.

.

KARTiKEL

Khamis, 20 November 2014

2 Tahun Berblogging, Apa Saya Dapat?

Sedar tak sedar, dah 2 tahun saya terjebak dalam dunia blog. Dari mula merangkak-rangkak, belajar nak buat blog, sampai ler skang nih bertatih-tatih nak menulis entri plak. Tak sangka jugak, blog nih dapat survive sampai ke saat ini. Dah 2 tahun tu.. Ingat senang ka?. Hu3



2 Tahun Berblogging, Apa Saya Dapat?


Apa pun ini adalah episod ke-3 lanjutan daripada entri saya yang terdahulu, iaitu 100 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat? dan juga 365 Hari Berblogging, Apa Saya Dapat? He3.. Jom kita terus baca, dapat sikit ka, dapat banyak ka.. ;)



1. Komuniti Blogger
Kalau nak dihitung, saya cuma hanya ada beberapa orang saja kenalan dari dunia blogging ini. Sebabnya, jarang sangat saya berkomunikasi dengan komuniti blogging kat Malaysia. Bukan sebab sombong, apatah lagi poyo. 

Tapi sebab kekangan masa, sibuk dengan kerja di sekolah, maka tak sempat saya nak merayau-rayau dan blogwalking ke blog orang lain. Apatah lagi nak join perjumpaan ke, reunion ke, hape ke. Jadi, jangan nak pelik kalau komuniti blogging tak kenal siapa Cikgu Hailmi.



Cikgu Jarod Yong | http://ahkamkoko.blogspot.com

Tapi kalau dalam kalangan cikgu, inshaAllah ada yang kenal. Dalam setahun kedua ini, beberapa orang yang saya nak jumpa, dah berjaya pun jumpa. Macam Cikgu Jarod Yong dan juga Cikgu Khairul Sofbol. Masih lagi berhubung dengan Cikgu Norazimah dan juga Cikgu Zamrud yang dah upgrade jadi Pensyarah Matrikulasi.



Cikgu Khairul Sofbol | http://khairulpjpk.blogspot.com

Ada juga beberapa individu yang saya kenal melalui blog, tetapi akhirnya ada kesempatan untuk bertemu di luar. Kebanyakkan mereka adalah terdiri daripada golongan pendidik dan juga pelajar. InshaAllah diharapkan hubungan seperti ini akan berterusan. 



2. Ilmu Blogging
Bab ilmu nih kalau nak sembang, memang takkan selesai. INshaAllah sentiasa saja ada ruang untuk dipelajari. Ilmu-ilmu berkaitan SEO, affiliate, teknik tulis entri masih saya pelajari dari masa ke semasa. Tujuannya supaya blog lebih terkemaskini dengan budaya blogging semasa. Barulah meletop!



3. Statistik Blog
Alhamdulillah! Kali ini statistik blog memang menunjukkan peningkatan yang sangat bagus. Kalau pada tahun pertama blog saya mencecah 1.3 juta view, tapi pada tahun kedua ini blog saya berjaya mencatatkan sehingga 9.2 juta view! Uiyo.. banyak kan? 

Terima kasih banyak kepada anda-anda semua yang sudi menjadikan blog ini sebagai rujukan dan tempat lepak kutip ilmu. Moga usaha kita semua menjadi amal yang berguna! InshaAllah.



Banner Terima Kasih masa blog mencecah 9 000 000 viewer. TQ!

Saya juga gembira dengan perkembangan blog ini. View harian secara puratanya adalah lebih kurang sehingga 20 000 view setiap hari. Trafik ini saya terima sejak bulan Mac 2014, sehinggalah sekarang. Syukur sangat!

Follower di blog juga makin bertambah. Kalau di Facebook pula dah ada hampir 11 000 likers. Ini likers tulen ok, bukan main paksa-paksa 'like dulu baru boleh baca'... he3.. Group yang saya wujudkan khas untuk Cikgu Sains Kreatif juga dah beranjak hampir 2000 ahli. 



Statistik blog cikgu hailmi 2014
Statistik Blog 2014 | www.cikguhailmi.com

Kalau dulu golongan pelajar yang ramai menjadi pengunjung setia untuk mendapatkan bahan dalam blog ini. Namun belakangan ini, golongan pendidik dan juga ibubapa pula. Rata-rata mereka mencari mengenai info terkini untuk dunia pendidikan, dan Alhamdulillah ada jumpa di sini. INshaAllah semoga menjadi ilmu yang bermanfaat.

Trafik ke blog sekarang nih sudah banyak yang datang daripada carian Google. Bermaksud juga banyak entri-entri dari blog ini yang sudah berada pada muka surat pertama di enjin carian. Senang orang jumpa kat Google, maka senang lah orang nak terserempak ke blog saya. TQ Encik Google!



4. Idea Nak Menulis
Sehingga 2 tahun ini juga, alhamdulillah saya masih boleh mengekalkan rentak dalam menulis blog. Sekurang-kurangnya tak adalah terbiar sangat blog nih dalam tempoh yang sangat panjang. Sentiasa saja terkemaskini. Masih ada idea. Dan yang penting, masih ada minat nak berblog. 

Istiqamah tu sangat penting. Banyak saya tengok blogger-blogger yang pada awalnya, dahsyat gila tahap update dia punya blog. Tapi lama kelamaan, blog dah bersarang, tumbuh kulat. Kawal keghairahan anda dalam berblog. Walaupun banyak idea datang, rajin, tengah bersemangat macam mana sekalipun, simpan sikit rajin tu untuk hari esok, lusa, tulat dan seterusnya.. 

