolah baru. Mungkin jika ketua jabatan terbuka hati, maka permohonan anda akan diluluskan.


14. Mencabar Kebolehan Diri
Bagi guru yang mahu berpindah ke kawasan atau sekolah yang lebih mencabar, maka lebih baik anda gunakan alasan 'mencabar kebolehan diri' bagi menunjukkan kesungguhan anda. Mana tahu alasan ini boleh menjadi kekuatan kepada anda untuk diberi peluang menonjolkan bakat.


15. Mencari Pengalaman
Alasan terakhir yang anda boleh gunakan adalah untuk mencari pengalaman di sekolah baru. Alasan ini agak cliche, tapi apa salahnya kalau anda mencuba. Apatah lagi jika anda sendiri tiada alasan yang boleh difikirkan, maka boleh lah menggunakan alasan ini.



Walau apa pun alasan yang anda guna, pertimbangkanlah dengan sebaik mungkin. Pertimbangkan juga kesan kepada rakan2 sejawat dan pandangan pentadbir terhadap anda selepas itu. Saya juga pernah melalui kesulitan sepanjang 8 tahun memohon pertukaran, tetapi hasil akhirnya tentulah sangat manis. Ingat! Sentiasa sabar dengan dugaan Allah, kerana setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambaNya yang bersabar. Selamat berjaya kawan-kawan! ;)



48 ulasan:

  1. Berjaya dgn alasan ini dulu:-

    14. Mencabar Kebolehan Diri
    Bagi guru yang mahu berpindah ke kawasan atau sekolah yang lebih mencabar, maka lebih baik anda gunakan alasan 'mencabar kebolehan diri' bagi menunjukkan kesungguhan anda. Mana tahu alasan ini boleh menjadi kekuatan kepada anda untuk diberi peluang menonjolkan bakat.

    BalasPadam
  2. Add on.. boleh guna alasan ni..akan melangsungkan perkahwinan pada ..... bergantung kepada bulan perpindahan.. alasan untuk yang single.. hehe

    BalasPadam
  3. Cgu hailmi guna alasan nombor berapa?
    Kak dah 18 tahun di sekolah sekarang..tak pernah isi borang tukar..:-)

    BalasPadam
  4. satu alasan lagi, cikgu.
    sekolah di luar bandar. Kemudahan tiada...

    BalasPadam
  5. Suami d berhentikan kerja.
    Hutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
    X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka

    BalasPadam
  6. Suami d berhentikan kerja.
    Hutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
    X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka

    BalasPadam
  7. Suami d berhentikan kerja.
    Hutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
    X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka

    BalasPadam
  8. Suami d berhentikan kerja.
    Hutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
    X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus idea, nanti diminta surat berhenti kerja mcmn? AKPK masuk introduce

      Padam
    2. Kes benar kalau macam ni

      Padam
  9. Pindah rumah...bru bli rumah.jauh dr tmpt kerja skrg...kos tinggi....mnyk n tol...mnyk mhl skrg.....ok x alsn tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegawai tu akan salahkan kita sbb beli rumah jauh..

      Padam
    2. Cakap dia, duit aku, rumah aku. Suka hati lah nak beli kat mana. Xda aku kacau kepala bapak kau pun.

      Padam
    3. Kawasan situ je mampu beli@affordable@worth it

      Padam
    4. Pegawai tu cakap, keja aku,hak aku. Suka hatilah nak lulus ke tak. Xda aku kacau kepala bapak kau pun.

      Padam
    5. Nanti dibalas pulak, kau mintak tukar ngan bapak kau lah....

      Padam
  10. gangguan seksual, ancaman bunuh, tidak gembira dgn suasana tempat kerja kerana rakan2 setugas batu api.

    BalasPadam
  11. Masa mohon tukar dlu saya guna alasan nk suasana baru...sbb kat sekolah lm dah 10 thn. Alhamdulillah dpt tukar. Kerja skrg pulak...mmg asyik tukar lokasi je...paling lm kat satu lokasi 2 thn...yg paling pendek 1 thn

    BalasPadam
  12. Saya pernah guna alasan nk ikut pasangan. Alhamdulillah berjaya walaupun baru saja 4 bulan berkahwin. Tapi mase tu sy dh mengajar 5 tahun di sabah.

    BalasPadam
  13. Alasan lain;
    Saya tak suka dan menyampah berkerja dgn Guru Besar tempat mengajar.kompom kena transfer...selamat mencuba...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol alangka baiknya kmi student juga dpt bgi surat dgn alasan tu:'''''''') but change a bit not the GB but one of the teachers. looooool :'''''')

      Padam
    2. ada yg berjaya dgn alasan ni tauuuu

      Padam
    3. saya berjaya tapi saya dihantar ke tempat yg lebih jauh dan tiada dalam senarai yg diminta..huhuhu

      Padam
  14. Sy dpt pindah dr sbh setelah 4thn di sana dgn alasan nk jaga mak yg skt di kg...tp Allah izin,bl dah dpt blk kg sndr...kena jd warden asrama pula..jd smpai skrg xdpt duduk ngan mak..

    BalasPadam
  15. Alasan anak sakit terpaksa ulang alik ke hospital dan jarak umh ke sek jauh blh diterima tak.jarak umh ke sek dlm 15km tp hosp kt shah alam

    BalasPadam
  16. Jarak hospital dgn rumah bape km?? Jarak sekolah ke hospital pula bape km??

