.

.

KARTiKEL

Jumaat, 15 Februari 2013

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012 : Pengalaman Hebat!

KEM PEMBANGUNAN REMAJA KREATIF 2012
11 - 15 MAC 2012
Seperti yang dilaporkan oleh : Pressly Palong John Noel, Steward Selan Martin
~ Sekadar perkongsian catatan pengalaman ~


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012

Pada awal Mac 2012, saya telah menerima satu panggilan daripada orang kuat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu, En Taher Musa dan juga Cik Azimah Haji Idris mengenai satu kem yang akan dibuat pada cuti pertengahan semester 1 2012, iaitu Kem Pembangunan Remaja Kreatif.

Kem ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada remaja sekolah mengenai kepentingan kandungan kreatif pada masakini. Semua sekolah yang terpilih adalah sekolah yang pernah memenangi Pertandingan Mencipta Video, Liga Remaja Kreatif 2010 bagi peringkat negeri masing-masing yang dianjurkan oleh SKMM suatu ketika dahulu. Sudah tentu saya berasa amat berbesar hati kerana pasukan SMK Luar Bandar No.1 Sibu dapat mewakili negeri Sarawak ke kem tersebut.


HARI PERTAMA (11 MAC 2012)
Setelah selesai segala urusan yang berkaitan dengan tiket penerbangan, dan lain-lain, maka pada 11 Mac 2012, tibalah kami satu pasukan di KLIA. Pelajar yang terpilih untuk mewakili pasukan Sarawak adalah Pressly Palong John Noel, Steward Selan Martin, Luqman Hakim Kamal Bahrin dan Terry Denis Osman. Guru pengiring pula adalah Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib. ;)


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Duta Vista
Seterusnya kami bergerak ke Duta Vista, tempat di mana kami akan menetap untuk 5 hari ini. Setibanya di sana, semua peserta didaftarkan terlebih dahulu. Semua kontinjen dari setiap negeri dengan 4 orang pelajar telah berjaya menghadirkan diri pada hari tersebut. Para pelajar dikumpulkan dan dibahagikan kepada 6 orang pelajar berlainan negeri dalam satu bilik. Ini bagi menggalakkan lagi interaksi antara mereka semasa menjalani kem ini.

Aktiviti pada malam harinya diteruskan dengan pembahagian kumpulan, di mana satu kumpulan terdiri daripada 10 - 12 orang pelajar dengan seorang fasilitator. Fasilitator pula terdiri daripada para penuntut dan juga pensyarah muda Akademi Seni Budaya dan Warisan  Kebangsaan (ASWARA) yang memang sempoi-sempoi belaka.


HARI KEDUA (12 MAC 2012)
Keesokan harinya, semua pelajar dan guru pengiring yang berminat, berkumpul di Galeri ASWARA (Fakulti Seni Halus) yang terletak berdekatan dengan tempat kami tinggal.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Aktiviti awal bersama fasilitator
Di sana, pelajar dikumpulkan dalam kumpulan masing-masing bersama-sama dengan abang-abang dan kakak-kakak fasilitator. Mereka diberi sedikit tugasan kecil. Paling menarik apabila, aktiviti dimeriahkan lagi dengan aktiviti "Beruang, Nyamuk dan Ikan".


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Beruang, Nyamuk dan Ikan
Selepas selesai aktiviti, kami berkumpul di dalam Galeri ASWARA bagi sesi ceramah idea kreatif oleh MACRI, iaitu Malaysia Association of Creative and Innovative Ideas. Ceramah bertujuan bagi memberikan pelajar beberapa tips dan teknik untuk berfikir dengan lebih kreatif dan inovatif.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Ceramah Kreatif dan Inovatif dari MACRI
Ceramah seterusnya diteruskan dengan sesi oleh Puan Bee Tanaka. Beliau adalah Pengarah bagi Festival Malaysia ShortShortFilm, pertandingan yang bertujuan untuk mengumpulkan filem-filem pendek Malaysia yang terbaik, bagi dipertandingkan di Festival ShortShortFilm Dunia yang berlangsung di Jepun.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Puan Bee Tanaka
Nasihat beliau yang paling saya ingat adalah, bagi para penggiat filem pendek, cuba lari daripada tema filem seperti yang selalu kita, rakyat Malaysia buat pada masa kini. Filem pendek yang bertemakan kecelaruan jantina, politik adalah isu yang sangat bersifat tempatan dan kurang dapat diketengahkan ke peringkat antarabangsa.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Pada sebelah petang pula kami dibawa ke ASWARA bagi sesi ceramah oleh pensyarah ASWARA. Ceramah Penulisan Skrip ini memang sangat berguna dalam menghasilkan skrip cerita yang bagus dan berkualiti. Sekurang-kurangnya pelajar kini sudah mula memahami langkah-langkah yang terlibat dalam menghasilkan skrip drama dan filem. Pelajar juga diajar untuk menghasilkan storyboard bagi mendapat gambaran awal skrip tersebut.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Gambar kenangan bersama En Nizam ANIMONSTA
Ceramah diteruskan dengan penampilan istimewa Pengarah Pengurusan ANIMONSTA Studio, iaitu Encik Mohd Nizam Abdul Razak. ANIMONSTA Studio adalah studio animasi yang bertanggungjawab menghasilkan animasi kanak-kanak yang hebat dan popular pada masa kini, iaitu BOBOIBOY. Beliau juga turut berkongsi akan nasihat berguna bagi adik-adik pelajar yang berminat untuk menyertai industri kreatif animasi.

