.

.

KARTiKEL

Selasa, 1 Januari 2013

SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak

Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No.1 Sibu (SMKLBS) terletak kira-kira 33.4 km daripada Bandar Sibu, Sarawak. Bagi pengguna Borneo Trans Highway, anda dapat perhatikan kompleks baru sekolah ini yang terletak di sebelah kanan jalan menuju ke Bintulu dari Sibu.

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak
 SMK Luar Bandar No.1 Sibu

Pembukaan SMK Luar Bandar No.1 Sibu telah dirasmikan oleh Encik Abdul Aziz Yeop pada 18 Jun 1965. Namun sebenarnya sejarah sekolah ini telah bermula lebih awal lagi iaitu pada tahun 1964 apabila tertubuhnya dua buah kelas yang terdiri daripada 80 orang pelajar.
Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Sibu Rural Secondary School sebelum ditukar kepada Sekolah Menengah Kerajaan Luar Bandar No.1 Sibu dan akhirnya diubah lagi kepada nama sekarang. Pengetua pertamanya ialah Cik Mary Siong dan sehingga kini sudah 19 orang Pengetua telah mencurahkan bakti, termasuk Pengetua terkini, Encik Tan Hock Sang (2004 - terkini)

Pada suatu ketika dahulu, pelajar-pelajar di sekolah ini datang dari kawasan sejauh Kanowit dan juga Mukah. Namun seiring dengan peredaran masa dan kemajuan yang telah dicapai, pelajar-pelajar sekolah ini sekarang kebanyakkan nya berasal dari kawasan sekitar yang berhampiran sahaja, iaitu dari kawasan Kem Batu Oya sehinggalah ke Pekan Selangau.

Antara tokoh terkenal yang pernah bersekolah di sekolah ini ialah Ahli Parlimen DUN Jemoreng, iaitu YB Abu Seman bin Jahwie.

Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Gred A, dengan bilangan pelajar seramai kira-kira 1500 orang dan juga bilangan guru seramai 100 orang. Kemudahan 4 blok asrama yang boleh menampung keperluan kira-kira 800 orang pelajar juga memberi kelebihan kepada pelajar-pelajar dari jauh untuk meneruskan pelajaran dengan lebih baik di sekolah tersebut. 

Kemudahan lain yang juga terdapat di sekolah ini adalah seperti Surau, Dewan Makan, Kuarters Guru, Perpustakaan, Kedai Koperasi, Bilik Audio Visual, Padang Sekolah, Dataran Perhimpunan, Bilik Sakit dan juga bilik-bilik khas yang lain.

Tambah menarik, bermula pada tahun 2011, sekolah ini mempunyai 1 kelas Prasekolah dengan bilangan murid 11 orang, serta seorang guru Prasekolah dan juga seorang Pembantu Murid. Hanya terdapat 2 buah sekolah menengah di Malaysia yang menawarkan kelas Prasekolah, dan salah satunya adalah SMK Luar Bandar No.1 Sibu. 



logo smk sekolah menengah kebangsaan luar bandar no.1 sibu, sarawak


 Dengan berbekalkan kepada visi sekolah "SMKLBS Gemilang Tahun 2015", SMK Luar Bandar No.1 Sibu terus tampil gemilang dengan mendapat banyak anugerah dan pengiktirafan dalam pelbagai bidang. 

Bagi pencapaian akademik, sekolah ini mencatatkan peningkatan berterusan dalam PMR, untuk 5 tahun berturut-turut bermula daripada tahun 2007 sehinggalah 2012.


Peratusan Lulus PMR
2007 - 47.70%
2008 - 50.37%
2009 - 53.70%
2010 - 63.91%
2011 - 68.42%
2012 - 71.20%

Dalam bidang ko-kurikulum, sekolah ini juga telah melahirkan ramai pemain-pemain hebat bagi sukan Bola Sepak, Hoki, Sofbol, Bola Baling dan Olahraga. Manakala pasukan Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) juga telah 2 kali mewakili Negeri Sarawak ke Perkhemahan Bersepadu PKBM Peringkat Kebangsaan. 

Sekolah ini juga cemerlang dalam bidang penghasilan video. Buktinya, sekolah ini merupakan Johan Liga Remaja Kreatif 2010 dan 2013 bagi zon Sarawak. Pada tahun 2013, sekolah ini tampil cemerlang di peringkat kebangsaan dengan muncul Naib Johan Pertandingan Video Kreatif Antartika Lestari 2013 anjuran polar USM. Tambah menggembirakan, bila menjulang Johan Kebangsaan bagi Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013.

Bagi bidang HEM pula, sekolah ini pernah muncul Johan Asrama Terbilang (ASAT) Peringkat Negeri Sarawak pada tahun 2006. Selain itu, sekolah ini juga sentiasa tampil cemerlang dalam Pertandingan Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI), Pertandingan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS), serta Anugerah Kualiti Koperasi Sekolah.


1 Malaysia Pelbagai kaum di SMK Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak

Semoga dengan semua kejayaan yang dilakarkan oleh warga sekolah ini akan menjadi pendorong untuk sentiasa tampil cemerlang dan juga gemilang menuju seperti visi dan misi yang diharapkan pada masa hadapan.

Selamat Maju Jaya!

p/s: Bagi yang mahu mengikuti perkembangan terkini daripada SMK Luar Bandar No.1 Sibu, sila LIKE fanpage FACEBOOK sekolah tersebut di SMK Luar Bandar No.1 Sibu (OFFICIAL)  atau ke Laman Web Rasmi SMK Luar Bandar No.1 Sibu

2 ulasan:

  1. salam.. sya nak minta tolong dari semua untuk menjejak cikgu sya dahulu, nama beliau ialah cikgu tan chee keong. beliau mengajar matapelajaran mat. tambahan dan fizik. sya penuntut tahun 1982-1986 ketika itu. jika ada maklumat terkini ttg beliau, sudilah postkan kat sini(sya akan mengikuti laman ini dari masa ke semasa). terima kasih.

    BalasPadam