About Me

Guru Cemerlang DG48 Untuk 11 Tahun

Alhamdulillah, mungkin namanya rezeki Ramadhan. Rezeki yang sepatutnya berkunjung pada tahun 2023, tapi tiba lebih awal dari masanya.

Teringat lagi kata-kata nazir yang datang mencerap untuk permohonan Guru Cemerlang tahun lepas,

"Awak baru 10 tahun mengajar, and I think (in Education), you are too young for GC 48. Why do you think, you deserve for it?"



Surat lantikan Guru Cemerlang DG48
Surat lantikan Guru Cemerlang DG48

Mungkin sedikit provokasi daripada beliau, untuk mengharapkan jawapan terbaik daripada saya.

Tersenyum saya sambil menjawab,

"Sebab saya nak jadi contoh dan inspire other young teachers, bahawa kalau mereka kuat berusaha dan berusaha dengan betul, inshaAllah akan ada jalan pintas juga untuk mereka.. "

Dan, hari ini saya dah buktikannya!



Laluan Guru Cemerlang
Sekadar makluman, saya mula dipostingkan pada tahun 2007, di SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak. Tempoh 5 tahun pertama digunakan sebaik mungkin untuk saya menimba ilmu dan pengalaman sebagai guru baharu, bagi mengenalpasti potensi bakat dan kelebihan saya dalam bidang perguruan.

Setelah cukup syarat memohon, tahun ke-6 (2012) saya memohon sebagai Guru Cemerlang Sains, juga atas 'desakan' dan galakan tuan Pengetua Mr Tan Hock Sang bagi mencemerlangkan semua guru-guru di sekolahnya.



Guru yang hebat adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar yang pandai belajar
Guru yang hebat adalah guru yang berjaya melahirkan pelajar yang pandai belajar

Meskipun asalnya saya merupakan guru Kimia (yang juga mengajar Sains), tetapi saya pilih subjek Sains sebagai subjek kepakaran bagi laluan Guru Cemerlang saya kerana:
1. masa mengajar yang lebih banyak berbanding subjek Kimia
2. lebih banyak bahan, aktiviti dan program yang saya jalankan bagi subjek Sains


Alhamdulillah rezeki saya dihalakan melalui laluan ini, maka pada tahun 2013 saya menerima surat lantikan sebagai Guru Cemerlang Sains DG44 (KUP). KUP atau Khas Untuk Penyandang itu membawa maksud, gred yang saya perolehi boleh dibawa bersama saya ke mana-mana tempat saya berkhidmat, sama seperti gred timebased.


Persiapan
Sepanjang tempoh 2013 hingga 2015 itu saya gunakan dengan sebaiknya bagi mengumpul lebih banyak tugasan berprofil tinggi (penyertaan peringkat negeri dan ke atas) serta program berimpak tinggi kepada akademik, terutamanya kepada anak murid saya.

Jangan lupa, dokumentasi bertulis dan bergambar adalah sangat penting dalam membuktikan bahawa, saya telah menjalankan program / aktiviti tersebut.

Saya mantapkan juga kaedah mengajar dengan sentiasa membenarkan pdp saya dipantau dan juga diberi maklum balas oleh guru lain melalui sesi seperti Lesson Study dan Peer Coaching. Mesti sentiasa terbuka untuk kritikan membina. InshaAllah sangat membantu!



Sesi Peer Coaching bersama guru Sains daripada SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
Sesi Peer Coaching bersama guru Sains daripada SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang

Penghasilan modul, inovasi, penulisan seperti Kajian Tindakan yang memberi impak kepada kemenjadian murid juga haruslah diberi perhatian. Murid yang cemerlang, datangnya juga daripada guru yang cemerlang, dan sentiasa progresif untuk belajar.


Pada tahun 2015, permohonan pertukaran saya balik ke negeri Kedah berjaya. Saya ditempatkan di sebuah sekolah yang baru saja setahun beroperasi, iaitu SMK Jerlun. Di Kedah, peluang untuk terlibat aktif menyumbang sebagai Guru Cemerlang berjalan dengan lebih rancak.

Pada masa rakan-rakan seposting tahun yang sama, berkira-kira untuk memohon DG44 secara timebased pada tahun 2015, saya pula mula berkira-kira untuk memohon DG48 secara laluan kecemerlangan.

Rezeki tak menyebelahi, kerana pada tahun tersebut, tiada iklan Guru Cemerlang yang dikeluarkan. Satu-satunya tahun tanpa iklan Guru Cemerlang. Tapi datang pula rezeki lain untuk saya menimba pengalaman sebagai Guru Pertukaran di Korea selama 3 bulan.



