About Me

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013

2 hingga 5 April minggu lepas telah berlangsungnya Kejohanan Sofbol MSS Sibu bagi tahun 2013. Kali ini pihak penganjur, iaitu Kolej Vokasional Sibu masih memilih SMK Bukit Assek sebagai lokasi pertandingan kerana lokasinya yang sangat strategik. Maka bertungkus lumus lah Cikgu Joshua Tingom dan Cikgu Mohd Adam Abdullah melakukan persiapan menjelang pertandingan.


Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - SMK Luar Bandar Sibu

Segalanya berjalan dengan lancar, tanpa sebarang masalah yang menyulitkan. Penyertaan kali ini juga menggalakkan dengan penyertaan daripada 6 buah sekolah, iaitu Kolej Vokasional Sibu, SMK Bukit Assek, SMK Bukit Lima, SMK Chung Hua, SMK Sibu Jaya dan tidak ketinggalan SMK Luar Bandar Sibu.

Hari Pertama
Semua pertandingan berjalan seperti yang dirancangkan kecuali perlawanan pada sebelah petang antara SMK Luar Bandar Sibu dan SMK Chung Hua bagi kategori P18TKB yang terpaksa ditunda keesokan harinya disebabkan oleh hujan lebat.

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - SMK Luar Bandar Sibu

Kami juga turut berbesar hati kerana dibantu oleh seorang pemain sofbol yang Sarawak yang kini berada di Sibu, iaitu Encik Roger Goh. Beliau turut menjadi umpire bagi pertandingan antara pasukan SMK Bukit Assek dan SMK Sibu Jaya bagi kategori P18TKB. Terima kasih!



Hari Kedua
Sedikit perubahan jadual pertandingan terpaksa dilakukan disebabkan hujan lebat pada hari pertama kejohanan. Jadual disusun semula oleh Cikgu Joshua Tingom dan Cikgu Achmed Ckhalifh. 


Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - SMK Luar Bandar Sibu dan SMK Sibu Jaya


Hari Ketiga
Pusingan kedua bagi kategori P18TKB bermula, dengan 4 sekolah telah berjaya melayakkan diri ke pusingan Separuh Akhir iaitu SMK Bukit Assek, SMK Bukit Lima, Kolej Vokasional Sibu dan SMK Luar Bandar Sibu.


Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013

Ini juga merupakan hari terakhir bagi perlawanan untuk kategori L18TKB, dengan menyaksikan pasukan SMK Luar Bandar Sibu terus mengekalkan gelaran Johan L18TKB buat tahun keenam. Tahniah diucapkan kepada para pemain!


Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - SMK Luar Bandar Sibu

Keputusan akhir pada petang tersebut, Kolej Vokasional Sibu melayakkan diri ke Final bersama-sama dengan SMK Bukit Assek. Manakala pasukan SMK Luar Bandar Sibu dan SMK Bukit Lima akan berebut tempat ke-3 dan ke-4.


Hari Keempat
Hari terakhir kejohanan menyaksikan pasukan SMK Bukit Lima mengalahkan SMK Luar Bandar bagi perlawanan tempat ke-3 dan ke-4. Manakala pasukan Kolej Vokasional Sibu pula mengalahkan SMK Bukit Assek bagi mengekalkan gelaran Juara buat tahun kedua. Tahniah diucapkan!


Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - SMK Luar Bandar Sibu


Keputusan Penuh

Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013


Kategori L18TKB
Johan - SMK Luar Bandar Sibu
Naib Johan - SMK Bukit Lima
Ketiga - SMK Bukit Assek


Pitcher Terbaik Kejohanan - Pressly Palong anak John Noel (SMK Luar Bandar Sibu)
Catcher Terbaik Kejohanan - Wesli anak Asin (SMK Luar Bandar Sibu)
Pemain Terbaik Kejohanan - Gebbson Belawan anak Meyu (SMK Luar Bandar Sibu)



Kategori P18TKB
Johan - Kolej Vokasional Sibu
Naib Johan - SMK Bukit Assek
Ketiga - SMK Bukit Lima


Pitcher Terbaik Kejohanan - Rosti Gun (Kolej Vokasional Sibu)
Catcher Terbaik Kejohanan - Sharenne Rudy (Kolej Vokasional Sibu)
Pemain Terbaik Kejohanan - Elizabeth anak Tumpang (SMK Bukit Lima)



Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - SMK Luar Bandar Sibu
 Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - Pemain yang terpilih mewakili Sibu
 Kejohanan Sofbol MSS Sibu 2013 - Kolej Vokasional Sibu


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Tahniah...teruskan usaha....biar boleh bawa team ke MSSM di Neg 9 nanti..

    kawe mggu depan baru peringkat daerah, 15-17 April

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu Khairul.. inshaAllah.. tengah usahakan yang terbaik, mana tau ada rezeki boleh jumpa nanti.. Good Luck jugak lah untuk cikgu! Meme hebat!

    BalasPadam
  3. alhadulillah Allah masih lagi kekuatan untuk urus kejohanan

    BalasPadam
  4. Sangat hebat cikgu saya!

    BalasPadam
  5. coach terbaik cikgu saya..hehe..

    BalasPadam