    BalasPadam
  17. Sy dpt pindah dgn 3 sebab:
    1. Sakit (asthma)& perlukn rawatan
    2. Jaga ayah yg da tua
    3. Jaga rumah pusaka yg semakin rosak sbb dibiarkn begitu saja
    4. Kos sara hidup yg tinggi (sewa rumah/minyak/tol) sbb berulang-alik tiap2 mggu utk jenguk ayah di kg..

    Alhamdulillah dpt pindah.. tp sbb pengetua sokong kuat.. bole berpindah tanpa syarat.. pengetua baru ada seorang ank yg asthma.. jd faham kesengsaraan pesakit asthma..

    Seblm2 nie x dpt pindah sbb pengetua sokong dengan bersyarat.. biase syaratnye, diganti dgm guru yg menpunyai option yg same..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dgn 4 sebab.. typo.. hikhikhik!!

      Padam
  18. Dah 10thn di sekolah yg sama belum dpt APC lg. Selamat mencuba

    BalasPadam
  19. Pernah letak bermacam2 alasan tak dapat2 pindah bila dapat pindah rasa nak pindah masa tu juga. Sekarang nak apply pindah lagi...alasan bosan dengan suasana di sekolah rasanya GB akan terajang tak hahahaha

    BalasPadam
  20. cer try alasan ni...
    nk pindah kerana pk1 yg suka pilih bulu(assabiyah), pengetua yg mudah di kipas, jdi perlu kan suasana d tmpt baru yg tiada d sklh skrg...amat memerlukan semangat baru kerana di sklh skrg smangat dah pudar kerana situasi tersebut...😆😆😆

    smoga bjaya pindah...

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. too HONEST ?^^ NAH -.-6 September 2015 12:01 PG

    WHY THIS TEACHER HAILMI IS A GENIUS.
    alasan yang diberi/dicadang oleh cikgu bagi no. 4(sakit), 6(tak ajar subjek major),9(stress),10(tidak serasi dengan budaya setempat) agak TEPAT. DING DING DING. i would have give u a lot of presents if i see u teacher. but nah^^. anywy i was saying dis bcuz there are two teacher in my school dat is 'sick'. but one of them was actually sick becz he was/is frustrated(i guess but in my heart im pretty sure of it) that he couldn't ajar subjek major. sbb dia ex-banker. besides that, he's a stress man. old man. but supposely his wife who should've stress. because she have to wake up and see his face and have to listens to all his questions. its not like he's asking to know the answer anywy. and lastly he is totally tidak serasi dengan budaya setempat because he have a lot testerone to let out. and in my school theres only a few 'testerones' and more progesterone. (testerone<progesterone.) and i was actually planning to write an essay here but nahh just kidding just kidding~~ ^^ anywy i hope u teacher hailmi especially and the audience here have a long live and have a healthy lifestyle ? since we students need a genius like u all not like the teacher(based on the no. above i mention) to live longer :) sincerely from an honest student ?

    BalasPadam
  23. Adik saya pun tengah cari alasan ni, sebab nak pohon perpindahan balik semenanjung

    BalasPadam
  24. Nak tukar jabatan.xnak jadi Cikgu dah..nak bagi Alaskan apa ye? Duk fikir ayat..

    BalasPadam
  25. Assalam wbt... maaf bertanya ye.. cikgu2x.. tahu x macam mana prosedur dr guru MRSM nk tukar kepada guru kementerian? Ada sesiapa pernah melaluinya?? Boleh share x? Terima kasih ..

    BalasPadam
  26. MACAM MANE PLAK KALAU GURU DAPAT ANCAMAN UGUTAN..REPORT DH BUAT..APE LANGKAH SETERUSNYA.. ADA X TEMPAT SY NK BUAT ADUAN UNTUK TUKAR??

    BalasPadam
  27. Ada tak kes guru tetap dapat bertukar walaupun pengetua tidak meluluskan permohonan?

    BalasPadam
  28. Sy prnah isi guna alasan utk jaga mak yg da uzur dan pd masa yg sama sy sakit. Tak dpt tukar. Pengetua suka buli ckgu prmpuan dan ckgu lelaki dia rapat sgt sdgkan dia prmpuan..dan thn ni dpt pngtua prmpuan jgk tp bujang..lg stres ckgu2 dibuatnye..lg susah nk tukar dan keras ati. Nasib bdn duk tmpt org ni..huhu

    BalasPadam
  29. Baru isi. Takde satu pun alasan di atas yg digunakan. Semua berkaitan dgn nak dekat rumah spy urusan anak2 lbh mudah. 😊

    BalasPadam
  30. Tp yg pelik ny cikgu..mcm sy..da polis repot..ingt dpt pindah 24 jam n mintk penempatan sementara.tp x pun..pihak ppd sibuk nk bincng itu ini.n buat siasatan..cm ne tu erk

    BalasPadam
  31. Ni pun fikir nak tukar sekolah baru yg dekat dgn rumah, kalau tak tiap hari keluar rumah awal and kena lalu tol lagi, dengan nk bayar itu ini lagi, nak guna alasan rumah jauh tu boleh lagi ke

    BalasPadam
  32. Jika baru bertukar ikut suami ke negeri lain, kemudian bercerai pulak...nak tukar balik ke tempat/negeri asal, agak2nya dapat tak?

    BalasPadam
  33. kalau pertukaran diluluskan tp nak menolak macam mane ye?
    ada sesiapa yang boleh bantu?

    BalasPadam