Keperluan kepada STEM wujud apabila kehendak terhadap bidang kerja yang melibatkan STEM adalah jauh lebih tinggi berbanding bidang lain. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, 80% bidang pekerjaannya adalah melibatkan bidang STEM. Maka untuk itu, pelajar perlu disediakan dengan bidang ini bagi membantu menyediakan lebih banyak sumber kerja kepada negara.
Dapatkan bahan bacaan STEM hasil tulisan Cikgu Hailmi |
Akan tetapi menjadi masalah apabila pelajar sekarang masih tidak dapat memenuhi kriteria keperluan tersebut. Sama ada dari segi bilangan mahupun kualiti kerja dalam bidang STEM.
Peningkatan bilangan pelajar perempuan ke kolej dan universiti juga kini jauh menandingi bilangan pelajar lelaki. Dan, kurang daripada separuhnya adalah berminat dengan bidang STEM. Dasar STEM ini menjadi lebih penting kerana perkembangan bidang kerja yang berkaitan dengan STEM adalah 3 kali ganda berbanding bidang bukan STEM.
Dikatakan juga, pekerja dalam bidang STEM mempunyai kurang risiko untuk pengangguran dan juga kebiasaannya mereka dibayar dengan gaji yang lebih besar.
Jadi, apa yang kita boleh lakukan?
Menanam minat kepada pelajar untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkaitan STEM sejak dari sekolah lagi. Antara strategi yang boleh dilakukan adalah :
Dapatkan bahan bacaan STEM hasil tulisan Cikgu Hailmi |
1) Pembelajaran berasaskan project-based yang diintegrasikan
2) Pembelajaran berasaskan real-world yang dibantu oleh internship dan mentor
3) Guru dilatih untuk bekerja dalam bidang STEM tertentu
4) Lebih banyak peluang belajar di peringkat tinggi
18 Ulasan
oooo nie la stem....hehe ingtkan apa la td
BalasPadambaru dengar stem ni, yg cn tahu stem cell untuk kecantikan tu..hehe
BalasPadamAPA PERSEDIAAN PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGHADAPI UJIAN DIAGNOSTIK STEM INI?
BalasPadamTunuan ujian ini untuk apa ya?
PadamJika tujuan utama untuk analisa kesediaan guru-guru terhadap STEM dlm pendidikan, sepatutnya perlu juga analisa murid2 dan ibu bapa. Ini kerana semuanya saling berkaitan. Di zaman ZERO bajet ni, kekuatan sumber kewangan dpd PIBG lah yang memainkan peranan sepenuhnya. Jika ada YB yang memberi sumbangan pun kebanyakannya dalam bentuk projek, bukannya cash term.
BalasPadamALHAMDULILLAH BERTAMBAH LAGI ILMU SIAP MEMASUKI DUNIA YANG KOMPETITIF !
BalasPadamAssalamualaikum...........
BalasPadamTerima kasih, atas perkongsian ilmu di Yayasan Pahang tentang PA21
mohon bantuan contoh soal selidik berkaitan kesediaan guru melaksana kan STEM dalam PdP kalau ada.email : ramlisetapa@yahoo.com.tq & jazakallah.
BalasPadamnak tnya apa kesan program STEM pada diri,masyarakat dan negara'
BalasPadammohon bantuan, materi matematika yang sesuai STEM
BalasPadamTqvm cg hailmi
BalasPadamLol,name persatuan sya STEM
BalasPadamProgram bagus tp pelaksanaannyer saja perlu ditingkatkan terutama menyediakan guru2 yg mempunyai kesediaan yang benar2 inginkn Pembelajaran STEM ini. Dan yg kedua, bajet perlu ada laaaa..
BalasPadamTerima kasih Cikgu Hailmi
BalasPadamhi .nak tanya kalau kursus sains kognitif tu bidang stem juga ke?
BalasPadamsaya demam
BalasPadammakan ubat
Padammacam mana nak buat karangan stem saya tak faham?Tolong ajar kan boleh
BalasPadam