Pada waktu malam nya, para pelajar seperti biasa dikumpulkan dalam kumpulan masing-masing. Namun, kali ini pelajar diberi tugasan untuk menyiapkan skrip dan storyboard bagi filem pendek mereka. Ya, setiap kumpulan wajib menyiapkan satu filem pendek masing-masing dengan durasi 2 minit sebelum malam terakhir kem.


HARI KETIGA (13 MAC 2012)
Hari ini adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh kami. Ini kerana kami akan dibawa melawat ke ASTRO dan KRU STUDIO.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Baru sampai di ASTRO
Namun, bagi peserta yang berusia bawah 15 tahun, mereka dibawa melawat ke KOMPLEKS RTM kerana polisi pihak ASTRO yang tidak membenarkan pengunjung yang di bawah umur 15 tahun berada di dalam studio mereka.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
ASTRO
Kunjungan kami ke ASTRO disambut oleh  wakil ASTRO yang kemudiannya membawa kami melawat ke setiap bahagian dalam kompleks tersebut. Kami dapat melihat dengan sendiri  studio-studio rakaman dan bilik kawalan. Paling mengujakan apabila dapat bertemu dengan Johan (Maharaja Lawak) ketika melawat Studio Radio ERA.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Gambar kenangan dengan Johan ERA
Seterusnya kami dibawa melawat ke KRU STUDIO yang baru berpindah ke Cyberjaya. Dengan rekabentuk bangunan yang menarik dan unik, sudah tentu pengalaman ke sini menjanjikan pengalaman yang juga cukup hebat.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Mercu tanda KRU Studio, Cyberjaya
Kami dijemput sendiri oleh tuan empunya studio, iaitu En Norman Abdul Halim atau lebih dikenali dengan nama Norman Hakim Norman KRU. Memang kreatif dan mendahului masa betul mereka adik-beradik.


Norman KRU semasa Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Norman KRU berkongsi pengalaman
Turut dikongsikan dengan para peserta adalah teknik CGI dan juga paling hebat, apabila Norman KRU juga turut menayangkan previu awal bagi animasi yang sedang mereka usahakan.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Posing depan Bangunan SKMM
Kemudian kami dibawa untuk menjamu selera di bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Terima kasih untuk makanan tengahari yang hebat!


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Studio rakaman bunyi dan suara di FINAS
Aktiviti seterusnya adalah lawatan ke FINAS, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia. Kami dibawa melawat bahagian yang terdapat di sana, termasuk menyaksikan proses rakaman suara dan editing bunyi. Kami juga diberikan taklimat dan previu filem yang akan keluar di pawagam dalam masa yang terdekat.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Gambar kenangan depan FINAS
Setelah seharian kepenatan melawat agensi dan studio-studio yang terlibat dengan industri kreatif, pada sebelah malam nya pula peserta kem diberi tanggungjawab yang lebih besar. Di mana, peserta diberi kepercayaan untuk menguji penggunaan video rakaman yang standard.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Ajar mengajar antara satu sama lain
Ramai dalam kalangan fasilitator yang membantu untuk menerangkan dan mengajar cara penggunaan video tersebut. Pelajar perlu mahir menggunakan video kamera tersebut kerana pada esok hari mereka akan menjalani proses rakaman bagi filem pendek mereka.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Abang fasilitator khusyuk mengajar teknik guna video kamera


HARI KEEMPAT (14 MAC 2012) 


Cikgu Hailmi bergambar kenangan dengan Saiful Nang semasa Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Gambar kenangan dengan Saiful Nang
Sesi pagi dimulakan dengan ceramah khas oleh fotografer perkahwinan yang terkenal, iaitu saudara Saiful Nang dari Candid Syndrome. Saya sangat teruja dapat bertemu dengan Saiful Nang, kerana saya sudah lama mengkagumi hasil kerja fotografi nya sejak dari dulu lagi, ketika beliau aktif mengirimkan gambar-gambar perkahwinan di laman Fotopages. Justeru itu, pengalaman ini digunakan sebaiknya untuk mendapatkan nasihat dan tips-tips terbaik daripada beliau.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Proses shooting tahap ekstrem
Aktiviti seterusnya, dirancakkan lagi dengan proses shooting oleh para peserta. Para peserta riuh rendah berlari ke sana sini untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ada juga ketua kumpulan yang gagal dalam mengawal keadaan, sehingga menyukarkan proses shooting untuk berjalan dengan lancar. Kehadiran fasilitator sekali lagi berjaya membantu peserta menguasai teknik asas penghasilan filem pendek dengan baik. Mereka turut mengajar peserta untuk berlakon dengan baik!


