.

.

KARTiKEL

Rabu, 3 Disember 2014

Bercuti ke Pontianak : Tugu Khatulistiwa

Antara satu mercu tanda Kota Pontianak yang paling popular adalah Tugu Khatulistiwa. Tugu ini berada lebih kurang 3 km daripada pusat Kota Pontianak, iaitu menuju ke arah Mempawah. Tugu Khatulistiwa ini didirikan kerana Kota Pontianak ini berada pada betul-betul garisan Khatulistiwa bumi. Maka bagi mengabadikan keunikan ini, maka Tugu Khatulistwa ini didirikan.


mercu tanda Kota Pontianak yang paling popular adalah Tugu Khatulistiwa
Mercu tanda popular di Kota Pontianak - Tugu Khatulistiwa

Seperti juga kunjungan mereka yang lain, pasti tak lengkap percutian saya ke Pontianak jika tidak berkujung ke sini. Kawasan tugu ini agak tersorok. Maka banyak-banyak lah bertanya jika anda malas nak sesat ke sana ke mari.

Bahagian pintu masuk disambut dengan papan tanda yang agak terlindung di celah-celah pokok hiasan yang ditanam.


Papan tanda di depan Tugu Khatulistiwa, Pontianak

Parkir di depan Tugu Khatulistiwa, Pontianak


Namun dari sana anda dah dapat saksikan kemegahan Tugu Khatulistiwa tersebut dari luar. Tugu yang asli, sebenarnya berada di dalam. Tak ingat pula saya masa operasinya. Masa kami tiba di tugu tersebut, staf di sana masih sedang membersihkan lantai. Tapi disebabkan mereka tahu bahawa kami adalah wisatawan (pelancong) daripada luar, maka mereka benarkan kami terus masuk.


Tugu Khatulistiwa, Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia
Kanan di hemisfera Utara - Kiri di hemisfera Selatan

Di bahagian dalam tugu ini, ada disediakan Tugu Khatulistiwa asal yang telah dibina pada tahun 1938. Zaman penjajahan Belanda lagi masa nih. Kubah di luar yang tersergam indah tu sebenarnya baru sahaja dibina pada tahun 1990 bagi melindungi struktur asal. Tahan kan? Opkoz ler sebab kayu yang digunakan adalah dari jenis Kayu Belian yang memang terbukti keras, kuat dan hebat sejak zaman berzaman!


Tugu Khatulistiwa, Kota Pontianak, Kalimantar Barat, Indonesia

Tugu Khatulistiwa, Kota Pontianak, Kalimantar Barat, Indonesia

Salam dari hemisfera Utara dan hemisfera Selatan
Salam dari hemisfera Utara dan hemisfera Selatan

Galeri mengenai keunikan tempat ini juga ada disediakan. Maklumat dan info yang berkaitan dengan bumi dan garisan khatulistiwa disediakan sebagai bacaan para pengunjung. Sejarah awal pendirian tugu ini juga disediakan bagi memberikan maklumat sebenar kepada pengunjung.


Galeri yang terdapat dalam Tugu Khatulistiwa, Pontianak

Galeri yang terdapat dalam Tugu Khatulistiwa, Pontianak

Galeri yang terdapat dalam Tugu Khatulistiwa, Pontianak


Di Tugu ini, ada peristiwa unik yang akan berlaku pada tarikh tertentu pada setiap tahun. Di mana, pada hari tersebut, Matahari akan berada tepat di garisan Khatulistiwa yang menyebabkan ketiadaan bayang-bayang pada ketika itu!

Peristiwa ini dinamakan KULMINASI MATAHARI dan berlaku pada tarikh 21-23 Mac dan juga 21-23 September pada setiap tahun. Yang berminat nak menyaksikan sendiri fenomena alam ini, boleh lah berkunjung ke Pontianak pada tarikh yang dinyatakan.


Manakala bagi mereka yang suka menyimpan kenangan, beberapa replika pelbagai saiz juga disediakan untuk dibeli oleh pengunjung. Dah tentu rekabentuk Tugu Khatulistiwa menjadi pilihan. Tapi maaf lah yer.. tak sempat nak tanya harga arituh. 


Cenderamata replika Tugu Khatulistiwa yang boleh dibeli sebagai kenangan
Cenderamata replika Tugu Khatulistiwa yang boleh dibeli sebagai kenangan

Kesimpulannya, sebagai mercu tanda bagi Kota Pontianak, maka amat wajarlah sekali jika Tugu Khatulistiwa ini dijadikan satu destinasi wajib bagi anda jika berkunjung ke sini. Malah bagi menunjukkan betapa pentingnya Tugu Khatulistiwa ini kepada Kota Pontianak, simbol tugu ini boleh dilihat penuh menghiasi lampu sepanjang jalan. Rugi kan kalau dah sampai Pontianak, tapi tak berkunjung ke Tugu Khatulistiwa ini!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan