About Me

Kemaruk Anugerah Guru; Cikgu-Cikgu Jangan Sampai Kena Tipu Ya! #anugerahscam

 CIRI-CIRI AWARD PALSU

Sebab ramai cikgu2 yang tanya award apa, meh saya reveal kat sini ciri2 award palsu. Korang identify sendiri ya. Yang penting, kena bagi kesedaran supaya KPM, JPN, PPD atau badan lain termasuk media pun tak kena tipu iktiraf pencapaian palsu ini.


Kemaruk Anugerah Guru; Cikgu-Cikgu Jangan Sampai Kena Tipu Ya! #anugerahscam
Kemaruk Anugerah Guru; Cikgu-Cikgu Jangan Sampai Kena Tipu Ya! #anugerahscam



1. Modus operandi dia bagi kita menang anugerah macam2, pastu kalau nak medal, sijil, goodies, ko kena bayar untuk kos penghantaran yadaa yadaa. Boleh cecah USD400 (RM1700) dan lebih.
2. Yang menang anugerah tu ramai gila yeop. Satu negara sampai 10 orang menang apa semua. Ko ingat masuk acara gimrama berkumpulan, pastu menang berjemaah? 😏
3. Borang nak isi senang gila. Tak comprehensive langsung, tiada tapisan interview ke apa. Kriteria penilaian pun umum sangat. Sapa isi pon confirm ble dapat. Sebab tu yang menang, ko pun tak kenal sapa dan apa sumbangan dia kan? Macam tiberrr..
4. Penganjur yang tah apa-apa. Tak dikenali, dan suspicious sangat. Bukak website rasmi pun tengok ala kadar saja, dengan gambar majlis terdahulu ala-ala majlis graduasi tadika.


5. Majoritinya based kat India. Di sana pun dah jadi isu bila banyak sangat award scam amik kesempatan atas cikgu. https://www.thehindu.com/.../fooling.../article25022929.ece
6. Diorang juga akan approach cikgu2 antarabangsa yang dah pernah menang anugerah peringkat antarabangsa supaya anugerah depa nampak gah. Tapi real cikgu yang bijak, pasti takkan terpedaya! Gituuu
7. Musim sekarang ni lagi diorang kaw-kaw promote sebab majlis ble buat online. Kos murah, tapi boleh acah2 grand gila, padahal hauk saja. Nak menipu ambik duit saja. So jangan jadi *****


Yang penting kita sebarkan supaya lebih ramai yang tahu pasal skandal anugerah palsu nih. Mudahan dah tak ada lagi cikgu Malaysia yang terpedaya.
Penting juga supaya pihak berwajib kat luar tak iktiraf kejayaan2 mudah seperti ini. Our teachers are much better than this!
P/s: Mohon KPM juga siasat dan ambik tindakan untuk kes guna title Dr suka hati untuk tujuan rasmi, padahal satu Malaysia pon tahu dia tak mengaji PhD!


Cikgu Aman, Husnaa Wa Ziyaadah dan 41 yang lain
5 Komen
6 Perkongsian
Suka
Komen
Kongsi

Catat Ulasan

1 Ulasan