About Me

Liga Remaja Kreatif 2015 Kembali!

Tentunya ramai pelajar yang dah tak sabar-sabar nak menunggu Pertandingan Liga Remaja Kreatif bagi tahun 2015 bermula. Berita baik ini untuk anda! Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sekali lagi buat kali ke-5 akan menganjurkan Liga Remaja Kreatif 2015 dengan hadiah yang cukup menarik. Kali ini dengan tema "Inovasi Jalur Lebar - Gaya Hidup Digital Malaysia".  Tentu cabarannya akan jadi lebih menarik dan lebih mencabar.


Liga Remaja Kreatif 2015
Liga Remaja Kreatif 2015 (LRK2015)

Secara ringkasnya, pertandingan mencipta hasil kreatif digital oleh pelajar ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Mulanya hanya bagi kategori VIDEO, LRK2014 dengan tambahan 2 lagi kategori baharu, iaitu PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH. Kali ini LRK2015 tampil lagi dengan 1 lagi kategori baharu iaitu, RASPBERRY PI DAN ARDUINO menjadikan ada 4 kategori kesemuanya yang dipertandingkan.


Pertandingan ini dibuka pada 1 FEBRUARI 2015 sehingga 4 APRIL 2015. Terdapat sedikit perubahan pada syarat pertandingan, terutamanya bagi Kategori VIDEO. Maka bagi yang nak menyertai, pastikan anda telah membaca terlebih dahulu syarat-syarat pertandingan. Tempoh yang diberikan juga kali ini adalah lebih singkat, maka persiapan perlu dimulakan secepat mungkin.



Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM). Pertandingan ini dibuka dari 1 Februari 2015 hingga 4 April 2015.
  2. Tema bagi pertandingan ini adalah INOVASI JALUR LEBAR – GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.

B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.

C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar daripada sekolah yang sama.
  2. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
  3. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 4 April 2015. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
  4. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  5. Penyertaan mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  6. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  7. Penyertaan adalah percuma.
  8. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015 kepada pihak Sekolah.
  9. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  10. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  11. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  12. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  13. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  14. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  15. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  16. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  17. Sila isikan email sah pengetua atau wakil pengetua bagi tujuan pengesahan penyertaan. Pengetua atau wakil pengetua akan menerima email pengesahan dan perlu mengesahkan penyertaan pelajar.
  18. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  19. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Kategori, Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video. (Sila lihat contoh di bawah)

  20. Liga Remaja Kreatif 2015
    Kategori Video
    “Tajuk Produksi”
    “Nama Pelajar”
    “Nama Sekolah”
    Liga Remaja Kreatif 2015
    Kategori Video
    “Kreativiti Jalur Lebar”
    “Ahmad, Fathin, Muthu, Fiona”
    “SMK Cyberjaya, Selangor”

KATEGORI VIDEO
Peringkat Negeri
  1. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah tidak lebih daripada 5 minit.
  2. Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam berdasarkan tema.
  3. Johan bagi Kategori Video Peringkat Negeri akan mewakili negeri masing-masing ke Peringkat Kebangsaan.
Peringkat Kebangsaan
  1. Finalis peringkat kebangsaan dikehendaki untuk mencipta sebuah lagi video untuk diadili di peringkat kebangsaan.
  2. Finalis dikehendaki menghasilkan sebuah video dengan menggunakan tajuk baru yang akan diberikan oleh pihak sekretariat dan perlu menghantar video tersebut dalam tempoh yang akan ditetapkan.
  3. Pemarkahan bagi menentukan pemenang akan mengambil kira video asal yang merupakan video kemenangan di peringkat Negeri (50 markah) dan hasil video baru (50 markah).

KATEGORI PORTAL INTERNET
  1. Peserta dikehendaki membangunkan sebuah portal internet baru berdasarkan tema pada tahun ini.
  2. Portal Internet yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri portal dan perhubungan dua hala serta pelbagai elemen interaktif.
  3. Kandungan portal boleh terdiri daripada permainan, portal interaktif ataupun portal informasi.
  4. Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
  5. Finalis yang terpilih bagi Kategori Portal Internet dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan juri pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

KATEGORI APLIKASI MUDAH ALIH
  1. Peserta dikehendaki mencipta sebarang perisian kandungan yang sesuai untuk telefon mudah alih atau tablet berdasarkan tema pada tahun ini.
  2. Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan boleh terdiri daripada permainan, aplikasi interaktif ataupun aplikasi berinformasi menggunakan sebarang platform seperti Androi, iOS dan lain-lain.
  3. Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
  4. Finalis yang terpilih bagi Kategori Aplikasi Mudah Alih dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan juri pada tarikh dan tempat yang akan ditentukan kemudian.

