.

.

KARTiKEL

Rabu, 27 November 2013

Permohonan Pertukaran Gagal Buat Kali Ke-10

Isu pertukaran memang bukan isu kecil buat guru. Beruntunglah bagi anda, yang petempatan kali pertama nya sudah di tempatkan di sekolah sebelah rumah. Tak banyak perlu difikirkan. Tak perlu nak pening-pening kepala dengan EGTukar dan kerenahnya. Namun buat yang dipostingkan jauh dari tempat sendiri, ini adalah isu utama yang sentiasa berlegar di kepala. 

Permohonan Pertukaran Gagal Buat Kali Ke-10


10 Kali Mohon, 3 Kali Rayuan ke KPM
Tajuk di atas dah pun menceritakan segalanya. Buat kali ke-10 permohonan pertukaran saya gagal lagi sekali. Dalam tempoh tersebut juga, pernah naik turun KPM Putrajaya 3 kali untuk rayuan. Majoriti rakan-rakan seposting juga, semuanya dah selamat kembali ke tempat masing-masing.

Dah tentu saya kecewa, tapi tetap redha dengan ketentuan Ilahi ini. Dah banyak kali sangat gagal, sampai dah redha dalam keterpaksaan. Rezeki saya nampaknya masih di bumi Sarawak untuk tahun depan. Belum tiba masa untuk berkhidmat di negeri kelahiran, Perlis. Saya akur!

Keputusan pertukaran dah saya tahu dari minggu lepas sebenarnya. Sekadar pengetahuan, pertukaran bagi Guru Cemerlang diuruskan oleh Unit Naik Pangkat KPM secara manual, bukan seperti EGTukar yang diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) secara online. Oleh sebab tidak mendapat sebarang maklumat mengenai tarikh pengumuman pertukaran tersebut, maka saya ambil keputusan untuk telefon ke KPM sendiri.

Jawapan yang saya terima seperti biasa, DUKACITA GAGAL. Saya redha untuk terima keputusan tersebut, kerana memandangkan tempoh saya menjawat GC belum pun cukup setahun. Namun agak mengejutkan apabila saya cuba mendapatkan penjelasan lebih lanjut daripada pegawai KPM tersebut.


Tiada Penempatan di Perlis?
Menurut beliau, permohonan saya gagal bukan kerana tidak dilepaskan oleh JPN Sarawak, tetapi kerana tidak diterima oleh JPN Perlis dengan alasan tiada penempatan. Tak pasti pula saya adakah masalah ini berkaitan dengan kuota GC, atau subjek atau ada masalah lain. Mungkin JPN Perlis ada alasan yang lebih kukuh untuk tidak menerima saya, tetapi dalam masa yang sama, saya pelik kerana mereka mampu pulak untuk terima guru bukan tempatan untuk mengisi kekosongan di negeri tersebut. Sekali lagi kekecewaan berganda! 



Sebab Utama Mohon Pindah
Saya mohon pindah bukan kerana tak suka untuk berada di Sarawak. Tolong faham akan perkara tersebut. Kalau tidak masakan saya bertungkus lumus untuk cuba berkhidmat dengan sebaik mungkin di sini. Tetapi ada komitmen lain yang perlu saya pertimbangkan terutamanya bila berkaitan dengan menunaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Anak mana yang tak mahu berbakti kepada ibubapa, terutamanya pada saat-saat mereka memerlukan seperti sekarang?

Dari Sarawak ke Perlis

7 tahun merantau di negeri orang, bukanlah tempoh yang singkat. Dan harus diingat juga, jaraknya bukan dekat antara Sarawak dan Perlis. Hanya kapal terbang yang menjadi penghubung. Saya rasa dah tiba masa saya untuk berkhidmat di tempat yang berdekatan dengan tempat tinggal ibu bapa. Sekurang-kurangnya dapat juga saya jenguk mereka lebih kerap berbanding sekarang.

