.

.

KARTiKEL

Selasa, 30 Disember 2014

8 Tahun di Sarawak, Pertukaran Saya Kini Diluluskan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi selepas menerima berita baik berkenaan pertukaran saya kali ini. Selepas menunggu untuk 8 tahun, dengan hampir 13 kali permohonan, nampaknya rezeki memihak kepada saya untuk permohonan kali ini. 

Seperti yang telah saya jelaskan berulang kali, permohonan saya bukanlah disebabkan kerana sudah tidak suka berada di Sarawak. Bukan kerana tidak suka berada di Sibu. Dan bukan kerana sudah tidak suka berada di SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Tetapi lebih kepada keperluan untuk saya berada bersama keluarga, terutamanya ibubapa yang sudah makin uzur dan perlukan jagaan yang lebih. 

Apabila berdepan dengan situasi di mana saya perlu memilih antara impian dan keluarga, maka bagi saya, keluarga adalah pilihan utama saya. Tidak ada galang gantinya. Maka dalam sesetengah keadaan, sebaik mana pun apa yang kita sudah ada, masih saya akan utamakan kedua mereka.




Jika difikirkan kembali, bukan sedikit usaha dan ikhtiar yang telah saya usahakan sepanjang 8 tahun ini. Pelbagai cara. Pelbagai alasan. Pelbagai usaha. Dan dengan pelbagai orang. Putrajaya juga dah berapa kali saya naik turun. Orang-orang VIP, kenamaan dan kononnya memiliki power untuk perpindahan juga dicuba. Tetapi akhirnya semua masih dengan keputusan yang sama. Masih GAGAL.


Usaha kali nih, saya betulkan semula niat untuk saya berpindah. Niat kerana mahu menjaga ibubapa di kampung yang saban hari semakin uzur. Niat mahu berbakti kepada kedua mereka seadanya saya. Dan niat menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.

Tips dari seorang rakan juga, saya cuba usahakan, iaitu bernazar. Beberapa orang kawan dari sama sekolah juga menggunakan tips yang sama, dan alhamdulillah sudah ada rezeki masing-masing untuk mereka.

Dan akhir sekali adalah doa yang tak putus-putus dari ibubapa, keluarga dan paling penting dari diri sendiri. Tak lupa juga memohon orang mendoakan agar urusan saya dipermudahkan bagi setiap kali diajukan dengan soalan "macam mana, dapat tukar dak?.."




Syukur ke hadrat Allah, dengan usaha "kabel besar" ini  permohonan saya kali ini berjaya!

Dan sesungguhnya perancangan Allah itu Maha Hebat lagi Maha Sempurna... 

Bukan setakat berjaya ke Kedah, saya ditempatkan di sekolah yang baru 1 tahun usianya. Sekolah baru di tepi jalan utama dari Alor Setar ke Kangar. Pelajarnya baru mencecah 300 orang, dengan bilangan guru yang tak sampai 30 orang. Dan lebih best, sebab jarak sekolah tersebut (walaupun di Kedah) dari rumah saya yang terletak di Perlis, hanyalah 20 minit perjalanan sahaja!

Cantik kan aturan Allah tu?.. ;)

Syukur sangat dengan apa yang diberikan kepada saya. Allah itu Maha Mengetahui. Disimpannya saya di Sarawak untuk 8 tahun, supaya dapat diberikan ke tempat yang paling sesuai untuk saya, pada masa dan keadaan yang paling tepat. 




Dalam pada gembira kerana sudah tiba masa untuk kembali ke kampung halaman, ada juga rasa sedih yang mendalam apabila mengenangkan pelajar dan rakan-rakan yang bakal saya tinggalkan di Sibu ini. 8 tahun masa bersama, bukan satu masa yang singkat. Sedih sebab tak tahu bila lagi masa akan dapat bertemu lagi. Hanya masa yang akan menentukan.

Banyak sangat kenangan saya di bumi Sibu ini. Dan begitulah banyaknya jasa bumi Sarawak ini kepada perkembangan saya menjadi seorang pendidik. Pengalaman 8 tahun ini inshaAllah boleh menjadi modal yang berguna untuk saya di masa akan datang. Sangat bernilai. Betapa terhutang budinya saya kepada pelajar-pelajar dan rakan guru di SMK Luar Bandar No.1 Sibu.


