About Me

Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama?

Masih ramai lagi yang keliru antara gred Hakiki dengan gred KUP. Malah kadang-kadang susah jugak kita nak rujuk mana-mana, sebab tak tahu kat mana nak dapatkan maklumat macam nih. Jadi, selepas saya bertanya dengan pihak yang berkenaan, maka saya rasa baik juga jika saya kongsikan apa beza antara gred Hakiki dengan KUP supaya boleh menambahkan pengetahuan cikgu-cikgu lain jugak. Jom kita tengok.


Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP? Betul ker Pencen Nanti Tak Sama?
Apa Beza Gred Hakiki Dengan Gred KUP?


GRED KUP
KUP atau penuhnya Khas Untuk Penyandang adalah gred yang ada pada cikgu tu sendiri. Sebagai contohnya, bagi guru yang timebased dengan gred DG48(KUP). Bermaksud, cikgu tu kalau pindah ke sekolah mana sekalipun, akan bawak jugak gred DG48(KUP) tu bersamanya.

Contoh lain bagi guru yang pegang gred KUP ini adalah Guru Cemerlang. Maknanya jika saya Guru Cemerlang dengan gred DG48(KUP), jadi saya boleh berpindah ke mana-mana sekolah lain dengan masih gred DG48(KUP).



GRED HAKIKI
Gred Hakiki pula berbeza. Gred Hakiki ini adalah gred pada jawatan.  Sebagai contoh, mana-mana guru yang menjawat jawatan Pengetua, akan mendapat gred hakiki DG52 (atas sebab jawatan Pengetua). Sekalipun guru tuh masih DG44(KUP) kerana timebased, tetapi jika beliau dilantik sebagai Pengetua, maka gred dia akan berubah kepada DG52(HAKIKI).

Bezanya, jika berpindah sekolah, perlulah juga ke sekolah yang mempunyai jawatan dengan gred yang sama. Sebagai contoh, Ketua Bidang dengan gred DG44(HAKIKI) hanya boleh berpindah ke sekolah yang ada kekosongan Ketua Bidang DG44(HAKIKI) sahaja. Kalau dia nak pindah juga, dia kena letakkan jawatan, dan dapat semula gred KUP.

Contoh jawatan lain yang guna Gred Hakiki adalah Guru Tingkatan 6, Guru Kanan Mata Pelajaran, Penolong Kanan, Pengetua etc. 


Beza Tak Pencen KUP Dengan Hakiki?
OK, so far faham tak? Satu lagi isu yang berkait dengan gred KUP dan Hakiki ini adalah soal pencen. So berikut adalah soalan dan jawapan yang saya tanyakan kepada seorang pegawai yang berkaitan dengan urusan ini.


"Saya ada soalan. Jika saya nih GURU Cemerlang DG48(KUP), diberi jawatan Guru Kanan DG44(HAKIKI),
1. Saya akan terima gaji untuk yg mana satu?

"Gaji berdsrkn gred yg disandang pada gred dg48 kup.. Pengisian pula tertakluk kpd kategori tempat yg diisi.. Contohnya klu guru di sekolah.. Gred penyandang ialah 48 kup tp isi post 41..sbb sekolah mmg post 41 flexi smp 54..jd guru itu akn dpt gji 48kup"









2. Soalan saya, ada beza tak jika saya pencen dengan gaji Hakiki atau gaji kup?

"Pengiraan pencen adalah berdasarkan gaji akhir.. Tidak ada kaitan dgn kup atau hakiki.. Istilah kup ni merujuk kpd kaedah penmptn dan kenaikan pngkt..
1/600x jumlah bulan perkhidmatan x gaji akhir (pokok)"


OK, diharapkan perkongsian ini mampu memberi anda kefahaman tentang gred KUP dan juga HAKIKI serta persoalan yang berkaitan kedua-dua ini. JIka ada sebarang maklumat yang anda ingin tambah atau betulkan, maka jangan segan silu, sila lah komen kat bawah ya. Terima kasih semua!


Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Terima kasih Cikgu Hailmi sebab kongsi info ni, barulah betul-betul faham, yupp, keliru jugak sebelum ni pasal KUP dan Hakiki ni. 🤣

    BalasPadam
  2. Bagus ulasan Ni terima kasih cikgu Hailmi...mohon dikongsi lagi persoalan persoalan lain

    BalasPadam
  3. Tambahan maklumat beza hakiki dgn kup.

    Utk kenaikan pangkat atau gred berikutnya, pilihan utama adalah yg berada pd gred hakiki.

