About Me

Lagi Peluang Untuk Guru Belajar di Brunei 2013

Brunei-U.S. English Language Enrichment Project for ASEAN: 11-Week English Language Programme, 13 May-26 July 2013

Brunei-U.S. English Language Enrichment Project for ASEAN: 11-Week English Language Programme, 13 May-26 July 2013

 Nampaknya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun ini begitu aktif dalam menawarkan kursus-kursus dan program untuk peningkatan profesional perguruan untuk para guru. Untuk tahun 2013 sahaja, sudah ada 3 peluang untuk guru memohon, seperti peluang belajar di US dengan ILEP, peluang belajar di Jepun dengan MEXT dan terbaru peluang belajar di Brunei dengan ELEP for ASEAN. Itu belum termasuk dengan peluang sambung belajar dengan mengambil cuti belajar separuh gaji dan cuti belajar tanpa gaji.

Program Brunei-U.S English Language Enrichment Project for ASEAN: 11 Week English Language Programme ini  merupakan hasil kerjasama Universiti Brunei Darussalam dan juga East-West Center di Hawaii yang akan disertai oleh 70 orang peserta dari seluruh ASEAN.

Program 11 Minggu ini bertujuan untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Inggeris,  membina dan memperkuatkan pengajaran Bahasa Inggeris, membantu guru menguasai penggunaan ICT terbaru, membina jalinan antara guru-guru ASEAN dan memperkukuhkan hubungan antara negara ASEAN.

 Kursus yang ditawarkan adalah:
Kursus I : English Enrichment and Professional Development for Teacher-Trainers
Untuk guru dengan tahap profisiensi penguasaan Bahasa Inggeris pada tahap upper-intermediate (bersamaan dengan IELTS 5.5 - 6.5 atau pun skor 80 untuk TOEFL IBT)

Kursus II: Professional Communication for Officers and Diplomats
Untuk diplomat dan pegawai ASEAN dengan tahap profisiensi penguasaan Bahasa Inggeris pada tahap intermediate (bersamaan dengan IELTS 4.5 - 5.5 atau pun skor 55 untuk TOEFL IBT)

Lebih menarik lagi apabila, melalui program ini peserta perlu menamatkan kursus selama 2 bulan terlebih dahulu di Universiti Brunei Darussalam, sebelum menghabiskan baki 3 minggu lagi di East-West Center, HAWAII!!! 

Best nya...

Bagi yang berminat, cepat-cepat isi borang permohonan sebelum tarikh tutup, iaitu pada 7 Mac 2013!



============================================================

Iklan KPM




Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ha, sesiapa yang berminat, bolehlah apply

    BalasPadam
  2. Nak apply tapi bukan major english :)

    BalasPadam
  3. rasanya boleh jugak Biji Aprikot Rumpai Laut.. cuma dia nak kemahiran berEnglish tahap mantop jer.. ;)

    BalasPadam
  4. Guru pendidikan Islam tak pernah lagi ade peluang mcm ni setakat yang saya tahu..
    Kasihan kami..

    BalasPadam
  5. Sabar.. inshaAllah ada pluang suatu masa nanti.. ;)

    BalasPadam