Pengalaman mengajar di Korea, merupakan pengalaman terbaik sepanjang bergelar guru
Pengalaman mengajar di Korea, merupakan pengalaman terbaik sepanjang bergelar guru

Tahun 2016, iaitu tahun ke-10 saya dalam perkhidmatan pendidikan, iklan yang ditunggu tiba. Kali nih, memang cukup syarat dengan tempoh perkhidmatan lebih 3 tahun dalam gred semasa, DG44. Galakan tuan Pengetua, Haji Abdul Razak Mat juga banyak menyuntik semangat saya.

Saya gunakan peluang ini dengan sebaiknya, apatah lagi sumbangan saya kini lebih banyak, hasil daripada peluang yang diberikan oleh PPD, JPN dan KPM sendiri. Peluang terbaik, yang tak sepatutnya saya persiakan.


Peluang mewakili Malaysia untuk membentangkan best practises di Seminar SSAEM 2016, Seoul Korea
Peluang mewakili Malaysia untuk membentangkan best practises di Seminar SSAEM 2016, Seoul Korea

Alhamdulillah, sekali lagi permohonan Guru Cemerlang saya bagi gred DG48 pada kali ini juga berjaya. Mendapat perkhabaran dan pelantikan pada tahun 2017 tahun ke-11 saya berkhidmat merupakan satu rahmat buat apa yang telah saya usahakan selama ini.
*Jika mengikut laluan timebased, saya hanya akan perolehi DG48 pada tahun 2023

Dan seperti yang saya katakan kepada nazir yang datang mencerap saya pada tahun lepas, niat saya adalah untuk menjadi contoh dan inspirasi kepada guru muda yang lain, bahawa tidak ada benda mustahil, jika kita berkerja dengan kuat dan berusaha dengan betul.

Alhamdulillah, Allah perkenankan.


Nasihat
Secara jujur, saya katakan, kita ada ramai guru yang bagus. Komited dan berkomitmen tinggi pada bidang tugas mereka. Nasihat saya untuk mereka yang mungkin mahu mengikut jejak langkah saya (atau mungkin jadi lebih baik) dalam bidang perguruan,

1. gunakan setiap RUANG DAN PELUANG untuk menimba pengalaman dan mencari kekuatan diri sebagai pendidik. Kurangkan beri alasan, tetapi proaktif mencari jalan.

2. FOKUS dengan perkara yang boleh memberi impak tinggi pada hala tuju dalam kerjaya kita sebagai pendidik. Bukannya buat semua benda, tapi tiada apa-apa untuk kemajuan diri bagi jangka masa panjang. Jangan sampai burnt out!



Kejayaan datang dengan dua perkara, berusaha dengan kuat dan berusaha dengan betul
Kejayaan datang dengan dua perkara; berusaha dengan kuat dan berusaha dengan betul

3. jangan gopoh dan kalut dalam merancang PERSIAPAN anda menuju GC. Just be free and easy! Mohon GC bukannya seperti, buat hari ini, esok dah boleh mohon. Ianya perancangan dan persiapan untuk tempoh 3 tahun, sekurang-kurangnya.

4. perlu adanya GOOD MENTOR yang boleh menghalakan anda ke jalan yang benar, dan tuntut ilmu sampai habis. Jangan separuh jalan. Buruk padahnya nanti kalau jadi anak murid yang derhaka.

5. Ingat, anda belum cukup BERJAYA jika anda tidak selesa dengan kejayaan orang lain. Bila tengok orang berjaya, jangan dengki lah senang ceritanya. Sentiasa redho, dan percaya bahawa setiap orang ada rezeki masing-masing. Kita juga!


Okey, demikian lah serba sedikit perkongsian perjalanan saya dalam dunia pendidikan. Saya juga masih belajar, dan akan terus belajar. Doakan semoga urusan saya sentiasa dipermudahkan Allah SWT. Saya doakan juga semoga anda semua juga dipermudahkan urusan olehNya. Bersama-sama kita menjadi pendidik yang lebih berjaya. InshaAllah!



Catat Ulasan

57 Ulasan

  1. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Hailmi, Insya Allah pengalaman cikgu kita boleh jadikan panduan..

    BalasPadam
  2. Tahniah cikgu. Anda sememangnya layak menjadi inspirasi rakan guru. Terima kasih berkongsi pengalaman anda.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, tahniah Cikgu! Memang anda seorang yang sangat menginspirasikan.Kadang-kadang jadi motivate untuk saya supaya jangan berputus asa dalam dunia perguruan ini..:)terima kasih.

