About Me

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014

Bersempena dengan KL Converge! 2014, ada banyak aktiviti yang dijalankan. Salah satunya adalah penghargaan kepada beberapa individu atau kumpulan mengikut seperti kriteria yang ditetapkan oleh MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia). Maka sebagai penutupan kepada KL Converge! juga diadakan Anugerah ANT 2014 dan Anugerah BEE 2014.


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Agent for National Transformation Award 2014

Jika mengikut kriteria MCMC, Anugerah ANT (Agent for National Transformation) adalah anugerah bagi menghargai kecemerlangan dan kejayaan individu atau kumpulan yang berjaya memberi impak yang besar dan telah memberi sumbangan yang amat berharga kepada masyarakat dengan menggunakan kemudahan jalur lebar dalam menguruskan operasi dan aktiviti yang diceburi. Sumber

Manakala bagi Anugerah BEE (Broadband Empowered Entrepreneur) pula adalah anugerah untuk menghargai usahawan-usahawan Malaysia yang berjaya memajukan bisnes dengan menggunakan khidmat jalur lebar. Sumber


Alhamdulillah, saya terpilih sebagai salah seorang daripada 5 pemenang bagi kategori ANT 2014 Award! Yeay.. ;)


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014


Selain saya, mereka yang lain adalah Food Aid Foundation, The Zhariff Initiative, Youths Today dan Epic Homes. Masing-masing ada sumbangan yang tersendiri kepada masyarakat. Kisah mereka ada juga dikongsikan dan anda boleh tonton dalam video di SINI


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Jazz Tan dan Siti daripada Youths Today

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Mr Rick dan rakan daripada Food Aid Foundation

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Johnson dan Jane daripada Epic Homes

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Zharif daripada The Zhariff Initiative

Saya sebenarnya sudah mengetahui mengenai perkara ini apabila mula dihubungi oleh pihak penganjur bagi sesi rakaman. Rakaman video untuk ditayangkan pada malam majlis. Kisah mengenai sesi rakaman video tersebut sudah saya kongsikan dalam entri yang terdahulu. Cuma pada ketika itu, saya masih perlu rahsiakan mengenai kemenangan ini, sebab belum sampai lagi hari majlis nya.


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014


Dah tentu, saya sangat gembira dengan pemilihan ini. Terasa juga segala usaha yang saya jalankan melalui blog, video dan facebook adalah sangat berbaloi, dan memberi manfaat kepada masyarakat. Setidak-tidaknya, ada juga diiktiraf dan dihargai oleh pihak yang berperanan besar dalam industri jalur lebar Malaysia.

Tambahan pula, ini adalah anugerah kedua yang saya raih untuk  sepanjang 2 tahun, sejak saya aktif berkecimpung dalam bidang media sosial ini. Anugerah pertama adalah Best Educational Blog oleh Malaysia Social Media Award 2014 pada awal tahun ini juga. Opkoz ler seronok!

Jom kita tengok lagi gambar-gambar kenangan pada malam tersebut. 


Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama adik kepada kawan saya, yang juga wartawan Bernama

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama pemenang untuk BEE 2014 Award, Cipela

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Pengarah video saya, Hazel dan rakannya

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Hadiah disampaikan oleh Dato' Sri Shabery Cheek

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama Haji Rizal dan Mdm Laurel, orang besar Bahagian Kandungan MCMC

Anugerah ANT (Agent for National Transformation) Award 2014
Bersama Zii, rakan daripada MCMC

Moga terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk saya terus menghasilkan kandungan kreatif yang bermanfaat kepada masyarakat. Terutamanya dalam bidang saya, iaitu pendidikan. 

Suka juga untuk saya ingatkan, tujuan saya menyertai dunia blogging bukanlah untuk tujuan glamer, atau dikenali. Tetapi bagi berkongsi ilmu saya dengan semua di luar sana. Mana yang baik, ambik. Mana yang tak baik, jangan ikut.

Tak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang banyak menyokong saya selama ini. Anda mungkin pelajar, guru, ibubapa, silent reader, terklik-blog-saya-tak-sengaja dan sesiapa saja, tetapi kerana anda lah saya masih terus berkarya. Luv y'all! 



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. tahniah cikgu hilmi atas anugerah yang diperolehi..
    Jemput ke blog saya yang serba kekurangan..

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu hailmi.kagum jugak sebenarnya sbb cikgu hailmi dapat bnayak idea utk update blog walaupun semuanya cerita pasal kerjaya sebagai guru.

    BalasPadam
  3. Sekalung tahniah buat Cikgu Hailmi..
    You deserve it!
    Moga anugerah ini akan menjadi pemangkin buat cikgu untuk lebih maju ke hadapan. Usaha murni cikgu sangat kami hargai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Cikgu Diana.. inshaAllah.. mudah2an boleh jadi motivasi juga untuk saya dan guru2 lain

      Padam