About Me

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Alhamdulillah kerana dapat merasai pengalaman yang sangat berharga bila saya menerima jemputan daripada SMK Bakun, Sungai Asap, Belaga untuk berkongsi sedikit ilmu semasa Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di sekolah tersebut pada hari Sabtu, semalam.

SMK Bakun Belaga

Semuanya bermula daripada satu panggilan telefon yang saya terima 2 minggu lalu daripada seorang guru perempuan. Selepas memperkenalkan dirinya sebagai Cikgu Juliana, Kaunselor SMK Bakun, kemudiannya beliau terus bertanyakan kesudian saya untuk hadir sebagai penceramah untuk subjek Sains PMR pada Bengkel Teknik Menjawab Soalan di sekolahnya.

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang, maka saya dengan gembiranya menerima tawaran tersebut. Puasa bukanlah merupakan halangan besar untuk saya, selagi pihak sekolah dapat menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk saya. Tetapi banyak sebab lain kenapa saya terima tawaran tersebut. Bagi saya, selain daripada dapat meningkatkan profesionalisme keguruan saya, dapat juga saya menimba lebih banyak pengalaman sebagai penceramah. Buat pengetahuan, ini merupakan ceramah kedua saya di sekolah lain selepas menerima tawaran sebagai Penceramah di SMK Ulu Balingian pada tahun 2012 juga bagi subjek Sains PMR. 

Namun faktor utama yang menyebabkan saya tertarik dengan tawaran tersebut adalah disebabkan keinginan untuk ke sekolah berkenaan yang sebenarnya agak jauh dan terpencil. Tak banyak maklumat yang saya ada mengenai sekolah tersebut. Tetapi perbualan dengan beberapa rakan guru dan juga staf sokongan sekolah telah memberikan saya sedikit gambaran awal mengenai sekolah tersebut.

Maka hari yang dinantikan pun tiba. Selepas menempuh perjalanan 3 jam dari Sibu ke Bintulu dengan kereta, maka kami (saya dan 2 orang pelajar pembantu : Roland dan Patrick) telah disambut oleh Cikgu Kelly dan Cikgu Faris yang akan membawa kami ke SMK Bakun dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Turut bersama adalah Cikgu Moh, guru Matematik yang hebat dan peramah daripada SMK Limbang, juga untuk sesi ceramah teknik menjawab soalan.

Perjalanan ke Bakun Belaga

Selesai berbuka puasa di Bintulu, dari sana kami meneruskan perjalanan 3 jam lagi ke Sungai Asap, Belaga. Namun perjalanan kali ini jauh lebih mencabar. Dengan suasana malam yang gelap, kiri kanan penuh dengan hutan belantara, jalan yang rosak teruk akibat lori balak, saya hanya mampu memikirkan betapa bersyukur nya saya dipostingkan ke sekolah sekarang walaupun boleh dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.

Perjalanan ke Bakun Belaga

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Perjalanan ke Bakun Belaga

Tibanya kami di SMK Bakun pada jam 10 malam. Saya ditumpangkan di sebuah rumah guru (Cikgu Jo, Adib dan Norell) yang telah baik hati turut menyediakan makanan sahur untuk saya. Jangan tak tahu, cuaca pada waktu paginya sangat sejuk! Mungkin disebabkan oleh keadaan persekitaran yang penuh dengan hutan tebal.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga


Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Aktiviti ceramah bermula pada pukul 2-4 petang pada hari Sabtu. Jadi disebabkan saya sudah berada di sekolah tersebut, maka saya ambil peluang pada waktu paginya untuk melihat persekitaran sekolah. Bangunannya cantik, baru 2 tahun berpindah dari tapak lama. Pelajarnya kebanyakan terdiri daripada orang Kayan, Kenyah, Penan, Kejaman, Ukit, Lahanan dan minoriti kecil Melayu, Cina dan Iban.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Sesi ceramah bermula lebih awal, pada pukul 1.45 petang kerana dewan sudah dipenuhi pelajar Tingkatan 3 yang kira-kira seramai hampir 200 orang pelajar. Kebetulan juga, saya pun berada di dewan lebih awal, bagi melakukan persediaan bagi sesi ceramah. Sesi ceramah pada hemat saya, telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. 

