About Me

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 telah berlangsung baru-baru ini di Miri dengan jayanya. Kejohanan pada tahun ini hanya memakan masa 2 hari sahaja (9 & 10 Mei 2013) memandangkan tidak banyak pasukan yang dapat menyertai kejohanan kali ini disebabkan oleh masalah peruntukan. 

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri


Namun itu tidak menghalang daripada daerah-daerah lain untuk menghantar pasukan bagi memeriahkan kejohanan di Miri ini. Antara pasukan yang berjaya menyertai kejohanan ini adalah pasukan dari Kuching, Betong, Sibu, Mukah dan Miri.

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri

Walau bagaimanapun, hanya Bahagian Kuching dan Miri sahaja yang berjaya menghantar penyertaan penuh bagi kesemua 4 kategori yang dipertandingkan. Manakala Bahagian Sibu pula hanya mampu menghantar satu pasukan Lelaki 18TKB. 


Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri

Pujian haruslah diberikan kepada pasukan dari Mukah, yang mana perbelanjaan mereka ke Miri adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah masing-masing, iaitu Pasukan P18TKB dari SMK Matu, dan pasukan P12TKB dan L12TKB dari SK St Kevin. Juga kepada Pasukan L18TKB Bahagian Betong yang diwakili sepenuhnya oleh pasukan sofbol SMK BM Saratok.


Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri

Oleh kerana pasukan yang menyertai kejohanan pada tahun ini adalah sangat sedikit, (hanya 3 pasukan bagi setiap kategori, kecuali L18TKB) maka sedikit perubahan diadakan pada bilangan perlawanan. Ini adalah bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain, serta memberikan lebih banyak peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat masing-masing.


Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri


Hari Pertama
Perjalanan kejohanan pada hari pertama berjalan dengan lancar. Proses umpiring sepanjang kejohanan telah diberi kepercayaan kepada Persatuan Sofbol Sarawak (SSA) di bawah pimpinan Encik Ishak Chin. Dapatlah juga guru-guru yang membawa kontinjen untuk memberi lebih fokus kepada pasukan masing-masing.

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri
 
2 padang telah digunakan, dengan 1 padang khusus untuk kategori 12TKB dan 1 lagi padang khusus untuk kategori 18TKB. Keadaan padang juga tidak menjadi masalah, dengan cuaca yang baik sepanjang hari. Maka perlawanan pusingan pertama ini berakhir tanpa masalah yang besar. 


Hari Kedua
Hari kedua Kejohanan Sofbol MSS Sarawak ini bermula dengan hujan rintik yang berpanjangan sehingga memaksa perlawanan pertama ditunda ke perlawanan seterusnya. Dengan ini juga bermakna, setiap perlawanan perlu ditunda dan mengakibatkan kelewatan.

Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri
Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri

Ditambah lagi dengan Solat Jumaat, maka perlawanan ketiga pada hari tersebut hanya dapat dimulakan pada sebelah petang. Keadaan padang yang teruk terjejas akibat hujan dan air bertakung juga memaksa pihak penganjur membaiki keadaan padang supaya lebih sesuai untuk digunakan oleh pemain. Perlawanan akhir pada petang tersebut juga tamat pada jam hampir 6.30 petang.


Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri

Majlis penutupan berlangsung dalam suasana gelap sebaik sahaja perlawanan akhir tamat. Sedikit kontroversi kecil timbul apabila, pengacara majlis telah tersilap mengumumkan pasukan Sibu sebagai memenangi tempat ketiga. Namun dapat dibetulkan semula sebaik sahaja selesai majlis penutupan.


Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri



Keputusan


Kategori L18TKB
1. Miri
2. Kuching
3. Betong
4. Sibu

Kategori P18TKB
1. Miri
2. Kuching
3. Mukah

Kategori L12TKB
1. Kuching
2. Mukah
3. Miri

Kategori P12TKB
1. Mukah
2. Miri
3. Kuching

Johan Keseluruhan
Miri


Penghargaan
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada kesemua guru-guru dan pemain-pemain pasukan Sibu L18TKB yang telah bertungkus lumus mencuba yang terbaik pada kejohanan tahun ini. Dah tak ada rezeki untuk tahun ini, InshaAllah, kita cuba lagi untuk tahun seterusnya!!


Kejohanan Sofbol MSS Sarawak 2013 di Miri

Semoga pengalaman yang diperolehi oleh semua pihak semasa berada di Miri, dapat membantu kita bersama-sama mempertingkatkan lagi kualiti permainan sofbol di Sibu, dan di Sarawak amnya.


p/s: Jutaan penghargaan kepada guru-guru (Cikgu Achmed Ckhalifh, Cikgu Joshua Tingom, Cikgu Mohd Adam dan Cikgu Hailmi) dan pemain-pemain Sibu tahun ini (Taufik a.k.a Angah, Pressly Palong, Kamarul Arifin, Gebbson Belawan a.k.a Panjang, Sylvester Jetik, Ramadhan, Augustine, Hamizan, Selanjat, Mohd Harith, Rahim a.k.a Im, Wesli, Jicky Joseph, Mohd Haziq dan Jeffery). Memang TERBAEEEEK!!

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Tahniah...

    memang teruk diamond macm tu...tapi main juga

    saya Johan P12 je,L12 ke 3 n P18 pun sama

    Jumpa di N9 nanti

    BalasPadam