.

.

KARTiKEL

Sabtu, 16 Ogos 2014

Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014

Akhirnya semalam berakhirlah tempoh Pertandingan Mencipta Video Liga Remaja Kreatif 2014 yang dah berlangsung hampir 3 bulan. Dah jadi macam acara wajib pulak untuk pelajar sekolah saya menyertai, memandangkan kami dah join pertandingan nih sejak daripada kali pertama Liga Remaja Kreatif diperkenalkan pada tahun 2010, sehingga lah sekarang. 


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014 Jalur Lebar Untuk Pendidikan


Tahun lepas punya penyertaan alhamdulillah telah memberi kenangan manis buat sekolah saya. Satu pasukan yang diketuai oleh saudara Pressly Palong, dan dianggotai oleh Ohkie, Alex Wang dan Jasmine telah berjaya merangkul Johan Kebangsaan! Bukan sedikit usaha yang dipertaruhkan. Pada tahun lepas saja, 6 kumpulan telah menyertai Liga Remaja Kreatif 2013 dengan tema Klik Dengan Bijak, namun hanya 2 pasukan yang berjaya ke peringkat negeri Sarawak.

Atas sebab pencapaian yang membanggakan pada tahun lepas, maka peluang pada tahun nih cuba digunakan dengan sebaik mungkin. Malah sekolah dengan strategiknya menghantar pasukan baru ke Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 dengan tujuan mewujudkan kumpulan pelapis baru pencipta video di sekolah saya.

Balik saja mereka daripada sana, ilmu yang dipelajari sepanjang di KL, disebarkan kepada rakan-rakan mereka di sekolah. Malah untuk penyertaan bagi mewakili sekolah juga saya tetapkan tarikh penghantaran skrip. Tujuannya untuk memastikan cerita yang akan dihantar pada tahun ini, bagus dari segi skrip, tidak cliche, mempunyai ciri-ciri lokal dan mempunyai kualiti tinggi untuk dipertandingkan.


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Ditambah lagi tema "Jalur Lebar Untuk Pendidikan" dengan skop yang sangat luas dan tricky, maka mengelak daripada cliche, adalah sangat penting. Takkan balik-balik nak cerita pasal, A tak pandai, pastu diperkenalkan dengan broadband, pastu jadi pandai.. tersangatlah biasa.. hu3..

Saya ambil pendekatan taknak membuang masa membimbing pelajar menghasilkan video yang banyak. Sebaliknya masa tadi digunakan sebaik mungkin membimbing pelajar menghasilkan video yang berkualiti tinggi. Lupakan aspek kuantiti, tumpukan pada aspek kualiti!

Maka hasilnya, hanya ada 2 kumpulan sahaja dengan cerita dan konsep yang berbeza lepas daripada tapisan saya. Tapisan ala-ala FINAS. He3..

Kumpulan pertama adalah kumpulan pelajar tingkatan 4 yang diketuai oleh Arzona, dan dianggotai oleh Sophia Jelina, Mengelina dan juga Mat Beji. Video yang mereka hasilkan ini adalah berkonsepkan program majalah dalam TV seperti Majalah 3, Nona, Meletop dan lain-lain lagi. Cuma bezanya, program TV yang sesuai kepada remaja. 


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Penggambaran mereka mengambil masa hampir 3 hari, termasuk hari Sabtu. Jurukamera tambahan, Roderick Renggie diperlukan bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Akhirnya, hasil yang boleh dikatakan agak memberangsangkan jugak lah. Paling penting, tidak cliche. Itu yang saya selalu pesan dengan mereka.


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Manakala kumpulan kedua adalah kumpulan yang diketuai oleh Charry Fressly, Esther Maxcuell, Lilian Tan dan juga Roderick Renggie. Mereka juga adalah kumpulan yang sama yang mengikuti Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014. Maka dah tentu lah saya mengharapkan cerita mereka tidak seperti cerita rakan-rakan mereka yang lain. 

Idea mereka agak bagus. Tetapi kami kemudiannya mengambil masa hampir satu minggu untuk memurnikan lagi skrip tersebut. Disebabkan pelajar-pelajar ini sudah mendapat pendedahan sejak daripada tahun lepas lagi, maka lebih mudah untuk mereka bekerjasama dan memahami apa yang patut mereka lakukan. 

Untuk kumpulan ini, mereka mengambil masa 4 hari untuk proses penggambaran. Penggambaran dilakukan sekitar kawasan-kawasan yang  berdekatan, seperti Selangau, Nanga Sekuau dan juga Sekuau sendiri.


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Selesai shooting, masa paling lama diambil adalah untuk sesi suntingan atau editing. Dah siap edit, produce dan kemudian tengok ramai-ramai. Tujuan dia nak pastikan part mana yang terkantoi ke, kurang umph ke, perlu dibuang, perlu dimasukkan dan paling nervous kalau ada part yang kena shooting balik!

Maka selesai semuanya, 4 hari sebelum tarikh tutup, saya dah arahkan para pelajar upload ke laman web rasmi Liga Remaja Kreatif 2014. Ini bagi mengelakkan traffik sesak menjelang tarikh tutup. Kang tak pasal-pasal tak dapat nak upload pulak. Maka langkah ini adalah langkah patut yang sangat selamat.

