.

.

KARTiKEL

Ahad, 30 November 2014

Bercuti ke Pontianak : Hari 1

Untuk cuti sekolah pada tahun ini, saya balik ke kampung di Perlis lebih lewat dari biasa. Ini disebabkan saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM. Nak dijadikan cerita, banyak pula masa senggang sementara nak menunggu paper SPM yang terakhir, maka otak nih mula lah ligat fikir mana nak pegi jalan. So, tak susah nak dapatkan destinasinya. Dah lama rancang, namun belum ada kesempatan. Itulah percutian ke Kota Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia.



Kota Pontianak dari atas hotel
Kota Pontianak dari atas hotel


Survey Awal
Oleh sebab ini kali pertama saya nak ke Pontianak, maka amatlah perlu untuk dibuat survey sebelum bercuti di sana. Bacaan daripada blog-blog yang mencatatkan perjalanan ke Pontianak adalah sangatlah membantu. Terutamanya yang berkaitan dengan dokumen penting yang diperlukan dan juga tempat menarik untuk dilawat. 



Dokumen penting, catatan blog dan Surface untuk catatan perjalanan
Dokumen penting, catatan blog dan Surface untuk catatan perjalanan

Namun disebabkan kota Pontianak ini bukanlah destinasi pelancongan yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia, maka agak susah sedikit nak dapatkan rujukan yang lengkap dari mana-mana blog. Terpaksa lah, buat survey dengan lebih memakan banyak masa. 



Keberangkatan
Perancangannya adalah untuk masuk ke Pontianak pada hari Khamis. Kemudian berjalan-jalan dan melancong di tempat menarik di sana pada hari Jumaat. Balik ke Malaysia pada hari Sabtu. Ahad boleh berehat. Isnin sambung balik tugas sebagai pengawas.

Pintu masuk utama ke Pontianak adalah melalui Tebedu, daerah kecil di Serian. Agak jauh juga perjalanan dari Sibu jika nak ke Serian, lebih kurang dalam 341 km, memakan masa hampir 6 jam dengan menggunakan kereta. Manakala daripada Tebedu nak ke Pontianak adalah berjarak lebih kurang 245km. 



Peta dari Tebedu (Malaysia) ke Pontianak (Kalimantan Barat, Indonesia)
Peta dari Tebedu (Malaysia) ke Pontianak (Kalimantan Barat, Indonesia)

Walau bagaimanapun, catatan daripada blog menunjukkan perjalanan Tebedu - Pontianak (dengan faktor keadaan jalan dan muka buminya) mengambil masa selama hampir 8 jam. Jadi, bagi mengelakkan perjalanan pada waktu malam di Indonesia, maka saya dan rakan, Ustaz Faris bergerak dahulu ke Kuching, dan menetap di rumah kawan, Cikgu Radzif pada hari Rabu. Awal pagi Khamis barulah mula bergerak masuk ke Tebedu.



Urusan Dokumen
Dari Kuching, kami bertolak pada jam 8.45 pagi dan tiba di Serian pada jam 9.45 pagi. Kemudian dari Serian, bertolak ke Tebedu yang jaraknya lebih kurang 42 km. Sampai di Tebedu, kami isi minyak kereta penuh di Stesyen Petronas Tebedu, iaitu stesyen minyak yang terakhir di bahagian Malaysia.



Stesyen Petronas Tebedu, iaitu stesyen minyak yang terakhir di bahagian Malaysia
Stesyen Petronas di Tebedu

Di sini kemudahannya agak lengkap. Ada surau, tandas, ATM, dan kedai mini. Dapat juga lah nak berehat dan beli segala keperluan sebelum masuk ke Pontianak. Kemudian terus bergerak ke sempadan.



Imigresen Malaysia di sempadan Tebedu - Entikong
Imigresen Malaysia di sempadan Tebedu - Entikong

Langkah pertama yang kami buat bila berada di sempadan ini adalah menguruskan dokumen kereta untuk dibawa keluar dari Malaysia. Yang ini adalah dengan Kastam Malaysia. Prosesnya agak rumit bagi yang pertama kali seperti kami. Namun secara ringkasnya, ini adalah prosedurnya:

1) Urus kenderaan keluar dari Malaysia (Kastam Malaysia)
2) Urus pergerakan orang keluar dari Malaysia (Imigresen Malaysia)
3) Lapor untuk keluar dari Malaysia (Polis Malaysia)
4) Urus kenderaan masuk ke Indonesia (Kastam Indonesia)
5) Urus pergerakan orang masuk ke Indonesia (Imigresen Indonesia)
6) Lapor untuk masuk ke Indonesia (Polis Indonesia)

Untuk panduan lengkap, boleh rujuk entri saya Prosedur Bawa Kereta Masuk ke Indonesia.


Proses di sini mengambil masa sehingga 2 jam! Lama sungguh. Banyak yang nak dibuat dan diuruskan, terutamanya jika anda membawa kenderaan sendiri. Kalau pegi dengan bas, mungkin lebih cepat sedikit. 