    BalasPadam
  4. Tahniah cikgu.. Cikgu la guru idola saya.. Semoga Allah sentiasa memberikan cikgu kesihatan, kejayaan dan ksejahteraan hidup di dunia dan d akhirat..

    #CongratsTeacher

    BalasPadam
  5. You inspired me a lot! Tq cikgu.

    BalasPadam
  6. Tahniah Cikgu Hailmi. Sumbangan cikgu dalam dunia pendidikan merupakan amal jariah. InsyaaAllah. banyak ilmu yg bermanfaat yg telah berikan kpd guru2 dan murid2 juga kpd pendidikan negara kita.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Congrats cikgu!!!...keep up the good work!

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah tahniah cikgu hailmi....segala perkongsian cg dlm blog ni....akan dimanfaatkan...thniah....

    BalasPadam
  10. Congratulations! Oftentimes I refer to your teaching strategies online, thus a thank you. Truly an inspiration to teachers nationwide.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah. Tahniah cikgu. Semoga semua sumbangan cikgu yg semua guru (termasuk saya) gunakan dapat menjadi bekalan terbaik untuk cikgu. Amin..
    Teruskan!

    BalasPadam
  12. Tahniah cikgu..sangat memberi inspirasi...All the best cikgu..

    BalasPadam
  13. Tahniah. Next target guru super @ jusa C...go for it.

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah tahniah cikgu! Saya turut terinspirasi membaca perjalanan cikgu.. saya cikgu mengajar di SK Bukit Kiara, SP..

    BalasPadam
  15. Tahniah... Semoga kejayaan Cikgu jadi inspirasi buat semua guru.. Teruskan kecemerlangan.

    BalasPadam
  16. Syabas Mie..inspirasi kepada semua guru muda...

    BalasPadam
  17. Terbaik patut dicontohi dan tiada yg mustahil jika berusaha n guna sebainya peluang yg ada

    BalasPadam
  18. Congrats ckgu Hailmi! Perjalanan kareer kita hampir sama posting 2007, GC44 2013 dan rezeki 2015 sy cuti belajar HLP. Opsyen juga sama Kimia / sains tp sy pilih Kimia sebagai bidang kepkaran. Sy baru tamat cuti belajar dan sekarang di Kolej Permata Pintar UKM.Jika ckgu hendak mengembangkan lg karier dan kemahiran dlm pendidikan sy cadangkan ckgu mohon HLP. Semasa sambung belajar ckgu berpeluang untuk mendapat pendedahan di peringkat antarabangsa. Mungkin kita boleh berkolaborasi suatu.masa nnti. All the best ckgu!

    BalasPadam
  19. Keikhlasan cikgu dlm membimbing rakan guru yg lain tanpa kedekut ilmu merupakan punca kejayaan utama. Buat baik dibalas baik... Tuhan melihat kebaikan dan keikhlasan anda. Semoga Sifu berjaya ke tahap yg lebih cemerlang lg. We are waiting for more good news. Tahniah Sifu. 👍👍👍

    BalasPadam
  20. Anda memang layak cikgu!!! Tahniah! Teruskan kecemerlangan dlm bidang pendidikan....

    BalasPadam
  21. Tahniah, cikgu, semoga twrcapai hasrat dan impian bergelar gc dan bermanfaat kpd nusa dan bangsa

    BalasPadam
  22. Tahniah cikgu, cerita cikgu amat memberikan inspirasi

    BalasPadam
  23. Tahniah cikgu....blog cikgu ni byk membantu sy mendapatkan bhn pdpc.....smoga cikgu trus cemerlang walau di mana berada...

    BalasPadam
  24. Tahniah cgu , Anda memang layak..alhamdulilah

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah. Tahniah cikgu. Semoga perkongsian cikgu menjadi dorongan kpd sy dan rakan2 seperjuangan ��

    BalasPadam
  26. taniah en hilmi. saya baru tahu yang saya ni baru first posting di smklbs 2009.taniah diucapkan.

    BalasPadam
  27. Tahniah cikgu��

    BalasPadam
  28. Tahniah Cikgu Hailmi. Cikgu memang layak. Sy selalu mengikuti blog cikgu terutama dlm mencari bh 2 utk pembelajaran anak2 sy. Tkasih cikgu. Semoga cikgu terus cemerlang dlm mendidik dan menjadi cth terbaik buat guru2 muda khususnya.