Buat pengetahuan juga, saya tidak memilih untuk hanya berkhidmat di Perlis sahaja sebelum ini. Saya pernah memohon ke negeri Kedah, Perak, Selangor dan WP Kuala Lumpur juga. Saya sedar Perlis negeri yang kecil, dengan bilangan pergerakan guru yang tidak ramai dah tentu proses tersebut menjadi lebih rumit. Saya tak hairan kenapa saya tak dapat berpindah ke Perlis. Tapi agak hairan apabila permohonan ke negeri lain yang mempunyai pergerakan guru yang besar juga tak berjaya. Acaner?


Status?
Status bujang juga saya rasa tak mempengaruhi pertukaran. Bukan sedikit orang bujang yang berjaya berpindah. Tak caya? Cuba lah buka laman sosial yang berkaitan dengan Pertukaran Guru. Dan bukan sedikit juga orang yang dah berkahwin dan beranak pinak, tetapi masih juga gagal dalam proses pertukaran. Ada rakan guru, seorang ibu, dengan subjek tidak kritikal, dah cukup tempoh berkhidmat 4 tahun, ada anak kecil yang terpaksa dijaga oleh ibu mertua, memohon ke Negeri Sembilan dari Sarawak, juga GAGAL! Pelik kan?


Mekanisma?
Secara jujurnya, saya tak faham akan mekanisma yang digunapakai oleh mereka yang  terlibat dengan proses pertukaran ini. Tiada mekanisma yang jelas yang boleh saya jadikan sandaran. Tempoh berkhidmat, status, dan jarak, langsung tidak dapat menjamin anda berjaya dalam pertukaran. Saya harap pihak berkenaan dapat menstrukturkan semula kerja-kerja pertukaran, supaya mempunyai mekanisma yang lebih jelas, telus dan boleh lebih dipercayai!


Azam Masih Sama!
Sekalipun gagal dalam pertukaran, jangan anggap saya dah putus harapan. Saya masih akan cuba berbakti sebaik mungkin pada tahun depan untuk negeri Sarawak. Tak pernah saya jadikan isu pertukaran ini sebagai alasan untuk saya tidak berkhidmat dengan baik. Saya masih mempunyai mempunyai tanggungjawab sebagai guru yang perlu saya laksanakan sebaik mungkin. InshaAllah!

Tetapi dalam masa yang sama juga, saya akui pasti ada sebilangan guru yang tertekan dan kecewa dengan keputusan ini. Tak mustahil ada yang bertindak dengan cara yang negatif, dan menjadi tidak bersemangat untuk berkhidmat. 

Pesanan saya, percayalah.. Setiap ketentuan, pasti ada hikmahNya. Dan jika kita rasakan kita sedang dalam kesusahan, percayalah, ada orang lain yang jauh lebih susah daripada kita.. Tuhan uji kita dengan hujan, supaya kita dapat lihat pelangi selepas itu... yer dak?


p/s: Bukan rungutan, bukan juga untuk menyalahkan siapa-siapa. Sekadar renungan, luahan dan perkongsian. Peringatan untuk yang nak tinggalkan komen di bawah, jika kita tak dapat nak menyenangkan hati orang, tak perlu untuk melukakan... Owh ya! Memang senang untuk nak bercakap kalau kita tak berada di situasi orang lain. Terima kasih kerana sudi mendengar! ;)

64 ulasan:

  1. sabar yer, CN faham perasaan Cikgu Hailmi, cuba tahun depan mintak ke JPWPKL sebab negeri ni jer yang senang menerima cikgu2 dari luar, CN pon ada tanya pegawai berkaitan dekat JPWPKL, jawapan dia pon sama, nk masuk KL senang tapi nk keluar KL susah, at least dah berada di semenanjung dekat sikit dari kat sarawak, cuba buat rayuan dekat KPM sebab CN setiap kali gagal mesti ke sana buat rayuan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekanisma misteri mereka ni patut diperjelaskan lebih terperinci.Sekurang-kurangnya bagitau la berapa lama lagi tempoh untuk diluluskan.Saya doakan permohonan awk akan diluluskan tak lama lagi.