KATEGORI RASPBERRY PI DAN ARDUINO
  1. Peserta dikehendaki untuk menghantar cadangan projek alatan bantu mengajar menggunakan Raspberry Pi atau/dan Arduino.
  2. Aplikasi Mudah Alih yang dibangunkan mestilah mempunyai ciri-ciri portal dan perhubungan dua hala serta pelbagai elemen interaktif.
  3. Peserta juga dikehendaki menghantar keterangan projek mereka dalam bentuk PDF serta perlu menghasilkan video penerangan projek berdurasi tidak lebih dari 1 minit.
  4. 10 penyertaan terbaik akan dipilih untuk menghadiri Bengkel Liga Remaja Kreatif 2015 - Raspberry Pi dan Arduino di mana para peserta akan dibekalkan dengan peralatan Raspberry Pi/Arduino dan menghasilkan projek mereka dengan bantuan daripada pakar-pakar yang dijemput khas.

VIDEO PALING POPULAR
  1. Finalis bagi kategori Video di Peringkat Negeri berpeluang untuk mendapat hadiah Video Paling Popular.
  2. Undian video paling popular akan diadakan secara umum di http://lrk.my1content.my pada tarikh yang akan ditetapkan.


Hadiah

Peringkat Negeri
Hadiah tempat pertama
: RM5,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat kedua
: RM3,000 berserta telefon bimbit
Hadiah tempat ketiga
: RM2,000 berserta telefon bimbit
Hadiah saguhati
: RM500 x 7
Peringkat Kebangsaan
Hadiah tempat pertama
: RM10,000 berserta iPhone
Hadiah tempat kedua
: RM7,500 berserta iPhone
Hadiah tempat ketiga
: RM5,000 berserta iPhone
Portal Internet Terbaik
: RM5,000 berserta iPhone
Aplikasi Mudah Alih Terbaik
: RM5,000 berserta iPhone
Raspberry Pi dan Arduino Terbaik
: RM5,000 berserta iPhone
Video Paling Popular
: RM2,500


Pertanyaan

Untuk pertanyaan / keterangan lanjut, sila hubungi:
Sekretariat
PERTANDINGAN LIGA REMAJA KREATIF 2015
SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC)
PRIMA AVENUE 1
BLOK 3507, JALAN TEKNOKRAT 5
63000 CYBERJAYA

No Telefon : 03 - 8688 8475
No Faks : 03 - 8688 8469
Emel : ligaremajakreatif@cmc.gov.my
Web : http://lrk.mcmc.gov.my


Bagi yang berminat untuk menyertai, atau sekurang-kurangnya menimba pengalaman menyertai pertandingan Liga Remaja Kreatif 2015, anda boleh klik beberapa pautan di bawah mengenai pengalaman dan kisah kejayaan mereka yang pernah bergelar pemenang. Semoga memberi sedikit panduan dan juga menjadi inspirasi untuk anda! All da best!




Johan Liga Remaja Kreatif 2013



Liga Remaja Kreatif 2013







Johan Liga Remaja Kreatif 2014


Liga Remaja Kreatif 2014








Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Balasan
    1. yer.... saya pun dok rasa susah..
      tengok ler camna pelajar2 Malaysia nih interpret maksud tema

      Padam
  2. Temanya, susah utk difahamkan :/ Sya mahu buat app tpi susah utk sya kaitkan dgn tema tersebut. Anyway, good luck to all the participants.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yerrrrr... setuju.. tema memang agak susah sket untuk tahun nih.. apa pun, all da best lah yer

      Padam
  3. huhu.. takleh mintak tunda tarikh tutup ke ni? tak sempat nk siapkan ni. banyak program kena buat lepas cuti huwaaaaa T_T

    BalasPadam
  4. salam cikgu..saya nk tanya tema tahun ni digital gaya hidup kan..tetapi asal dalam syaratdan terma ia mengatakan ianya perlu memaparkan nilai murni masyarakat dalam negara..adakah video yg dilakukan perlu mempunyai nilai nilai murni atau inovasi??ahh pening..boloh cikgu tolong terangkan tak

    BalasPadam
  5. bolehka klo sa buat experiment sosial dan membuat dokumentari selepas selesai?

    BalasPadam