    BalasPadam
  29. Tahniah ciku hilmi. Cikgu mmg layak. Berkongsi juga pengalaman saya memohon GC. Rakan2 yg disenarai pendek mendapat call dlm 2@3 mggu sblm ditemuduga. Saya sedikit tidak bernasib baik apabila tidak mendapat panggilan utk ditemuduga. Dan saya tidak membuat persediaan krn menyangkakan tidak disenarai pendek. Sedikit terkejut kerana nazir datang tanpa sebarang pemberitahuan dan terus mahu menemuduga. Pengajarannya di sini, bila rakan2 guru memohon, pastikan semuanya telah siap sedi wlupun tiada panggilan awal dr penemuduga.

    BalasPadam
  30. Tahniah cikgu. Kagum saya dgn semangat cikgu. Sy posting 2003, GC DG44 Tahun 2009, tapi membiarkan diri time based DG48 (Tahun 2017) kerana bbrp sbb xboleh sy nyatakan di sini. Setelah mbaca perkongsian cikgu,menguatkan semula semangat saya.. Insyaallah... Saya akan berusaha utk GC DG52.
    Terima kasih cikgu menguatkan semula semangat saya.

    BalasPadam
  31. Tahniah dan syabas Bro Alhailmi....Rezeki tetap rezeki namanya dan tidak akan kemana....Teruskan kecemerlangan dan semoga dapat berkongsi idea lagi seterusnya......

    BalasPadam
  32. so inspired..congratulations..

    BalasPadam
  33. Tahniah cikgu & terima kasih atas perkongsian ilmu. Semoga cikgu sekeluarga sentiasa dalam rahmat ALLAH, ameen.

    BalasPadam
  34. Tahniah cikgu!!!Moga terus jadi sumber inspirasi rakan guru untuk terus menabur bakti mendidik modal insan negara.

    BalasPadam
  35. Heartiest Congratulations Sir! Wish you all the best and thank you for all the inspiration!

    BalasPadam
  36. alhamdulillah dan tahniah,sumber inspirasi kepada guru2 lain.

    BalasPadam
  37. Alhamdulillah Tahniah Hailmi...
    Sy juga adalah antara Guru yg mendapat GC48 Fizik dlm
    tempoh 11 Tahun
    Posting 2005..GC 44 2011..Memangku 48 2015...
    Namun sejarah perjalanan pdp taklah sehebat Cg Hailmi...
    Maksudnya cikgu2 kita cuba jer mohon...dapat atau tidak Nazir yg
    akan tentutan.

    BalasPadam
  38. Tahniah cikgu...tp cikgu sy nk tny, apa pendapat cikgu ttg shbt sy yg sedang sambung phd... niat dia nk lompat jd lecturer iPTA

    BalasPadam
  39. Tahniah cg...teruskan kecemerlangan cg...

    BalasPadam
  40. tahniah cikgu..semoga kejayaan sentiasa bersama cikgu

    BalasPadam
  41. Tahniah tuan, saya pun.baru dapat surat spt tuan..

    BalasPadam
  42. I never know that u are so young... really inspire me as new gc dg44. I will make u as my example.

    BalasPadam
  43. Tahniah Cg.Hailmi..alhamdulillah saya pun mendapat perkhabaran gembira tahun ini dalam permohonan GC... saya memperoleh manfaat juga dari bahan yg Cg.Hailmi kongsikan sebelum ini. Terima kasih. Semoga Allah membalas jasa baik cg...amin..

    BalasPadam
  44. TENKO, AKU NOK NOK CONTACT MU, CHUINK HERE. 0199308638

    BalasPadam
  45. Tahniah c. Hailmi, thnni say mohon GC, ada tak kawan2 yang sudah mula dicerap?

    BalasPadam
  46. apa maksud utk 11 tahun ckg hailmi :)

    BalasPadam
  47. Tahniah cg Hailmi!Terima kasih atas perkongsian ini. Sgt teruja mmbacanya.

    BalasPadam
  48. Executive-Education.id is an educational institution which offers tutoring services where tutors arrive at your property, making sure that students can study ... go to https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-pancoran.html for more details

    BalasPadam
  49. Ideal and Most economical Jabodetabek Non-public Lessons, our workers in addition to educators are available to your home, collection your own personal examine program and might pick virtually any area associated with analysis ... visit https://bimbel-calistung.netlify.app/les-privat-calistung-kramat-jati.html for more details

    BalasPadam
  50. You could will see a cheaper fee compared to the table above, ensure again concerning the qualifications of your teacher / Kindergarten teacher recommended for you ... for more information https://matematika-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-matematika-terdekat-di_20.html

    BalasPadam