      P/S: terima kasih kasih kerana ping di www.pingblog.net
      BLOGGER lain jom !! ping script agregator terkini 2014

      Padam
    2. cikgu, apa yang cikgu cakap tu betul...sebab saya juga asal perlis. dah 11 tahun merantau dari bapa ade sampai meninggal, dari saya bujang sampai kahwin. mintak masuk kedah penang, perak sebab fikirkan perlis negeri kecil yang mungkin tiada tempat. Perlis memang indera kayangan..sebab sukar sangat nak masuk situ

      Padam
  2. TQ CN.. InshaAllah, untuk permohonan tahun depan, mungkin saya akan pertimbangkan JPN lain.. Dah merajuk dengan JPN Perlis! ha ha ha .. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lagi Cg Hailmi. Saya pun berasal dari semenanjung. Sudah 7 tahun saya berkhidmat di srwk. Saya pun baru memegang jwtn gc bm. Mungkin disebabkan perkhidmatan masih diperlukan saya masih lagi berkhidmat di sini. Kwn2 yg sama batch posting dgn saya pon dh blk sjung wlpn belum berkahwin. Lelaki pula tu..

      Padam
    2. INshaAllah.. semoga terus berbakti walau di mana kita berada.. ;)

      Padam
  3. Awww.. It's okay!! There must be a reason you're still here :) Skrg mmg kita tak nampak hikmahnya tp nanti2 akan muncul gak :D Takpa, Tuhan tau apa niat sbenar kita nak balik kan, He will make a way :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Sis!!.. Must be a reason why I'm still here.. ;)
      Semoga dipermudahkanNya..

      Padam
  4. hang bujang lagi? okeh. sila kahwin. Dan apply tukar. Rasa lepas lah lepas tu..

    tapi kalau hang kahwin orang sana gak..itu cerita lain lah. haha..

    kalau tidak, hang kena wat "hal".

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha ha ha... buat hal senang nak dapat tukar ek?
      boleh try tu..

      Padam
    2. ramai member buat hal. terus dapat tukar. masuk sekolah baru..jadi baik dan skema terus. haha..

      Padam
  5. Agaknya guru ni tak bagi RASUAH kot. Kan zaman sekarang segala-galanya perlukan WANG!

    BalasPadam
  6. Jangan patah semangat... Yakin pada Allah SWT... Insya Allah, peluang tu akan datang juga. Yang penting, semangat sebagai pendidik jangan luntur untuk majukan anak bangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas dorongan.. inshaAllah akan sentiasa terus bersemangat.. doakan juga yer

      Padam
  7. Mane tau taun depan masok TV. Semoga anda dapat yg terbaik. Berkhidmat untuk Negara~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu zuzue.. he heh e.. Masuk tv pasal benda bagus takpe..
      Takut masok tv pasal dah jadik mcam-macam.. ;)

      Padam
  8. Khidmat anda masih diperlukan di srwk..semoga diberikan kekuatan utk trs bersabar..tuhan tahu apa yg terbaik utk hambanya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih izmyra atas dorongan..
      InshaAllah saya akan berusaha sebaik mungkin..

      Padam
  9. mungkin ada hikmah knp cikgu xdpt tukar. Allah dah berpesan apa yang nampak susah bagi kita sebenarnya baik bagi Allah. thinking positif. sy ni pun kena belajar fikir positif jugak.dpt tmpat baru ni buatkan hati sy berdebar2,takut pun ada.

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah cikgu berada di sana boleh lagi blogging dan berkarya bersama murid2 cikgu dan berkarya untuk ilmu yang bermanfaat. Kalau cikgu di putrajaya ada cuti pun dalam takwim sahaja, jauh lagi nak berkarya. Semoga Allah meredhai apa yang kita lakukan untuk membina generasi Malaysia yang bahagia di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  11. inshaAllah, semoga saya terus diberikan semangat untuk berkhidmat dengan sebaiknya..

