.

.

KARTiKEL

Ahad, 30 November 2014

Bercuti ke Pontianak : Hari 2

Hari kedua berada di Pontianak. Kami bangun awal pagi, jam 5 waktu Indonesia. Solat dan bersiap nak keluar pada jam 6 pagi. Mujur juga masa tempah hotel menggunakan Agoda, siap sekali dengan sarapan pagi. Jadi senang sket nak bergerak ke tempat lain. Jimat masa. Dah tak perlu cari kedai makan. 



Suasana selepas subuh di Kota Pontianak
Suasana selepas subuh di Kota Pontianak

Sarapan pagi yang disediakan boleh tahan juga. Masakan di Pontianak nih kebanyakkan jenis masakan Minang. Sedap! Tapi sambal dia memang pedas sungguh-sungguh punya pedas. So kalau nak makan bersambal, sila agak-agak yer. 



Sarapan pagi di Hotel Transera, Pontianak

Sarapan pagi di Hotel Transera, Pontianak

Cafe untuk bersarapan ada di Tingkat 8, iaitu tingkat paling atas. Sementara nak menunggu makan tu, saya ambil sekejap masa untuk melihat pemandangan atas Kota Pontianak. Maka bermula lah kembara di bumi Pontianak! Berikut adalah tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika melawat ke Pontianak.



#01 - Kota Pontianak
Kota Pontianak daripada pandangan atas hotel tempat saya menginap, iaitu Hotel Transera. Cantik kan?. 



Kota Pontianak daripada pandangan atas hotel

Kota Pontianak daripada pandangan atas hotel

Kota Pontianak daripada pandangan atas hotel



#02 - Sungai Kapuas
Sungai Kapuas adalah sungai besar yang merentasi 2 bahagian utama, iaitu Pontianak dan Siantan. Ada 2 jambatan yang perlu diseberangi jika mahu berulang alik dari Pontianak ke Siantan. 

Jambatan dengan 2 lorong ini boleh tahan jugak panjang. Kagum juga saya melihat sebahagian besar penduduknya bergerak menggunakan motosikal. Ramai giler! Pening kepala menengok nya.. hu3



Sungai Kapuas, Pontianak

Sungai Kapuas, Pontianak

Sungai Kapuas, Pontianak



#03 - Tugu Khatulistiwa
Oleh sebab Pontianak nih berada betul-betul di garisan Khatulistiwa, maka didirikan lah satu tugu bagi untuk tujuan tersebut. Tugu nih berada di bahagian Siantan. Di sini, anda boleh jumpa tugu asal yang dibina masa zaman Belanda. Tugu ini juga merupakan lambang rasmi kepada bandar Pontianak.

Pada waktu biasa, Pontianak sangat panas dan menyengat. Kebetulan kami pegi pada musim hujan. Jadi cuacanya biasa-biasa sahaja. Nasib baik. Harus diingat! Tempat nih wajib pegi untuk yang melancong ke Pontianak.

INFO : Bercuti ke Pontianak : Tugu Khatulistiwa



Tugu Khatulistiwa, di bandar Pontianak

Tugu Khatulistiwa, di bandar Pontianak

Tugu Khatulistiwa, di bandar Pontianak




#04 - Institut Dayakologi
Institut khas bagi mengkaji dan mengumpulkan data mengenai masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat. Institut ini juga bertanggungjawab menerbitkan majalah, buku dan penerbitan yang berkaitan dengan masyarakat Dayak di Indonesia.

Mengikut statistik seperti yang dimaklumkan oleh Encik Songkon, masyarakat Dayak di Kalimantan Barat terdiri daripada 151 sub-suku dengan lebih 186 bahasa yang berbeza. Manakala suku Dayak paling majoriti di Kalimantan Barat ini adalah dari suku Kanayatn.

INFO : Bercuti ke Pontianak : Institut Dayakologi



Institut Dayakologi yang mengkaji dan mengumpulkan data mengenai masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat

Institut Dayakologi yang mengkaji dan mengumpulkan data mengenai masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat

Institut Dayakologi yang mengkaji dan mengumpulkan data mengenai masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat



#05 - Aloe Vera Centre
Pontianak juga terkenal dengan produk aloeveranya. Ladang yang diusahakan oleh pemerintah Indonesia ini merupakan ladang aloevera yang digunakan bagi tujuan penyelidikan dan bantuan kepada peladang aloevera.

Di sini anda akan temui 2 jenis aloevera yang ditanam. Satu bagi tujuan kosmetik, manakala satu lagi bagi kegunaan dalam makanan atau minuman. Kagum tengok saiz kegemukan aloeveranya. Jangan lupa juga untuk minum air aloevera bila dah kat sana.


Aloe Vera Centre di bandar Pontianak

Aloe Vera Centre di bandar Pontianak

Aloe Vera Centre di bandar Pontianak



#06 - Istana Kadriyah
Istana ini adalah bekas kediaman keraton rasmi Kesultanan Pontianak. Mengikut sejarah, Sultan Syarif Abdurrahman alkadrie telah berjaya menghalau Pontianak daripada kawasan tersebut dengan 3 das tembakan.

Tempat pertama jatuhnya peluru tersebut, telah didirikan masjid. Tempat kedua, didirikan tugu peringatan dan tempat ketiga didirikan keraton (istana) ini. Maka di sinilah sejarah Kesultanan Pontianak bermula..

