About Me

Gelombang 1 (2013 - 2015) PPPM

Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Kementerian memberi penekanan kepada fasa ini dengan menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). 


Gelombang 1 (2013 - 2015) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Gelombang 1 PPPM (2013 - 2015)

Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/ guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan.



Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan memberi sokongan kepada guru dan memberi fokus kepada kemahiran utama


Membimbing guru secara khusus bagi meningkatkan standard guru khususnya dalam mata pelajaran teras seperti Matematik, Sains, BM dan BI 

Standard kemasukan yang lebih tinggi bagi guru baharu 

Mewujudkan Pembimbing Pengetua yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi mengukuhkan kepimpinan sekolah 

Merombak soalan peperiksaan dengan tumpuan kepada peningkatan soalan kemahiran berfikir aras tinggi 

Standard BM yang sama dilaksanakan pada peringkat rendah dengan penyediaan bantuan pemulihan kepada murid lemah dalam BM dan BI  

Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk integrasi ICT dalam pembelajaran harian 

Memastikan sokongan daripada PPD ditumpukan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk kepada murid dengan keperluan khusus melonjakkan peningkatan sekolah 

Meningkatkan enrolmen dan penglibatan ibu bapa serta menawarkan pendidikan vokasional yang lebih baik untuk meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah 

Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kolaborasi dengan sektor swasta 

Mentransformasi kementerian bermula dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian KPM


Gelombang 1 (2013 - 2015)

Gelombang 2 (2016 - 2020)

Gelombang 3 (2021 - 2025)



Catat Ulasan

0 Ulasan