Imigresen Malaysia di sempadan Tebedu - Entikong


Kawalan polis sebelum melangkah masuk ke Indonesia


Nak dijadikan cerita juga, kebetulan pada waktu kami berurusan, ada lawatan rasmi Menteri Indonesia yang berkaitan dengan sempadan Indonesia-Malaysia. Maka penuh lah dengan orang awam, dan pasukan keselamatan mereka di sini. Mungkin ini juga faktor yang menyebabkan urusan di sini lebih lama daripada biasa.



Sempadan pintu masuk ke Indonesia, Entikong
Sempadan pintu masuk ke Indonesia, Entikong


Bergambar dengan Polisi Indonesia
Bergambar dengan Polisi Indonesia

Lawatan kerja Menteri Indonesia dari Jakarta
Lawatan kerja Menteri Indonesia dari Jakarta

Selesai segala urusan, maka masuklah kami ke bumi Indonesia!



Bumi Indonesia
Sebaik melangkah masuk ke Indonesia, pekan kecil yang menanti dan bersebelahan dengan Tebedu adalah pekan Entikong. Ingat juga nama tempat ini, sebagai rujukan untuk anda kembali ke Malaysia nanti. Di kawasan Entikong ini, banyak sekatan jalanraya oleh pasukan Indonesia diadakan. Mungkin menjaga keselamatan kawasan sempadan.



Antara pemandangan sepanjang jalan ke Pontianak
Antara pemandangan sepanjang jalan ke Pontianak

Di kawasan ini dah boleh mula nampak kawasan perumahan rakyat Indonesia. Boleh nampak jurang yang jelas antara rakyatnya. Yang miskin, rumah nya macam pondok saja. Yang kaya pulak, rumah macam istana. Gereja dan masjid berada penuh di sepanjang jalan, bersilih ganti. 

Jalanraya nya jugak tidak terlalu teruk seperti yang mungkin kita bayangkan. Ada kawasan yang bagus, ada juga yang berlubang. Ada yang sedang dibaiki. Kesimpulannya tak ler teruk sangat. OK lah..



Sekolah di Indonesia
Saya sebenarnya teruja nak tengok kemudahan awam mereka, terutamanya sekolah. Di Indonesia, sekolah rendahnya dikenali sebagai SD (es.de), iaitu Sekolah Dasar. Sekolah menengah pula dikenali sebagai SMP (es.em.pey) dan juga SMA (es.em.aa). Satu untuk menengah rendah, satu lagi untuk menengah atas kalau kat Malaysia.



Antara sekolah yang terdapat di sepanjang jalan
Antara sekolah yang terdapat di sepanjang jalan

Jujurnya, saya rasa kemudahan sekolah di Malaysia, adalah jauh lebih baik daripada kemudahan sekolah di Indonesia. Beza yang sangat ketara. Kalau di Malaysia, sekolah-sekolah di kampung kecil pun kita sudah boleh nampak bangunan yang berblok-blok dan bertingkat-tingkat, di sini keadaannya jauh berbeza. 1 atau 2 blok bangunan saja, dengan keadaan yang dah daif.



Sekolah rendah yang terdapat di dalam kawasan Beduai
Sekolah rendah yang terdapat di dalam kawasan Beduai

Di sepanjang jalan pula kelihatan anak-anak murid yang berjalan untuk pulang ke rumah dari sekolah. Ada yang terpaksa berjalan berpuluh kilometer untuk sampai ke rumah. Kesian tengok mereka. Nak dapatkan ilmu, terpaksa bersusah payah sampai begitu sekali. Maka, untuk kita semua, sila syukur sket yer!



Anak-anak murid  berjalan kaki pulang dari sekolah
Anak-anak murid  berjalan kaki pulang dari sekolah

Dari Entikong, kemudian tiba di Sekayam 30 minit kemudian. Kemudian, jumpa Kembayan dan Sosok. 2 jam kemudian, tiba di Pekan Ngabang, pekan yang paling besar daripada yang kami jumpa sebelumnya tadi. Beberapa kali juga tersesat jalan. Maka, jangan malu jangan segan, turun kereta dan bertanyalah. InshaAllah akan dibantu.



Tugu yang terdapat di persimpangan jalan
Tugu yang terdapat di persimpangan jalan

Kemudian, dari Ngabang, kami bergerak ke Senakin. Kemudian jumpa pekan Anjungan dan akhirnya satu lagi pekan besar, iaitu Sungai Pinyuh. Dari sana, terus ke Pontianak. Semuanya mengambil masa selama 8 jam, seperti yang dirancangkan. Kami tiba di Pontianak pada jam 7.30 petang, bersamaan dengan 6.30 waktu di Indonesia (WIB).


Syukur juga sempat tiba di Kota Pontianak pada waktu baru beransur gelap. Petanda anda sudah tiba di Pontianak, adalah apabila meredahi jambatan Sungai Kapuas, sungai utama di Pontianak.



 jambatan Sungai Kapuas, sungai utama di Pontianak

 jambatan Sungai Kapuas, sungai utama di Pontianak


Maka tempat pertama yang di cari adalah, hotel tempat kami menginap. Alhamdulillah pengalaman kali pertama menggunakan Agoda bagi menempah hotel adalah cukup baik. Saya pilih Hotel Transera, Pontianak dengan harga yang berpatutan. 