    BalasPadam
  12. demo ore go mahal..sarawak sayang ko demo lg..kena ..slow2 skit,..cari dulu partner "sebelah"....insya allah rezki ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha3.. nasihat suruh cari partner tuh mmg terbaek ar Cikgu Khairul.
      InshaAllah.. slow2.. ;)

      Padam
  13. harap bersabar la cikgu hailmi...cikgu skola sy dh 16thn br dpt tukar kelantan, 12 thn br dpt tukar kedah.

    nasib baik sy posting skolah yg 5 min dr rumah famili .. :)

    BalasPadam
  14. Jangan berputus asa... sy pun masih menunggu insya Allah ada hikmahnya ada jalannya nanti...

    BalasPadam
  15. salam cikgu,,,saya amat bersimpati malah turut sama mengenang nasib saya 10 tahun di selangor...mak yang saya kasihi di Chuping Perlis. Let us not giving up ...we might not get to the moon...but we can at least climb the mountain so that we can see it or wave to it happily....good luck

    BalasPadam
  16. InshaAllah.. sentiasa berusaha dan percaya dengan ketentuan Allah.. ;)

    BalasPadam
  17. Sabar ye Cg Hailmi n thnks pd blog yg sgt berguna. Selalu menjadi ruuukan cikgu baru sprt saya.

    Saya setuju dengan Cikgu Haliza, kami di KL tak sempat nak berkarya. Tp alhamdulliah, kami masih sempat menjenguk karya org lain. Kepuasan mengajar tak dapat rasa sgt. Namun akan sentiasa meningkatkan azam demi anak bangsa

    BalasPadam
  18. TQ cikgu Norliza sbb jadikan blog buruk saya nih sebagai rujukan..
    Jom sama2 kita berusaha mendidik anak bangsa.. ;)

    BalasPadam
  19. assalamualaikum..
    mana ada blog ckgu nie buruk.... brguna adalah ,,,, bnyak info yg saya dapt dri sni tau...
    - sabar jak la ckgu... apa yg jadik ada hikmahnya ... OK. keep calm and always berdoa dan terus berdoa.... Saya akn sentiasa doakn utk ckgu2 semua...

    BalasPadam
  20. Waalaikumsalam.. InshaAllah, cikgu tak berputus asa dalam mendidik anak2 Malaysia.. Doakan cikgu jugak yer.. ;)

    BalasPadam
  21. Insyaallah..kita sama2 berdoa semoga dpt tukar utk pertukaran kali ni..sy pun nk balik perlis jugak.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an.. semoga berjaya yer.. ;)

      Padam
  22. saya dah 12 tahun di perantauan. dah 24 kali mintak. tak dapat2. kawan2 lain ramai yang dah dapat tukaq. yang baru posting pun dapat balik negeri. tapi saya..... huhuhu.... sedih sungguh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah kita sama-sama sabaq yer..
      ada rezeki nanti, dapat lah tu
      teruskan berdoa

      Padam
  23. Salam.. Cikgu.. Saya pun nak mohon bertukar ke daerah lain.. Tapi saya tak tahu pula prosedur pindah kalau Guru Cemerlang ni sebenarnya berbeza.. Boleh cikgu ceritakan tak bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. permohonan GC adalah melalui borang manual yang lebih kurang sama borang EGTukar.. cuba tanya PPD anda bertugas, pegawai yang menguruskan kebiasaannya adalah daripada Unit Naik Pangkat

      Padam
  24. Assalam...Isu pertukaran ni mmg plbgai karenah. Tp kkdg bla d renung kmbali, mngkin ada hikmh..(ayat keramat)..😊😊
    Alkisah ceta...saya jga mngalaminya. 2008 mohon prtukaran & merayu k jabatan. Awalnya krn peg tu mngkin kesian cba d tawarkn k sek yg ada kekosongan PK. Tp x layak lgi. Xpa..yg pntg dpt tukar..walau msh jauh dr rumah.
    Saban tahun cba jwpnnya ttp DUKACITA shinggalah tahun lps 2013. Tu yg jdi ayat keramat.. ada hikmahnya x dpt tukar. PK1 tukar krn bebanan tugas & GB offer jwtan tu...huhu...1 Mei tarikh keramat jga..cba mnggalas amanah walaupun x semudah yg d fikirkn...

