.

.

KARTiKEL

Ahad, 3 Mei 2015

Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015

Seperti biasa, acara tahunan saya adalah membimbing pelajar bagi menyertai pertandingan mencipta video, Liga Remaja Kreatif (LRK) anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Alhamdulillah, usaha beberapa tahun ini sejak 2010 lagi, telah membuahkan hasil dan banyak meninggalkan kenangan manis buat saya dan anak didik. 



Johan Liga Remaja Kreatif 2015
Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015

Kali pertama adalah membawa pasukan Herman sebagai Johan Sarawak bagi LRK pada tahun 2010. walaupun gagal memenangi sebarang hadiah semasa di peringkat kebangsaan, namun peluang mengikuti kem selepas itu adalah jauh lebih baik. 

Dengan bekalan ilmu tersebut lah, pasukan kami berjaya mengekalkan Johan Sarawak bagi LRK pada tahun 2013 dan 2014. Malah lebih indah lagi apabila muncul Johan Kebangsaan bagi LRK 2013 buat kali pertama dengan pasukan Ohkie & Jasmine dan mengekalkan Johan Kebangsaan buat kali kedua pada LRK 2014 dengan pasukan gandingan Charry Fressly, Ester Maxcuel, Roderick Renggie dan Lilian Tan.




Johan Liga Remaja Kreatif 2014 on TV1
Johan Liga Remaja Kreatif 2014 on TV1

Awal tahun ini saya mendapat berita gembira permohonan pertukaran ke Kedah berjaya. Maka seminggu pertama di SMK Jerlun lagi, saya sudah mula fikirkan program yang harus saya jalankan bagi membimbing pelajar baru ini. Jangkaan saya dah tentulah mereka belum ada sebarang pengalaman. Maka tentulah banyak usaha yang perlu dilakukan bagi membimbing mereka.



Strategi saya adalah dengan mencari pelajar besar (Tingkatan 4 dan 5) yang pernah terlibat dengan sebarang penghasilan video, sekalipun video mudah. Setelah diselidik, dalam minggu ke-3 saya bertemu dengan 2 orang pelajar, iaitu Amirul dan Zafri yang pernah menghasilkan video sllideshow untuk Pusat Sumber sekolah. Dari sana saya tambah lagi 2 orang pelajar yang dirasakan serasi dengan mereka bagi membentuk satu kumpulan. 


Maka proses bimbingan pun bermula...


Disebabkan saya pun belum biasa dengan kawasan baru ini, maka langkah pertama saya adalah membawa pelajar recce kawasan sekitar bagi mendapatkan gambaran sebenar cerita yang mungkin boleh kami hasilkan. Secara jujur, saya lebih suka cerita yang dihasilkan  dapat menggambarkan ciri sebenar tempat tersebut. Tonjolkan sebaik mungkin keunikan dan kelebihan yang ada pada kawasan sekitar kita untuk tatapan orang luar. Secara tak langsung mempromosikan juga apa yang tiada di tempat orang lain.



Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Setelah mendapat gambaran awal mengenai kehidupan masyarakat sekitar, maka langkah kedua adalah proses brainstorming dengan para pelajar bagi mendapatkan idea. Pada saya ini adalah proses paling penting dalam keseluruhan penghasilan video. Jika gagal mendapat cerita yang menarik dengan idea yang kreatif, maka usaha lain sekalipun hebat, masih tak berjaya nak hasilkan video yang wow. 

Tema Liga Remaja Kreatif 2015 adalah sangat mencabar. Dengan tajuk "Inovasi Jalur Lebar - Gaya Hidup Digital Malaysia", tema yang dibawakan adalah betul-betul menguji kemahiran pelajar dalam menghasilkan video yang bertepatan dengan tema. Adakalanya mereka keliru, tetapi dengan sedikit homework yang mereka lakukan mengenai tema, maka idea yang diberi nampak lebih terarah.

Beberapa idea ditolak, dikemaskini dan ditambahbaik bagi menghasilkan cerita yang sebaik mungkin. Perbincangan pada mulanya perlahan, menjadi lebih baik setelah mereka mula faham apa yang saya mahukan daripada mereka. Good job guys!



Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Setelah skrip dihasilkan, maka bermula lah proses menghasilkan storyboard. Storyboard yang dihasilkan biasa-biasa saja, memandangkan mereka pun blom ada pengalaman. Tetapi sekurang-kurangnya mereka diberi pendedahan mengenai kepentingan menghasilkan storyboard sebelum melakukan proses penggambaran. Ternyata storyboard mampu menjimatkan masa dan proses penggambaran dapat berjalan dengan lebih lancar.


Proses rakaman memakan masa hampir seminggu. Ada kalanya perancangan tak dapat berjalan kerana masalah yang tak dapat dielakkan. Maka terpaksa diganti dengan hari lain. Mujur juga ramai pihak luar yang mahu turut serta dan memberi kerjasama sepanjang proses ini berlangsung. Terima kasih banyak!



Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Editing memakan masa hampir 2 minggu. Agak lama kerana mereka masih belajar-belajar menggunakan software yang saya sentiasa syorkan, iaitu Cyberlink Powerdirector. Merangkak-rangkak juga tercari butang di sana sini. Minggu kedua, proses editing lebih pantas berbanding sebelumnya. Kerja-kerja penambahbaikan dilakukan bagi proses akhir, finishing.



Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Dalam keadaan yang hampir siap menjelang tarikh tutup, tiba-tiba kami mendapat makluman tarikh tutup LRK 2015 dilanjutkan lagi tempohnya. Maka sebagai perancangan masa depan dan pembangunan, maka saya cuba uruskan satu lagi pasukan junior yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 2. Pasukan ini adalah lebih kepada pasukan pelapis bagi tahun mendatang. 

Melalui proses yang sama, tapi kali ini pendekatan lebih mudah dan ringkas. Sesuai dengan tahap mereka yang baru nak berjinak dalam dunia penghasilan video. Saya cetak bahan-bahan yang berkaitan dengan tema dan biarkan mereka kenalpasti maklumat yang boleh diguna. Dari sana, maklumat tersebut dijadikan cerita. 



Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015


Aspek teknikal juga pada tahap yang sangat minima. Biar mereka terdedah dulu dengan proses penghasilan. Proses penggambaran memakan masa hanya 2 hari dengan proses editing mengambil masa seminggu. Proses editing juga menggunakan kaedah yang mudah sahaja, kerana lebih menumpukan perkara-perkara yang berkaitan dengan menyampaikan tema sebaik mungkin. 


Alhamdulillah, selesai juga akhirnya kedua-dua kumpulan senior dan junior menghasilkan video untuk pertandingan pada tahun ini. Walaupun pada mulanya bergerak dengan perlahan, akhirnya mampu juga mereka menghasilkan video seperti yang diharapkan. Saya akui, masih ada ruang untuk penambahbaikan bagi kedua-duanya, namun gembira dengan hasil mereka. Tahniah!



Liga Remaja Kreatif 2015 - Inovasi Jalur Lebar : Gaya Hidup Digital Malaysia


Dalam pada melihat hasil-hasil kerja peserta LRK 2015 yang sudah dimuatnaik ke Youtube, beberapa video saya lihat mampu memberikan saingan hebat. Banyak video yang menunjukkan teknik angle kamera dan aspek teknikal yang semakin hebat. Malah ada yang sampai hasilkan trailer sebagai iklan kepada video penuh mereka. Harapnya video penuh juga sehebat video trailer. 

Yang ingin menyaksikan video pasukan kami boleh tonton di bawah. Satu daripada pasukan senior dan satu lagi daripada pasukan junior. Doakan kejayaan untuk kedua-dua pasukan kami nanti. Jemput juga memberi komen-komen positif yang boleh digunakan untuk penambahbaikan kelak. Selamat menonton!



Team Senior
(Inovasi Gaya Hidup Digital)



Team Junior
(Inovasi Digital)


Penyertaan tahun ini juga rasanya tidak seramai tahun lepas. Ingat lagi saya, nombor rujukan kami pada tahun lepas adalah mencecah sehingga angka 4+++. Tapi pada tahun nih, rasanya hanya pada 3+++. Tema yang agak sukar dan tempoh yang agak singkat berbanding tahun sebelumnya, mungkin menyebabkan kurang sambutan dalam kalangan pelajar. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk LRK dan semua peserta LRK tahun ini.

Saingan sengit bagi beberapa negeri juga bakal disaksikan. Negeri-negeri seperti Sarawak, Sabah, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan, sentiasa tampil dengan video-video hebat yang kreatif. Maka bagi para peserta dari negeri-negeri yang berkenaan, maka buatlah sebaik mungkin bagi mendapatkan keputusan yang setimpal dengan usaha. Semoga berjaya!



Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2015
Good luck juga untuk Azhan dan pasukan bagi kategori Portal Web.

Bagi peserta LRK 2015 bagi kategori lain seperti portal internet, apps dan raspberry, tak lupa juga saya ucapkan selamat berjaya. Tak sabar nak tengok hasil-hasil kreatif tahun nih pula. Semoga ada yang dapat hasilkan produk yang berkualiti dan mengkagumkan.



Oh ya. Bagi para peserta LRK 2015, jom kita guna hashtag #LRK2015 di facebook, twitter dan instagram untuk  berkongsi-kongsi cerita... Saya sudah, anda bila lagi? :D



4 ulasan:

  1. video junior catchy sket..tang video pljr senior nmpak terlalu sempoi gitu tp berat gak nak phm.hmmph, dia tgh tgk apa dlm gelap? xnmpak sgt.. apa pn gud luck
    p/s ada kategori pertandingan raspberry hoo?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tq mas untuk komen.. yg gelap tu dia tgh tgk youtube untuk belajar buat device tu..

      Padam
  2. tahniah cikgu..boleh view jugak video kami dari kolej vokasional betong sarawak di youtube :)

    BalasPadam
  3. cikgu , selain cyberlink powerdirector , software ape yang lebih baik untuk buat video ?

    BalasPadam