    Cth, jika terdapat 2 org calon peg (1 kup dan 1 lg hakiki) yg memegang Gred 48 utk mengisi kekosongan jwtn gred 52. Maka pilihan utama adalah peg yg berada pd gred hakiki

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum. Mohon penjelasan ,ada perbezaan tak bagi pencen 52 (KUP) guru penolong dgn 52 ( KUP) berjawatan GPK atau 52(hakiki) berjawatan pengetua ? Sebelum ni ada pernah terdengar bahawa ada perbezaan dari segi pencen antara 3 keadaan tersebut walau bagaimanapun tiada penjelasan lanjut berkaitan hal tersebut.Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu boleh baca balik artikel kat atas. Pencen adalah berdasarkan GAJI AKHIR sebelum bersara. Tak kisah la KUP atau HAKIKI.

      Padam
  5. Maaf cikgu. Saya tiada pengetahuan dalam bidang tu. Cuma sefaham saya berdasarkan pengalaman saya memangku DG48 untuk Guru Cemerlang dulu, elaun memangku tu sbnarnya adalah kenaikan gaji kita juga. Maka tak perlu bayar balik. Cuma kiraan semula kerani, mungkin ada sedikit bayaran tambahan yang cikgu akan dapat disebabkan beza gred. Mohon cikgu rujuk pegawai yang lebih berkemahiran.

    BalasPadam
  6. Bab ni cikgu kena tunggu pengesahan surat lantikan. Lantikan mengikut tarikh sah lantikan dlm surat.. Dan pemulangan elaun memangku ikut tarikh surat di keluarkan dikeluarkan jika bayaran ter'advandce

    BalasPadam
  7. Terima kasih cikgu. Saya rasa ada pembetulan pada pengiraan pencen. Formula yang diberi itu betul tetapi ada satu lagi formula yang di gunakan iaitu 3/5 kali gaji akhir (pokok ). Pencen akan diambil kira adalah nilai yang terendah sama ada formula yang saya beri atau formula yang cikgu beri. Mana satu formula yang memberi nilai yang terendah akan di ambil kira untuk membayar pencen. harap maklum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Encik, 3/5 tu sama la dgn 1/600 x 360 bulan. Kerja 30 tahun (360 bulan) batru la dapat 60% pencen dr gaji akhir.

      Padam
  8. Salam tuan..saya dg41..dan di lantik gred hakiki jawatan sebagai ketua bengkel..dg32/34.. ad ke dapat elaun sebagai ketua bengkel tu?

    BalasPadam
  9. Sy sdh berkhidmat 6 tahun di DG41 dan dlm 2 tahun lagi ke DG44(kup). Sy ditawar utk post DG41(pengurusan). Kalau sy terima jawatan ini, adakah ini bermaksud jawatan baru ini adalah hakiki dan sy menggunakan kup nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, adakah post pengurusan tu pengawai pengurusan di ipg?

      Padam
    2. Macam mana kalau post tu ialah pegawai pengurusan di IPG?

      Padam
  10. Ada beza ke gaji Hakiki 44(ketua bidang) dengan KUP 44 (GAB)?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada beza dari segi gaji pokok.

      Padam
  11. adakah gaji gred hakiki lebih tinggi berbanding KUP

    BalasPadam
  12. Cikgu Hailmi, saya ni baru shja keluar dr JPN, yang mana gred di JPN adalah hakiki. Tetapi apabila keluar dari JPN (kerelaan sendiri), boleh je hakiki tu ditukar semula kpd KUP dan jadi GAB shja, bukan guru kanan. Semua mereka boleh buat. :)

    BalasPadam
  13. Executive-Education.id is the better private tutoring service in Jabodetabek, with professional and qualified teachers that happen to be ready arrive at the student's location or home... go to https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-palmerah.html for more information

    BalasPadam
  14. Ideal in addition to Most economical Jabodetabek Exclusive Lessons, our own workers and also educators occur to your home, established your very own study agenda and may pick virtually any discipline with review ... visit https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-menteng.html for more information

    BalasPadam
  15. Perhaps you will discover a cheaper fee compared to table above, make sure again concerning the qualifications in the teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... click for more detail https://biologi-exed.blogspot.com/2022/07/les-privat-biologi-di-makasar-terdekat.html

    BalasPadam
  16. Askum cg sy nk bertanya, sy pernah naik gred 48 secara hakiki, maslah sy skrg bila naik 52 kena ikut time base, masa memangku 48 sy ada cuti tanpa gaji...jd gred 48 hakiki sy telah d ubah tarikhnya disebabkan utk kenaikan gd52 secara time base...sy kena byr semua duit memangku 48 hakiki tu...soalan sy, bukan ke hakiki tu merujuk pd kenaikan d sebabkan kekosongan jawatan, knp tarikh 48 sy perlu di ubah semula sedangkan sy xminta pun dnaikkan secara hakiki 48 tu....mohon penjelasan

    BalasPadam
  17. Askum nak tnya, sy pernah cuti ctg masa menyandang jawatan hakiki dg48, masalah sy skrg bila sy nk naik 52 tarikh sy dh di ubah...sy kena byar semula gred 48 dr tahun sy memangku byk sgt jumlah tu...knp jadi mcm tu ye...

    BalasPadam