About Me

Soalan Spot Kimia SPM 2012

nak soalan spot kimia spm?

Peperiksaan SPM pada 26 November 2012 (Isnin) ini adalah peperiksaan bagi subjek Kimia. Seperti biasa, setiap kali nak exam, mesti pelajar akan datang tanya soalan nih kat saya:



 "Cikgu, soalan spot kimia ada tak?". 


Apa jawap saya?.. 


"Ada.. 
Baca lah semua topik.. Confirm ada yang akan keluar.. ;) "



Untuk saya nak spot soalan yang CONFIRM AKAN KELUAR, bukan senang ye adik-adik pelajar, kecuali kalau saya ada bela TOYOL! Hu3.. Lagipun pengalaman mengajar subjek Kimia selama 6 tahun, bukan lah lama sangat. Masih setahun jagung kalau nak dibandingkan dengan cikgu-cikgu senior yang jauh berpengalaman.

Tetapi kalau nak berkongsi dengan adik-adik pelajar, topik yang BERKEMUNGKINAN BESAR, MUNGKIN akan keluar, saya berani lah sikit nak beri tips. Dan kalau tak keluar, jangan plak ada pihak yang menyalahkan saya. Tiada jaminan pun mana-mana topik yang saya ceritakan dalam nih CONFIRM keluar, cuma seperti yang saya katakan tadi, topik yang kita boleh beri perhatian untuk SPM kali ini..


Untuk makluman juga, bahan yang saya sediakan ini, sepenuhnya menggunakan Bahasa Malaysia. Jadi, bagi yang belajar dengan menggunakan Bahasa Inggeris, boleh lah tanya istilah Inggeris yang sesuai kepada cikgu Kimia anda, atau pun boleh tanya kat ruangan "Ulasan" di bawah.

Kalau ada maklumat yang salah, konfius atau perlu diperbetulkan, boleh lah bagitahu dengan saya untuk penambahbaikan.





Pautan DOWNLOAD kat atas ini diLINKkan ke 4SHARED, jadi anda perlu LOG IN dengan:
1. menggunakan akaun 4SHARED anda, atau
2. menggunakan akaun FACEBOOK anda.



Maklumat Tambahan: 
Bahan ini juga sesuai untuk digunakan sebagai MODUL NOTA Kimia Tingkatan 4 dan 5!




SELAMAT MAJU JAYA!
(terutamanya buat anak-anak muridku, pelajar kelas 5A, SMK Luar Bandar No.1 Sibu)

Cikgu Hailmi dan rakan-rakan guru kimia semasa Kem Kimia 2012


Catat Ulasan

0 Ulasan