Tetapi perjalanan hidup harus diteruskan. Masing-masing ada destinasi yang tersendiri seperti yang telah dicatatkanNya. Maka setiap yang bertemu pasti akan ada perpisahan.


InshaAllah saya mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga mereka baik-baik saja. Malah saya akan bawa semangat dan impian ini ke sekolah baru yang bakal saya sumbangkan khidmat selepas ini. Mudah-mudahan usaha ini mendapat keberkatan dariNya.

Banyak idea yang dah berlegar di minda untuk diusahakan di sekolah baru nanti. Walau bagaimana pun, biar dulu saya jejakkan kaki ke sana. Melihat-lihat dulu suasana baru di sana. Berikan sedikit kesempatan untuk otak dan kudrat, rehat seketika. Sebelum menyambung misi yang lebih mencabar dan memberi dugaan bagi tahun 2015.


Semoga semuanya yang terbaik menanti setiap daripada kita. Amin!



20 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. berkat niat murni cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam..

      Padam
  2. Inilah yg sy rasa tatkala membuat pilihan utk berpindah demi menjaga ibu yg uzur.. meninggalkan anak2 murid di sabah satu perkara yg sangat sukar.. sedihnya Allah yg tahu... alhamdulillah di melaka dpt sekolah 20 minit dr rumah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan?.. tu lah.. rezeki kita yang dok ngajar jauh nih..
      ada juga hikmahNya

      Padam
  3. Terima kasih cikgu, cikgu mohon untuk berpindah bukan kerana jemu atau rasa enggan untuk bersama kami rakyat Borneo........bertuah ibu bapa cikgu mendapat anak yang budiman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih saudara/i

      sekadar menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik dan juga sebagai seorang anak.. semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNya

      Padam
  4. Allah maha mengetahui.....tahniah cikgu

    BalasPadam
  5. "Syukur sangat dengan apa yang diberikan kepada saya. Allah itu Maha Mengetahui. Disimpannya saya di Sarawak untuk 8 tahun, supaya dapat diberikan ke tempat yang paling sesuai untuk saya, pada masa dan keadaan yang paling tepat."

    ayat nie sangat mendalam maksdnya...

    BalasPadam
  6. Tahniah dan syukur....8 tahun bukan sekejap...
    Buka buku baru pulok..jadilah pelopor di sekolah baru pulok

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye... Alhamdulillah atas rezeki yang datang
      INshaAllah.. nak jadi pelopor kat sekolah baru pun bukan senang jugak tu.. banyak kerja nak buat.. ;)
      TQ cikgu Khairul!

      Padam
  7. Alhamdulillah..tahniah cikgu.. Semoga berjaya di tempat baru ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InshaAllah.. terima kasih banyak2 atas doa.. ;)

      Padam
  8. Alhamdulillah...tahniah cikgu! Skul baru cikgu tu dkt la juga ngn kampung sy. Kg. Simpang Empat Kuar. Sy baru 5 tahun menimba pengalaman di Mukah dan baru tahun ni nk cuba nasib utk berpindah. Pernah jumpa cikgu di kejohanan softbol peringkat negeri di mukah dulu. Time tu sy bertugas sbg penjaga masa di SMK Mukah tp tak sempat nk berkenalan. Anyway sy slalu juga mengikuti blog cikgu dan berterima kasih ats segala perkongsian pengalaman serta kerjaya cikgu selama berada di Sarawak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. oh ye ka? rezeki saya kot..
      Takpe.. inshaAllah ada masa nanti kita berjumpa di kampung saja.. ;)

      Padam
  9. alhamdulillah, tahniah ! CN dah jadi weekend housewife hampir 3 tahun, mmg menangis jer bila gagal dalam permohonan pertukaran, alhamdulilah, bila dpt tukar, dapat skola yg best dgn pentadbir yang sempoi..semoga berjaya di sekolah baru !

    p/s : bila nak buat kenduri kwen jgn lupa jemput CN yer..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang mengalami jer tahu camana perasaan berjauhan nih.. semoga urusan semua orang dipermudahkan.. ;)

      p/s: InshaAllah.. tunggu kad nanti yer.. (bila tu taktau lagi.. )

      Padam
  10. hoho..tahniah beb.

    baru aku perasan ko dapat tukar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah setahun dah kot.. ape pun tq jugak lah

      Padam