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Respon dari pelajar juga agak bagus, tidaklah saya bercakap seorang diri di depan. Ramai yang angkat tangan untuk bertanya, sekalipun agak malu-malu pada mulanya. Sesi menjadi lebih rancak dan menarik, bila pelajar mula semakin kerap memanggil saya untuk bertanyakan soalan. Rakan guru Sains dari SMK Bakun turut membantu pelajar mendapatkan jawapan. Sesi ceramah berakhir kira-kira pada pukul 4.30 petang, dengan sedikit nasihat untuk belajar dengan rajin dan bersungguh-sungguh kepada para pelajar tingkatan 3. Semoga mereka berjaya mendapat keputusan PMR yang cemerlang pada tahun ini!

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR di SMK Bakun, Belaga

Selesai saja sesi ceramah saya dan juga Cikgu Moh, maka kami berdua pun dihantar semula ke bandar Bintulu oleh Cikgu Kelly dengan menggunakan kereta pacuan empat rodanya. Oleh kerana perjalanannya yang jauh, maka saya berbuka puasa di dalam kereta sahaja dengan berbekalkan sekotak air teh bunga 1 Liter sementara menanti tiba di Bintulu.

SMK Bakun, Belaga


Secara keseluruhannya, pengalaman memberikan ceramah di SMK Bakun, Sungai Asap, Belaga ini merupakan satu pengalaman yang sangat sangat berharga buat saya. Perjalanan dan pengalamannya adalah sukar untuk ditukar ganti. Kesanggupan dan kegigihan guru-guru di sini untuk menabur bakti bagi mendidik anak bangsa juga, sangat sangat saya kagum tinggi. InshaAllah jika diberi peluang dan kesempatan, pasti saya akan hadir lagi!


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Respect!! Thanks for going to the ulu schools!!! =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu3.. sebenarnya saya jauh laghik respect dengan cikgu2 yang sanggup pergi mengajar kat sekolah2 camtu, including you lah sir! thumbs up Sir!

      Padam
    2. Don't call me sir. You have been teaching for a longer time than I have. Just call me my name. =)

      Padam
  2. waseh...hebat dh...GC dh k??...-ade mula-

    BalasPadam
  3. Teringat kenangan lalu 8 thn lalu ketika mengajar di sri aman sarawak. Netapa masa berlalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. he3.. sapa2 yang pernah mengajar di sini sahaja yang tau susah senang mengajar di sini.. semoga beroleh pengalaman berharga dan sentiasa dalam kenangan.. ;)

      Padam
  4. hehehe.terima kasih keran sudi dtg ke sini- abid

    BalasPadam
  5. sama-sama.. semoga ada peluang lagi untuk saya ke smk bakun sekali lagi suatu hari nanti.. inshaAllah.. ;)

    BalasPadam
  6. Terima kasih kerana sudi menabur ilmu kpd anak2 org ulu (mewakili semua etnik). Semoga terus diberkati Tuhan....datanglah ke SMK Belaga juga...

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ jugak untuk Jemi.. InshaAllah ada rezeki nanti sampai juga saya ke SMK Belaga nanti.. ;)

      Padam
  7. Do you really need tutoring services or private lessons in the Greater Jakarta area and it is surroundings? Trying to find private tutoring services... click https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-jagakarsa.html for more information

    BalasPadam
  8. The best Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The most effective private teachers graduated from well-known state universities. The nearest tutoring place online to your house at low cost ... click https://privatmurah.vercel.app/les-privat-pesanggrahan-murah.html for further

    BalasPadam
  9. You could possibly will see a cheaper fee versus table above, be certain again concerning the qualifications from the teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... for detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-ipa-di-jatinegara-terdekat.html

    BalasPadam