    BalasPadam
  25. sabar dan terus sabar..sampai biler??di mana tersembunyi ketulusan?

    BalasPadam
  26. Sama la kita cikgu.. sy pun dah banyak kali mohon.. tak juga dapat pindah.. Kelantan tu dari 3-4 tahun lepas di e-gTukar tak pernah ada kosong.. mungkin xde yg pencen n meninggal kat sana.. yg peliknya ada je kawan2 yg lebih muda boleh masuk, ramai plak tu.. entahlah..mungkin diorg ada alasan lebih besar utk tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah cikgu.. takpe, kita sama-sama usaha lagi tahun nih. doakan banyak2 moga ada rezeki tahun ni.. amin! ;)

      Padam
  27. Dulu saya pun dr Sarawak,dpt mask Perak..skrg nk tnggu blk Kedah,8 thn mntak tp x dpt..mngkn sbb sy bujang gak kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang2nya dah dekat dah Perak ke Kedah tu. hujung minggu dapat jugak balik2 jenguk mak ayah di kampung.. ;)

      Padam
  28. Yang saya tahu pertukaran paling mengambil kira option mengajar guru. Sains, Pend. Islam contohnya memang susah. Akan datang guru-guru akan ada 'Label Guru'. Dalam proses & dijalankan sepenuhnya nanti. Kalau opsyen, ada cikgu ajar rencam tapi label guru dibuat supaya seseorang guru tu lebih jelas & mudah dikenalpasti opsyen dominannya. Dalam kes cikgu Hailmi mungkin Jpn Perlis dah cukup opsyen sains termasuk GCnya..??

    Sabar la cikgu eh. Sampai masa boleh juga nanti tu. P/s: label guru tu boleh adjust. Sila berhubung dengan guru data.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih atas pandangan Cikgu Null.. saya anggap, belom ada rezeki.. inshaAllah kalau dah sampai rezeki yang ditetapkan, dapat lah jugak nanti.. ;)

      Padam
  29. Tahniah pada guru2 yg dpt pindah utk thn 2015. Saya pun dah nak masuk 8 thn di Perak. Nak masuk phg pun susah jgk. Tp apapun sy bersyukur sbb lebih dekat dgn family berbanding rkn2 yg berjauhan 'oversea'. Thn ni cikgu dpt pindah tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya belum tahu lagi keputusan pertukaran.. INshaAllah doakan saya berjaya yer

      Padam
  30. Tahun ni sy dpt blk Kedah..alhamdulillah..tak sangka akhirnya dapat blk

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah... doakan saya juga berjaya yer!

      Padam
  31. Ckgu berjaya ke tukar tahun ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Disebabkan saya mengisi borang pertukaran secara manual, maka sehingga saat komen ini ditulis, saya belum tau lagi status pertukaran saya. Doakan saya berjaya tukar yer.. tq

      Padam
  32. Agak kecewa masih tidak dpat tkr ,semua kawan- kawan yang sekapal datang masing- masing dapt pulang ke kampung dengan hati riang.Apalah yang telah berlaku kepada eg tukar?Sudah lebih 5 tahun aku di bumi Sabah dan telah berkeluarga ,namun masih juga tidak dapat pindah.Kalau nak dikira gaji dengan tiket kapal dikira negatif dah ni,menteri yang terlibat mana anda semua?cuba anda di tempat kami berjauhan dari bapa yg sakit,isteri yang sarat.Bukalah mata dan renungkanlah di bawah anda,jgn hanya mendongak ke atas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. memang kecewa. hanya yang mengalami akan faham apa perasaan.. yang tak alami, "Bawak bersabar.. cikgu cuba lagi tahun depan.."

