.

.

KARTiKEL

Khamis, 28 Ogos 2014

Innity vs Komli : Anda Pilih?

Ini adalah hasil eksperimen saya setelah hampir 2 tahun bersama dengan Nuffnang, Komli dan juga Innity. Seperti pada entri saya yang sebelum ini, saya sudah membandingkan pendapatan yang diperolehi bagi iklan Nuffnang dan juga Komli. Ternyata pulangan lebih lumayan pada Komli jika nak dibandingkan dengan Nuffnang. Pendapatan setahun Nuffnang adalah bersamaan dengan pendapatan 6 bulan menggunakan Komli.

Innity vs Komli: Pilihan di tangan anda
Innity vs Komli: Pilihan di tangan anda

Pada masa itu, permohonan Innity saya sudah hampir beberapa kali ditolak. Saya sendiri pun pelik, sedangkan blog saya sudah mencukupi syarat seperti yang dikehendaki. Namun berkat ajaran daripada seorang rakan blogger, saya cuba beranikan diri untuk memohon sekali lagi. Maka tetiba plak permohonan Innity saya diterima kali ini dalam tempoh tak sampai 2 hari. Terima kasih yer!


Seperti yang kita tahu, Innity menetapkan syarat yang jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan Komli dan Nuffnang. Trafik bulanan mestilah sehingga 200, 000 dan unique visitor mesti melebihi 40,000!  Maka tak hairanlah kenapa banyak blog yang tidak berjaya memohon Innity, termasuk blog-blog hebat dengan traffik yang kencang.

Maka sebaik saja saya menerima code untuk iklan, maka bermulalah eksperimen saya terhadap Innity dan Komli pula. Saya beranikan diri juga bertukar kepada Innity, sekalipun pendapatan  Komli pada ketika itu sudah agak stabil. Tetapi disebabkan feedback bagus yang saya terima daripada rakan blogger dan juga melalui bacaan di blog, maka saya beranikan diri mencuba Innity pula.


Feedback yang bagus mengenai iklan Innity
Feedback yang bagus mengenai iklan Innity

Antara kelebihan Innity adalah iklan yang lebih banyak dan bayaran yang lebih tinggi berbanding Komli dan Nuffnang. Selain itu Innity juga boleh diintegrasikan dengan iklan lain. Bermaksud kita boleh pasang iklan Komli dan Nuffang dan lain-lain pada Innity. Dan jika tiada iklan Innity di siarkan, maka iklan-iklan alternatif daripada Komli dan Nuffnang akan tersiar.

Pendapatan pada seminggu pertama agak mengkagumkan! Tapi kemudiannya turun kepada biasa, namun masih ok jugaklah. Macam tak adillah pulak kalau nak dinilai hanya kerana performance yang beberapa hari. Maka saya teruskan juga misi saya dengan target saya yang masih sama, iaitu mencapai Rm260. 


Saya pilih sasaran RM260 kerana ini adalah nilai yang saya perolehi ketika setahun bersama Nuffnang, dan 6 bulan bersama Komli. Maka saya nak tengok, berapa lama masa yang saya perlukan untuk mencapai RM260 bagi bersama Innity pulak.

Tanpa disangka, sasaran RM260 telah dicapai setelah HANYA 2 BULAN saya memasang iklan Innity! Cepat giler!


Pendapatan dengan Innity untuk tempoh tak sampai 2 bulan
Income dengan Innity untuk tempoh tak sampai 2 bulan

Wah.. Ini yang buat saya excited untuk terus kekal bersama Innity. Buat masa sekarang, maka saya simpulkan bahawa Innity adalah lebih baik berbanding Komli dan Nuffnang. Saya juga percaya kalau biarkan beberapa ketika lagi, pendapatan Innity pasti akan lebih stabil dan lebih masyuk. Pendapatan dari Komli dan juga Nuffnang masih terus bergerak kerana diintegrasi pada Innity. 

Tak ler banyak mana sangat pada sesetengah orang. Tapi pada saya, eksperimen ini boleh menjadi bukti dan rujukan kepada mereka yang perlu memilih iklan mana yang boleh memberikan mereka pendapatan yang paling besar. Eksperimen dengan bukti. Bukan sekadar main cakap saja.


Dan


Saya tahu, iklan AdSense jauh lebih menguntungkan jika dipasang berbanding kesemuanya. Tapi dengan blog berBahasa Melayu dan beberapa kali gagal memohon, saya dah hampir putus asa dengan AdSense. Bersyukur sajalah dengan Innity dan yang lain-lain. Tapi kalau ada yang kat luar sana yang nak cuba membantu saya mendapatkan akaun AdSense, khidmat anda sangat dialu-alukan! ;)



25 ulasan:

  1. Bestnya kalau ada trafik yang tinggi. Maju terus ye cikgu!

    BalasPadam
  2. masih setia dengan adsense dan nufnang...hehe

    BalasPadam
  3. wah.. bestnya cikgu..Tahniah!
    Semoga sambil saya bekerja dari rumah ni, saya juga dapat memasang iklan Innity juga paling lewat awal 2015 nanti.
    TQ atas perkongsian analisa cikgu!.

    BalasPadam
  4. banyak income masuk dengan innity, trafik kena power lagi la nampaknya, baru dpat income dari innity ni. kena usaha lagi ni.

    BalasPadam
  5. Cikgu, saya pun bersemangat nak qualify untuk innity. Gambateh!

    BalasPadam
  6. menarik...banyak pulak akaun nak maintain nanti...tapi ini satu peluang yang baik...cumanya saya suka pilih program yang tak banyak songeh nak approve...hihi

    BalasPadam
  7. Info yang baik untuk semua blogger.... terima kasih atas perkongsian pengalaman anda

    BalasPadam
  8. Bole la buat income geli2.sape nk kasi RM260 free2, kan.tahniah cikgu

    BalasPadam
  9. Syarat innity tinggi sungguh, tapi padanlah dia bayarannya pun berganda2.

    BalasPadam
  10. Nak tanya, kalau pasang Nuffnang, boleh ke pasang Komli juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer kalau nak pasang.. tapi status Glitterati tu automatik habis kalau kita pasang KOmli dalam masa yang sama..

      Padam
  11. SP pun baru je approved dengan Innity ni. Setakat ni jauh lebih baik berbanding Nuffnang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Tahniah..
      Rasanya memang jauh lebih baik kan?.. hehehe

      Padam
  12. saya ingin cuba lagi untuk mohon innity,agaknya berapa lma tempoh diperlukan setelah ditolak kali pertama untuk kita mohon sekali lagi

    BalasPadam
  13. innity requires high traffic content making websites, so hard to get approval for bloggers. =(

    BalasPadam
  14. Kalau dapat guna Innity better than Komli sekarang. Iklan pun banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer.. Komli pun macam dah tak hidup jer.. asyik kuar iklan diorang jer.. so far Innity memang best

      Padam
  15. Wah macam best jer innity nhe :). Saya tengah tunggu keputusan dari pihak adsense. kalau kena reject (harap tak kena reject) hihi.. nak try innity pula hoho

    BalasPadam
  16. income masuk dengan innity, trafik kena power lagi la nampaknya, baru dapat income dari innity ni post kena yang hebat-hebat ni. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  17. AKAUN ADSENSE UNUTK DIJUAL.. PM JIKA BERMINAT . +60175657241

    BalasPadam