About Me

Contoh Lesson Study bagi subjek Sains [video]

Pada minggu yang lalu saya berkesempatan untuk terlibat dalam suatu kolaborasi kerjasama antara rakan-rakan guru Sains di sekolah saya bagi satu usaha baru yang dibawa oleh KPM, iaitu Professional Learning Communities dengan fokus kepada Lesson Study.

Contoh Lesson Study bagi subjek Sains [video]

Lesson Study ini secara ringkasnya merupakan suatu program yang bertapak di Jepun pada tahun 1960an dan dikembangkan ke seluruh dunia, dengan Malaysia mula mengetengahkan Lesson Study pada tahun 2004.

Lesson Study terdiri daripada kitaran yang terdiri daripada 5 fasa atau peringkat, iaitu
Fasa 1 : Menentukan Gol Pengajaran
Fasa 2 : Merancang Pengajaran
Fasa 3 : Ajar / Perhati Pengajaran
Fasa 4 : Nilai / Reflek Pengajaran
Fasa 5 : Ubahsuai Pengajaran

Di sini saya kongsikan pengalaman saya dan rakan guru Sains yang terlibat dalam Lesson Study ini. Semoga ada perkongsian yang bermanfaat. Boleh tonton video yang saya hasilkan di bawah bagi menambahkan kefahaman anda.



Penyelaras Lesson Study : Cikgu Chai Pik Yee
Guru Pengajar : Cikgu Ling Hui Ming, Cikgu Lau Suk Lee
Guru Pakar : Cikgu Emily Wong (GC Sains), Cikgu Hailmi (GC Sains) 


Fasa 1 : Menentukan Gol Pengajaran
Cikgu Ling Hui Ming dan Cikgu Lau Suk Lee berbincang bagi menentukan gol pengajaran atau pun objektif pembelajaran yang ingin dicapai oleh murid dalam pdp.


Fasa 2 : Merancang Pengajaran
Kemudian mereka akan berbincang bagi menentukan langkah-langkah dan aktiviti-aktiviti yang sesuai atau difikirkan memberikan impak maksimum kepada pdp dan murid. Kaedah yang sesuai juga dimasukkan hasil daripada perbincangan dua orang guru ini. 


Fasa 3 : Ajar / Perhati Pengajaran
Cikgu Ling Hui Ming dipilih untuk mengajar rancangan mengajar yang telah dibincangkan tadi. Manakala Cikgu Lau Suk Lee berada di kelas bagi memerhatikan pengajaran tersebut bersama-sama Guru Pakar iaitu Cikgu Emily Wong dan Cikgu Hailmi. Guru Pakar boleh terdiri daripada Guru Cemerlang atau pun guru yang berpengalaman.


Fasa 4 : Nilai / Reflek Pengajaran
Sesi perbincangan antara Guru Pengajar dan Guru Pakar dengan diperhatikan oleh Penyelaras, iaitu Cikgu Chai Pik Yee bagi menilai atau memberi refleksi kepada pdp yang dijalankan. Perkara yang disentuh adalah keberkesanan aktiviti / kaedah yang dirancangkan. 


Fasa 5 : Ubahsuai Pengajaran
Jika didapati rancangan mengajar tadi tidak sesuai dan tidak mencapai objektif, maka rancangan mengajar tadi perlu diubahsuai supaya dapat digunakan oleh guru lain atau pun digunakan pada masa akan datang.


Secara keseluruhannya, saya merasakan lesson study ini adalah sesuatu yang baik untuk memperbaiki atau pun menambahkan profesionalisma guru ke arah yang lebih baik. Kerjasama dan kolaborasi guru yang sebegini mampu menambah pengetahuan guru ke tahap yang lebih baik. Lain guru, lain caranya. Maka kita boleh kongsikan cara-cara terbaik ini bagi memberikan hasil yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, beberapa kekangan lain mungkin perlu juga kita bagi perhatian. Kekangan seperti masa, waktu mengajar, dasar mmi, bebanan tugas guru dan faktor lain mungkin menyebabkan perkara baik seperti ini akan menyebabkan Lesson Study juga menjadi seperti dasar-dasar yang lain. Panas pada mulanya, suam-suam kuku pada akhirnya.

Apa pun, semoga yang terbaik untuk sistem pendidikan kita! ;)


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Terima kasih atas perkongsian. Kini saya lebih faham.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Tuan, boleh saya tahu, untuk contoh pdp yang tuan tunjukkan ini, berapakan jam kan slot pdp tersebut?

    BalasPadam