      Padam
  33. Salam seperguruan Cikgu Hailmi..... ingin dicoretkan sedikit Ilmu dan pengalaman di Bumi Kenyalang..... Sejarah tercipta apabila kehilangan Batch guru Kursus 2 Tahun... Bumi Kenyalang dahagakan guru dari Semenanjung saya Batch pertama Kursus 3 Tahun 1983.... Bekas Exco MGP.... selesaikan hutang bekas MGP RM30 ribu serta berjasa semasa perpindahan ke Maktab baru di Hulu Kinta berselisih faham dengan N.Pengetua sehingga saya bersama 9 Exco dibuang ke Sarawak sepatut dapat mengajar di kampung sendiri.... tetapi jasa tidak dikenang malah Sijil Pengiktirafan Exco MGP tidak diberi..... Fikir positif..... nekik belon sampai ke pedalam Sarawak..
    minum air hujan... mandi tepi jelatung air sungai .... 2 minggu tak hujan air sungai jadi masin.... letrik pakai generator pukul.... 7.00 sampai pukul 10.00 malam... Tanpa kita Guru Ari Semanjung..... pendidikan boleh lumpuh..... kebodohan murid sehingga kepada guru dan guru besar bertaraf GABAN...... malas.. tiada inovasi... rasuah... salah guna kuasa..... salah guna duit makan asrama.... sabung ayam dan berjudi minum tuak dalam kawasan sekolah perkara biasa....belum lagi kes sex murid dan guru yang dihalalkan ngayap.... mengandung darjah Enam...tingkatan 1 2 3 serta pesta sex selepas PMR .... perkara biasa.... Satu perkara yang paling tidak boleh diterima ialah... panggilan kita orang MELAYA...... Program Integrasi dikalangan guru perlu di hentikan.... KPM tolong panggil balik semua Guru Sarawak dan Sabah balik untuk berkhidmat di negeri mereka..... KPM tolong pastikan tiada seorang Guru baru Sarawak dan Sabah yang dibenarkan mengajar di Semenanjung !. Bawa balik semua Guru Semenanjung yang sudah berkhidmat lebih 5 Tahun ke Semenanjung. Guru yang menerima ugutan dari Guru Besar... Pengetua.... Pengarah atau Macai JPN malah di pedalaman Polis juga berani ugut... tidak layan Laporan jenayah dari Guru Semenanjung terus kepada SPRM Persekutuan...... Semua Program On Line EG Tukar.. SAPS... EMIS ..FROG VLE..... perlu disemak semula kerana Sistem Komputer dan perisian tiada integriti kerana dikendali oleh Pegawai dan Server yang dibayar dengan duit kerajaan berjuta tetapi dikendalikan oleh Syarikat yang Black list... Jadi cikgu Hailmi bersabar dan berusaha.... percayalah semua ini disusun rapi oleh ALLAH... ingat tuhan menguji Hambanya...... Baru ini saya berjumpa seorang Guru Perempuan dari kawasan pedalaman P3 ! yang telah keguguran anak pertama akibat melangkah 5 boat Express untuk ke pedalaman.... berjaya balik ke Semenanjung..... apabila suaminya seorang Jurutera.... pergi ke Kementerian..... berjumpa dengan pegawai Pertukaran.... isterinya di tipu oleh Guru Besar... PPD dan JPN Sarawak dengan mengisytiharkan kawasan isteri sebagai kawasan P1..... kuarters yang sepatut di duduki dengan potongan gaji di duduki oleh Guru Besar... Penolong Kanan secara percuma...... setelah berkira-kira di Meja Pengarah tersebut RM 37 ribu perlu dituntut dari JPN Sarawak boleh dilupuskan dengan syarat bawa Isterinya balik ke Semenanjung....... kerana sekiranya gagal tuntutan akan mengheret semua yang terlibat...... termasuk Pengarah tersebut.... nak tahu kenapa..... kerana sebelum bicara Pengarah tersebut dengan bangganya menyatakan kepada Jurutera tersebut dialah yang memperkenalkan Sistem pembayaran Elaun Mengajar Pedalaman.. P1..P2..P3.... tetapi kecuaiannya untuk memantau menyebabkan Elaun P1..P2..P3 telah disonglap oleh JPN.. PPD..Guru Besar di negeri Sarawak... tak tahu berapa Juta satu tahun..... maklumlah Pegawai Kewangan..... Kerani Kewangan ..dan Guru Besar cuti semester suruh Cikgu Semenanjung jaga sekolah mereka pergi Ke Genting Highland berjudi..... Salam ari Cikgu Semanjung......