Hotel Transera, Pontianak dengan harga yang berpatutan
Hotel Transera, Pontianak

Bayaran semua dibuat menggunakan kad kredit semasa belian. Pilihan bilik juga berdasarkan kepada review dan harga. Tak nak yang terlalu murah, takut kualitinya nanti menyebabkan 'kesengsaraaan' semasa menginap. Jadi kami pilih, bilik untuk 2 orang, dengan bayaran rm166 bagi 2 malam menginap. Ini adalah keadaan sebenar dalam bilik yang kami tumpang berteduh untuk 2 malam ini. OK lah kan?



Hotel Transera, Pontianak dengan harga yang berpatutan

Hotel Transera, Pontianak dengan harga yang berpatutan


Aktiviti malam tak banyak. Disebabkan kami tiba awal, selesai bersolat di hotel, maka terus keluar cari makan. Perut kena isi. Maka mencari lah kedai makan di kawasan sekitar. Mujurlah kami nih jenis yang tak banyak songeh bila menghadap makanan. Maka, apa yang ada, itu lah rezeki kami.

Malam masih muda. Maka bagi memudahkan pencarian tempat-tempat menarik pada hari esok, maka saya dan Ustaz Faris meronda-ronda melihat Kota Pontianak di waktu malam. Sekurang-kurangnya esok mudah sikit kami nak bergerak pada awal pagi.


Dalam jam 10 malam waktu Indonesia Barat (WIB), maka kami pun kembali ke hotel tempat menginap. Mau tidur! Rehat puas-puas setelah perjalanan yang panjang, dan kutip kembali tenaga untuk perjalanan hari esok.. Zzzzzzz


Baca sambungan Bercuti ke Pontianak : Hari 2 . Masa jalan-jalan. Jom tengok tempat menarik yang ada di Kota Pontianak ini!



TRAVELOG LENGKAP KE PONTIANAK
Bercuti ke Pontianak : Hari 1 (Perjalanan Pergi)
Bercuti ke Pontianak : Hari 2 (Tempat Menarik di Pontianak)
Bercuti ke Pontianak : Hari 3 (Perjalanan Balik)


12 ulasan:

  1. kitorang pun ade ura2 nk g pontianak...
    nnt bleh la refer jurnal percutian CH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pegi jugak ek?.. ok bagus2.. nanti saya boleh cerita lebih lanjut, langkah2 keselamatan yang perlu diambil.. ;)

      Padam
  2. salam,
    nak tanya,jalan raya di sepanjang perjalanan macam mana ye? jalan elok ke atau ada jalan tanah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. ada 2 jalan.. satu jalan yang ok bertar, tapi jauh sket..
      satu lagi jalan tak ok, ada tanah merah... tapi lebih dekat.. ini jalan Sosok - Tayan.. dinasihatkan jangan ikut kalau saudara takdek kenderaan 4wd..

      maklumat lanjut, baca kat sini yer
      http://www.cikguhailmi.com/2014/12/bercuti-ke-pontianak-hari-3.html

      Padam
    2. Assalammualaikum wbt. Cikgu, sy dan keluarga akan ke pontianak od raya cina ni 19.2.2015. Sy nak kepastian apa yg dimaksudkan dgn cop basah pada geran kete. Mohon pencerahan dr cikgu. Satu lagi, boleh tak cikgu guide jalan yg akan dilalui dr serian. Tenkiu cikgu. 😀

      Padam
    3. Salam Rizal.. boleh baca entri yang saya nyatakan dalam komen di atas..

      Padam
  3. Rizal shaiful, sy pun nak pegi jgk pontianak khamis ni time CNY..sy pun driving jgk..ad rezki jupe skali...

    BalasPadam
  4. Terima Kasih cikgu..guide dr blog cikgu Amat membantu saya bercuti ke pontianak PADA hjg mggu yg lalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdullillah.. sama2.. semoga membantu orang lain juga.. :)

      Padam
  5. Salam,

    nak tnya, selamat tak utk solo travel ke pontianak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. saya lebih mencadangkan untuk travel dalam berkumpulan. Risiko ada di mana-mana, tetapi lebih baik menghadapi kesusahan dalam berkumpulan. Ada jugak yg boleh menolong jika berlaku apa2

      Padam
  6. Salam.. saya asli kuching, tapi saya sekarang tinggi di pontianak dri umur 3 tahun saya ingin sekali melihat kota kelahiran saya. Bapak saya orang kuala lumpur. Dan ibu saya orang pontianak, dulu sekeluarga pernah tinggal di sana, saya merasa kita adalah sodara dengan budaya dan bahasa yg sikit sama kalau percakapan sini hampir sama dengan bahasa semenanjung malaysia makanya saya boleh faham dengan bahasa orang sana,apa lagi bpk sya orang malaysia juga.. Tmn aku juga memiliki istri orang kuching, bagaikan sodara serumpun cuma negara aja yg memisahkan kita,.. semoga nnti saya bisa balik ke kota kelahiran saya....

    BalasPadam