About Me

Tawaran Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa CBTG TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) 2013

GURU | Tawaran Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa  CBTG TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui laman web nya telah mengeluarkan iklan tawaran Permohonan Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa  CBTG TB) Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).

Peluang terbaik bagi PPP yang berminat untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Ada ditawarkan dari peringkat Sarjana Muda sehinggalah peringkat PHD. Tawaran adalah dibuka bagi sepanjang 2013, dengan sesi kemasukan dan pengajian juga hanyalah untuk tahun 2013. Pemohon boleh memohon mana-mana universiti dalam Malaysia, sama ada IPTA/IPTS dan juga universiti luar negara yang diiktiraf.

Mungkin yang memberi sedikit beban, adalah kerana tawaran ini berupa tawaran tanpa gaji dan juga tanpa biasiswa. Namun bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak, seribu dalih. ;)





Bagi PPPLD, anda lebih bernasib baik, sebab ada juga Tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa. Itu lebih baik saya rasa.

Selamat mencuba!

=================================================================

TAWARAN PERMOHONAN CUTI BELAJAR TANPA GAJI TANPA BIASISWA (CBTG TB) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN AMBILAN TAHUN 2013

20 February 2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) membuka peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang ingin mengikut 
Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB) Ambilan Tahun 2013 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. 
Sehubungan itu, PPP yang sedang berkhidmat dengan KPM dan berminat untuk mengikuti program ini boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada 
Bahagian Tajaan Pendidikan (BT)  bagi mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),  
Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) serta Universiti Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Sekian, terima kasih

 Iklan : http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=3122&page=1&keyword=&

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. cikgu , ada tarikh tutup ke nak mohon cuti tanpa gaju ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat yang dalam pengetahuan saya, permohonan ini sambung belajar tanpa gaji ni, memang terbuka SEPANJANG TAHUN.. jadi mungkin tak ada tarikh tutup lah kot.. ;)

      Padam