Satu perkara yang saya selalu amalkan bila datang idea nih adalah, simpan idea tersebut dalam Draft. Kemudian bila ada masa, jenguk-jenguk balik untuk tambah idea atau pun menulis dalam bentuk yang lebih baik. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!



5. Buat Duit
Bila bercakap pasal blog, mesti orang nak tanya, banyak ke cikgu buat duit dengan blog nih? Bagi saya itu bukan persoalan utama, kenapa saya buat blog nih. Dari awal lagi saya dah nyatakan, niat saya menggunakan blog adalah untuk berkongsi dengan rakan guru mengenai dunia pendidikan. Tak semua benda saya tahu. Tapi sekadar yang saya tahu, inshaAllah saya cuba kongsikan bersama.



Buat duit dengan Nuffnang, Komli dan Innity
Nuffnang, Komli dan Innity

Tapi eksperimen saya terhadap iklan-iklan popular seperti Nuffnang, Komli dan Innity, mungkin membantu mereka yang di luar sana dalam mencari pendapatan melalui cara berblogging. Secara ringkasnya, masa yang saya guna untuk capai RM260 melalui Nuffnang (1 tahun), Komli (6 bulan) dan Innity (2 bulan). So anda pilih sendiri..

Nak tau lebih lanjut, sila baca Komli vs Nuffnang dan juga Innity vs Komli



6. Anugerah dan Award
Dan dah tentu perkara yang paling membanggakan saya untuk tahun kedua ini adalah apabila blog ini mula mendapat pengiktirafan di peringkat yang lebih tinggi. Bukan tiket untuk saya meninggi diri, tetapi perangsang untuk bekerja lebih rajin. Untuk tahun ini saja, ada 3 anugerah besar yang saya berjaya rangkul melalui usaha pada blog ini.



Best Educational Blog 2014 




Agent of National Transformations 2014 




Johan 
Pertandingan Blog dan Kurasi Kandungan 2014 
(Unit ICT Universiti Pendidikan Sultan Idris)



Siapa yang tak gembira kan apabila usaha yang dilakukan selama ini mula membuahkan hasil. Rasa setimpal dengan pengorbanan yang kita dah buat. Pengorbanan masa dan pengorbanan tenaga.

Malah atas kerana blog ini juga, saya berpeluang dijemput sebagai Penceramah Peer Coaching di sebuah sekolah dan juga sebagai Pembentang dalam Seminar PLC Peringkat Sarawak. Ada lagi beberapa pihak yang telah mengintai peluang untuk bekerjasama dengan saya. InshaAllah saya akan update dari masa ke semasa.

Saya juga ambil kesempatan untuk minta maaf jika tak dapat nak penuhi tuntutan pihak tertentu. Kena sama-sama faham. Banyak yang terpaksa saya tolak, sebab kekangan masa dan juga kerana faktor lokasi yang tidak menggalakkan. Tetapi sekiranya ada yang berbentuk pendidikan dan juga kebajikan, inshaAllah saya akan cuba usahakan mana yang terdaya.



Harapan
Harapan saya, semoga blog ini terus dapat relevan dengan keperluan semasa dunia pendidikan di Malaysia. Seperti yang saya katakan, tidak lah semua perkara saya tahu. Akan tetapi, mana yang saya tahu, inshaAllah saya akan cuba kongsikan. Mungkin kesannya, tidaklah sebesar mana, tetapi jika dapat membantu walaupun hanya seorang pelajar, itu dah kira bagus. 

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan buat anda-anda semua yang selalu berkunjung ke sini untuk menambahkan ilmu. Tanpa sokongan anda semua, tak mungkin untuk saya boleh berjaya sampai ke tahap ini. Teruskan memberi sokongan kepada saya dalam terus memberi khidmat kepada anda. TQ banyak!! ;)




11 ulasan:

  1. Tahniah, atas kejayaan. Menulis blog bukan mudah. Lagi-lagi blog yang boleh menjadi sumber rujukan. Blog yg saya bina lima tahun lalu jarang mendapat sentuhan dek kerana kekangan masa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cikgu Suria.. INshaAllah.. slow2.. nanti bertimbun lah tu.. ;)

      Padam
  2. tahniah cikgu Hailmi..

    moga terus maju di masa akan datang :)

    www.ciklaili.com - saya pun cikgu juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu Laili..

      yer.. saya pun ada ke blog cikgu
      silent reader je... ;)

      Padam
  3. cikgu hailmi..
    tolong saya pujuk cikgu zamrud jgn bg dia u turn boleh?
    sian dia ..... :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh... siapalah saya nih nak pujuk2 dia.. sekadar kenalan di dunia maya je..

      Padam
    2. 2le... kadang2 sian dia... ujian baginye.. ;(
      tq cikgu hailmi..
      blog ni saya suka baca sebab time persembahan hari guru saya mesti cari blog ni... ;)

      Padam
  4. terima kasih cik hailmi. Saya pun baru je nk berjinak2 nk menulis blog. Setuju dengan cikgu. Istiqamah dalam update blog mampu menaikkan trafik blog sehingga rating teratas. Tahniah cikgu. Keep up the good work!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Nurul Fazreen... jom sama2 beristiqamah yer.. ;)

      Padam
  5. Tahniah, cikgu.bukan senang nak dapat view 9juta tuh..hebat!

    BalasPadam