.

.

KARTiKEL

Isnin, 4 Januari 2016

Gelombang 2 (2016 - 2020) PPPM

Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula bahagian di Kementerian untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan kurikulum baharu sekolah menengah dan kurikulum semakan sekolah rendah dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.


Gelombang 2 (2016 - 2020) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Gelombang 2 (2016 - 2020) PPPM


Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan sistem


Memperluas bimbingan dan sokongan untuk membantu guru bagi menambah pengetahuan dalam semua mata pelajaran, pemikiran, kepimpinan, etika/kerohanian dan identiti nasional. ‡

Menyediakan kemajuan berdasarkan kompetensi dan prestasi serta menambah baik latihan pra-perkhidmatan untuk memugarkan profesion keguruan ‡

Menambah baik kurikulum peringkat rendah dan melaksanakan kurikulum baharu peringkat menengah bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa

Menghentikan kelas peralihan, menjalankan rintis bagi pilihan untuk immersion BI dan mengukuhkan penyediaan pendidikan bahasa ketiga untuk meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa

Melaksanakan inovasi ICT untuk sekolah pedalaman, sekolah kurang guru dan sekolah kurang murid untuk menangani isu kapasiti

Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti Orang Asli dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas dan berkeperluan khas

Memperluas tawaran pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta

Mengukuhkan Bahagian utama KPM, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan pelaksanaan



Gelombang 1 (2012 - 2015)

Gelombang 2 (2016 - 2020)

Gelombang 3 (2021 - 2025)



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan