.

.

KARTiKEL

Ahad, 23 November 2014

Pecutan Akhir Kimia SPM 2014

Pantang mengalah sebelum rebah! Esok dah nak exam Kimia SPM, minggu nih kami bertungkus lumus bersama pelajar. Mengerah sedikit keringat dan peluang yang ada, dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anak didik. Atas inisiatif Ketua Panitia Kimia, Cikgu Mackie Juing, maka semua guru Kimia berkumpul di sekolah sekali lagi, bagi tujuan Pecutan Akhir Kimia SPM 2014.


Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Pecutan Akhir Kimia SPM 2014

Jadual dirancang dengan baik bersama Panitia Biologi. Peperiksaan Kimia adalah pada hari Isnin dan Biologi akan menyusul hari seterusnya. Tak adil pula jika rasanya nak 'paksa' budak untuk belajar Kimia sahaja. Terabai pulak subjek Biologi nanti. Maka jadual diadakan supaya membantu pelajar untuk belajar keduanya dengan baik.



Tujuan
Tujuan diadakan Pecutan Akhir ini adalah bagi membantu pelajar untuk belajar Kimia dan Biologi dalam suasana yang kondusif. Kondusif dari segi persekitaran belajar dan juga kondusif dari segi bantuan pembelajaran.



Modus Operandi
Pelajar akan berkampung bersama guru di makmal sekolah bermula pada petang Jumaat hingga petang Ahad. Tiada paksaan bagi pelajar yang nak ikut ataupun tak. Guru-guru akan bertindak sebagai tukang rujuk. Manakala pelajar pula bebas membuat soalan, bebas berada dalam kumpulan masing-masing dan bebas mengikut tahap pencapaian mereka. 


Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Belajar Kimia dengan santai dan tenang

Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Guru membimbing pelajar untuk belajar Kimia di saat akhir

Bagi memudahkan pelajar yang tiada idea apa nak dipelajari, maka koleksi soalan percubaan daripada negeri lain diberikan kepada mereka. Bincang, dan jawab soalan. Jika ada yang tak terjawab, boleh rujuk buku, nota dan kawan-kawan. Kalau tak tahu jugak, terus rujuk pada guru. Guru pula akan bergerak dari satu meja ke satu meja yang lain untuk membimbing pelajar. 

Bahan 1 : Nota Super Ringkas Kimia
Bahan 2 : Koleksi Soalan Percubaan Kimia SPM 2014
Bahan 3 : Soalan SPOT Kimia SPM 2014



Pemerhatian
1. Pelajar menunjukkan minat dan kecenderungan yang sangat dahsyat. He3.. Apatah lagi ini adalah peluang terakhir mereka untuk belajar dan bertanya sesuatu yang belum difahami.

2. Pelajar mula membentuk kumpulan belajar dan saling mendorong antara satu sama lain. Ada juga aktiviti gossip dan berbual kosong. Namun dalam keadaan terkawal dan masih berfokus pada aktiviti pembelajaran.

3. Pelajar lebih berusaha cuba menjawab sendiri soalan, berbanding meniru jawapan kawan sebelum ini.

4. Lebih banyak pelajar tahu menjawab soalan, lebih ghairah pula mereka nak bertanyakan soalan (baru faham ler tuh... )



Kesimpulan
Dah tentu ini adalah program akademik saat akhir yang sangat bagus. Bimbingan lebih dekat ini membantu pelajar dalam memberi bantuan saat-saat kritikal sebegini. Kehadiran dan bimbingan guru memberi implikasi besar, terutamanya kepada pelajar yang lemah. Walaubagaimanapun, beberapa perkara perlu diberi perhatian. 


Pecutan Akhir Kimia SPM 2014
Gambar kenangan bersama Cikgu Tang Kie Hua yang akan berpindah ke SMK Bandar Sibu pada tahun depan

Biarkan pembelajaran berlangsung dalam suasana santai dan tenang. Tiada paksaan kepada pelajar. Namun masih dalam mood untuk belajar. Kedua, berikan sedikit masa dan peluang kepada mereka untuk masa sendiri. Pelajar perlukan masa eksklusif mereka untuk menilai dan buat refleksi sejauh mana pencapaian mereka dan di mana topik mana lagi yang haru mereka pelajari.


p/s: Ribuan terima kasih kepada Cikgu Tang Kie Hua yang masih bersemangat nak mengajar anak-anak pelajar, sekalipun akan berpindah ke sekolah baru pada tahun depan. Banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau sepanjang menjadi guru Kimia di sini. Saya doakan semoga beliau terus sukses dan berjaya dalam apa jua yang beliau ceburi. Terima kasih!




3 ulasan:

  1. bagus...kamu tak balik kg lg kalu gitu gak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe.. memang tak balik, sebab jadi Pengawas SPM sampai 1hb.. nasib

      Padam
  2. Tak sempat tengok yg polimas punya tournament...kat kedah...yg tu kelab yg hebat2 main

    BalasPadam