About Me

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pada 26 September yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform untuk tahun 2013. Pertandingan kawad kaki ini merupakan aktiviti ko-kurikulum tahunan yang diadakan di sekolah saya, selain daripada aktiviti perkhemahan yang diadakan pada setiap awal tahun. Lebih kurang pertandingan kawad kaki ini merupakan penutup kepada aktiviti ko-kurikulum bagi unit beruniform. Pertandingan disertai oleh kesemua 8 unit beruniform yang ada di sekolah saya. Antaranya adalah Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet Pertahanan Awam (KAPA), Pandu Puteri, Pengakap dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). 

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Unit beruniform saya, Kadet Pertahanan Awam (KAPA) merupakan Johan bagi pertandingan yang sama untuk tahun lepas. Dah tentu pertandingan untuk tahun ini merupakan pertandingan yang sengit. Sebabnya, PKBM sekolah saya merupakan Johan bagi Pertandingan PKBM peringkat negeri Sarawak untuk tahun 2013. Hampir separuh daripada kalangan mereka terpilih mewakili Sarawak untuk pertandingan peringkat kebangsaan di Terengganu. Manakala KAPA sudah pasti akan cuba mengekalkan kejuaraaan tersebut. Itu belum ditambah dengan semangat dan keazaman pelajar-pelajar dari unit beruniform yang lain. Pasti sengit!

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Walau bagaimanapun, kerana masa penganjuran yang kurang sesuai, ditambah pula dengan kesibukan aktiviti lain berlangsung, maka persiapan untuk kawad kaki ini dilakukan pada saat-saat akhir. Tahap penyertaan pelajar juga sangat kurang, sehingga kami terpaksa menggunakan guru disiplin dan pihak pentadbiran sekolah bagi 'memaksa' pelajar untuk mengikuti aktiviti tersebut. Seingat saya hanya ada 3/4 hari sahaja kesempatan untuk melakukan latihan dengan bilangan ahli yang mencukupi. Dan, dah tentu hasilnya juga adalah last minute..

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Bagi KAPA, saya sekali lagi menjadi kepercayaan rakan-rakan bagi melatih pelajar untuk kawad kaki. Alhamdulillah, ilmu kawad yang dipelajari semasa mengikuti kursus asas pertahanan awam bagi guru penyelaras KAPA pada tahun 2009, menjadi bekal yang sangat berguna untuk saya. Pengalaman melatih sendiri kadet sejak 2010 juga merupakan satu kelebihan untuk saya. 

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Masalah timbul apabila, tiba-tiba kami mendapat makluman bahawa pakaian seragam dari JPAM Sibu tidak dapat dipinjamkan kepada pihak sekolah. Ini kerana  pakaian tersebut digunakan bagi satu lagi skuad KAPA yang mewakili Sibu ke Perhimpunan RIMUP peringkat negeri di Sarikei. Kecewa juga saya pada mulanya, sebab sekolah hanya menyimpan pakaian asas KAPA sahaja, iaitu yang terdiri daripada baju dan seluar sahaja! Sekalipun dah diusahakan dengan rakan-rakan guru dari sekolah lain, maka redha juga kami akhirnya dengan set uniform yang memang tidak sempurna.

Hidup mesti diteruskan! ;)

Pada masa pertandingan, hanya 25 orang ahli kadet sahaja yang mendapat peluang untuk kawad kaki disebabkan masalah uniform. Maka pelajar lain, saya jadikan pembantu saya sepanjang pertandingan berlangsung. Kasihan juga melihat mereka yang turun latihan bersungguh-sungguh, tetapi tiada peluang untuk turut serta dalam pertandingan. Namun, apa boleh buat.. 


Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Kali ini, saya melatih Alice Isa, pelajar tingkatan 4 sebagai ketua platun. Alice mempunyai sedikit pengalaman memberi arahan kawad kerana telah menyertai pertandingan yang sama pada tahun lalu. Manakala bagi ahli pula, kebanyakkan nya terdiri daripada pelajar tingkatan 1 yang baru mula belajar nak kawad. Dengan 3 dan 4 hari sahaja latihan, memang sudah tentu hasilnya juga kurang memuaskan. Redho je lah..

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan berlangsung dengan jayanya. Cuaca juga agak baik, dengan keadaan agak mendung sepanjang pertandingan berlangsung. KAPA mendapat giliran ketiga selepas Kadet Bomba dan BSMM. Tiada sebarang masalah semasa mereka berkawad, kecuali kawad yang kurang kemas. Dari segi format pertandingan juga semua nya betul dan diikuti. Ketua platun juga dapat melaksanakan tugas dengan baik. Sebaik sahaja selesai berkawad, dapat kelihatan yang peserta KAPA berpuas hati dengan kawad mereka sekalipun ada sedikit kecacatan kecil akibat kurang latihan.


Selesai semua unit berkawad, saya dapat merasakan ada beberapa unit yang dapat memberikan saingan hebat kepada KAPA, terutamanya PKBM. Dengan pakaian uniform yang lengkap, sudah tentu keputusan akan berkemungkinan besar lebih memihak kepada mereka. He3..

Akhirnya keputusan pun diumumkan..

JOHAN : Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
NAIB JOHAN : Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
KETIGA : (Kadet Remaja Sekolah) KRS


Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 2013

Sekalipun gagal mempertahankan gelaran Johan untuk tahun ini, namun masih berpuas hati dengan pencapaian pelajar. Syukur lah, daripada tak ada nombor. Apa-apa pun mereka sudah melakukan yang sebaik mungkin yang dapat mereka buat. Jadi, tahniah untuk gank KAPA semua!! Tahun depan kita cuba lagi.. ;)

Catat Ulasan

4 Ulasan