    BalasPadam
  34. HARAP PIHAK KEMENTERIAN PENDIDIKAN PEKA DENGAN ISU PERTUKARAN INI. JANGAN HANYA PANDAI MEMBERIKAN ARAHAN TETAPI KEBAJIKAN GURU TIDAK DIJAGA. RAMAI YANG MINTA PERTUKARAN DISEBABKAN KEPERLUAN TETAPI GAGAL, APABILA GURU YANG BARU POSTING ADA PULA TEMPAT YANG JAUH LEBIH BAIK. APA HAK KAMI SEBAGAI GURU....

    BalasPadam
  35. Bujang, lelaki, 4 tahun di sarawak, dapat tukar ke perak setelah 2 kali egtukar akhir tahun. Alhamdulillah syukur, tapi jarak dari rumah ke sekolah 60km. berulang alik selama 4 tahun. redho. Demi tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, ujian Allah. Dapat APC dan naik pangkat. Alhamdulillah! anugerah Allah! minta egtukar lagi 2 kali, setelah 4 tahun, dapat tukar ke sekolah yang jaraknya hanya 2 km dari rumah. Allahuakbar! Alhamdullillah! yang paling gembira ialah ibu. Doa ibu yang paling2 kuat sekali dimakbulkan Allah! Tempat baru, InsyaAllah. Akan buat terbaik. Jangan berhenti berdoa!!! Hanya guna KABEL BESAR dari ALLAH sahaja!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer.. betul.. soalnya adalah pada rezeki.. semoga orang lain pun ada rezeki jugak.

      Padam
  36. Terdetik utk berkongsi pendapat. Kadangkala niat yg baik seiring dengan usaha itu lebih berkesan. Thanks be to God. Saya pun telah berjaya pindah dr bumi Kenyalang ke bumi di Bawah Bayu dalam tempoh 3 tahun sahaja :)

    BalasPadam
  37. sabar tuan, ramai lagi macam tuan...ada sahabat di selatan semenanjung berulang alik setiap minggu dengan bas ke kota bharu bertemu anak isteri selama hampir 10 tahun... dekat 20 kali isi borang pindah masih gagal... harap semua dapat diselesaikan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah, sebab sabar lah saya masih bertahan di sana sampai 8 tahun. dan juga agak kurang adil membandingkan perjalanan dari Sarawak - Perlis dan juga Johor - Kelantan yang masih boleh menggunakan jalan raya.

      Apa pun, terima kasih atas nasihat Ustaz. Alhamdulillah saya juga sekarang sudah berada di kampung halaman di Perlis. Tetapi rezeki mengajar di Kedah.

      Padam
  38. Apa rahsia cikgu buleh bertahan..bersabar dgn sistem yang x sistematik dari kerajaan..
    Isteri saya yang berjauhan baru setahun dah macam nak gila..mohon sangat cikgu boleh share tips2 untuk kekal bertenang dan teros bersabar..huhuhuhu..
    Dahlah duduk berjauhan dgn suami..dengan kos kapal terbang semua..huhuhuhu..

    BalasPadam