.

.

KARTiKEL

Selasa, 19 Februari 2013

Peluang Guru Belajar Di Jepun (Biasiswa Kerajaan Jepun) 2013

Program Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho: MEXT 2013) Latihan Perguruan
Program Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013
Monbukagakusho: MEXT 2013

Kalau hari tuh saya update pasal peluang belajar kat Amerika Syarikat, kali nih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berbesar hati lagi buat Program Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho: MEXT 2013) Latihan Perguruan. Tajaan sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun!

Tempoh pembelajaran adalah selama 1 tahun setengah bermula daripada Oktober 2013 hinggalah Mac 2015. Terbuka kepada semua guru yang berumur bawah 35 tahun dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman mengajar. Mestilah fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris, dan berkebolehan untuk menguasai Bahasa Jepun dengan cepat.

Untuk makluman, kursus yang disediakan adalah hanya Sijil Latihan Perguruan, bukan Master ok. Dan dalam iklan dan makluman yang dikeluarkan, tidak pula dinyatakan guru bagi subjek apa yang boleh memohon. Jadi semua subjek pun boleh lah kot.

Kalau ada yang berminat sila lah isi borang cepat-cepat sebab tarikh tutup permohonan adalah pada 5 Mac 2013. Iklan boleh tengok kat bawah:


====================================================================


IKLAN KPM
Adalah dimaklumkan bahawa tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun 2013 (Monbukagakusho: MEXT 2013) Latihan Perguruan  
kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 18hb. Februari hingga 5 Mac 2013. 
Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi 03-8321 7143/03-8321 7151 pada waktu pejabat. Harap Maklum
Sekian, terima kasih

2 ulasan:

  1. alaaaa tak cukup pengalaman mengajar lagi...huhu terlepas peluuang..huhu


    BalasPadam
  2. Saya berminat nk tahu pengalaman cg yg dh dpt tawaran mext

    BalasPadam