INFO : Bercuti ke Pontianak : Istana Kadriyah



Istana Kadriyah (keraton) kediaman rasmi Kesultanan Pontianak

Istana Kadriyah (keraton) kediaman rasmi Kesultanan Pontianak

Bersama pewaris Istana Kadriyah (keraton) kediaman rasmi Kesultanan Pontianak



#07 - Ayani Megamall
Megamall yang terbesar ada di Kota Pontianak. Boleh dapatkan pelbagai barangan dan pakaian yang lebih standard dan berjenama di sini. Juga di dalam nya ada gedung pakaian yang diberi nama 'Matahari'.



Ayani Megamall Megamall yang terbesar ada di Kota Pontianak

Ayani Megamall Megamall yang terbesar ada di Kota Pontianak

Ayani Megamall Megamall yang terbesar ada di Kota Pontianak



#08 - Taman Budaya
Bagi yang mencintai seni, anda boleh juga berkunjung ke Taman Budaya Kota Pontianak ini. Kebetulan semasa kunjungan saya ke sini, berlangsung appresiasi seni teater dan lakonan bersempena dengan Parade Teater Nusantara 2014.

INFO : Bercuti ke Pontianak : Parade Teater Nusantara 2014



Taman Budaya Kota Pontianak

Taman Budaya Kota Pontianak

Taman Budaya Kota Pontianak



#09 - Museum Kalimantan Barat
Bagi yang meminati sejarah, anda boleh berkunjung ke muzium ini. Sarat dengan info dan sejarah yang menarik mengenai kehidupan 3 masyarakat utama yang ada di Kalimantan Barat ini, iaitu Melayu, Dayak dan juga Cina.



Museum Kalimantan Barat

Museum Kalimantan Barat

Museum Kalimantan Barat



#10 - Rumah Panjang Betang
Rumah panjang masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat. Ini adalah versi baru yang dibina semula dan lebih berfungsi sebagai tempat perkumpulan kebudayaan. Galeri yang disediakan juga boleh bertindak seperti muzium.

Kebetulan pada ketika kami datang, satu pertunjukan kereta dan motosikal diadakan di sana. Maka rumah panjang ini tidak dibuka kepada pengunjung.



Rumah panjang masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat

Rumah panjang masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat

Rumah panjang masyarakat Dayak yang berada di Kalimantan Barat



#11 - Pasar Sudirman dan Pasar Tengah
Deretan kedai-kedai yang menjual pakaian dan cenderamata dengan murah. Telekung dan pakaian solat banyak dijual di sini. Konsep perniagaan seperti ala-ala di Jalan TAR. Bagi kaum perempuan, pasti anda akan suka kalau dapat berkunjung ke sini. Ingat! Survey harga dulu, kemudian jangan lupa mintak tawar menawar.



Pasar Sudirman dan Pasar Tengah

Pasar Sudirman dan Pasar Tengah

Pasar Sudirman dan Pasar Tengah



#12 - Parade Teater Nusantara 2014
Kebetulan semasa kami berada di Pontianak, sedang berlangsung Parade Teater Nusantara 2014 di Taman Budaya Kota Pontianak. Maka ambil kesempatan untuk menonton appreasiasi seni oleh bakat-bakat dari seluruh Indonesia. Teater yang sempat kami tonton bertajuk "Hening" persembahan oleh Sanggar Pojok Jakarta Selatan.

Tahniah juga untuk Ketua Panitia (Pengarah Projek), iaitu saudara Ayyip yang bertungkus lumus memastikan parade sepanjang 44 hari ini berlangsung dengan jayanya.

INFO : Bercuti ke Pontianak : Parade Teater Nusantara 2014



Bersama Ayip, Ketua Panitia Parade Teater Nusantara 2014

Teater Hening oleh Sanggar Pojok Jakarta Selatan semasa Parade Teater Nusantara 2014 di Kota Pontianak

Teater Hening oleh Sanggar Pojok Jakarta Selatan semasa Parade Teater Nusantara 2014 di Kota Pontianak



Seharian jalan-jalan di Pontianak pada hari kedua ini, rasanya sangat berbaloi. Setelah merancang dengan teliti, setiap perjalanan ke destinasi yang nak dituju berjalan dengan lancar dan tanpa dugaan. Alhamdulillah. Minyak kereta juga masih terisi. Esok sebelum balik baru nak diisi. 

So, balik tidur dan bersedia untuk perjalanan pulang pada hari esok. 8 jam lagi nak menempuh perjalan yang panjang. Teruskan membaca Bercuti ke Pontianak : Hari 3




TRAVELOG LENGKAP KE PONTIANAK
Bercuti ke Pontianak : Hari 1 (Perjalanan Pergi)
Bercuti ke Pontianak : Hari 2 (Tempat Menarik di Pontianak)
Bercuti ke Pontianak : Hari 3 (Perjalanan Balik)


5 ulasan:

  1. Jelas terasa Sarawak n Kalimantan mempunyai adat n budaya y sama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. budaya nya lebih kurang saja.. cuma perbezaan sikit2 pada bahasa dan juga cara berfikir.. sebab bukan dari negara yang sama... ;)

      Padam
  2. salam cikgu nak tanya boleh guna kereta sendiri eh ke sana bermasalah tak? jln nak kesana elok tak? ramai yg ckp tak elok pastu bahaya bawak kereta sendiri , saya tgk cikgu bawak kereta viva betul ke??

    BalasPadam
  3. kenapa hari ke3 catatan tu takde

    BalasPadam