Selesai mengupload, kami dari masa ke semasa, sempat juga meninjau video-video penyertaan dari sekolah lain yang dah banyak ada di Youtube. Memang banyak yang gempak-gempak dengan mutu sinematografi yang cukup berkualiti tinggi. Banyak yang dah menitikberatkan soal penghasilan video yang berkualiti dan teratur. Bagus! Serius dah rasa nervous.. hu3


Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2014


Cuma saya perasan, banyak sangat video yang cliche dengan jalan cerita yang hampir sama. Sayang, teknikal dah menarik, hebat. Tapi cerita pulak tak begitu kukuh. Banyak juga yang gunakan konsep yang lebih kurang video Johan tahun lepas. Pada saya ok, cuma tak ada kelainan lah kalau ditiru sebegitu. 

Video animasi pulak, tersangatlah kurang. Ada banyak, tapi hampir kesemuanya menggunakan Powtoon sebagai bahan penghasil video. Maka animasinya nampak semua lebih kurang saja dengan kartun dan gambar yang lebih kurang sama. Belum ada lagi video animasi yang hebat seperti tahun lepas, setakat dalam perhatian saya.


powtoon


Apa-apa pun, saya yakin anda semua telah melakukan yang terbaik untuk menghasilkan video penyertaan kali ini. Saya yakin tak sedikit usaha dan persiapan yang telah dilakukan oleh semua pelajar dan guru yang terlibat dalam penghasilan video ini. Maka tepuk tangan lah untuk diri sendiri atas usaha anda.

Saya percaya, setiap usaha gigih daripada kita, inshaAllah akan membuahkan hasil! Teruskan berdoa yang terbaik untuk video anda, dan ada rezeki, kita jumpa ramai-ramai bulan September nanti!



16 ulasan:

  1. Seram duduk sekolah Sarawak & Sabah sebab banyak sangat video yang bagus. Kena cadangkan dekat urusetia LRK tak sepatutnya 1 negeri 1 wakil. b.t.w saya sempat tengok 2 video cikgu (private then tak private and then prvate balik..hehe). Saya suka lokalitinya. Insya Allah top 3 jugak tahun ni. Kalau saya urusetia LRK Johan, Naib Johan & Ketiga kebangsaan semua saya bagi Sarawak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu3... sempat jugak mengendap tengok yer.. ;)
      TQ.. apa2 pun keputusan juri jugak ler kena tunggu
      Good luck juga untuk SMK Maokil..

      Padam
    2. cikgu klau nk check pemenangnya kat mna?

      Padam
    3. selalunya pihak MCMC akan hubungi sekolah terus beberapa minggu sebelum majlis penyampaian hadiah, samada melalui fax, surat, atau panggilan telefon. cikgu rasa lepas cuti sekolah nih kot diorang akan start panggil

      Padam
    4. Sudah ada yang dipanggil ke cikgu

      Padam
    5. Johor sudah 8 Okt di Thistle JB.

      Padam
  2. Tazabarr nak tengok video kali nii :) . Good luck cikgu! moga SMK Luar Bandar sentiasa ke hadapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ.. doakan yang terbaik yer untuk team sekolah!

      Padam
  3. Saya percaya, setiap usaha gigih daripada kita, inshaAllah akan membuahkan hasil! Teruskan berdoa yang terbaik untuk video anda, dan ada rezeki, kita jumpa ramai-ramai bulan September nanti! ... Amin Cikguu !

    BalasPadam
  4. Padanlah bnyk video dr sabah sarawak yg best..cth, kasut buruk.selalu buat pertandingan rupanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. he3.. best mungkin sebab kta jarang tengok kisah cerita mereka kot.. ;)

      Padam
  5. Sudahkan pemenang mula dipanggil

    BalasPadam
    Balasan
    1. LRK2014 dah mula dipanggil pemenangnya.. majlis mula pada 30sept. rujuk entri terbaru saya ye untuk info majlis penyampaian hadiah LRK2014

      Padam
  6. CIKGU, BLH X TLG CHECK VIDEO KITE ORANG...? CIKGU, BLH BUKA DEKAT YOUTUBE "LIGA REMAJA KREATIF, SMK SUNGAI CHOH (TANPAMU)".... KALAU DAH TETAPKAN TARIKH PENYAMPAIAN HADIAH, CIKGU TOLONG BUAT POST BARU, YE.....! KAMI ANGGAP CIKGU NI IALAH GURU PEMBIMBING KITE, SEBAB GURU PENISAHAT PERTANDINGAN INI DI SEKOLAH KITE ORANG TAK LAYAN KITE ORANG . DIE SURUH BUAT PASTU, HANTAR. SO KAMI HARAP CIKGU BOLEH TOLONG KAMI.... TQ....

    N ALL THE BEST DIUCAPKAN DRPD KAMI SMK SUNGAI CHOH UNTUK TEAM SEKOLAH CIKGU....!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Piraveenraj.. Cikgu dah tonton video tersebut.

      Komen cikgu:
      1) Usaha yang baik.
      2) Ada kesungguhan dan kreativiti di situ
      3) Perlu lebih banyak pengalaman
      4) Baiki gaya penceritaan supaya lebih mudah, dan difahami.. tak perlu banyak perkara yang nak diceritakan sampai taktau mana satu fokus utama cerita
      5) mantapkan lakonan..nampak pelakon macam ada yang main2
      6) baiki gerakan kamera, dan sudut yang sesuai untuk ambil sesuatu adegan
      7) Teruskan praktis!

      ;)

      TQ juga untuk doa. Doakan pasukan sekolah saya muncul Johan peringkat kebangsaan nanti yer!

      Padam