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Shooting cerita hantu dalam gelap
Menjelang waktu petang, peserta sudah mula mengedit (menyunting) filem pendek masing-masing. Pada ketika itu, terdapat beberapa lagi kumpulan yang masih melakukan proses shooting kerana kesilapan teknikal yang telah dilakukan pada awal tadi. Namun kesemua kumpulan berjaya menghantar hasil masing-masing sebelum malam tayangan. Tahniah diucapkan!


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Orang kuat SKMM
Pada malam tayangan tersebut, kesemua filem pendek hasil pelajar-pelajar telah ditayangkan. Ada filem pendek sedih, kelakar dan seram. Pendek kata, hasil kreativiti pelajar sangatlah di luar dugaan kerana masing-masing tampil dengan karya yang unik dan tersendiri. Berbaloi untuk pelajar menghabiskan 5 hari cuti mereka untuk datang ke kem tersebut.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Abang dan kakak fasilitator glamer
Turut diadakan pada malam tayangan tersebut juga, adalah Anugerah Filem Pendek Terbaik. Para fasilitator bertindak sebagai hos yang mengumumkan anugerah dan pemenang bagi 3 kategori iaitu, Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dan Anugerah Filem Pendek Terbaik.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Kumpulan yang memenangi Anugerah Filem Pendek Terbaik
Memang sangat menghiburkan! Filem terbaik dimenangi oleh filem pendek yang bertajuk "Cinta Kertas".


HARI TERAKHIR (15 MAC 2012)
Pada hari terakhir kem, seperti biasa kami akan berkumpul di dewan. Namun kali ini, perasaan bercampur baur kerana akan berpisah semula mengikut haluan masing-masing. Persahabatan yang terbina dalam kalangan peserta dan juga guru-guru walaupun dalam tempoh 5 hari, ternyata memberi kesan dan kenangan buat semua.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Gambar kenangan fasilitator dan orang kuat SKMM
Satu majlis penutupan ringkas diadakan dan seterusnya sesi bergambar kenangan. Peserta bergambar mengikut kumpulan lengkap dengan fasilitator.


Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Gambar 1 Malaysia!
Masing-masing menunjukkan aksi yang tersendiri sehingga tidak kering gusi melihat telatah dan kerenah mereka.



Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Kumpulan peserta dengan fasilitator


Steward Selan, Luqman Hakim, Cikgu Hailmi, Terry Denis dan Pressly Palong semasa Kem Pembangunan Remaja Kreatif SKMM 2012
Pasukan Sarawak dengan guru pengiring  ;)

Pasukan kami dari Sarawak adalah pasukan terakhir sekali yang berlepas keluar dari Duta Vista.


Steward Selan, Pressly Palong, Terry Denis dan Luqman Hakim ketika tiba di Sibu, Sarawak
Setibanya di Sibu, Sarawak
Diharapkan ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ternyata, pengalaman 5 hari tersebut meninggalkan seribu satu kenangan manis buat kami semua! Jemput tonton video Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012 di bawah juga



14 ulasan:

  1. wah hebat la korang..bergambar dengan orang2 hebat..awesome..btw..dapat timba ilmu dgn diorang jugak kan..:)

    BalasPadam
  2. yup.. paling penting sebab dapat belajar direct dgn diorang lah.. memang terbuka minda habis lepas tuh.. ;)

    BalasPadam
  3. seronoknya dpaat jalan2...jumpa org hebat..insyaallah IPG lyeen akan buat lawatan sambil bljr nnt..tp xtaw plak kat mana..ahhaha

    BalasPadam
  4. jemput lah datang ke Sibu nih.. nanti cikgu bawak pegik melawat rumah panjang.. ;)

    BalasPadam
  5. bestnyer!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    jeles plak bila tgk diowng g KRU lah... :)

    BalasPadam
  6. hu3.. rezki diorang dik.. pasnih, wat surat lawatan sambil belajar ke KRU Studio.. ok gak tuh.. ;)

    BalasPadam
  7. wowwee..nama ai ade la..hikhikhiikk..cehh, orang kuat la sangat kan...anyway, it was a pleasure meeting u guys.. what a great memories to remember.. ^_^

    BalasPadam
  8. tu dia.. orang kuat gagah perkasa dah masuk.. ;) kitorang yang patut terima kasih dgn SKMM sebab sudi invite n sponsor n perabih duit wat program nih.. kalu buat lagik lenkali, jangan lupa invite k!

    SKMM Best!
    (iklan jap)

    BalasPadam
  9. yup me too!.. kalau ada laghik, kita join rmi2 k..

    BalasPadam
  10. ada jugak tahun ni kan? skmm call smlm :v

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer Akif.. memang ada.. kita jumpa nanti yer.. ;)

      Padam
    2. nanti boleh jumpa juara taun lepas, cayalah! :D
      kat mana event tu? penat tunggu surat ni haha

      Padam
    3. he3.. event buat kat Shaftbury Residence, Cyberjaya
      Kita jumpa di sana..

      Padam